7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
1/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
PPEENNDDIIDDIIKKAANN KKEESSIIHHAATTAANN
TTAAHHUUNN EEMMPPAATT
2013
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
2/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke
tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraanhidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
3/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
FOKUS
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu :
Modul 1 : Kesihatan FizikalModul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan
perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta
perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan PersekitaranModul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan
penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
4/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS
adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta
kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang
sihat dalam kehidupan.
Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :
(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan
masyarakat
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual
dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.
PEERS merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan
penjagaan kesihatan reproduktif.
(ii) Penyalahgunaan bahan
Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran
berkata TIDAK.
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
5/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi
Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
(iv) Kekeluargaan
Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
(v) Perhubungan
Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan
serta persahabatan.
(vi) Pencegahan penyakit
Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
(vii) Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada
ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman
serta kecemasan.
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid;
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai
oleh murid dan ditaksir. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru lebih bertanggungjawab ke atas
pencapaian murid.
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
6/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
Elemen Kreativiti dan Inovatif
Berdasarkan kepada pelbagai definisi, kreativiti boleh dijelaskan sebagai:
Kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapaisesuatu objektif.
Kebolehan individu untuk menggunaan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
Kebolehan individu untuk mengkasilkan idea yang tulen, asli atau baru.
Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.
Elemen Keusahawanan
Satu proses dalam membentuk ciri-ciri, siap, kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan.
Terdapat 5 fokus elemen keusahawanan:
Sikap keusahawanan
Pemikiran keusahawanan
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan
Formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional
Nilai moral dan etika keusahawanan
Elemen TMK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan
komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar,mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.
Pendekatan membudayakan TMK dalam p&p adalah seperti berikut:
Belajar Mengenai TMK - pengetahuan dan kemahiran TMK
Belajar Dengan TMK - pengupaya untuk mengajar dan belajar
Belajar Melalui TMK - pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan p&p yang
dicapai/akses melalui media TMK
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
7/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
Tajuk : Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.1 & 1.1.2
Objektif : Murid dapat menyatakan maksud akil baligh dan menyatakan tanda-tanda dan
akil baligh bagi lelaki dan perempuan.
EMK : Keusahawanan
Sumber/BBB : Kad perkataan dan gambar (ihtilam dan haid)
Aktiviti : 1. Murid diperkenalkan dengan perkataan akil baligh dan menyatakan
maksud akil baligh dengan bimbingan guru.
2. Perbincangan tentang tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan.
3. Murid membuat nota dalam folio tentang maksud akil baligh dan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan.
Impak/Refleksi : Seramai 30/30 orang murid dapat menyatakan masud akil baligh dan tanda-tanda
akil baligh bagi lelaki dan perempuan.
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
8/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam;
2. Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi
negatif untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri;
3. Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia;
4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol;
5. Memilih cara mengurus konflik dan stres;
6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala
sosial;
7. Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan
yang sesuai dalam pelbagai situasi;
8. Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes;
9. Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan
10. Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi
bantu mula untuk kecederaan ringan.
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
9/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
1
TAJUK : KESIHATAN DIRI
DAN REPRODUKTIF
1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yang
sihat.
1.1.1 Menyatakan maksud akil
baligh.
1.1.2 Menyatakan tanda-tanda
akil baligh bagi lelaki dan
perempuan
1. Murid diperkenalkan dengan
perkataan akil baligh dan
menyatakan maksud akil baligh
dengan bimbingan guru.
2. Berbincangan tentang tanda-
tanda akil baligh badi lelaki dan
perempuan.
3. Mencatat dalam folio tentang
maksud akil baligh dan tanda-
tanda akil baligh bagi lelaki dan
perempuan.
1.Contoh BBB:
Kad perkataan
dan gambor.
2.EMK:
Keusahawanan
2 1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yang
sihat.
1.1.3 Menyatakan perubahan
fizikal lelaki dan perempuan
apabila akil baligh.
1. Tayangan slide perubahan bentuk
fizikal kanak-kanak ke arah akil
baligh.
2. Murid menyatakan tanda-tanda
akil baligh berdasarkan paparan
slide.
3. Perbincangan dan rumusan.
1.Contoh BBB :
Tayangan Slide
2.EMK:
TMK
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
10/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
3 1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yang
sihat.
1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran
haid.
1. Penerangan guru tentang kitaran
haid dan tempoh haid
berdasarkan kalendar kitaran haid.
