BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN
Pembangunan sahsiah dan permasalahan sahsiah adalah berkaitan dengan personaliti
seseorang individu. Personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan
keunikan manusia (Fiest dan Fiest, 1998). Ini kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai
persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada aspek luaran ataupun
dalaman individu itu. Pelajar dewasa adalah golongan yang sudah bekerja tetapi berhasrat
menyambung semula pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada secara separuh masa atau
sepenuh masa. Contoh paling sesuai untuk menggambarkan pelajar dewasa adalah golongan
guru-guru sekolah rendah khususnya. Profesion sebagai seorang guru merupakan satu kerjaya
yang begitu mulia. Ini kerana, tugas guru bukan hanya mengajar dan mencurahkan ilmu,
malah tugas guru adalah mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi manusia berguna
kerana mereka adalah pemangkin masa hadapan. Kerjaya sebagai guru begitu mencabar
kerana memerlukan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam. Namun masih ada perkara
yang menyedihkan melibatkan sahsiah guru walaupun guru itu sendiri disanjung tinggi oleh
pelajar, keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, isu plagiat hasil tugasan orang terdahulu
untuk dijadikan bahan membuat tugasan untuk mendapatkan keputusan yang baik.
1.1 TEORI PERKEMBANGAN PSIKOANALISIS
Teori Perkembangan Psikoanalisis Sigmund Freud (1906) menyatakan kepercayaan
individu selalunya bertentangan dengan masyarakat. Teori Freud berasaskan tiga bahagian
dalam diri manusia iaitu id (nafsu), ego (akal) dan superego (iman). Id adalah bahagian
sahsiah tidak sedar yang menekankan kepuasan serta merta dan mahukan keseronokan
maksimum. Ia didorong oleh tenaga libido yang menjadi tempat menyimpan desakan asas
dan stesan menyimpan segala kemahuan manusia. Id merangsang kita supaya memiliki
keinginan seks, makan, minum dan apa-apa yang memenuhi keperluan manusia. Ego adalah
bahagian yang mengawal sahsiah dan menghubungkan sahsiah diri dengan dunia luar. Ia
bertindak mengawal keinginan nafsu supaya keinginan itu tidak melanggar nilai dan norma
masyarakat. Superego adalah pengawal yang membentuk sahsiah manusia bermoral.
Superego pula adalah pengawal yang membentuk sahsiah manusia bermoral. Plagiat adalah
isu yang kompleks dan serius dalam integriti akademik, sama ada sengaja dilakukan atau
1
mungkin tidak sengaja dilakukan untuk menipu. Ia berkaitan dengan pembangunan sahsiah
individu pada peringkat Id.
1.2 ISU PERMASALAHAN SAHSIAH PELAJAR DEWASA (PLAGIARISM)
“Plagiarism is both a complex and a key issue in academic integrity and, unlike cheating,
which is always intentional, may be inadvertent or deliberate” (James et al. 2002)
“Part of the dilemma is that many students are unfamiliar what determines plagiarisme and
the stumble into it, unawares, not only because they never learned to use sources, but
sometimes because they have been taught that research means plagiarisme” ( White:205)
Plagiat yang sengaja dilakukan adalah sama dengan kes menipu kerana ia adalah
mencuri hasil kerja orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Namun, dalam kes plagiat yang
tidak disengajakan, individu perlu bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan berurusan
dengan pihak tertentu agar tidak melanggar peraturan mengambil hasil pemikiran orang lain.
Seseorang individu yang bertanggungjawab seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas
mengapa plagiat boleh berlaku. Plagiat boleh dikurangkan dengan menghormati kualiti
sesebuah institusi tempat pelajar belajar dan langkah yang paling penting adalah pelajar
mengetahui bagaimana untuk menghormati hak orang lain sebagai contoh melalui pengakuan
dan rujukan yang betul.
Isu plagiat adalah isu yang serius dan melibatkan permasalah sahsiah dalam kalangan
pelajar sama ada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa mahupun yang separuh
masa. Menurut laporan akhbar Utusan bertarikh 28/09/2009, seorang pelajar telah dilucutkan
Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu yang dianugerahkan pada Istiadat Konvokesyen UM
pada 4 Ogos 2004 kerana plagiat dalam penulisan tesis. Kes dilucutkan daripada menerima
segulung ijazah adalah sangat memalukan tetapi ia perlu diberi tindakan tegas
memandangkan seseorang pelajar seharusnya mempunyai aliran fikirannya sendiri agar ilmu
yang diperolehi setanding dengan keperibadian tinggi seseorang yang bergelar pelajar
universiti.
2.0 SEBAB-SEBAB PERMASALAHAN PLAGIAT PELAJAR DEWASA
Pelajar dewasa yang terdiri guru-guru sekolah rendah sangat beruntung kerana
mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti berkualiti dalam negara
2
secara separuh masa atau jarak jauh. Mereka ini perlu memberikan contoh yang baik kepada
pelajar-pelajar muda yang baru menjejakkan kaki ke menara gading dan ingin meneroka alam
belajar sebenar.
Sebagaimana yang kita telah ketahui, tugas guru bukan hanya mengajar tetapi ditambah
dengan tekanan kerja yang lain seperti terlibat dengan organisasi di sekolah dan
tanggungjawab bagi guru berkeluarga di rumah masing-masing. Tekanan bermaksud pelbagai
desakan yang dialami oleh seseorang individu hingga menjejaskan ketenteraman fikiran dan
perasaannya (Ibrahim Hashim, 2000: 119).
