RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SLOT
Kelas : Prasekolah SK Semerah Padi (Pra Bakawali)
Tarikh : 22 Ogos 2014
Masa : 0745- 0825 pagi (40 Minit)
Bil. murid : 25 orang
Tema : Dunia Teknologi
Subtema : Pakaian Beruniform
Tunjang Utama : Tunjang Sains Dan Teknologi- Awal Matematik
Standard Kandungan : (ST 7.1) Memahami nombor 1-10
Standard Pembelajaran : (ST 7.1.7) Membilang secara menaik 1-10
(ST 8.1) Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.
Kesepaduan Tunjang : Bahasa dan Komunikasi
(BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.
Perkembangan Sosio emosi
(PSE 2.1.3) Bersikap positif tentang kebolehan dan kekurangan/kelemahan kendiri
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
1. Murid dapat membilang secara menaik 1-10.
2. Murid dapat memahami operasi tambah dalam linkungan nombor 1-10.
Pengetahuan Sedia ada :
Murid telah didedahkan tentang bilangan nombor 1-10.
Kemahiran Berfikir (KB) :
Mengelaskan nombor mengikut kuantiti bilanganya.
Penerapan Nilai :
Kasih sayang, hormat menghormati, tolak-ansur.
Bahan dan peralatan :
Pembesar suara, kad imbas, kayu, benang, gelung.
Kecerdasan Pelbagai :
Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan interperonal
Kosa Kata :
Operasi Tambah, Memancing, Membilang, Menaik, Polis, Bomba, Doktor
Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti P&P Bahan Bantu
Mengajar /
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Murid Menyanyikan Lagu
Mari Mengira Bersama
1. Murid mendengar lagu yang dinyanyikan oleh guru.
2. Guru membimbing murid untuk menyanyikan lagu
dengan gayanya sekali.
3. Murid akan menyanyi lagu mari mengira bersama-
sama dengan guru.
Pembesar suara,
Langkah 1
(10 minit)
Teka Siapa Saya
Jenis-Jenis Pekerjaan
Beruniform
- Polis
- Doktor
- Bomba
1. Guru akan berteka-teki dengan murid.
2. Murid akan menjawab soalan teka-teki yang
dikemukan oleh guru.
3. Bimbingan akan diberikan oleh guru jika murid tidak
dapat menjawab soalan dengan betul.
4. Guru akan meransang pemikiran pelajar untuk
menjawab soalan yang diberikan.
5. Guru akan memberikan jawapan teka-teki dengan
menggunakan kad imbas.
Kad Imbas
Langkah Kandungan Aktiviti Bahan Bantu
Mengajar /
Cacatan
Langkah 2
(20 minit)
Mari Memancing Sambil
Mengira
Operasi Penambahan
Bersama-sama
1. Murid akan berada didalam separa bulatan.
2. Guru memilih seorang murid untuk melaksanakan
aktiviti memancing gambar pekerjaan beruniform.
3. Murid memancing gambar mengikut bilangan objek
yang diarahkan oleh guru.
4. Guru akan melekatkan objek tersebut dipapan putih.
5. Murid yang lain akan membilang objek dan
melakukan operasi penambahan.
6. Lembaran kerja akan diberikan oleh guru bagi
menguji pemahaman murid.
Kayu, Benang,
Magnet, Kad
Imbas, Lembaran
Kerja, gelung
Penutup
(10 minit)
Mari Menyanyi Dan
Mengira
1. Murid akan membilang objek yang ditunjukkan
dipapan putih dengan betul.
2. Guru akan membimbing murid untuk menyanyikan
lagu mari mengira bersama-sama.
3. Lembaran kerja akan dikumpul dan guru menyemak
jawapan bersama-sama murid.
Pembesar suara
Refleksi Guru:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________