SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial
PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA
Tujuan Kuliah1. Perkembangan sains sosial di Malaysia
dilihat dlm bberapa peringkat; • Zaman kolonial, zaman penubuhan
universiti tempatan dan zaman sekarang. • Perbincangan mengambil kira keprihatinan
para intelektual awam yg peka & memberi perhatian kepada kehidupan sosial masyarakat
• Keadaan masyarakat yg mempengaruhinya.
Zaman Kolonial Keadaan masyarakat
Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah Inggeris.
Masyarakat majmuk (plural society). Pendidikan dikembang bertujuan
memenuhi sektor pekerjaan pentadbiran peringkat rendah.
1929 –Raffles College ditubuhkan di S’pura (sastera – ekonomi, sejarah, geografi, bahasa dan sastera Inggeris)
Oktober 1949 Universiti Malaya ditubuhkan di S’pura (gabungan Raffles College & King Edward VII College of Medicine).
Penulisan sosial saintifik Tokoh – pegawai kolonial, sarjana, pendidik,
journalis dan nasionalis Melayu. R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, Maxwell, John
Crawfurd, Arnorld Wright, H.A. Cartwright, Isaac Henry Burkill, H.W. Thomson, F.W. Douglas, Roland Braddel, Fay-Cooper Cole, Bruno Lasker, Frank Athelstane Swettenham, Ivor Evans, Paul Schebesta, Walter W. Skeat, Charles O. Blagden, Zaaba, dll.
Karya pegawai kolonial membentuk kajian oriental & area studies (SOAS London dan Universiti Leiden di Belanda)
Penerbitan JMBRAS (Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society), JSBRAS (Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society), manuskrip dan buku-buku.
Sifat ilmu dan karya penulisan bersifat theoretical & terasing drpd
orientasi dan perspektif teoretikal sains sosial barat.
Aktiviti – pendokumentasian sosial (social documentation).
Tumpu kpd aspek eksotik masyarakat & komuniti setempat (HM Dahlan 1990).
Tekankan bidang pengajian kebudayaan klasikal spt filologi, etnologi dan linguistik bandingan.
Implikasi Kajian Oriental & Area Studies kpd SS
Gagalnya pembinaan kesarjanaan yang kritikal dan metodologi.
tidak berminat menganalisis implikasi jangka panjang transformasi sosial masyarakat Malaya kesan kapitalisme barat dan buruh etnik bukan-Melayu ke Malaya.
SS dianggap sebagai tambahan kpd keperluan birokratik pemerintah kolonial.
ruang melatih tenaga kerja untuk pentadbir rendah, juru teknik dan guru.
Jadi asas agenda substantif dan pendekatan metodologi Malaysia sejak merdeka.
Zaman Penubuhan Universiti Tempatan
Era Penubuhan 1950an. Era Perubahan dan Peningkatan
Kajian 1960an Pemantapan dan Penubuhan
Universiti-universiti Baru Era 1970an
Keadaan Sains Sosial Malaysia masa kini
Era Penubuhan 1950an. Universiti Malaya Singapura disiplin
ekonomi diajar di Jabatan Ekonomi, Lahirkan siswazah yg peka keadaan ekonomi
masyarakat pada akhir zaman kolonial. Akhir 1950an Ungku Aziz tulis makalah ttg
disguised starvation (kebuluran terselindung). Sejak itu termaktublah disiplin ekonomi &
undang-undang sebagai disiplin SS di UM.
Dimensi menonjol – profesional & vokasional. Dimensi teoretikal, kritikal atau filosofikalnya tak berkembang.
Pengembangan aspek teknikal guna melatih pegawai-pegawai muda dlm
perkhidmatan kolonial; latihan dlm penggunaan kemahiran legal bukan
pendidikan dalam culture of critical legal reasoning.
Penting bg tujuan pembukaan tanah jajahan kpd kapitalisme barat & bukan kemasukan tradisi rasionaliti kritikal intelektual barat.
Bidang SS lain berkembang dlm bentuk; penerusan tradisi kesarjanaan orientalis &
area studies (Malay Studies). cultural rediscovery asal usul. Kesan menurunnya penjajah & bangunnya
negara baru dlm tahun 1950an, muncul disiplin sains sosial baru. Di barat – perubahan teoretikal & paradigma
perspektif struktural-fungsional. perspektif neo-evolusi telah menghasilkan beberapa
disiplin sains sosial pembangunan seperti ekonomi pembangunan, sosiologi pembangunan dll (Shamsul A.B. 1990).