Melihat pada situasi sekarang, guru berkeluarga tidak dapat meluangkan masa
bersama keluarga pada hari biasa dan hujung minggu kerana, menghadapi kekangan masa
yang agak terbatas dengan aktiviti sekolah. Apatah lagi guru yang terpaksa menghadiri kuliah
pada hujung minggu, sudah tentu masa itu membatasi rutin biasa mereka. Selain itu, guru
yang tidak dapat mengurus masanya dengan baik juga adalah guru yang suka melengah-
lengahkan kerja dan tugasan yang diberikan. Pengurusan masa begitu penting bagi guru
apatah lagi guru yang bergelar pelajar dewasa. Sebagai guru dan pelajar dewasa yang
merupakan contoh kepada anak-anak dan murid-muridnya, kita perlu bijak dalam membahagi
masa antara tanggungjawab dalam kerjaya sebagai seorang guru, pelajar dan tanggungjawab
terhadap keluarga. Namun, adakah perkara-perkara di atas sesuai dijadikan alasan untuk
seorang pelajar dewasa melakukan plagiat menyiapkan tugasan yang merupakan suatu
permasalahan sahsiah yang tidak seharusnya ada pada seorang guru. Banyak sebab mengapa
permasalahan sahsiah mengenai isu plagiat dalam kalangan pelajar khususnya pelajar dewasa
semakin menular di peringkat pengajian tinggi iaitu :
2.1 Kurang Kemahiran Mencari Maklumat
Kemahiran mencari maklumat seharusnya ditekankan oleh pensyarah dalam aktiviti
kuliah pelajar dewasa yang sememangnya masih keliru dan kurang jelas bagaimana
menghasilkan tugasan yang berkualiti. Pensyarah biasanya akan memberikan soalan tugasan
berkaitan dengan topik yang terdapat dalam modul tetapi memerlukan hujah dan pendapat
pelajar sendiri mengenai kefahaman mereka tentang sesuatu isu tersebut. Kesulitan pelajar
untuk mencari maklumat atau tidak memahami bagaimana hendak mengumpul maklumat
tersebut akan mewujudkan gejala plagiat yang sepatutnya tidak harus dilakukan oleh pelajar
dewasa yang mempunyai pendapat sendiri dan lebih matang dalam membentangkan hujah
mereka sendiri. Maklumat yang tepat akan menjamin keaslian dan keberkesanan suatu
3
tindakan. Maklumat juga boleh dicari melalui internet, buku-buku bacaan dan kajian lepas
pelajar terdahulu namun bagi mengelakkan plagiat, pelajar perlu didedahkan cara-cara
mengambil maklumat itu dan seterusnya menjadikannya rujukan untuk membina pendapat
baru yang lebih kreatif dan berkualiti.
2.2 Masa Menyiapkan Tugasan Tidak Cukup
Pelajar selalu tidak menghantar tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang
ditetapkan. Dalam beberapa kes, pelajar akan membuat rayuan kepada pensyarah untuk
menunda tarikh penghantaran tugasan dengan alasan tidak sempat menyiapkan tugasan
kerana terikat dengan komitmen di sekolah.
Menurut Stephen Covey (1989) dalam bukunya ‘The Seven Habits of Highly Effective
People’, menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam
seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Manusia mempunyai empat dimensi
iaitu fizikal, mental, sosial/emosi dan spiritual. Kesemuanya perlu difahami, dipraktiskan
agar mendapat penyatuan yang serasi.
Di antara sebab-sebab mengapa pelajar tidak menghantar tugasan atau lewat
menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan ialah pelajar dewasa khususnya sering
menganggap tugasan yang diberi boleh disiapkan dalam masa singkat. Ini kerana mereka
mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan semasa cuti hari Sabtu atau Ahad.
Walau bagaimanapun, sebagai pelajar dewasa yang juga bekerja sebagai guru, masa itu
adalah emas. Kerja-kerja yang sepatutnya perlu disiapkan di sekolah terpaksa dibawa ke
rumah kerana terjejas dengan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Akibatnya pelajar dewasa ini
mengutamakan kerja-kerja sekolah berbanding tugasan kuliah yang pada perkiraan mereka
mempunyai masa sebulan untuk dihantar. Sebaik sahaja soalan tugasan diberi, tarikh
penghantaran turut diberikan. Walau bagaimanapun, ramai pelajar dewasa tidak peka
terhadap jadual penghantaran ini. Setiap pelajar seharusnya bertanggungjawab terhadap
jadual yang diberikan. Pelajar biasanya akan mengambil tindakan apabila melihat rakan-
rakan sibuk menyiapkan tugasan dan urusan penghantaran. Akibatnya, pelajar akan membuat
kerja terburu-buru sehingga mengabaikan masa berkualiti bersama keluarga atau menelaah
pelajaran.
4
2.3 Suasana dan Bentuk Pembelajaran Yang Berbeza
Suasana semasa mengikuti diploma pendidikan adalah berbeza dengan suasana
pelajar mengikuti ijazah. Jika di peringkat diploma, pelajar jarang didedahkan untuk
menghasilkan tugasan berasaskan kajian tetapi di peringkat universiti, pelajar perlu belajar
untuk mengkaji, mencari maklumat, mengutarakan pendapat dan berkolaborasi dengan usaha
sendiri. Alder (1964) menyatakan, gaya hidup (lifestyle) merupakan kesatuan personaliti
seseorang individu yang merangkumi segala pendapat kreatif terhadap diri sendiri, masalah
kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain.Walaupun seorang pelajar
itu adalah guru yang sering mengikuti kursus semasa di sekolah tetapi ia langsung tidak
membantu dalam aspek pembelajaran di peringkat universiti. Di peringkat sekolah menengah,
pelajar memperolehi bahan melalui buku-buku rujukan dan buku teks yang disediakan.
Manakala di peringkat diploma pula, pelajar sering disuap dengan segala bentuk nota
daripada pensyarah untuk dijadikan bahan bacaan. Tetapi di peringkat universiti, nota-nota
itu adalah daripada ikhtiar pelajar sendiri. Pelajar dewasa yang sudah lama meninggalkan
kuliah di zaman diploma akan mula berasa kekok dan tidak dapat mengikuti suasana
pembelajaran sebegini sehingga mengambil keputusan untuk mencedok hasil penulisan yang
diperolehi melalui carian internet kerana tidak mempunyai idea bagaimana untuk
menghasilkan tugasan mengikut peringkat atau taraf universiti. Akibatnya, amalan menyalin
dan tampal menjadi jalan pintas kepada mereka bagi memastikan mereka dapat menyiapkan
tugasan yang diberi walaupun amalan itu adalah suatu permasalahan sahsiah yang sepatutnya
tidak berlaku dalam kalangan pelajar dewasa.