2. Menjelaskan kepada murid
perempuan supaya menggunakan
kalendar kitaran haid sebagai
panduan.
3. Menghasilkan kalendar haid
mengikut kreativiti murid.
1.Contoh BBB :
Kalendar kitaran
haid.
2.EMK:
Kreativiti dan
inovatif.
4 1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yangsihat.
1.1.5 Menjelaskan tiada gangguan
aktiviti harian semasa haid.
1. Permainan kecil (mengikut
kesesuaian kelas)
2. Bersoal jawab spontan mengenaiaktiviti semasa kedatangan haid.
3. Murid menulis aktiviti harian yang
aktif dalam folio/lembaran kerja.
1.Contoh BBB :
Radio dan CD
Muzik
2.EMK:
TMK
5 1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yang
sihat.
1.1.6 Menjelaskan cara
pengurusan diri apabila
mengalami haid dan ihtilam.
1. Kuiz Betul atau Salah mengenai
haid dan ihtilam.
(rujuk Modul PdP m/s 12)
2. Murid memberi pendapatmengenai asas pengurusan diri
dan emosi semasa haid dan
selelpas ihtilam.
(rujuk Modul PdP m/s 11)
3. Perbincangan dan rumusan.
1.Contoh BBB :
Soalan kuiz
2.EMK:
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
11/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
6 1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yang
sihat.
1.1.7 Mengenal pasti perubahan
yang mungkin dialami
semasa haid.
1. Murid membaca e-mail dari
seorang kawan.
(panduan : rujuk Modul PdP
m/s 14)
2. Perbincangan mengenai
kandungan e-mail.
3. Menyenaraikan perubahan kanak-
kanak semasa haid.
1.Contoh BBB :
2. EMK:
TMK
7 1.2 Mendemonstrasi
keupayaan dan kemahiran
untuk menanganipengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan
reproduktif.
1.2.1 Menyatakan cara
menghargai perubahan
fizikal pada diri sendiri.
1. Guru mempamerkan gambar lelaki
dan perempuan dewasa.
2. Perbincangan mengenaiperubahan terhadap diri murid
setelah akil baligh.
3. Menyatakan cara menghargai
perubahan fizikal pada diri sendiri.
1.Contoh BBB :
Gamb0r orang
dewasa lelaki danperempuan.
2. EMK:
8 1.2 Mendemonstrasi
keupayaan dan kemahiranuntuk menangani
pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan
reproduktif.
1.2.2 Menyatakan cara
menghormati perubahanfizikal individu lain.
1. Ulangkaji S.P. 1.2.1.
2. Menyatakan cara menghormatiperubahan fizikal individu lain
setelah akil baligh.
3. Mencatat dalam folio dan
rumusan.
1.Contoh BBB:
2. EMK:
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
12/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
9 1.2 Mendemonstrasi
keupayaan dan kemahiran
untuk menangani
pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan
reproduktif.
1.2.3 Menyatakan cara
menangani pelbagai situasi
negatif terhadap perubahan
fizikal pada diri sendiri,
rakan dan keluarga.
1. Guru menjelaskan cara menangani
pelbagai situasi negatif terhadap
perubahan fizikal setelah akil
baligh.
2. Murid menceritakan pelbagaii
situasi negatif yang dialami
semasa proses akil baligh..
3. Kad situasi.
(rujuk Modul PdP m/s 19)
1.Contoh BBB:
Kad situasi
2. EMK:
Kreativiti dan
inovatif
10 1.2 Mendemonstrasi
keupayaan dan kemahiran
untuk menangani
pengaruh dalaman sertaluaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan
reproduktif.
1.2.4 Menyatakan batas sentuhan
untuk menjaga keselamatan
dan kehormatan diri.
1. Tayangan gambar sentuhan
kepada murid-murid.
2. Murid menilai gambar dan
membuat pilihan selamat dantidak selamat.
3. Murid menyatakan pendapat
mengenai pilihan mereka.
1. Contoh BBB:
Kad gamb0r.
2. EMK:
11 1.3 Mengetahui dan
mengamalkan pemakanan
yang sihat serta selamat.
1.3.1 Melakar dan melabel
Piramid Makanan Malaysia.
1.3.2 Mengenal pasti kumpulanmakanan mengikut aras
Piramid Makanan Malaysia.
1. Tayangan gambar Piramid
Makanan Malaysia.
2. Bersoal jawab mengenai PiramidMakanan Malaysia.
3. Murid melakar dan melabelkan
Piramid Makanan Malaysia.
