“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan ( Kemahiran hidup).”
Tandantangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya. Dr Yahya Bin Buntat
Tarikh : 18 APRIL 2011
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELATIH-PELATIH UNTUK MENGIKUTI
KURSUS PROGRAM LATIHAN BELIA DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR
BAHRU.
KHAIRUL ANNUAR BIN SAMSUSAH
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti pendidikan
Universiti teknologi malaysia
APRIL 2011
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
Ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : KHAIRUL ANNUAR BIN SAMSUSAH
Tarikh : 18 APRIL 2011
DEDIKASI
Allah S.W.T
Di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan untuk menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini tepat pada masanya.
Ditujukan Khas Buat
Prof. Madya. Dr. Yahya bin Buntat
Diatas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kritikan membina
Dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
Buat Ayah dan Ibu
En. Samsusah Bin Saat & Puan Sinah Binti Jasmo
Di atas iringan doa dan sokongan yang tidak putus-putus untuk
Saya meneruskan perjuangan ini
Teman Seperjuangan
Di atas bantuan dan sokongan moral kalian semua ini.
Semoga kenangan kita bersama akan kekal selamanya
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah diucapkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurniNya
dapat juga saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sepenuhnya pada masa yang telah
ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing iaitu Prof. Madya. Dr Yahya Bin Buntat yang telah memberikan komitmen
yang sepenuhnya dalam membimbing dan memberikan kritikan yang membina serta
tunjuk ajar yang sangat berguna disepanjang tempoh saya meyiapkan penyelidikan ini.
Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia dan pihak pengurusan Akademi Binaan Malaysia Johor
Bahru kerana tanpa kerjasama daripada mereka tidka mungkin penyelidikan ini dapat
dijalankan dengan lancar.
Rakaman terima kasih juga kepada ibu bapa, keluarga terdekat, rakan-rakan
seperjuangan serta setiap individu yang terlibat secara langsung mahupn tidak langsung
dalam membantu saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Teguran-teguran yang bernas
dan membina amat membantu saya dalam memperbaiki dan menyempurnakan Projek
Sarjana Muda ini.
Wassalam.
Khairul Annuar Bin Samsusah
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih
mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru. Kajian
ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi
soalan-soalan demografi mengenai latar belakang responden dan bahagian B pula mengandungi
34 item berkaitan dengan faktor minat, faktor motivasi, faktor keluarga, dan faktor kursus yang
ditawarkan. Nilai indeks kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.88. Data-data dikumpul dan
dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for
windows”. Analisis statistik deskritif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data dengan
menggunakan min, kekerapan, dan peratusan. Secara keseluruhannya, Kajian ini mendapati
semua faktor yang dikaji mempengaruhi pelatih-pelatih untuk mengikuti kursus latihan
kemahiran di Akademi Binaan Malaysia Johor bahru.
ABSTRACT
The purpose of this research is to obtain the factors that influence students attend
Program Kemahiran Belia courses at Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru. The
research using a questionnaire that is divided into two parts. Part A contains
demographic questions about respondents' backgrounds, and section B consists
of 34 items relating to interest, motivation factors, family factors, and factors of the courses
offered in the context of this research. The reliability index of this instrument is α = 0.88. Data
were collected and analyzed using “Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for
windows”. Descriptive statistical analysis was used to analyze data using mean, frequency, and
the percentage. Generally, result from the study showed that all factors influenced the trainees to
attend training courses at the Akademi Binaan Malaysia in Johor Bahru.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SINGKATAN xiv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Skop dan Batasan Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Faktor 8
1.8.2 Mempengaruhi 8
1.8.3 Pelatih 8
1.8.4 Latihan 8
1.8.5 Program Kemahiran Belia 8
1.8.6 Minat 9
1.8.7 Motivasi 9
1.8.8 Keluarga 10
1.8.9 Kursus 10
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Latihan Kemahiran 12
2.3 Objektif Latihan Kemahiran 12
2.4 Akademi Binaan Malaysia 13
2.4.1 Sejarah dan Latar Belakang ABM 14
2.4.2 Objektif ABM 15
2.4.3 Program Kemahiran Belia 16
2.5 Faktor Minat 17
2.6 Faktor Motivasi 18
2.7 Faktor Keluarga 20
2.8 Faktor Kursus 22
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 26
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Prosedur Kajian 31