Era Perubahan & Peningkatan Kajian 1960an
Pelajar & sarjana aliran budaya JPM di UM mengambil pendekatan teoretikal dan metodologikal ahli antropologi sosial British dan sosiologi Amerika.
Sarjana ini dilatih di luar negeri – pulang bekerja: di universiti, institusi penyelidikan dan organisasi konsultasi.
Penyelidikan ahli antropologi & sosiologi barat (terutama drpd USA). Untuk disertasi kedoktorannya (PhD). L/belakang akademik – tekan teknik pengutipan data
empirikal. jadi sarjana area studies – miliki pengetahuan
khusus ttg penyelidikan kawasan kajian yg eksotik. Jarang terbilang kerana sumbangan teoretikal &
filosofikal kepada sains sosial kecuali Clifford Geertz. Pengaruh mereka kepada SS M’sia besar:
Supervisor disertasi sarjana aliran budaya JPM dan jabatan akademik lain di Universiti Malaya.
Konsultan kepada pembentukan polisi pembangunan.
Keadaan politik dan sosial kesan daripada proses decolonialisation dan kemerdekaan: pengurusan negara jadi prioriti & agenda
dominan, bukan pembentukan teori sosial atau ideologi nasional.
Jadi Ekonomi muncul disiplin SS yg penting di IPT.
Ekonomi yg telah melalui proses Amerikanisasi, kuantifikasi dan profesionalisasi – dijadikan alat canggih bagi pengurusan profesional negara baru dan struktur ekonomi kapitalisnya.
Mencapai kedudukan sentral dan penting berbeza dengan disiplin sosiologi, sains politik dan falsafah politik.
Ahli ekonomi asing (terutama USA) telah memahatkan pengaruh: tenaga akademik di Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran dan Fakulti Pertanian di Universiti Malaya.
Berperanan secara langsung, malah mengetuai kumpulan memformulasi dan mengimplementasi polisi dan rancangan ekonomi kerajaan (melalui Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri).
menggabungkan peranan sebagai konsultan dan penasihat ekonomi rasmi, sebagai sponsor akademik, penasihat dissertasi dan penyelia kepada graduan Malaysia dalam bidang ekonomi dan pentadbiran awam (Jomo 1980).
Perkembangan negara harus difahamkan dalam konteks : kekaitan impak pengaruh sarjana-sarjana
ini (yg mempunyai orientasi khusus ttg pemikiran ekonomi dlm bidang akademik, dan arah polisi).
peranan mereka membangunkan organisasi penyelidikan & konsultasi dlm struktur k’jaan atau organisasi semi-kerajaan bagi tugas memformulasi & menilai polisi pembangunan.
Shamsul A.B (1995) – berlaku pengkotakkan SS berdasarkan beberapa kepentingan. Polisi vs akademik Ahli SS diletak di bawah penguasaan state atau
rejimnya yg menghasilkan kelas intelektual birokratik.
Peranan sarjana ekspatriat (Shamsul A.B. 1995) dalam proses ini.
Sarjana luar terpaksa akur kpd polisi ketat – memilih kajian yang hanya boleh dilakukan di sini.
Mereka punya agenda tertentu sesuai dgn syarat dan keperluan institusi & negara asal mereka. Kuasa besar dalam dunia intelektual adalah pengurus ekonomi transnasional daripada kelas atasan dan ahli politik yang berorientasi global – the captain of consciousness (Johan Galtung 1981, Hannerz 1992, Sklair 1991).
Sharifah Zaleha (2001), pembangunan: Hasilkan dilema kpd rakyatnya yg
terpaksa bergelut dgn sikap individualistik, hedonistik dan materialistik di sekitar tahun-tahun 1960an.
Cetuskan pemikiran baru yg tekankan keseimbangan antara pembangunan kebendaan, sosial dan rohaniah sebagai langkah penting untuk menangani masalah sosial yang mengiringi pembangunan.
Reaksi pemerintah – rasakan ilmu sosial & kemanusiaan (tenaga terlatih) perlu & penting dibawa bersama merancang dan menilai kewajaran sesetengah program pembangunan.
Pemantapan & Universiti Baru Era 1970an
SS berkembang pesat (sekurang-kurangnya secara kuantitatif) dalam tahun-tahun 1960an.
Sudut akademiknya, 1970an dicirikan oleh pembentukan dan pemantapan universiti baru di samping UM atas permintaan: golongan nasionalis membentuk IPT yg menggunakan
bahasa kebangsaan sektor ekonomi kpd tenaga kerja mahir yg diperlukan
untuk perlaksanaan program pembangunan fizikal negara.