4. Murid mengkelaskan makanan
mengikut aras Piramid Makanan
Malaysia.
1. Contoh BBB;
Piramid makanan
Malaysia
2. EMK:
TMK
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
13/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
12 1.3 Mengetahui dan
mengamalkan pemakanan
yang sihat serta selamat.
1.3.3 Menyatakan kepentingan
pengambilan pelbagai jenis
makanan berdasarkan
Piramid Makanan Malaysia.
1. Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan mengikut aras Piramid
Makanan Malaysia.
2. Wakil kumpulan memilih gambar
makanan mengikut kumpulan
makanan.
3. Murid menyatakan kepentingan
pengambilan pelbagai jenis
makanan berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia.
1. Contoh BBB :
Gambar makanan
Lembaran kerja
2. EMK:
13 1.3 Mengetahui dan
mengamalkan pemakanan
yang sihat serta selamat.
1.3.4 Menjelaskan kepentingan
pengambilan sarapan yang
sihat.
1. Murid mencuci tangan sebelum
menyediakan sarapan.
2. Murid menyediakan sarapandengan bahan yang dibawa
sendiri.
3. Murid menikmati sarapan dan
menyatakan kepentingan
pengambilan sarapan yang sihat.
1. Contoh BBB:
Bahan sandwich
spt roti, telur,mentimun dan
mentega.
2. EMK:
Keusahawanan
14 1.3 Mengetahui dan
mengamalkan pemakanan
yang sihat serta selamat.
1.3.5 Menjelaskan kepentingan
kualiti pembungkusan dan
maklumat yang terdapatpada label makanan iaitu
tarikh luput dan kandungan
bahan.
1. Murid mengeluarkan label atau
pembungkus makanan yang
dibawa dari rumah.2. Bersoal jawab tentang label
makanan seperti kualiti, tarikh
luput, logo Halal dan kandungan
bahan.
3. Menghasilkan satu label makanan
yang berkhasiat..
1. Contoh BBB:
Label atau
pembungkusmakanan
2. EMK:
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
14/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
15
TAJUK : PENYALAHGUNAAN
BAHAN
1.4 Mengetahui jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan serta
berkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri,
keluarga dan masyarakat.
1.4.1 Menyatakan contoh
makanan dan minuman
yang mengandungi alkohol
berdasarkan label.
1. Mempamerkan gambar makanan
dan minuman beralkohol.
2. Bersoal jawab mengenai gambar
tentang kandungan alkohol dalam
makanan dan minuman
berdasarkan label.
3. Mencatat dalam folio dan
rumusan.
1.Contoh BBB :
Gamb0r makanan
dan minuman
2.EMK :
16 1.4 Mengetahui jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan sertaberkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri,
keluarga dan masyarakat.
1.4.2 Menyatakan kesan jangka
masa pendek terhadapfizikal dan mental akibat
pengambilan alkohol.
1.4.3 Menyatakan kesan jangka
masa panjang terhadap
fizikal dan mental akibat
pengambilan alkohol.
1. Mempamerkan gambar tubuh
manusia.(rujuk Modul PdP m/s 30)
2. Penerangan bagaimana alkohol
memasuki badan manusia.
3. Perbincangan tentang gambar
Pemabuk mengenai kesan jangka
panjang dan jangka pendek.
1. Contoh BBB:
GambarLembaran kerja
2. EMK:
17 1.4 Mengetahui jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan sertaberkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri,
keluarga dan masyarakat.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada
pengambilan dan pembelianmakanan serta minuman
beralkohol.
1. Mempamerkan pelbagai jenis
gambar makanan dan minumanberalkohol dan tidak beralkohol.
2. Mengasingkan makanan dan
minuman yang beralkohol dan
tidak beralkohol.
3. Lembarankerja.
1.Contoh BBB:
Gambar
2. EMK:
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
15/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
18 1.4 Mengetahui jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan serta
berkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri,
keluarga dan masyarakat.
1.4.5 Mendemonstrasi cara
menyebarkan maklumat
berkaitan kesan
pengambilan alkohol kepada
ahli keluarga dan rakan
sebaya.
1. Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan.
2. Perbincangan dalam kumpulan
mengikut situasi yang diberikan.
3. Setiap kumpulan mendemonstrasi
cara menyebarkan maklumat
berkaitan kesan pengambilan
alkohol kepada ahli keluarga dan
rakan sebaya.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
19
TAJUK : PENGURUSAN MENTAL
DAN EMOSI
2.1 Mengetahui pelbagai jenisemosi, kepentingan dan cara
mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan
harian.
