Download - Sajak ibu bapa

Transcript
Page 1: Sajak ibu bapa

Ibu Ayah

Bergenang air mataku

Terbayang wajahmu yang redup

sayu

Kudusnya kasih yang engkau

hamparkan

Bagaikan laut yang tak

bertepian

Biarpun kepahitan yang telah

engkau rasakan

Tidakpun kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami

semua anak-anakmu

Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu telah terkorban

Tak dapat ku balas akan semua

ini

semoga Allah memberkati

kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah

Kau ampunilah dosa-dosaku

Andainya pernah menghiris

hatimu

Restumu yang amat aku

harapkan

Kerana di situ letaknya

syurgaku

Kau banyak melayani kenakalan

anak-anakmu

Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku

kegelapan

Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh

bernilai

itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu

Dengarlah rintih hatiku

Untukmu ayah dan ibu

Kasihanilah Tuhan, ibu yang

telah melahirkan diriku

Bahagiakan kasih ayah ibu

sewaktu kecilku

Page 2: Sajak ibu bapa

Semoga bahagia ayah ibu di dunia

dan akhirat sana

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Berkorban nyawa tanda kasihnya

Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup

berpisah

Dan kasih anaknya berkorban nyawa

Biarlah jiwa akan tersiksa

Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan

ibuku tersayang

Diatas setiap segala

pengorbanan serta setiap

titis air susu yang telah

membesarkan kami

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan

hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu

janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.”

[al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan

hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Ya Allah, lengkapkanlah imanku. Kasihkanlah aku pada kedua ibu bapaku.