2.4 Kurang Pengetahuan dan Kesedaran Mengenai Keburukan Plagiat
Apabila melihat dan mebaca blog di laman web, seringkali kita akan mendapati isu
dan pendapat bulat-bulat diambil daripada sumber yang tidak diketahui. Malah terdapat tiga
atau lebih blog yang menyalin dan menampal hasil penulisan itu untuk dijadikan bahan dalam
blog mereka. Pelajar dewasa yang tidak mempunyai kesedaran tentang amalan nilai-nilai
murni dan kurang pengetahuan tentang keburukan plagiat ini akan terus mendapat idea untuk
mengambil bahan itu secara bulat-bulat dan menjadikannya sebagai penulisan mereka sendiri.
Pelajar yang tertarik dengan bahan yang dibaca akan terus ‘copy and paste’ bahan tersebut
dan dijadikan hasil penulisan mereka sendiri untuk dihantar kepada pensyarah. Apa akan
terjadi sekiranya pelajar tadi mendapat markah yang tinggi dalam tugasannya kemudian
beberapa orang yang tidak berpuashati turut menyatakan mereka juga mempunyai perkara
5
yang sama tetapi memperoleh markah rendah. Dan yang lebih tidak diduga apabila seorang
lagi pelajar mengaku bahawa hasil ‘copy and paste’ pelajar tadi adalah diambil menerusi
laman blog yang dihasilkan olehnya sendiri tetapi orang lain yang mendapat pujian di atas
kerjanya. Sikap ini bersesuaian dengan teori egoisme yang diasaskankan oleh Friedrich
Wilhelm Nietsche (1844-1900). Menurut teori ini, egoisme adalah merujuk kepada sebarang
perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri
tanpa memikirkan perasaan orang lain. Matlamat yang utama ialah untuk memberikan faedah
kepada diri sendiri. Amalan plagiat sememangnya sangat mudah dilakukan dan begitu banyak
hasil-hasil penulisan dan kajian yang telah dimuatkan di internet. Sebab itulah, ramai pelajar
mengambil keputusan untuk memplagiat hasil itu kerana bertepatan dengan soalan tugasan
yang diberi oleh pensyarah. Seharusnya, pihak universiti dan pensyarah perlu berbincang dan
lebih tegas tentang bahaya dan keburukan amalan plagiat dalam kalangan pelajar dewasa ini
kerana pelajar dewasa adalah contoh kepada generasi kita dan bukannya ‘perompak’ untuk
menjadi yang terbaik.
2.5 Kurang Persediaan Dalam Menyiapkan Tugasan
Pelajar dewasa contohnya guru sepatutnya sudah bersedia untuk melengkapkan diri
dengan ilmu-ilmu pendidikan, isu semasa dan masalah-masalah berkaitan pendidikan
sebelum memasuki semester kuliah. Namun tidak dinafikan jika pelajar dewasa ini masih
tidak dapat memahami soalan tugasan kerana kurang peka dengan perkembangan semasa.
Malah ada yang dengan sengaja tidak cuba untuk memahami tugasan dan menyerahkan
sepenuhnya harapan kepada maklumat yang diperolehi dalam internet. Akibatnya, masalah
plagiat pula timbul. Pelajar dewasa sudah mahir dengan kemahiran komunikasi sama ada
sesama rakan setugas, rakan sekuliah, keluarga dan murid-murid. Komunikasi bersama
rakan-rakan adalah berbeza apabila pelajar berdepan dengan pensyarah. Mungkin ada di
antara pelajar yang masih malu atau segan untuk berkomunikasi secara bersemuka dengan
pensyarah. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial
dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak,
zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Apabila kurang komunikasi
sebegini, maka pelajar mungkin akan kurang mendapat maklumat terkini mengenai tugasan,
tarikh penghantaran, maklumat tambahan dan sebagainya. Tanpa memikirkan banyak
perkara, akhirnya pelajar akan mengambil keputusan untuk memplagiat bahan terutamanya
menerusi bahan dalam internet.
6
3.0 CADANGAN MENYELESAIKAN ISU PLAGIAT
3.1 Memaksimumkan Kemudahan LMS
Untuk menghasilkan tugasan yang baik, pelajar perlu mendapatkan bahan bacaan
berkaitan tugasan terlebih dahulu. Bahan bacaan pula tidak semestinya melalui buku malah
boleh dicari menerusi internet, jurnal, kajian terdahulu malah dalam forum LMS (Learning
Management System) bersama pensyarah. E-forum telah memberikan kemudahan kepada
pelajar terutamanya pelajar dewasa untuk berkongsi pendapat dan bahan sesama rakan,
bertanyakan soalan kepada pensyarah dan membantu rakan lain yang mempunyai masalah
dalam topik pembelajaran. Mengikut Hossein Arsham (2002), untuk menjayakan pengajaran
dan pembelajaran berasaskan komputer, bahan pengajaran perlulah dirancang bagi
mengwujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar dan pendidik terlibat secara aktif
dalam proses. pembelajaran. Pada masa sekarang, 90% urusan pembelajaran, pengajaran dan
pengurusan adalah secara talian. Pelajar dewasa juga tidak terkecuali daripada menggunakan
komputer dan internet dalam tujuan pembelajaran contohnya menjawab forum secara talian,
bersoaljawab dan mengemukakan soalan dalam LMS (Learning Management System).
Namun, tidak menghairankan apabila pelajar dewasa ini lebih gemar membuka
facebook berbanding membuka LMS. Akibat jarang membuka LMS ini, maka pelajar sering
ketinggalan dengan pengumuman terkini terutama pengumunan penghantaran tarikh tugasan
dan pemberitahuan terkini. Maka, timbullah usaha untuk memplagiat hasil penulisan orang
lain terutama melalui pencarian diinternet. LMS boleh digunakan untuk pengajaran
sepenuhnya secara atas-talian atau sebagai medium yang menyokong pengajaran secara
bersemuka bagi memenuhi prinsip pembelajaran bestari, pembelajaran bersepadu,
pembelajaran interaktif dan menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif dalam latihan
perguruan. Bagi pelajar dewasa khususnya wanita yang berasa segan untuk berkolaborasi
dengan pelajar dewasa lelaki dan pensyarah boleh memaksimumkan penggunaan LMS ini
untuk bersama-sama berkongsi pendapat, maklumat dan masalah berkaitan topik
pembelajaran dan tugasan.