2.1.1 Menyatakan maksud konflikdan stres.
2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda
konflik dan stres dalam diri
sendiri.
1. Bersoal jawab berdasarkangambar-gambar yang dipaparkan.
2. Murid menyatakan maksud konflik
dan stres dgn bimbingan guru.
3. Murid menyatakan tanda-tanda
konflik dan stres berdasarkan kad
situasi.
(rujuk Modul PdP m/s 38)
1. Contoh BBB :Gambar
Kad situasi
2. EMK :
20 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SUMATIF 1
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
16/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
21 2.1 Mengetahui pelbagai jenis
emosi, kepentingan dan cara
mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan
harian.
2.1.3 Menyatakan punca konflik
dan stres dalam diri sendiri.
2.1.4 Menyatakan kesan konflik
dan stres terhadap diri
sendiri.
1. Bersoal jawab mengenai konflik
dan stres yang biasa dialami oleh
murid.
2. Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan dan setiap kumpulan
diedarkan petikan.
(rujuk Modul PdP m/s 40)
3. Menyatakan kesan konflik dan
stres terhadap diri berpandukan
petikan.
1. Contoh BBB :
Petikan
2. EMK :
22 2.1 Mengetahui pelbagai jenis
emosi, kepentingan dan cara
mengurus emosi untukmeningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan
harian.
2.1.5 Memilih cara mengurus
konflik dan stres.
1. Bahagikan murid kepada empat
kumpulan.
2. Setiap kumpulan cantum gambarsupaya lengkap.
3. Murid menyatakan cara mengurus
konflik dan stres dan betul
berdasarkan gambar yang
dicantumkan.
1. Contoh BBB :
Puzzle
2. EMK :
23
TAJUK : KEKELUARGAAN
2.2 Mengetahui peranan dirisendiri dan ahli keluarga serta
kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.1 Menjelaskan kepentinganhubungan kekeluargaan.
1. Bersoal jawab berdasarkangambar keluarga bahagia.
2. Menceritakan tentang keluarga
sendiri.
3. Murid menyatakan kepentingan
hubungan kekeluargaan.
1. Contoh BBB :Gambar
2. EMK :
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
17/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
24 2.2 Mengetahui peranan diri
sendiri dan ahli keluarga serta
kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.2 Menerangkan peranan dan
tanggungjawab ahli keluarga
dalam mencegah serta
menangani gejala sosial.
1. Bersoal jawab mengenai peranan
dan tanggungjawab keluarga.
2. Menyenaraikan beberapa contoh
peranan dan tanggungjawab
dalam keluarga.
3. Lembaran kerja dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
25 2.2 Mengetahui peranan diri
sendiri dan ahli keluarga serta
kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.3 Menjelaskan kepentingan
sokongan ahli keluarga
dalam menangani gejala
sosial.
1. Murid menjawab teka silang kata.
(rujuk Modul PdP m/s 48)
2. Perbincangan berdasarkan
jawapan pada teka silang kata.
3. Menyatakan kepentingansokongan ahli keluarga dalam
menangani gejala sosial.
1. Contoh BBB :
Teka silang kata
2. EMK :
26
TAJUK : PERHUBUNGAN
2.3 Mengetahui dan
mengaplikasi kemahiran
interpersonal dan komunikasiberkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.1 Menjelaskan kepentingan
menyayangi diri sendiri dan
ahli dalam keluarga.
1. Mempamerkan gambar kejayaan
ahli keluarga.
2. Bersoal jawab mengenai gambar.3. Menyatakan kepentingan
menyayangi diri sendiri dan ahli
dalam keluarga.
4. Lembaran kerja dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
18/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
27 2.3 Mengetahui dan
mengaplikasi kemahiran
interpersonal dan komunikasi
berkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.2 Menyatakan cara
meluahkan perasaan kasih
sayang dalam keluarga.
1. Nyanyian lagu Saya Sayang
Keluarga
http://www.youtube.com/watch?
v=IC962QObwtk
2. Bersoal jawab tentang lagu.
3. Menyatakan cara meluahkan
perasaan kasih sayang dalam
keluarga.
1. Contoh BBB :
YouTube
2. EMK :
TMK
28 2.3 Mengetahui dan
mengaplikasi kemahiran
interpersonal dan komunikasi
berkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.3 Mempamerkan cara
meluahkan perasaan yang
sesuai dalam pelbagai
situasi.
