http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
1
6. Pembentukan Kerajaan Islam dan
Sumbangannya
Kerajaan Khulafah al-Rasyidin
Konsep Khalifah Syarat Tugas
• Khalifah berasal
daripada Bahasa Arab
bermaksud pengganti.
• Gelaran yang disandang
oleh ketua negera Islam
selepas kewafatan Nabi
s.a.w.
• Calon lelaki Merdeka dan
beragama Islam.
• Mengetahui pengetahuan
tentang Islam, mematuhi
perintah Allah, sanggup
melaksanakan hukum Allah,
bersifat adil dan akhlak
yang baik.
• Tubuh yang sempurna,
sihat, berfikiran cerdas,
warak dan pandai
mentadbir.
• Melaksanakan tanggungjawab memelihara
kedudukan agama Islam berasaskan syariat Islam.
• Dalam politik bertanggungjawab melicinkan
pentadbiran negara mempertahankan negara Islam
daripada ancaman musuh.
• Dalam konteks agama bertanggungjawab
memelihara kemurnian agama Islam dan
meneruskan ajaran Allah s.w.t yang disampaikan
oleh Nabi s.aw
• Bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan
mempertahankan kesucian agama Islam.
• Dalam bidang ekonomi, bertanggungjawab
menguruskan perbendaharaan negara dan baitulmal
serta mengurus kutipan kharaj, jizyah dan zakat.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
2
Kaedah Pemilihan
Cara Perlantikan
1. Musyawarah atau Syura
• Semasa perlantikan Khalifah Abu Bakar.
• Di Safiqah, bani Saadah hampir melantik khalifah
daripada kalangan mereka.
• Saidina Umar mencadangkan Abu Bakar dan akhirnya
dengan persetujuan ramai Abu Bakar dilantik sebagai
Khalifah
2. Cadangan Nama.
• Cadangan daripada satu nama oleh khalifah yang
terdahulu.
• Contoh perlantikan Saidina Umar telah dicadangkan oleh
Abu Bakar sebelum kewafatannya.
3. Pemilihan daripada beberapa calon
• Contoh semasa perlantikan Kahlifah Uthman.
• Seramai enam calon telah dicadangkan dan akhirnya
Uthman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah.
4. Sekelompok Masyarakat
• Contoh semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib.
• Kesemua kaedah tersebut melalui proses syura atau
musyawarah di kalangan umat Islam.
• Satu upacara mengangkat sumpah atau lafaz taat setia atau
baiah diadakan semasa calon dilantik sebagai khalifah.
• Baiah bermaksud taat setia setia dan kerelaan antara orang
yang memerintah dengan orang yang diperintah.
• Perlantikan secara musyawarah atau persetujuan umum
setelah dirundingkan pada peringkat tertinggi yang terdiri
daripada ahli bijak pandai Islam yang dikenali sebagai ahli
syura.
• Proses Syura dan Baiah menjamin perlantikan pemimpin
yang berkaliber, berkelayakan dan berhemah tinggi.
• Syura bermaksud permuafakatan atau konsensus.
• Setiap pemimpin yang dipilih mestilah berusaha
membawa kecemerlangan dan kebahagian dunia dan
akhirat kepada orang yang diperintah.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
3
SUMBANGAN ABU BAKAR
LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah.
• Dikenali sebagai al-Siddiq (yang membenarkan), kerana beliau
sentiasa meyakini kebenaran kata-kata Nabi s.a.w.
• Selepas kewafatan Nabi s.a.w, orang Ansar bercadang melantik
Saad bin Ubadah sebagai pemimpin menggantikan baginda.
• Atas cadangan Saidina Umar, Abu Bakar dipilih menjadi khalifah
kerajaan Islam yang pertama.
ABU BAKAR AL-SIDDIQ
Menyatukan umat Islam
• Berjaya mengatasi
masalah perpecahan yang
melanda masyarakat Islam
selepas kewafatan Nabi
s.a.w
• Perpecahan berpunca
daripada kewujudan
golongan golongan al-
Riddah (yang enggan
membayar zakat) dan
golongan murtad.
• Tindakan tegas beliau
telah berjaya
menyatupadukan umat
Islam.
Mengatasi ancaman Luar
• Berjaya mengatasi
ancaman tentera Rom
Timur. dan Parsi.
• Beliau telah menghantar
panglima perang , Khalid
bin al-Walid menentang
tentera Parsi di Iraq dan
Usamah bin Zaid ke
Ghassan.
• Kedua-dua ekspedisi
ketenteraan ini berjaya
mengalahkan musuh
Islam.
Melicinkan Urusan Pentadbiran
• Membahagikan Tanah Arab
kepada sepuluh wilayah
iaitu Makkah, Taif, Yaman,
al-Jund, Khalwan, Jarsh,
Bharin, Zabid, Nijran dan
Hadhramaut.
• Seorang ketua dilantik
mentadbir wilayah ini.
• Memperkenalkan bayaran
gaji untuk tentera melalui
hasil rampasan perang,
undang-undang tanah dan
hak mawali.
