Perayaan
Tradisi Kaum
Cina Di
Malaysia
Penghargaan
Saya Nurul Asiah Manan ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya saya dapat menyiapkan folio sejarah ini dengan jayanya tanpa sebarang
masalah.Saya ingin mengambil kesempatan ini dengan merakamkan ucapan setinggi-tinggi
kepada ibu saya,Puan Faridah binti Haji Mohd Kasim kerana membantu saya dalam
menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada Puan Zuridah binti Md Lani iaitu guru
mata pelajaran sejarah saya kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang jelas kepada
saya untuk menghasilkan folio ini dengan lebih baik.
Ribuan terima kasih juga kepada dua sahabat saya iaitu Siti Aisyah binti Kamaralzaman
dan Shafiqah binti Samsudin yang membantu saya dalam menyiapkan folio ini.Akhir
sekali,terima kasih sekali kepada pihak yang terlibat dalam melaksanakan folio ini secara
lansung mahupun tidak lansung.
Objektif Kajian
1. Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai perayaan sesuatu kaum di Malaysia.
2. Mengajar saya erti sabar untuk membuat folio ini dengan mencari maklumat
mengenai perayaan di Malaysia.
3. Saya dapat mempelajari cara dan merasa sendiri merayakan perayaan sesuatu
kaum di Malaysia.
4. Saya bangga,gembira dan amat terpegun dengan keunikan dan keistimewaan
perayaan kaum di Malaysia antaranya perayaan Tahun Baru Cina,Deepavali dan
lain-lain.
Kaedah Kajian
1. Buku ilmiah
Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 2 dan tingkatan 4.
2. Internet
http://simtronik.com/sejarah-tahun-baru
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
3. Melawat tempat kajian
No,1 jalan Muhibbah 4,Taman Muhibbah Kajang 43000 Kajang,Selangor.
4. Orang sumber
Perayaan Tradisi
Nama perayaan/Nama lain
Nama perayaan bagi perayaan bagi orang Cina ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam
sebutan bahasa mandarin ialah ‘Gong Xi Fa Cai.Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang
paling penting bagi orang Cina,contohnya seperti Hari Natal bagi orang barat atau Hari Raya
Aidilfitri untuk kaum Melayu.Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek
Cina,tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja,biasanya aktiviti
perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya.Tahun Baru Cina juga
secara umumnya dipanggil “Guonian”.
Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea,Vietnam,Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi
kebudayaan dan keagamaan maka turut memakai kalendar qamari Cina.Di China,bukan sahaja
etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina,etnik yang lain termasuk etnik
Manzu,Mongol,Yaozu,Zhuangzu,Gaoshan,Hezhe,Hani Daur,Dongzu,Lizu dan lain-lainnya juga
mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.
Tarikh/Tempoh masa dirayakan
Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan,selepas
merayakan hari Cap Goh Mei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru Perayaan
Tahun Baru Cina selesai.Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang Tahun
Baru Cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang
dinamakan sempena nama haiwan.Pada Tahun 2010,Tahun Baru Cina telah disambut pada 14
Februari 2010.Tarikh hari Tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory)
adalah disenaraikan seperti berikut, bersertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang
dahan buminya.Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-
haiwan tersebut.
Haiwan Dahan Bumi Tarikh
Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019
Tujuan perayaan
Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina.Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama haiwan.Namun jika menurut pandangan orang Cina,Tahun Baru Cina merupakan
perayaan untuk menyambut musim bunga.Apabila musim bunga datang,pemandangan berubah
dan penanaman padi dimulakan,orang Cina dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan
perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjang tahun.Perayaan Tahun Baru Cina ini
disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan
dalam nasib dan kehidupan.
Latar Belakang
Sejarah/Asal-usul perayaan
Mengikut sejarah yang lama,perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa dan juga
nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno.Pada
zaman kuno,tahun baru cina dipanggil “Yuanti”,“Yuandan” atau “Tahun Baru”.Sebelum Dinasti
Qin,tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.Ada kemungkinan bahawa awal
tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia,bulan 12 ketika Dinasti Shang dan bulan 11
ketika Dinasti Zhou di China.Namun,adalah diketahui bahawa “bulan lompat” yang memastikan
calendar qamari selari dengan matahari,sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti
Shang(menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou(menurut Sima Qian).Selepas
revolusi pada tahun 1911,kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama pada
bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang.
Menurut mitos orang Cina dahulu kala,iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk.Raksasa
Nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan dan orang ramai kemudiannya
percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah,maka mereka
mungusir dengan letupan bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.Kejayaan
menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena dengan kedatangan tahun baru mengikut
kalendar cina.
Upacara khusus dalam perayaan
Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah
jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum Tahun Baru Cina sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman.Selain itu,tarian singa akan diadakan sama ada di
rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka,nasib malang atau tuah buruk dan juga
musibah.Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang telah
berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belas merupakan hari
terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ataupun dipanggil hari
sambutan Chap Goh Mei.Pada hari tersebut mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi.
Individu yang mengetuai upacara khusus
Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah
ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.
Tempat khusus sambutan di jalankan
Sambutan Tahun Baru Cina kebiasaannya dijalankan di rumah kedua orang tua
kita.Selain itu,ada juga orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina di tempat kerja mereka
kerana ingin menguruskan hal-hal yang penting tetapi selepas mereka selesai menguruskan kerja
mereka,mereka harus pulang ke rumah untuk menyambut bersama-sama keluarga.
Persiapan Sambutan
Perayaan
Sebelum Perayaan
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina,keluarga-keluarga masyarakat Cina akan
membersihkan rumah mereka secara menyeluruh kerana mereka percaya bahawa pembersihan
ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.Penyapu dan pengumpul habuk
disimpan pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh
disapu keluar.Ada orang yang mengecat rumah,pintu dan sisi tingkap dengan warna
merah.Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan
pertemuan semula.Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini.Di China Utara,adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu
untuk jamuan ini.Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas
Cina.Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang akan diberi sewaktu jamuan
pertemuan semula.Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.