3.2 Memastikan Pensyarah Memberi penerangan Awal Mengenai Isu Plagiat
Sebelum memulakan sesi semester bagi pelajar baru, pensyarah atau pihak universiti
perlu memberi penerangan dan membincangkan isu-isu plagiat dalam kalangan pelajar
terutama semasa menyiapkan tugasan. Pensyarah perlu menegaskan bahaya dan keburukan
7
apabila pelajar menyiapkan tugasan secara ‘Copy and Paste’ sahaja. Pelajar dewasa
khususnya perlu didedahkan dengan maklumat yang lengkap mengenai tingkah laku atau
masalah sahsiah plagiat ini agar mereka dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar
junior yang mungkin menghadapi masalah yang sama seperti mereka. Peranan pensyarah
adalah penting untuk memupuk pemahaman pelajar mengenai isu plagiat dan meningkatkan
kesedaran bagi mengelak mereka melakukan kesalahan itu. Pelajar wajar diberi pendedahan
tentang definisi sebenar plagiat dan kaedah penulisan akademik yang standard agar mereka
sedar akan tingkah laku yang dikategorikan sebagai perbuatan itu.
3.3 Menegaskan Penggunaan Plagiarism Checker atau Turnitin
Penggunaan Plagiarism Checker seperti perisian Turnitin perlu diberi penjelasan
kepada pelajar semasa mereka berusahan untuk menyiapkan tugasan. Pelajar dewasa perlu
bertindak matang bahawa amalan plagiat adalah amalan yang hanya dilakukan oleh pelajar
yang tidak layak untuk menerima segulung ijazah. Sebenarnya pelajar boleh membuat
pemeriksaan sendiri hasil tugasan mereka menerusi Plagiarism Checker Online bagi
memastikan mereka menghasilkan penulisan yang asli dan tidak mengambil buah fikiran
orang lain. Apabila pelajar menggunakan khidmat Plagiarism Checker Online ini, mereka
akan berasa sangat gembira dan bangga dengan hasil tugasan yang disiapkan adalah atas
usaha sendiri dan bukan diplagiat. Turnitin adalah perisian pemeriksa plagiat yang sungguh
komprehensif dan efektif untuk mengesan sebarang unsur plagiat dalam penulisan akademik
pelajar. Ia telah diaplikasikan di kebanyakan universiti dalam dan luar negara dan mungkin
termasuk UPSI sendiri untuk menangani isuplagiat dalam penulisan. Beberapa tindakan yang
boleh menyedarkan dan tidak terlalu menekan pelajar boleh diambil apabila didapati mereka
melakukan 50% plagiat dalam hasil penulisan seperti penolakan markah tugasan, memberi
amaran lisan, memberi kaunseling dan sebagainya.
3.4 Menyediakan Panduan Untuk Membantu Pelajar Mengurus Masa
Pendekatan lain yang boleh digunakan untuk menangani masalah berkaitan sahsiah ini
ialah pihak universiti atau pensyarah perlu menyediakan panduan untuk membantu pelajar
mengurus masa dengan baik. Walaupun pelajar dewasa ini sudah biasa mempunyai jadual
waktu persendirian di sekolah, tetapi mereka masih mempunyai masalah untuk menyusun
jadual peribadi sendiri. Pensyarah mungkin boleh membantu menyediakan panduan untuk
membantu para pelajarnya mengurus masa dengan baik terutama pembahagian masa untuk
8
menyiapkan tugasan dan pembahagian masa untuk menentukan matlamat yang perlu dicapai
pada setiap pembelajaran. Dengan adanya panduan mengurus masa tersebut, pelajar juga
dapat mengenalpasti dan menyenaraikan keutamaan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan
yang lebih penting, kepada keperluan dan keinginan. Pelajar dewasa juga sudah matang untuk
menyusun jadual sendiri bagi mengenalpasti dan mengurangkan aktiviti yang tidak produktif
dan mengutamakan tanggungjawab terhadap kualiti pembelajarannya sebagai pascasiswazah.
Pengurusan masa adalah penting bagi setiap orang terutama pelajar dewasa yang bekerja sam
bil belajar kerana mereka perlu memberi tumpuan dan komitmen yang bercapah dalam satu-
satu masa seperti komitmen terhadap proses pengajaran di sekolah, proses pembelajaran di
institusi pembelajaran dan komitmen terhadap tugasan dan peperiksaan yang perlu
dilaksanakan sepanjang mereka masih bergelar pelajar pendidikan jarak jauh. Mereka perlu
memberi tumpuan 100% kepada sesuatu perkara penting dahulu. Selain itu, dengan adanya
panduan dan jadual pengurusan masa ini, pensyarah akan dapat membantu pelajar untuk
memastikan mereka mempunyai tarikh akhir yang berasingan bagi memastikan setiap tugasan
siap pada masanya. Apabila masa dapat disusun sebaiknya, maka pelajar tidak akan terburu-
buru untuk menyiapkan tugasan dan seterusnya dapat mengelak amalan plagiat.