3.8 Analisis Data 30
3.9 Penutup 33
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data Bahagian A 35
4.2.1 Jantina 35
4.2.2 Pencapaian Akademik 36
4.2.3 Pekerjaan Penjaga 36
4.2.4 Pengalaman Kerja 37
4.2.5 Kediaman 38
4.3 Analisis Data Bahagian B 38
4.3.1 Faktor Minat 39
4.3.2 Faktor Motivasi 42
4.3.3 Faktor Keluarga 44
4.4.4 Faktor Kursus 46
4.4 Penutup 48
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan 50
5.2.1 Rumusan latar belakang pelatih-pelatih
Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru 50
5.2.2 Minat 50
5.2.3 Motivasi 50
5.2.4 Keluarga 51
5.2.5 Kursus 52
5.3 Perbincangan 53
5.3.1 Pengaruh Faktor Minat Terhadap Pelatih
Untuk Mengikuti Kursus Program Kemahiran
Belia Di Akademi Binaan Malaysia 53
5.3.2 Pengaruh Faktor Motivasi Terhadap Pelatih
Untuk Mengikuti Kursus Program Kemahiran
Belia Di Akademi Binaan Malaysia. 54
5.3.3 Pengaruh Faktor Keluarga Terhadap Pelatih
Untuk Mengikuti Kursus Program Kemahiran
Belia Di Akademi Binaan Malaysia 55
5.3.4 Pengaruh Faktor kursus yang ditawarkan terhadap
Pelatih pelatih untuk mengikuti kursus Program
Kemahiran Belia di di Akademi Binaan Malaysia. 56
5.4 Cadangan 58
5.5 Saranan Untuk Kajian Lanjutan 60
5.6 Penutup 60
RUJUKAN 62
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) 66
B Borang Soal Selidik 68
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
1.1 Statistik pelatih Program Kemahiran Belia Akademi
Binaan Malaysia Wilayah Selatan Johor Bahru dari
tahun 2004 – 2010 4
2.1 Pusat-Pusat ABM dan Tahun Penubuhannya 15
3.1 Skala Likert dan Nilai Skor 28
3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 29
3.3 Skala Nilai Min 32
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Akademik 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Penjaga 36
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Kerja 37
4.5 Taburan Responden Mengikut Kediaman 38
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor
Minat Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus
Program Kemahiran Belia Di ABM 39
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor
Motivasi Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus
Program Kemahiran Belia Di ABM 42
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor
Keluarga Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus
Program Kemahiran Belia Di ABM 44
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kursus
Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus Program
Kemahiran Belia Di ABM 46
SENARAI SINGKATAN
f - Frekuensi
% - Peratus
ABM - Akademi Binaan Malaysia
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
PTV - Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
S - Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for Sosial Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam menuju era globalisasi, Malaysia adalah antara negara yang mementingkan ilmu
pengetahuan dan juga tenaga kerja mahir. Ini dapat dilihat melalui ucapan YAB Dato’ Seri Dr
Mahathir Mohamad;
‘Sumber paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya
cipta, dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih
berharga dari sumber alam. Tanpa ragu-ragu lagi pada tahun 1990an dan seterusnya Malaysia
mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat
penting ini’ – Wawasan 2020
Kewujudan sistem latihan kemahiran yang berkesan amat penting untuk menyokong dan
menjayakan agenda pembangunan negara. Rancangan Malaysia Kelapan dan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga banyak menekankan tentang kepentingan pembangunan
sumber manusia dan sistem latihan kemahiran yang mantap. Globalisasi dan kemajuan teknologi
yang pesat akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir yang berkualiti iaitu
mereka yang berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang
tinggi di samping pengetahuan menggunakan komunikasi teknologi maklumat.
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai
negara yang membangun sepenuhnya ialah dengan memberi penekanan kepada pembangunan
sumber manusia. Sumber tenaga yang utama adalah bergantung kepada tenaga belia yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berpendidikan dan bersedia untuk dilatih. Belia-belia
perlu dilengkapkan dengan kemahiran asas yang diperlukan oleh industri samada dari kalangan
profesional yang lahir dari univesiti tempatan dan luar negara, hinggalah kepada tenaga kerja
mahir dan separa mahir yang dilatih oleh pusat-pusat latihan teknikal ataupun sekurang-
kurangnya kemahiran asas yang diperolehi di peringkat sekolah menengah.
Oleh itu, fokus pembangunan tenaga manusia ialah untuk meningkatkan seramai
mungkin sumber tenaga kerja melalui pendidikan dan latihan. Sektor pembinaan sememangnya
memerlukan pertambahan bilangan pekerja-pekerja yang mempunyai latihan teknikal. Dalam
strategi pembangunan keseluruhan, pihak kerajaan telah mengatur langkah-langkah yang perlu
bagi menambahkan bilangan jurutera.