Semasa Perayaan
Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung,mereka akan mengadakan persiapan untuk
menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai
mereka.Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang
lebih tua seperti ibu bapa,datuk nenek ataupun moyang.Sempena Tahun Baru Cina,rakyat China
juga menggantungkan tanglong merah yang ditampal tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar
dewa kekayaan di depan pintu untuk menunjukan hasrat baik orang China.Biasanya perkataan
“Nasib baik” mesti ditampal secara terbalik sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan
“datang” dalam bahasa Mandarin,maksudnya ialah “nasib baik datang”.
Selepas perayaan
Selepas perayaan Tahun Baru Cina,keluarga masyarakat Cina akan bersama-sama
mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara
mereka.Pada hari kelimabelas,mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié atau Chap Goh Mei
dalam bahasa Hokkien,versi Cina bagi Hari Valentine.Tāngyuán,bebola pulut manis dalam
sup,dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung
pulut.Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola,kemudian dimasak
dan dihidangkan dalam air yang mendidih.Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.
Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan
Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang
dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang’( Tuah Buruk).Antara cara untuk
mendapatkan tuah baik ialah membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada
Tahun Baru.Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.Selain
itu,gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun baru
agar menerima tuah bagi tahun yang akan menjelang.Ada orang yang percaya bahawa apa yang
berlaku pada hari pertama mencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun.Maka orang Cina
mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk
menambah kekayaan.Memakai selipar baru yang dibeli sebelum Tahun Baru bermaksud
memijak orang yang bergosip tentang si pemakainya.
Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah membeli
kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa
Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan perkataan “kasar” atau “sukar”.Membeli seluar baru
juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyi
dengan “pahit”.Namun ada yang menganggapnya sebagai positif kerana perkataan bagi “seluar”
dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.Mengunting rambut juga ditegah kerana
perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan “hasil”.Maka menggunting rambut juga dipandang
sebagai “memotong hasil” dalam bahasa Kantonis.Mencuci rambut juga dianggap sebagai
mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).Menyapu lantai
juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.Perbualan
mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini
turut dianggap tidak bagus.Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah
dialek cina bagi “buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.
Kesan Perayaan
Kekeluargaan
Sesebuah keluarga yang besar dan berkembang mempunyai ahli keluarga yang amat
ramai contohnya dari moyang ke atuk dan nenek,dari nenek dan atuk ke ibubapa,dari ibubapa ke
anak-anak,dari anak-anak ke cucu dan cici dan ini boleh menyebabkan seseorang itu akan
terputus hubungan dengan keluarganya apabila seseorang itu telah berpindah tempat atau sudah
mempunyai keluarga sendiri.Dengan adanya perayaan ini,semua orang akan berkumpul di
tempat khas atau tempat asal mereka dan bersama-sama dengan sedaya upaya pada hari perayaan
itu.Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada ataupun
yang sudah lama berpisah.
Perpaduan
Melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi kunjung
mengunjungi sesama sendiri tanpa mengira bangsa,kaum dan agama.Sebelum atau selepas
perayaan,jiran tertangga kita yang berbilang kaum juga akan membantu kita seperti menyediakan
juadah,menolong mengecat rumah dan sebagainya.Melalui perayaan seperti ini kita boleh
memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia seperti mana saranan perdana
menteri kita untuk bersama-sama menyokong Gagasan 1 Malaysia.
Pelancongan
Kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia yang
mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi atau merasakan sendiri merayakan
kegiatan perayaan di Malaysia.Selain itu,dalam perayaan ini,pelancong yang ingin merasakan
sendiri perayaan ini mendapat belajar sesuatu daripada kita iaitu semangat perpaduan kaum di
Malaysia.Ini kerana membolehkan kita menarik lebih banyak lagi pelancong dari luar negara
melancong ke Malaysia.Semakin banyak pelancong yang akan mengunjungi tanah air kita ini,ia
akan menambahkan lagi pendapatan negara dan akan digunakan untuk membangunkan negara
kita ini.
Peluang Perniagaan
Kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan
Tahun Baru Cina seperti mercun,tanglung,sampul merah ataupun angpau termasuklah juga
bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.
Pendidikan/Pengetahuan
Perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan pengetahuan am untuk individu itu
sendiri kerana perayaan dapat mengajar kita mengenai pantang larang,sejarahnya,sebelum dan
selepas perayaan itu berlaku dan lain-lain.Selain itu,perayaan dapat memberi kita pengetahuan
am yang dulunya kita tidak tahu mengenainya,contohnya membeli kasut baru boleh dikatakan
pembawa malang.Pendidikan amat penting dan juga di ambil berat oleh kerajaan mengenainya.
Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu sendiri.
Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan
nilai yang telah saya pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina,saya rasa amat bersyukur
sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum terdapat di negara
yang tercinta ini.Selain itu,saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan
perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.Selepas melakukan kerja
kursus ini,saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang
betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Disamping itu,saya juga dapat menghayati nilai kesabaran,ketabahan,kejujuran,
memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan
menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat
memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia?
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek.Antaranya ialah dengan
menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu
mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung.Media massa juga memainkan
peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan berguna untuk
masyarakat.Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan
kepada masyarakat.Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar
maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan.Seterusnya,dengan
pertunjukkan kesenian sesuatu kaum kerana kesenian sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi
tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain.Akhir kata,
sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana Menteri
kita dalam memacu konsep 1 Malaysia.Hal ini sebab melalui pelbagai perayaan,perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan.