Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 4 Gemilang
Tarikh : 6 April 2014 Masa : 9:00-10:00 pagi (60minit)
Bilangan Murid : /38
Bidang : Operasi dan Nombor
Tajuk : Pecahan
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
7.2 menguasai proses penambahan pecahan.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
i. Menambah hingga tiga pecahan wajar:
a. Penyebut sama,
b. Penyebut tak sama,
hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.
Pengalaman Sedia Ada : Murid telah mempelajari konsep pecahan semasa di tahun 3.
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI
CATATAN
1. Persediaan
Pemerhatian
dan analisis
a. Guru menunjukkan satu gambar
kek.
b. Guru bertanyakan soalan IQ
kepada murid.
“ Ali ada sebijik kek. Kek itu
dipotong kepada 8 bahagian
yang sama besar. Kakak Ali telah
mengambil 1 daripada 8
bahagian kek itu. Ibu dan ayah
Ali pula telah memakan masing-
masing sebanyak 18 dan
14
bahagian. Ali sendiri pula telah
mengambil 14 dari jumlah asal
kek itu. Berapakan jumlah kek
yang telah habis dimakan oleh
mereka sekeluarga?
i. Apa yang kamu
Nampak di
hapadan?
ii. Ada berapa
bahagian kek
yang telah
dipotong?
iii. Cikgu ada satu
cerita dan cikgu
nak minta kamu
semua dengar
dengan teliti.
Strategi
berpusatkan
murid.
BBM:
Gambar
sebiji kek
yang telah
dipotong
kepada 8
bahagian.
Teknik:
Bercerita.
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
18+ 18+ 14+ 14=68=34
2. Imaginasi
a. Menambah dua pecahan wajar
yang mempunyai penyebut
sama.
Contoh:
15+ 35=45
b. Menambah dua pecahan
wajar yang mempunyai
penyebut berbeza.
Contoh:
14+ 15= 920
c. Guru menyatakan bahawa
penyebut mesti di samakan
terlebih dahulu sebelum boleh
melakukan penambahan.
i. Cikgu nak kamu
tengok dengan
teliti.
Strategi
berpusatkan
guru.
3. Perkembangan
Cuisenaire
Rods
a. Guru menunjukkan Cuisenaire
Rods kepada murid dan
menerangkan bahawa mereka
akan belajar menambah dua
i. Kamu penah
tengok atau
tidak kayu
warna-warni
macam ini?
Strategi
berpusatkan
murid.
BBM:
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
pecahan wajar
menggunakannya.
b. Bahagikan murid kepada
kumpulan 6 orang dan setiap
kumpulan mendapat 1 set
Cuisenaire Rods.
c. Guru memberitahu murid cara
menggunakan Cuisenaire Rods.
d. Guru mengemukakan soalan.
Contoh: 12+ 13
e. Cari warna rod yang mempunyai
nilai 2 dan 3 sentimeter. ( merah
= 2, hijau muda = 3)
f. Rod itu disusun menjadi seperti
barisan lurus mengikut nilai rod.
g. Selepas susunan kedua-dua
barisan menjadi sama panjang,
kira jumlah sentimeter dalam
setiap barisan.
h. Minta murid kira jumlah bilangan
rod merah dan rod hijau muda.
ii. Cikgu nak kamu
berada di dalam
kumpulan 6
orang.
Cuisenaire
Rods.
Teknik:
penyoalan,
perbincangan
.
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
i.
Nilai pengangka akan di darab
dengan bilangan rod masing-
masing.
j.12
mempunyai pengangka 1. Oleh
itu perlu darab dengan 3 :
1×32×3
=36
k.13 mempunyai pengangka 1 dan
didarab dengan 2 :
1×23×2
=26
j. Jawapan = 56
Contoh : 13+ 12+ 56
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
Garis Pecahan
a. Guru memperkenalkan garis
pecahan kepada murid.
b. Guru memberi contoh
penambahan pecahan wajar
yang mempunyai penyebut yang
sama.
Contoh 14+ 54
14
54
64=1 12
i. Cikgu nak
tunjukkan kepada
kamu cara yang
lain pula untuk
memahami
konsep
penambahan
pecahan.
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
Contoh : 13+ 34
13
34
1312
=1 112
Tindakan a. Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid.
b. Murid menyiapkan soalan yang
diberikan.
c. Bilangan soalan yang dapat
dijawab dengan tepat akan
i. Selesaikan
tugasan yang
diberi.
Strategi
berpusatkan
bahan.
BBM:
Lembaran
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
dikenalpasti. kerja.
Pentaksiran Murid berjaya menjawab soalan di dalam kertas lembaran kerja dengan
menggunakan teknik-teknik yang telah diajar.
Nilai dan Sikap Terapkan sifat bekerjasama, saling membantu dalam aktiviti kumpulan dan mendengar arahan guru.