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih untuk
mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru kepada
kurangnya tenaga kerja tempatan dalam industri binaan.
1.2 Latar belakang Masalah
Hasil daripada kerancakan pertumbuhan industri binaan tempatan, sektor binaan
memerlukan tenaga kerja yang ramai. Di samping mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran
dan terlatih, ia juga hendaklah berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti dalam tempoh masa
dan kos yang dikehendaki di dalam proses penyiapan projek tersebut (CIDB, 2004).
“Sasaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada tahun ini
adalah untuk melaksanakan program latihan melibatkan 20,461 belia di negeri ini. Daripada
jumlah sasaran itu, 9,847 pelatih telah mengikuti pelbagai program latihan bagi tempoh Januari
hingga Mei 2010,” (Datuk Ahmad Zahri Jamil, 2010).
Kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing di negara ini akan dapat dikurangkan
apabila 70 peratus daripada 1.2 juta pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang mengikuti
beberapa program di seluruh negara sudah memasuki pasaran kerja. Dalam memastikan negara
mempunyai pekerja yang berkemahiran, CIDB telah mengambil peranan pro-aktif untuk melatih
pekerja khasnya untuk sector pembinaan. Sebanyak 6 buah kampus Akademi Binaan Malaysia
(ABM) telah disediakan untuk tujuan melatih pekerja binaan dan belia-belia lepasan sekolah.
Latihan-Iatihan yang dijalankan di ABM telah disusun untuk menepati standard kemahiran
industri yang diiktiraf. Tenaga pengajarnya juga merupakan mereka yang mempunyai kelulusan
serta berkemahiran tinggi. Pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar ini juga sentiasa diberi
keutamaan agar mereka dapat meningkatkan profesionalisme mereka secara berterusan.
Institut Akademi Binaan Malaysia membuat pengambilan pelatih sebanyak dua kali
setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun. Syarat permohonan untuk mengikuti kursus yang
ditawarkan adalah berbeza dan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipohon. Terdapat 49
jenis bidang kemahiran yang ditawarkan di 6 lokasi ABM di seluruh negara dengan tempohnya 1
bulan hingga 24 bulan mengikut bidang. Walau bagaimanapun, syarat umum bagi Program
Kemahiran Belia adalah seperti berikut:
1. Berumur 16 tahun hingga 35 tahun
2. Warganegara Malaysia; dan
3. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
Sehingga akhir September 2010, seramai 11 605 pelatih bagi Program Latihan Belia
mengikuti latihan kemahiran dengan mengambil kursus Sijil Kemahiran Kecekapan di Akedemi
Binaan Malaysia di Johor Bahru. Jumlah tersebut menunjukkan penurunan kemasukan pelatih
dari tahun 2004 seramai 2589 pelatih kepada 1330 pelatih pada tahun 2007 dan meningkat
semula pada tahun 2009 seramai 2106 pelatih.
Jadual 1.1: Statistik pelatih Program Kemahiran Belia Akademi Binaan Malaysia Wilayah
Selatan Johor Bahru dari tahun 2004 - 2010
TAHUN/PROGRAM PROGRAM
LATIHAN
BELIA
PROGRAM
LATIHAN
PERSONEL
BINAAN
AKREDITASI
TAHUN 2004
TAHUN 2005
TAHUN 2006
TAHUN 2007
TAHUN 2008
TAHUN 2009
TAHUN 2010(SEPT)
2569
1519
1487
1330
1680
2106
914
632
717
660
537
1688
3155
2906
2401
3400
4150
2018
1148
JUMLAH 11605 16295 12117
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk
mengikuti kursus Program Latihan Belia di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru. Antara
faktor yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah seperti faktor minat, motivasi, keluarga serta kursus
yang ditawarkan di institut ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah menjurus kepada beberapa perkara
berikut:-
i) Mengenalpasti sama ada faktor minat mempengaruhi keinginan pelajar untuk mengikuti
kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.
ii) Mengenalpasti sama ada faktor motivasi mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus
Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.
iii) Mengenalpasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus
Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.
iv) Mengenalpasti sama ada faktor kursus yang terdapat di ABM mempengaruhi pelajar
untuk mengikuti Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas, pengkaji membina beberapa soalan kajian yang ingin
dikaji untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih-pelatih khususnya golongan
belia mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.Persoalan kajian
adalah seperti berikut:-
i) Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program
Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia?
ii) Apakah faktor motivasi mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program
Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia?
iii) Apakah faktor keluarga mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program
Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia?
iv) Apakah faktor kursus yang terdapat di pusat latihan kemahiran tersebut
mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi
Binaan Malaysia?
Top Related