Ditulis oleh: Omar Mamat
• Tema• Persoalan• Gaya Bahasa• Nilai• Watak/Perwatakan• Latar
Kasih Sayang seorang anak terhadap ayah.
- Walaupun ayah Angamah merupakan ayah tiri ddan sering menderanya, Angamah masih menganggapnya sebagai ayah kandung.
Pengorbanan guru buat murid
- Cikgu Bustam cukup prihatin terhadap Angamah.
- Dia cuba sedaya upaya untuk mencari punca masalah Angamah dan ingin membantunya
Penderaan ayah tiri terhadap anak tiri
- Angamah kerap dipukul oleh bapanya yang memang bengis dan kaki pukul.
- Ayahnya akan memukulnya dengan apa sahaja barang yang boleh dicapainya. (m/s 65)
Kesan penderaan terhadap anak
- Angamah menjadi trauma terhadap penderitaan yang diharunginya.
- Bekas pukulan oleh bapanya cukup ketara di tubuhnya.- Angamah menjadi lebih takut untuk mengadu tentang
halnya ini.
- “Angamah semakin tidak menentu. Dia tidak mahu guru kelasnya itu tahu lebih lanjt tentang dirinya. Dia tidak mahu ayah dan ibunya tahu.” (m/s 69)
Simile- Jalur biru yang lurus seperti berombak(m/s 64)- Suara yang bagaikan halilintatar(m/s 65)- Ayah yang seperti dirasuk syaitan(m/s 65)
Personifikasi- Kelas jadi hidup(m/s 62)- Wajah Cikgu Bustam menari-nari di ruang
matanya(m/s 64)
Hiperbola
- Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya(m/s 64)
- Ayahnya memandang dengan bola mata yang berapi(m/s 64)
Kasih sayang antara anak dan bapa
Angamah menunjukkan sikap sayang terhadap bapanya walaupun beliau sering dipukul
- Dia sedar bapanya yang membesarkannya, menyekolahkannya
- “Bukan dia tidak sayangkan ayahnya. Ayahlah yang selalu memberi wang kepadanya. Ayahnya yang selalu membelikan pakaian dan buku-buku sekolah” (m/s 70)
- “Ayah tidak akan memukulnya lagi, tetapi dia tetap sayangkan ayah” (m/s 71)
Keikhlasan guru untuk menolong seorang murid yang dalam kesusahan
- Cikgu Bustam ikhlas untuk menolong Angamah. Dia tahu Angamah seorang murid yang bijak.
- Beliau tidak sanggup melihat Angamah derita dalam kediaman. Dia mahu menolong Angamah supaya Angamah dapat cemerlang dalam pelajarannya juga.
Sikap ibu yang tidak prihatin akan anak
- Ibu Angamah tidak mengendahkan tentang keadaan Angamah yang sering didera.
- Dia juga tidak mementingkan hal pembelajaran Angamah.
- “Sedikit pun emak tidak mahu bertanya dan ambil peduli, kenapadia tidak mahu ke sekolah” (m/s 66)
Perihal seorang bapa yang tidak bertanggungjawab
- Bapa Angamah tidak bertanggungjawab; sering mabuk dan memukul Angamah tanpa sebab.
- “Sudah kerap benar ayahnya memukul dengan kayu, rotan, tali pinggang dan apa sahaja yang tercapai, digunakan oleh ayah untuk memukulnya.” (m/s 65)
Angamah Cikgu Bustam Ayah Tiri Emak
Bijak (m/s 69) Suka menyimpan rahsia (m/s 69) Pentingkan marwah keluarga
Prihatin (m/s 68-69) Mengambil berat (m/s 68-69) Penyayang
Kaki botol (m/s 65) Kaki pukul (m/s 65) Mudah marah (m/s 65) Tidak bertanggungjawab
Tidak bertanggungjawab sebagai ibu (m/s 66) Tidak mempunyai belas kasihan terhadap
anak sendiri (m/s 70)
Masa: Selama 3 hari Tempat: Sekolah
Rumah AngamahBilik PengetuaHospital
Masyarakat: Golongan orang miskin Golongan pelajar, guru-guru