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
LEMBARAN KERJA LAMPIRAN A
TAMBAHKAN PECAHAN YANG BERIKUT. TUNJUKKAN LANGKAH PENYELESAIAN
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BARIS NOMBOR DAN BERIKAN JAWAPAN DALAM
BENTUK TERMUDAH
NO SOALAN PENYELESAIAN
1 13 + 12 =
2. 12 + 14 =
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
3. 19 + 13 =
4. 38 + 12 =
5. 23 + 16 =
6. 15 + 310 =
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
REFLEKSI
Pengenalan
Belajar mengenai pecahan adalah salah satu daripada topik tersusah untuk murid tahap satu
dan dua di sekolah rendah. Pelaksanaan pengajaran mikro yang melibatkan penggunaan
bahan manipulatif telah dijalankan kepada murid tahun 4 Gemilang di Sekolah Kebangsaan
Pinang Tunggal. Subtajuk yang telah dipilih adalah penambahan pecahan wajar yang
mempunyai penyebut sama dan juga berbeza manakala bahan manipulatif yang digunakan
adalah Cuisenaire Rods. Terdapat pelbagai bukti bahawa penggunaan Cuisenaire Rods ini
memberi hasil yang positif terhadap kefahaman konsep pecahan dalam diri murid-murid.
Kekuatan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini guru menggunakan teknik demonstrasi di
mana guru banyak menerangkan isi pelajaran dengan menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar (BBM). Sementara itu, murid-murid mendengar dan mencatat isi penting yang
diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Teknik demonstrasi ini amat sesuai
digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat peneguhan konsep dan juga
perkembangan serta pengenalan tentang sesuatu topik/langkah sebelum melakukan aktiviti
ataupun latihan lain.
Tajuk yang dipilih adalah pecahan tahun 4 dan subtajuknya adalah penambahan dua
pecahan wajar yang mempunyai penyebut sama atau berbeza. Oleh kerana tajuk pecahan ini
agak sukar jika dibandingkan dengan tajuk-tajuk sebelum ini seperti bahagi, darab, tambah dan
tolak, guru perlu mencari cara yang sesuai, menarik dan efektif. Kaedah demonstrasi
menjanjikan kesan yang lebih baik oleh kerana murid dapat mengaitkan soalan pecahan yang
abstrak dengan bahan-bahan manipulatif yang konkrit, serta juga dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan sebenar.
Antara teknik yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah
teknik penyoalan. Guru menyoal murid sebelum dan juga selepas guru menerangkan isi
pembelajaran kepada murid. Di dalam video itu, guru telah bertanyakan soalan kepada murid
jika mereka tahu nama serta ciri-ciri bentuk yang guru itu tunjukkan.
Saya menggunakan teknik soal jawab adalah kerana teknik ini mudah serta senang
untuk dilakukan. Guru mengemukakan soalan-soalan yang membantu murid untuk lebih
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
mencapai kefahaman konsep. Tujuan sebenar saya menggunakan teknik ini adalah kerana bagi
mengesan tahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep pecahan. Selain itu,
teknik ini mampu mendorong murid-murid untuk berfikir sejurus itu memudahkan guru untuk
menjelaskan topik yang sedang dipelajari. Disamping itu juga, teknik ini mampu untuk
mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar oleh guru. Akhir sekali,
teknik ini sangat membantu murid dalam menajamkan pemikiran disamping dapat mewujudkan
pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Pelbagai cara ada untuk guru dalam menyoal murid bagi memastikan kesan yang
optimum. Soalan yang ditanya mestilah tepat, jelas dan ringkas serta berkaitan dengan teks
yang dibaca. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru perlu membantu dengan menyoal
soalan-soalan lain yang mampu mendekatkan murid dengan jawapan yang dikehendak.
“Jika bukan kerana bertanya, pasti ilmu akan lenyap”
[HR Imam Darumi]il.
Kelemahan
Kelemahan ketara yang didapati di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini
adalah apabila kelas tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang di dalam Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Hal ini kerana masalah pemilihan masa yang tidak sesuai iaitu pada
waktu petang, di mana kelihatan murid-murid sudah kepenatan. Guru telah mengurangkan
beberapa langkah aktiviti di fasa perkembangan pengajaran yang menggunakan bahan
manipulatif Cuisenaire Rods oleh kerana masa semakin suntuk.
Pengajaran mikro ini telah dijalankan kepada 6 orang murid tahun 4. Guru pula hanya
membuat satu kumpulan sahaja oleh kerana hanya mempunyai 1 set Cuisenaire Rods. Hal ini
menyebabkan murid yang kurang faham akan terus ketinggalan oleh kerana rakan-rakan yang
lebih faham telah mendominasi.
Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan lain yang dapat
dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu
lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Walaupun
penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan
murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 KSSR
kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham
atau tidak tentang apa yang diajar.
Penambahbaikkan
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu.
Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana
perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita
bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran
seterusnya.
Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari
semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan.
Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada
murid dapat diterima dengan baik. Guru mungkin boleh berlatih di depan rakan ataupun cermin
untuk memastikan kesediaan guru untuk mengajar.
Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita
hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu
menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri
meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada
murid-murid.
Pemilihan masa juga haruslah dititikberatkan oleh guru supaya kesediaan mental dan juga
fizikal murid adalah pada tahap yang optimum.
Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah
menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui
aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk
memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik
pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik
berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-
murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.