3.5 Mementingkan Pendapat Berbanding Gaya Bahasa Pelajar
Tujuan kuliah diadakan bagi pelajar dewasa ini adalah untuk membincangkan topik
pelajaran, modul dan isu-isu terkini yang mungkin akan dibangkitkan sekiranya berkaitan. Ia
termasuk perbincangan mengenai soalan tugasan yang diberikan. Sepanjang sesi soal jawab
dan perbincangan aktif tersebut, hampir semua pelajar akan memberikan pendapat mereka,
kemusykilan dan hujah yang rasional bagi mengukuhkan pendirian mereka terhadap sesuatu
isu yang dibincangkan. Apatah lagi golongan pelajar dewasa ini adalah golongan yang sudah
mempunyai pengetahuan yang luas dalam perkembangan semasa, matang dalam
menghasilkan buah fikiran dan suka menyatakan pendirian mereka tanpa rasa malu atau
segan. Begitu juga kaitannya dengan soalan tugasan yang diberikan. Pelajar-pelajar ini
sebenarnya memiliki satu keistimewaan iaitu mempunyai buah fikiran yang banyak bagi
menjawab soalan diikuti hujah-hujah yang tersendiri bagi menjelaskan sesuatu isu dan
kenyataan. Masalah yang mungkin dihadapi ialah pelajar lemah dalam kemahiran bahasa atau
gaya bahasa. Tidak semua pelajar adalah guru yang mengajar bahasa Melayu atau guru yang
mendapat peringkat satu dalam keputusan Bahasa Melayu semasa mengambil Sijil Pelajaran
Malaysia. Mereka ini mungkin tidak dapat menggubah ayat yang menarik dan menggunakan
9
gaya-gaya bahasa yang puitis untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu, mereka akan menghadapi
kesulitan untuk mempelbagaikan gaya bahasa yang menarik untuk mengambil perhatian
pembaca dan pemeriksa. Disebabkan masalah itu, maka timbul perasaan untuk memplagiat
hasil penulisan di internet contohnya kerana memang apabila kita membaca penulisan yang
dimuatkan dalam laman blog atau jurnal-jurnal akademik, bahasa yang digunakan sudah
cukup sempurna , menarik dan seolah-olah tidak mengandungi kesalahan. Oleh itu, sebagai
pensyarah dan pemeriksa yang cuba mengelakkan amalan plagiat ini, saya cadangkan agar
mereka hanya perlu melihat kepada maksud dan pendapat yang diberikan pelajar dan tidak
mementingkan gaya bahasa semata-mata. Walau bagaimanapun, pensyarah atau pemeriksa
masih boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan gaya bahasa yang betul, sesuai dan
menarik dalam penulisan akademik pelajar.
4.0 RUMUSAN
Amalan plagiat merupakan satu permasalahan sahsiah yang dialami oleh pelajar
dewasa pada masa kini. Sekiranya plagiat menjadi amalan kepada golongan pelajar,
cendekiawan dan generasi muda, maka negara mungkin tidak akan dapat melahirkan modal
insan yang berkualiti, mempunyai pemikiran sendiri, kepribadian yang tinggi dan hanya
menjadi boneka kepada pandangan orang lain kerana diri sendiri tidak mampu untuk berfikir
secara rasional dan profesional. Maka mereka perlu mempunyai keupayaan untuk
mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh
ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual
merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara (Abd Jalil Bin Borham, 1999).
Pembangunan sahsiah penting dalam membina satu generasi pelapis yang bakal memimpin
negara di masa akan datang. Oleh itu, isu plagiat ini tidak boleh dipandang remeh sama ada
pihak universiti, pensyarah mahupun pelajar kerana ia akan dapat mencemarkan imej dan
kualiti sesebuah institusi yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti bukan
disebabkan kuantiti semata-mata.
10
BAHAGIAN 2
5.0 PENGENALAN
UPSI adalah sebuah institut perguruan yang menawarkan peluang menyambung
pelajaran bagi guru-guru sekolah rendah. Tujuan institut perguruan dan pengajian tinggi ini
menawarkan peluang kepada guru-guru adalah untuk memartabatkan profesion perguruan
menjadi satu profesion yang dihormati dan dipercayai untuk membantu melahirkan modal
insan bagi menerajui negara pada masa hadapan. Untuk melahirkan dan memartabatkan
profesion keguruan ini, nilai-nilai BITARA boleh dijadikan panduan untuk memastikan guru-
guru memahami etika dan sahsiah menjadi seorang guru yang berwibawa dan berkemahiran.
Bitara membawa maksud memiliki ciri-ciri unik, unggul, tiada tolok bandingnya serta lain
dari yang lain. Terdapat enam nilai BITARA yang boleh diaplikasikan kepada guru-guru
yang mengikuti pengajian di UPSI bagi meningkatkan sahsiah seseorang guru iaitu integriti,
kreatif dan inovatif, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan dan
prihatin kebajikan anggota.
5.1 INTEGRITI
Secara umunya bermaksud “Kejujuran Dan Ketelusan, Keutuhan Dan
Kesempurnaan”. Dan ianya merupakan nadi utama kepada pencapaian hasil kerja yang
berkualiti yang di pertanggungjawabkan (accountability). Sebenarnya adalah pendinding
kepada perbuatan salah dan tidak bermoral. Justeru itu integriti perlu disemai disetiap hati
dan sanubari individu organisasi bagi membawa organisasi ke arah keunggulan yang dapat
melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Di antara matlamat integriti
adalah supaya guru melaksanakan tugas dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab dalam
apa jua pekerjaan yang dilakukannya. Selain itu, guru perlulah meletakkan kepentingan
awam lebih daripada kepentingan diri sendiri seperti kepentingan kepada anak didik atau
ibubapa pelajar. Manakala guru perlu penting untuk menjaga imej perkhidmatan awam iaitu
tempat dan jabatan dimana dia bekerja. Matlamat tatatertib ini juga adalah bagi menghukum
pegawai yang telah melakukan kesalahan atau melanggar peraturan sama agar tidak
mengulangi kesalahan itu lagi. Integriti seseorang guru adalah bersikap amanah, telus,
berakauntabiliti dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang
pendidik dan pelajar. UPSI ingin mengaplikasikan integriti sebagai amalan guru-guru iaitu
dengan mempunyai sikap amanah dalam melaksanakan arahan dari semasa ke semasa.
11
Contohnya, apabila guru dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan maka mereka perlu
amanah dan telus dalam melaksanakan arahan tersebut.
Guru-guru tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar apabila berada di
institusi dan tidak mengabaikan amanah sebagai pendidik apabila berada di sekolah.