1. Tayangan slide beberapa jenis kad
ucapan spt Hari Ibu, Kad Raya,
Hari Lahir dsb
2. Mencipta kad ucapan hari lahir
kepada ahli keluarga.3. Rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
29
TAJUK : PENYAKIT
3.1 Mengetahui jenis penyakit
dan cara mencegah serta
mengelak risiko penyakit
dalam kehidupan harian.
3.1.1 Menyatakan penyakit tidak
berjangkit seperti penyakit
jantung, asma, penyakit
buah pinggang dan
diabetes.
1. Tayangan video lagu Sakit Gigi.
http://www.youtube.com/watch?
v=PHKar7tF5Cc
2. Menerangkan maksud penyakit
tidak berjangkit kepada murid.3. Mempamerkan beberapa contoh
penyakit tidak berjangkit seperti
penyakit jantung, asma, penyakit
buah pingggang dan diabetes.
4. Lembaran kerja dan rumusan.
1. Contoh BBB :
Video dan gambar
2. EMK :
http://www.youtube.com/watch?%20v=IC962QObwtkhttp://www.youtube.com/watch?%20v=IC962QObwtkhttp://www.youtube.com/watch?%20v=IC962QObwtkhttp://www.youtube.com/watch?%20v=PHKar7tF5Cchttp://www.youtube.com/watch?%20v=PHKar7tF5Cchttp://www.youtube.com/watch?%20v=PHKar7tF5Cchttp://www.youtube.com/watch?%20v=PHKar7tF5Cchttp://www.youtube.com/watch?%20v=PHKar7tF5Cchttp://www.youtube.com/watch?%20v=IC962QObwtkhttp://www.youtube.com/watch?%20v=IC962QObwtk7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
19/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
30 3.1 Mengetahui jenis penyakit
dan cara mencegah serta
mengelak risiko penyakit
dalam kehidupan harian.
3.1.2 Mengenal pasti simptom
dan tanda penyakit tidak
berjangkit seperti penyakit
jantung, asma, penyakit
buah pinggang dan
diabetes.
1. Penerangan tentang maksud
simptom dan tanda.
2. Guru menayangkan slide
mengenai simptom dan tanda
penyakit jantung, asma, penyakit
buah pinggang dan diabetes.
(rujuk Modul PdP m/s 54)
3. Lembaran kerja dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
31 3.1 Mengetahui jenis penyakit
dan cara mencegah serta
mengelak risiko penyakit
dalam kehidupan harian.
3.1.3 Menyatakan kesan penyakit
tidak berjangkit seperti
penyakit jantung, asma,
penyakit buah pinggang dan
diabetes sekiranya tidakdikawal.
1. Tayangan slide/gambar tentang
sakit jantung, asma, sakit buah
pinggang dan diabetes.
2. Bersoal jawab mengenai
slide/gambar.3. Menyatakan kesan penyakit
jantung, asma, penyakit buah
pinggang dan diabetes sekiranya
tidak dikawal.(Lembaran kerja)
1. Contoh BBB :
Slide/gambar
2. EMK :
32 3.1 Mengetahui jenis penyakit
dan cara mencegah serta
mengelak risiko penyakit
dalam kehidupan harian.
3.1.4 Menjelaskan cara mencegah
penyakit tidak berjangkit
seperti penyakit jantung,
asma, penyakit buahpinggang dan diabetes.
1. Guru menyediakan beberapa kad
maklumat tentang cara-cara
mencegah penyakit di sekitar
dewan atau kelas.(rujuk modul PdP m/s 56)
2. Murid diminta mengisi maklumat
ke dalam borang aktiviti yang
diedarkan oleh guru.
(rujuk Modul PdP m/s 57)
3. Rumusan dan penutup.
1. Contoh BBB :
Kad maklumat
2. EMK :
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
20/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN
33
TAJUK : KESELAMATAN
3.2 Mengetahui kepentingan
menjaga keselamatan diri
dan mendemonstrasi
kemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan
harian.
3.2.1 Menyatakan maksud rakan
sebaya.
3.2.2 Menerangkan peranan
rakan sebaya.
1. Tayangan video Upin dan Ipin.
http://www.youtube.com/watch?
v=rz4-nd9_0QE
2. Murid menyatakan maksud dan
peranan rakan sebaya
berdasarkan video tersebut.
3. Lembaran kerja dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
34 3.2 Mengetahui kepentingan
menjaga keselamatan diri
dan mendemonstrasikemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan
harian.