Mengumpul ayat al-Quran
• Usaha mengumpul ayat al-
Quran kerana kematian
ramai golongan hafiz
semasa menentang
golongan al-Riddah.
• Zaid bin Thabit telah diarah
mengumpul tulisan ayat al-
Quran pada batu, kulit
binatang, kayu dan tulang.
• Sebagai pengiktirafan
kejayaan dan sumbangan
beliau, Abu Bakar telah
digelar “Penyelamat Umat
Islam”.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
4
SUMBANGAN UMAR AL-KATTAB
LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Umar bin al-Kattab bin Naufal.
• Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.
• Perlantikannya dicadangkan oleh Abu Bakar ketika Abu Bakar sakit.
• Cadangan telah dipersetujui oleh orang ramai.
• Zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam
di Madinah kerana banyak melakukan pembaharuan dan perubahan
UMAR BIN AL-KATTAB
Politik
• Memperkenalkan dasar perlantikan
pegawai.
• Menubuhkan majlis syura dianggotai
oleh wakil Ansar dan Muhajirin.
• Membahagikan jajahan takluk Islam
kepada beberapa wilayah dan
melantik gabenor bertindak sebagai
pentadbir dan panglima tentera.
• Menubuhkan beberapa jabatan
penting seperti Jabatan Tentera,
Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan
Jabatan Perbendaharaan Negara.
• Jabatan Kehakiman dipisahkan
daripada jabatan lain, untuk
mengelak salah laku dan dibayar gaji
yang tiinggi
Sosial
• Dalam bidang pendidikan,
pengajaran al-Quran dengan
menyediakan tempat
pembelajaran di Masjid dan
menghantar guru agama ke
pelbagai wilayah untuk
mengembangkan
pendidikan.
• Contohnya Abu Sufyan
dihantar ke kawasan
pedalaman untuk mengajar
orang Badwi.
• Memperkenalkan Kalendar
Islam dengan menjadikan
tahun Hijrah sebagai titik
permulaan pengiraan tahun
dalam Islam.
Ekonomi
• Membina terusan dan
tali air untuk
menambah lagi hasil
pertanian seperti
Empangan Abu Musa
di Basrah dan Terusan
Amirul Mukminin di
Mesir.
• Rakyat digalakkan
meneroka tanah baru
untuk pertanian.
• Menggalakkan rakyat
mengusahakan tanah
terbiar.
.
Cukai
• Memperkenalkan cukai
jizyah terhadap golongan
zimmi.
• Mengenakan cukai Kharaj
berdasarkan jenis tanaman
dan kesuburan tanah.
• Baitulmal dibina bertujuan
untuk mengurus aliran
masuk pendapatan negara
melalui system jizyah dan
kharaj.
• Kejayaan dan sumbangan
Umar, Khalifah Umar
telah digelar Amirul
Mukminin (Panglima
Agung Mukmin)
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
5
SUMBANGAN UTHMAN BIN AFFAN
LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.
• Berasal daripada keturunan Bani Umaiyah.
• Beliau seorang hartawan yang dermawan, bersifat lemah
lembut, bertolak ansur dan mempunyai sikap simpati yang
tinggi terhadap golongan yang memerlukan.
• Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah
mengahwini dua orang puteri Nabi s.a.w setelah salah seorang
meninggal dunia.
UTHMAN BIN AFFAN
Politik
• Berajaya meluaskan
wilayah Islam
hingga ke
Afghanistan,
Samarkhand, Cyprus
dan Tripoli.
.
Menyusun al-Quran
• Untuk menyelaras
pembacaan al-Quran yang
pelbagaidipelbagai
wilayah, Saidina Uthman
telah mengisytiharkan
sebuah naskah al-Quran
yang dikenali sebagai
Mushaf Uthmani.
Menyediakan kemudahan
• Khalifah Uthman telah
menyediakan
kemudahan awam
seperti membina jalan
raya, jambatan dan
rumah rehat bagi
kemudahan para
pengembara.
Ekonomi
• Mempertingkatkan ekonomi
dengan memperkukuhkan
peranan baitulmal.
• Hasil baitulmal digunakan untuk
membiayai pembangunan negara
dan memperkuatkan tentera laut
seperti membeli kapal dan
senjata.
• Cukai jizyah dikekalkan dan
merupkan sumber pendapatan
baitulmal.
CARA PERLANTIKAN
• Cara perlantikan berdasarkan majlis Syura.
• Enam orang dicadangkan termasuk Saidina Uthman dan
Saidina Ali bin Abu Talib.
• Selepas kewafatan Umar, undian yang dijalankan
menunjukkan kedua-dua calon mendapat undi sama
banyak.
• Abd. Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi dan
dengan persetujuan ramai, Uthman telah dilantik.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
6
SUMBANGAN ALI BIN ABU TALIB
LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Ali bin Abu Talib.
• Berasal daripada Bani Hasyim berketurunan
Quraisy.
• Merupakan sepupu kepada Nabi s.a.w
• Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan
serta berwatak tegas dan berpengetahuan luas dalam
perundangan Islam
ALI BIN ABU TALIB
Sosial
• Berusaha mengekalkan kestabilan dan
keharmonian negara.