Universiti bertambah drpd 1 kepada 15 (dlm kurang drpd 10 th).
Universiti baru; SS diperkenal & diajar di universiti baru
ini. merancang struktur fakulti dan jabatan
baru meliputi disiplin SS (pure dan applied) dgn mereplikasi pola pembahagian disiplin-disiplin dan struktur jabatan (cognitive and intellectual map) universiti di barat.
Universiti sains-teknologi seperti UTM dan UPM juga bentuk jabatan & fakulti yg mengajar kursus-kursus SS (sebagai service disciplines) kepada pelajarnya.
Ajar kursus SS baru iaitu sains politik, kerja sosial, psikologi, komunikasi, pengurusan perniagaan dsn. tenaga akademiknya dihantar bercuti belajar ke
luar negara (guna sumber kewangan universiti, kerajaan dan organisasi luar).
Calon dipilih drpd graduan universiti tempatan dan mereka yg lulus program prasiswazah di universiti luar negara (Hairi Abdullah 1976).
Kemudahan & peluang ini juga diberi kepada pegawai pentadbiran awam sbg persediaan menjadi pentadbir kanan & pemimpin kpd organisasi penyelidik, konsultan dan latihan milik kerajaan.
Aktiviti akademik; Penerbitan jurnal-jurnal seperti Jebat,
Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Manusia dan Masyarakat, Jurnal Komunikasi, Sari dsn.
Seminar-seminar yang dijadikan ruang wacana keilmuan.
Tradisi wacana informal cuba ditubuhkan seperti yang diusahakan oleh H.M. Dahlan (Wacana Buku) untuk menghubung jurang kefalsafahan, teoretikal dan rasional sifat ilmu umumnya dengan kecenderungan empirisisme (Sharifah Zaleha 2001).
Penyelidikan.
Sains Sosial Malaysia masa kini Lanskap intelektual dan akademik kontemporari.
Berkembang & wujud disiplin utama SS spt di barat KECUALI falsafah moden, teori politik dan sejarah perkembangan idea.
Kaedahnya sering diguna dalam penyelidikan di universiti dan bukan universiti.
Pengetahuan sosial saintifik diakui & diberi penghargaan dlm pembentukan polisi (w/pun dikatakan tidak diberi status yg sama dgn pengetahuan lain).
Aktiviti berterusan – konferens, seminar, penerbitan. Ijazah terus dikeluarkan, perlantikan profesor,
kedudukan-kedudukan kanan dalam organisasi penyelidikan secara rutin telah dipenuhi.
Orientasi saintifik SS yang muncul di Malaysia dicorakkan oleh praktis rutin dan aktiviti ahli SS yg
berpegang kpd disiplin tertentu dalam pengajaran, pengumpulan, penyimpanan dan penganalisisan maklumat daripada penyelidikan.
Hubungan sarjana SS dgn tradisi makro, historikal dan falsafah dan oriental studies dikatakan terputus.
Keperhatinan tertumpu kpd penggunaan informasi rutin & pengaplikasian teknik yg standard dlm menyelesaikan persoalan jangka pendek & semasa.
Orientasi bersifat pragmatik & instrumental – pengguna kpd dimensi metodologikal, teknikal dan utilitarian SS barat terutama versi USA (cf. Rustam A. Sani 1990).
Universiti; sedia ruang kpd ahli SS menerokai permasalahan
konseptual & membentuk SS yg diwarnai budaya tempatan.
Namun usaha ini hanya boleh berlaku sekiranya ia dianggap sebagai usaha intelektual yg berharga.
Tetapi hal ini tercabar kerana ada kecenderungan ahli sains sosial untuk hanya
memburu tingkat-tingkat profesional demi karier tekanan semasa untuk menjadikan disiplin itu
relevan dalam masyarakat. Keadaan tlh mengekang usaha pembinaan
teori sosial yg saintifik – ia dikatakan tdk berfaedah.
Perkembangan lain; Pembentukan SS Islam utk jadikannya
culturally-specific, culturally appropriate, intellectually adequate dan authentic corpus of knowledge untuk memperkukuhkan kehidupan sosial orang Malaysia yang menghadapi perubahan dan transformasi sosial yang begitu pantas.
Peristiwa dan krisis dlm masy Kemerosotan ekonomi & kesan kpd SS.
Pemerintah arahkan SS menunjukkan kerelevanannya kpd perkembangan & pembangunan masyarakat.
Penekanan kpd disiplin & latihan dlm bidang sains alamiah dan teknologi tlh mengurangkan pengambilan pelajar dlm bidang SS.