3.2.3 Membezakan pengaruh
positif dan negatif rakan
sebaya.
1. Mempamerkan beberapa gambar
pengaruh positif dan negatif. (cth:
bersukan, belajar, merokok danmelepak)
2. Menyenaraikan lima pengaruh
positif dan lima pengaruh negatif
rakan sebaya terhadap diri sendiri.
3. Perbincangan dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
35 3.2 Mengetahui kepentingan
menjaga keselamatan diridan mendemonstrasi
kemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan
harian.
3.2.4 Menjelaskan cara-cara
mengatasi pengaruh negatifrakan sebaya.
1. Ulangkaji S.P. 3.2.3.
2. Bersoal jawab tentang akibatpengaruh negatif rakan sebaya
terhadap diri sendiri.
3. Murid menyatakan cara-cara
mengatasi pengaruh negatif rakan
sebaya.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
http://www.youtube.com/watch?%20v=rz4-nd9_0QEhttp://www.youtube.com/watch?%20v=rz4-nd9_0QEhttp://www.youtube.com/watch?%20v=rz4-nd9_0QEhttp://www.youtube.com/watch?%20v=rz4-nd9_0QEhttp://www.youtube.com/watch?%20v=rz4-nd9_0QE7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
21/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
36 3.2 Mengetahui kepentingan
menjaga keselamatan diri
dan mendemonstrasi
kemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan
harian.
3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya
yang boleh dijadikan suri
teladan.
1. Guru mengedarkan lembaran
kerja teka silang kata.
(rujuk Modul PdP m/s 60)
2. Murid mencari kata kunci ciri-ciri
rakan sebaya yang sesuai dijadikan
suri teladan.3. Perbincangan dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
37
TAJUK : PERTOLONGAN CEMAS
3.3 Mengetahui asas pertolongan
cemas dan kepentingan
bertindak dengan bijak
mengikut situasi.
3.3.1 Menyatakan maksud bantu
mula.
1. Tayangan video atau gambar
kemalangan.
2. Bersoal jawab tentang gambar
mengenai tindakan awal dan
langkah yang perlu diambil
berdasarkan situasi.
3. Guru menjelaskan maksud bantu
mula kepada murid.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
38 3.3 Mengetahui asas pertolongan
cemas dan kepentingan
bertindak dengan bijak
mengikut situasi.
3.3.2 Mengenal pasti jenis
kecederaan ringan seperti
luka, calar, lebam dan
terseliuh.
1. Guru menyediakan beberapa
keping gambar atau kad
perkataan.
2. Murid dipilih secara rawak untuk
memilih gambar atau kad
perkataan tersebut dan ditampalpada lajur yang disediakan.
(rujuk Modul PdP m/s 62)
3. Perbincangan dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
7/27/2019 RPT PK Tahun 4 KSSR
22/22
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
39 3.3 Mengetahui asas pertolongan
cemas dan kepentingan
bertindak dengan bijak
mengikut situasi.
3.3.3 Menyatakan langkah-
langkah yang diambil
semasa memberi bantu
mula untuk kecederaan
ringan.
1. Guru mempamerkan gambar
kecederaan ringan seperti luka,
calar, lebam dan terseliuh..
2. Menyatakan langkah-langkah yang
perlu diambil semasa memberi
bantu mula untuk kecederaanringan.
3. Lembaran kerja dan rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
40 3.3 Mengetahui asas pertolongan
cemas dan kepentingan
bertindak dengan bijak
mengikut situasi.
3.3.4 Menjelaskan kepentingan
bantu mula mengikut
situasi.
1. Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan dan setiap kumpulan
diedarkan dengan kad situasi.
2. Perbincangan dalam kumpulan.
3. Pembentangan oleh ketua
kumpulan hasil perbincangan.
4. Rumusan.
1. Contoh BBB :
2. EMK :
41 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - SUMATIF 2
Nota: RPT yang disediakan ini adalah sebagai panduan sahaja. Sebarang perubahan dan pindaan boleh dibuat tertakluk kepada
kesesuaian sekolah masing-masing.
DDIISSEEDDIIAAKKAANN OOLLEEHH ::
CCGG.. HHAASSBBUULLLLAAHH BBiiNN MMAAHHMMUUDD
JJuurruullaattiihh UUttaammaa KKSSSSRR PPEENNDDiiDDiiKKAANN KKEESSiiHHAATTAANN TTaahhuunn 44
JJPPNNTT