Contohnya, guru-guru tidak bolehmencemarkan nama baik UPSI walaupun mereka
menghadapi kesulitan dan kesusahan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Mereka
juga perlu mengamalkan sikap jujur dengan tidak mengambil hasil penulisan pelajar
terdahulu sebagai hasil penulisan mereka sendiri. Selain itu, guru-guru akan mempunyai
akauntabiliti sebagai pelajar di UPSI. Akauntabiliti ialah sikap bertanggungjawab kepada
atau terhadap sesuatu tindakan dan perbuatan bertanggungjawab. Seorang guru perlu
menerima tanggungjawab bagi setiap keputusan iaitu keputusan yang dijangkakan di atas
perbuatan yang telah diambil dan sedang dilaksanakan serta menjadi contoh kepada orang
lain. Guru sebagai penjawat awam dan pelajar juga perlu meningkatkan sahsiah kerana masih
mempunyai kewajipan dan menjadi contoh bagi menjaga keselamatan,meningkatkan integriti
dan reputasi profesion, institusi dan sekolah. Walaupun guru mempunyai bebanan dan
tanggungjawab sebagai pelajar UPSI tetapi guru tidak boleh melepaskan tangungjawab
mengajar murid-murid di sekolah atau mengurangkan komitmen di sekolah. Guru perlulah
bersikap adil dalam mengimbangi antara mengajar dan belajar kerana di samping belajar,
guru-guru UPSI juga secara tidak langsung didedahkan dengan teknik mengajar yang lebih
professional dan efektif.
5.2 KREATIF DAN INOVATIF
Menurut Kamus Dewan (2002), kreatif didefinisikan sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Manakala inovatif
adalah penemuan atau penciptaan alat atau proses baru, baik dalam konteks teknik atau dalam
konteks cara berfikir. Sahsiah guru akan dapat ditingkatkan apabila guru mengamalkan sikap
kreatif dan inovatif sama ada dalam pengajaran di sekolah atau pembelajarannya di bilik
kuliah. Pemikiran kreatif dan inovatif adalah kemahiran yang memang penting bagi seorang
pelajar UPSI dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang diberikan oleh pensyarah.
Seseorang guru atau pengajar perlu jelas dalam menunjukkan bagaimana hendak mengaitkan
pengalaman sedia ada dengan sumber ilham disekeliling atau menerangkan kepada pelajar
hubungan diantara perkara masa lalu dengan perkara yang terjadi pada hari ini. Guru yang
kreatif adalah apabila guru berusaha dan dapat mempelbagaikan teknik pengajarannya di
12
sekolah untuk meningkatkan tahap pemahaman murid dan minat terhadap topik
pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai kesedaran sahsiah yang tinggi akan berusaha
menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif kepada murid-muridnya. Nilai kreatif dan
inovatif ini akan diperolehi oleh guru yang menyambung pengajian di UPSI apabila mereka
sentiasa didedahkan dengan kajian mengenai pembelajaran berkesan, perbincangan kumpulan
mengenai isu-isu pendidikan dan pembelajaran kreatif serta melaksanakan beberapa tugasan
yang memerlukan guru-guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
inovatif serta sesuai digunakan di peringkat sekolah.
Walaupun guru-guru mempunyai pendapat dan pemikiran tahap tinggi tetapi tahap
pemikiran kreatif dan inovatif guru masih lagi perlu bergantung kepada pensyarah dalam
mendorong kemahiran pemikiran tersebut. Guru juga perlu sentiasa merebut peluang untuk
meningkatkan prestasi sepanjang pengajian mereka sebagai guru pascasiswazah. Ini kerana,
guru yang baru mula belajar tidak mampu untuk untuk menjana idea secara kreatif dan
inovatif tanpa ada faktor penyumbangnya. Oleh yang demikian, guru yang mengikuti
program jarak jauh ini akan dilatih untuk lebih berdikari dalam proses kerja untuk
meningkatkan daya kreativiti mereka Para pensyarah sememangnya lebih tegas dan menjadi
fasilitator dengan memberi kurang maklumat atau membantu para pelajar tersebut
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sebaliknya guru-guru digalakkan mencari maklumat
sendiri dengan lebih kreatif, membuat kajian yang lebih inovatif dan berbincang secara aktif
dalam kumpulan untuk membina keyakinan mereka sendiri sebagai guru yang berwibawa dan
berkesan.
5.3 PROFESIONAL
Sikap professional perlu ada pada setiap guru. Guru perlu berkomunikasi dan hidup
bermasyarakat antara satu sama lain sama ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu
sistem perlu diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati
dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta kebolehan menguruskan
kehidupan dengan baik. Imej profesion perlu dipelihara dan dijaga. Setiap guru perlu patuh
kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan
awam (Abd Rahim, 2007). Terdapat beberapa isu yang bercanggah dan tidak beretika
dilakukan guru sehingga melanggar prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang guru.
Adakalanya ia berkaitan dengan kepentingan kekeluargaan, agama dan kaum. Isu etika guru
merujuk kepada suatu perkara mengenai perilaku guru yang difikirkan dan dibincangkan
13
secara terbuka dan isu ini boleh menjadi suatu masalah atau perkara biasa. Pengalaman guru
semasa mengikuti kuliah, e-forum dan perbincangan akan meningkatkan sahsiah
keprofesionalan guru. Guru yang didedahkan dengan pelbagai bentuk perbincangan
kumpulan akan dapat mengamalkan kesantunan dalam berbahasa. Kesantunan dapat dilihat
dalam pergaulan harian. Ketika orang dikatakan santun maka di dalam orang itu tergambar
nilai sopan santun atau nilai etiket yang berlaku secara baik pada pandangan masyarakat.
Kesantunan selalunya bipolar iaitu memiliki hubungan dua hala, contohnya di sekolah
berlaku hubungan antara guru dengan murid, guru sesama guru dan Guru Besar dengan Guru.
Guru sentiasa diperhatikan tindak tanduknya oleh pelajar mahupun masyarakat sekeliling.
Perlakuan yang baik lahir daripada hati yang suci dan bersih. Guru seharusnya mempunyai
santun menerusi kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-
peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya. Selain itu, guru-guru juga profesional
dari segi penampilan kerana UPSI mewajibkan para pelajar memakai pakaian yang formal,
bersopan dan menepati perwatakan seorang guru. Penampilan guru dirujuk kepada ciri-ciri
peribadi yang dimiliki oleh guru termasuklah sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-
nilai. Stewart (2005) mendefinisikan penampilan sebagai tret-tret perwatakan dan personaliti
yang dianggap perlu untuk kejayaan seseorang sebagai guru. Penampilan dirujuk sebagai
standard-standard iaitu semua guru harus tahu, bertindak sedia kala dan boleh melaksanakan
tugas dengan bertanggungkawab tanpa mengambil kira kandungan mata pelajaran atau tahap
gred yang diajar.
5.4 SEMANGAT BERPASUKAN
Guru mempunyai peranan mencari kaedah dan pendekatan terbaik bagi meningkatkan
kecemerlangan pendidikan diri sendiri dan murid-murid. Kerja berpasukan akan mendidik
warga sekolah kepada keseronokan , kekuatan dan keistimewaan kerja berpasukan. Interaksi
antara anggota akan lebih berkesan. Sejak awal lagi manusia membentuk kumpulan, di mana
kumpulan menjadi asas kehidupan manusia, perlindungan, kerajaan, rekreasi dan pekerjaan.
Sikap kumpulan adalah terdiri dari yang tidak bersefahaman sehinggalah yang telah
mencapai kejayaan, Tetapi adalah jelas bahawa kumpulan yang telah mencapai kejayaan
berfungsi sebagai satu unit yang produktif yang dikenali sebagai kerja berpasukan. Pengajian
di UPSI menggalakkan guru-guru bekerja dalam satu kumpulan dan pasukan. Sebagai
contoh, bekerja dalam satu kumpulan perbincangan melalui LMS dan dalam dewan kuliah
kemudian membentangkan hasil itu dan akhirnya setiap ahli kumpulan mendapat markah
14
yang setara dan semua pihak berpuas hati.Amalan kerja berpasukan akan dapat meningkatkan
potensi, kebolehan serta kemahiran guru dan akhirnya menyumbang kepada kecemerlangan
sekolah. Menurut Rees (1991), salah satu ciri yang utama yang wujud dalam kerja
berpasukan ialah ahli-ahlinya perlu saling membantu dan menyumbangkan kepakaran dan
kemahiran mereka secara aktif. Mereka juga perlu sentiasa memantau prestasi ahli-ahli yang
lain. Ahli pasukan seharusnya memberikan maklum balas dan bersama-sama berusaha dalam
menyelesaikan sebarang masalah atau konflik yang timbul dalam pasukan. Dapatan dalam
item ini menggambarkan pertukaran dan perkongsian pengetahuan dan pengalaman selepas
menghadiri kursus, seminar, bengkel adalah sebahagian budaya kerja berpasukan. Suasana
permuafakatan yang timbul akan menggalakkan sikap hormat-menghormati antara pasukan
yang terdiri daripada guru besar, guru dan pelajar. Amalan permuafakatan yang terjalin juga
akan memastikan pengajian guru-guru di UPSI tidak sia-sia malah boleh dibanggakan.
5.5 BERORIENTASIKAN PELANGGAN
Ibu bapa atau penjaga pelajar adalah seorang pelanggan manakala guru sebagai
penyedia perkhidmatan perlu mengeratkan kerjasama atas tujuan memajukan potensi diri
pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan
jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini untuk menyediakan modal insan
kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan. Guru-guru perlu
berinteraksi dengan ibu bapa secara mesra dan langsung mengenai semua perkara yang
berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu,
guru-guru juga boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea menganai suatu
permasalahan yang berlaku. Namun ia tidaklah membawa maksud ‘customer always right’.
Maksud pelanggan di sini ialah ibu bapa adalah orang yang berurusan dengan guru di sekolah
sama ada mengenai hal-hal pengurusan sekolah mahupun hal berkaitan perkembangan
akademik anak-anak mereka. Manakala murid sebagai pelanggan adalah kerana murid adalah
orang yang datang ke sekolah hari, bersemuka dengan guru dan menjadi tanggungjawab guru
untuk memberikan khidmat berunsur pendidikan kepada mereka pada setiap hari.
Dalam perkara ini, guru juga adalah sebagai pemimpin kepada murid-muridnya.
Pengajian di dewan kuliah juga adalah sama seperti pembelajaran di dalam sebuah kelas.
Penyampaian pengajaran guru perlulah berkualiti dan memenuhi keperluan pembelajaran
murid. Dalam satu sesi perbincangan, pensyarah adalah sebagai fasilitator. Penglibatan murid
dalam pembelajaran yang mengalami perubahan drastik mungkin bergerak kurang aktif dan
15
kurang menumpukan perhatian tentang arahan yang dikemukakan. Mereka juga mungkin
akan menunjukkan minat yang rendah terhadap pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru
boleh membantu murid-muridnya untuk mengikuti perubahan kurikulum tersebut dengan
mengadakan perbincangan dan pendapat mereka tentang bagaimana untuk melaksanakan
aktiviti yang mudah difahami oleh mereka. Matlamat untuk mewujudkan sekolah cemerlang
tidak akan tercapai jika tidak mendapat kerjasama pelajar atau murid. Responsif bermaksud
memberikan perkhidmatan yang responsif iaitu memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi
respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Di
sekolah, guru perlu bersikap responsif terhadap semua perkara agar dapat memudahkan
urusan dengan ibu bapa dan murid. contohnya, guru mempunyai tanggungjawab yang perlu
diselesaikan dengan segera seperti urusan buku teks, mencatat kehairan murid dan
memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif
terhadap urusan-urusan sebegini. Selain daripada itu, guru juga perlu memastikan murid telah
disediakan dengan persekitaran bilik darjah yang kondusif, selesa dan menimbulkan
keinginan murid untuk belajar. Sama seperti suasana dewan kuliah yang disediakan oleh
pihak UPSI yang mementingkan keselesaan kepada para pelajarnya. Oleh itu, guru dapat
menyedari sendiri kepentingan suasana pembelajaran yang kondusif itu turut manjadi faktor
kecemerlangan murid-murid.
5.6 PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
Nilai bitara keenam ialah prihatin kebajikan anggota. Seorang guru perlulah
mempunyai sikap prihatin terhadap masyarakat di sekitarnya sama ada murid, ibu bapa
murid, rakan guru dan juga pensyarah. Dilihat dari perspektif pembelajaran, guru-guru perlu
sentiasa prihatin terhadap perkembangan daya intelek bagi semua murid dengan memberi
penekanan terhadap kemahiran dan keseimbangan ilmu akademik kepada setiap murid.
Manakala dari segi sahsiah, guru perlu prihatin terhadap disiplin murid, masalah peribadi
murid dan kemampuan murid dari segi kewangan. Walaupun guru tidak mampu untuk
membantu dari segi kewangan tetapi guru dapat membantu dari segi motivasi, kawalan emosi
dan bimbingan berterusan bagi memastikan murid masih dapat mengikuti proses
pembelajaran dengan berkesan. Manakala prihatin kepada kebajikan anggota ialah guru dapat
membantu golongan ibu bapa yang miskin untuk mendapatkan bantuan KWAPM atau e-
kasih bagi meringankan beban persekolahan anak-anak. Manakala dari segi prihatin terhadap
rakan sekerja adalah mungkin dapat membantu rakan yang menghadapi masalah keluarga
16
dengan merujuk perkara itu kepada pihak yang berkenaan. Walaupun mungkin ia tidak dapat
menyelesaikan masalah namun sekurang-kurangnya guru mempunyai sahsiah yang baik
dengan berusaha membantu rakan yang menghadapi kesusahan. Sama seperti proses
pengajian di UPSI yang memerlukan usaha keras untuk menyiapkan banyak tugasan dalam
satu semester. Mungkin ada kalangan rakan-rakan guru yang mengalami tekanan keluarga
dan kerja sehingga tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada tugasan diberi. Sebagai
seorang guru yang mementingkan sahsiah yang baik, guru tersebut boleh membantu rakannya
dengan membincangkan isi tugasan bersama-sama dan membantu memahami topik pelajaran
dengan tujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi rakan. Sikap seperti itu juga berkaitan
dengan empati guru. Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah
mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah
berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu,
menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu
perkembangan murid. Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi
dengan keceriaan dan kebersihan. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik
darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk Budaya berdisiplin,
kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan
berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.
6.0 RUMUSAN
Nilai BITARA adalah boleh dijadikan satu panduan kepada guru dalam proses
pembentukan sahsiah mereka. Terdapat enam nilai bagi membentuk suatu personaliti Bitara
iaitu integriti, profesional, semangat berpasukan, kreatif dan inovatif, prihatin kebajikan
anggota serta berorientasikan pelanggan. Nilai pembangunan sahsiah seseorang guru boleh
dilihat daripada beberapa aspek tetapi nilai Bitara ini boleh melengkapkan ciri-ciri
pembangunan sahsiah guru yang berkesan, berkemahiran dan berwibawa. Kepentingan
pembangunan sahsiah diri guru bukan sahaja baik sebagai pembentuk peribadi diri, malah
juga persepsi daripada masyarakat sekeliling terutamanya pemimpin sekolah, ibu bapa murid,
rakan-rakan dan juga murid-murid. Apabila guru-guru yang mengikuti pengajian separuh
masa di UPSI khususnya dapat memenuhi nilai-nilai Bitara dalam pembangunan sahsiah
mereka, maka institusi ini telah berjaya menghasilkan siswazah atau guru yang berkualiti dan
mampu untuk memenuhi ruang keperluan industri pendidikan negara.
17
RUJUKAN
Abd. Jalil Borhan (1999), Pembangunan Pelajar: Konsep dan Strategi Pelaksanaan ,
Universiti Teknologi Malaysia: Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan 1999.
Ahmad Rohani (1991), Pedoman penyelenggaraan administrasi pendidikan sekolah,
Bumi Aksara, Jakarta.
Feist, J., & Feist, G. J. (1998). Theories of personality (4th ed.). Boston: McGraw-Hill.
Strachey, J. (1959). The Standard Edition of the Complete Psychological Works of
Franklyn-Stokes, A. & Newstead, S.E. (1995). Undergraduate cheating: who does
what and why? Studies in Higher Education, 20(2), 159-172.
Gandel, Stephen (August 9, 2011). "The 7 Habits Of Highly Effective People (1989), by
Hogarth Press and the Institute of Psychoanalysis, London .Stephen R. Covey in The
25 Most Hossein Arsham. (2002). Impact of the Internet on Learning & Teaching,
Journal of the United States Distance Learning Association, Vol. 16. No.2, 2002.
Ibrahim Hashim. (1998). Memastikan keberkesanan kaunseling. Kertas Seminar Feb.
1998
James, R, McInnis, C & M, Devlin 2002, Assessing learning in Australian universities :
ideas, strategies and resources for quality in student assessment Centre for the Study
of Higher Education, Melbourne, Vic.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sigmund Freud, Volume IX (1906-1908): Jensen's ‘Gradiva’ and Other Works. i-vi. The
White, Edward M. (1999) "Student plagiarism as an institutional and social issue."
InPerspectives on Plagiarism and Intellectual Property in a Postmodern World.
Buranen Lise & Alice M. Roy ( Eds.) New York: State University of New York
Press. 205-210.
18
Rujukan Laman Web
http://kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com/2007/06/pelajar-um-dilucut-ijazah-sebab-
plagiat.html
http://thebobodoll.blogspot.com/2010/08/plagiarime-atau-plagiat-atau-ciplak.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/12/isu-ipt-plagiat-boleh-mencalar-imej.html
http://www.amy2kyo.com/2008/04/08/teori-egoisme/
http://www.upsi.edu.my/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-lalu/nilai-bitara
19