Pengstrukturan semula universiti – manifestasi drpd perkembangan baru.
Bahasa Inggeris dipentingkan semula sbg bahasa pengajaran.
Kesimpulan Perkembangan SS M’sia berkait dgn proses
pertumbuhan negara. Ini bermula dengan pemerintahan di zaman kolonial
yang telah menggunakan disiplin sains sosial sebagai wahana dalam pemahaman masyarakat tempatan bagi mewujudkan sistem pemerintahan kolonial yang berkesan.
Tapi kita tidak boleh blaim pemerintahan kolonial yg menyebabkan tdk berkembangnya budaya intelektual SS. Kita boleh kaitkan kegagalan itu dgn budaya intelektual
yg menekankan ethos teknik, vokasional, dan pengurusan yg tersirat dlm polisi pendidikan Malaysia.
Menurut Rustam dan Norani (1991) kekurangan & menurunnya keadaan SS di
Malaysia perlu dianalisis dan dinilai sehubungan dengan masalah budaya intelektual bangsa kita
kurang mendalamnya paras keintelektualan moden kita,
sempit & kurang berkembangnya ciri moden budaya intelektual
gagal terbentuknya suatu rupa & sifat rasional, saintifik dan kritikal budaya komuniti sarjana, inteligensia dan intelektual.
Sekiranya tradisi komuniti intelektual yg kritikal – mereka berupaya meneliti masalah yg kita warisi dan mencadangkan kaedah memulihkannya.
Suatu kepelikan – ahli SS perlu pula meneliti, berdepan & mengatasi keadaan keterbelakangan mereka sendiri (drpd pembangunan pincang yg dialami).
Pemfokusan sempit & kurang tepat pakar dan pembuat polisi telah melipat gandakan masalah yg menghalang kemunculan SS yg relevan sosialnya dan kritikal.
Berlaku pengkotakkan (compartmentalisation) dan interpretasi konseptual yg tercebis-cebis tentang masalah sosial yang kompleks.
C. Wright Mills (1959) mengatakan sains sosial terus-terusan dibahagikan kepada the mindless and abstracted empiricists dan the grand theorists.
Perdebatan ini muncul didorong oleh kesan kegawatan ekonomi menyebabkan kerajaan
mempersoalkan rasional ekonomi kewujudan universiti, dan
mendesak ahli sains sosial supaya meninggalkan usaha keintelektual mereka yg dirasakan tdk mempunyai nilai gunaan & tidak boleh menyumbang kpd peningkatan kekayaan negara (Habibie 1989).
Kesilapan mereka: terlupa bahawa ahli SS juga boleh menyumbang
secara berkesan kpd nilai sosial praktikal jika mereka dibenarkan dan digalakkan menerokai dan menghasilkan karya dan usaha intelektual yang benar-benar berkualiti. Dan keadaan ini dibenarkan sekiranya SS gunaan mempunyai landasan intelektual yang kukuh.
Ada sarjana yg mengatakan tlh wujud satu tradisi keilmuan yg sederhana di
M’sia yg memberi tumpuan kpd sebhgn ciri tradisi tersebut iaitu memfokus kpd empirisme.
Tradisi ini bersesuaian dgn permintaan pemerintah supaya agenda pembangunan dan pentadbiran negara menjadi prioriti dalam semua sektor jentera pentadbirannya termasuk juga sektor pendidikan.
Seruan supaya SS memastikan kerelevanannya dlm pembangunan masyarakat tlh hasilkan SS yg secara serius memikirkan semula aspek gunaannya.
Bahan bacaan Abdul Rahman Embong. (Pnyt.). 1995. Antropologi dan sosiologi:
Menggaris arah baru. Bangi: Penerbit UKM.Rustam A. Sani & Norani Othman. 1991. The social sciences in
Malaysia: A critical scenario. Akademika 38 (Januari) : 5-28.Shamsul Amri Baharuddin. 1995. Malaysia: The kratonization of
social sciences. Dlm Social science in Southeast Asia: From particularism to universalism. Suntingan Nordholt, N.S. & L.E.Visser. Amsterdam: VU University Press.
Sharifah Zaleha Syed Hassan dan Mohd. Shamsuddin Zahid Sopian. (Pnyt.). 1992. Perenungan tentang ilmu sosial. Bangi: Penerbit UKM.
Sharifah Zaleha Syed Hassan. 2001. 30 tahun sains sosial: Pembentukan satu tradisi keilmuan. Kertas Ucaputama Seminar Sains Sosial di Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia.
Top Related