• Misalnya semasa peperangan Siffin, walaupun
tenteranya hampir mencapai kemenangan,
namun apabila pihak lawan telah mengangkat al-
Quran, beliau sanggup menghentikan
peperangan dan sedia berunding.
Ekonomi
• Cukai jizyah diteruskan untuk
mengembangkan ekonomi
• Ini berdasarkan surat Saidina Ali kepada
al-Asytar (gabenor Mausil dan Bandar-
bandar lain di Iraq dan Syria)
• Khalifah Ali meminta beliau mengikat
perjanjian dengan golongan zimmi untuk
mengenakan jizyah kepada mereka.
Pertahanan
• Khalifah Ali tidak
mengabaikan pertahanan
negara dengan membina
markas tentera di Parsi dan
di sempadan Syria.
CARA PERLANTIKAN
• Dilantik menjadi khalifah selepas Saidina
Uthman meninggal dunia.
• Perlantikan Khalifah Ali mendapat suara
terbanyak.
• Kepakaran dalam selok belok hukum, telah
banyak membantu menyelesaikan masalah.
• Merupakan system pemerintahan selepas kewafatan Nabi.
• Kepimpinan keempat-empat khalifah menitikberatkan
kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
• Perpaduan yang kukuh, membolehkan kerajaan Islam Madinah
berkembang pesat.
• Kerajaan Islam Madinah berjaya menyaingi empayar Rom dan Parsi.
• keempat-empat khalifah telah menjalankan tugas dengan penuh
kesedaran dan tanggungjawab.
• Mereka berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan
kebahagaian rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
7
KERAJAAN BANI UMAIYAH
Pembentukan Kerajaan
• Pentadbiran kerajaan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dilaksanakan oleh
kerajaan Bani Umaiyah.
• Perlantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut system syura, digantikan dengan system
warisan.
• Nama kerajaan ini bersempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah bin Abdu Shams
bin Abdul Manaf.
PENGASAS
• Muawiyah Bin Abu Abu Sufyan.
• Hassan bin Ali menyerahkan kuasa kepada Muawiyah
untuk mengelakkan umat Islam berpecah belah.
Tahap Pertama Tahap Kedua
• Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
• Pemerintahan bermula dari tahun 661 M hingga tahun 750 M.
• Pusat pemerintahan berpusat di Damsyik.
• Pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran
khalifah.
• Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.
• Pemerintahan bermula dari tahun 756 M hingga 1031 M.
• Pusat pemerintahan di Cordova dengan Andalusia menjadi ibu
kotanya.
• Pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran
amir.
Khalifah Masyhur Bani Umaiyah tahap I
• Muawiyah bin Abu Sufyan 661-680M
• Abdul Malik bin Marwan 685-705 M
• Umar bin Abdul Aziz 717-720 M
• Hisyam bin Abdul Malik 724-743 M
Khalifah Masyhur Bani Umaiyah tahap II
• Abdul Rahman I 756-788 M
• Abdul Rahman II 822-825 M
• Abdul Rahman III 912-961 M
• Abdul Rahman IV 961-976 M
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
8
Politik • Dalam system pemerintahan dan pentadbiran terdapat empat aspek utama:-
i. Perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintahan bagi menggantikan nabi s.a.w
ii. Sistem wazarah, perlantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di peringkat pusat dan
gabenor mengetuai sistem pentadbiran wilayah.
iii. Sistem urus setia, iaitu beberapa beberapa orang pegawai dilantik bagi mengumpul rekod dan mengurus
surat menyurat.
iv. Sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah.
• Pengurusan dikemaskan lagi dengan penubuhan jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cop
mohor Pemerintah.
Sistem Ketenteraan
• Tahap pertama pemerintahan, system ketenteraan telah diperkemaskan.
• Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) dibentuk untuk mempertahankan negara.
• Kemudian penubuhan angkatan tentera darat dan laut.
Ilmu Pengetahuan • Ilmu pengetahuan berkembang pesat.
• Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan.
• Lahir ilmuan seperti:-
a. Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab)
b. Sibawayhi (ahli nahu Arab)
c. Al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabi’ah dan Jamil al-Uzri (Sasterawan)
• Perkembangan ilmu agama seperti:-
a. Urwah bin Zubayr dan Zihat al-Zuhri (hadis)
b. Ibn Jarih (tafsir al-Quran)
c. Hassan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin)
Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
9
Taraf Kesihatan
• Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
• Hospital penyakit Kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
• Buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu telah diterjemah ke bahasa Arab.
• Ibn Nafis, pakar bedah termasyur di Damsyik telah menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah
(Kajian Umum Profesion kedoktoran) membincangkan teknik pembedahan dan rawatan selepas
pembendahan.
Perundangan
• Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau ijmak
Ulamak.
• Hakim mestilah adil dan tidak memihak kepada mana-mana aliran politik atau latar belakang orang yang
diadili.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
10
S
U
M
B
A
N
G
A
N
B
A
N
I
U
M
A
I
Y
A
H
T
A
H
A
P
K
E
D
U
A
Pendidikan
• Pusat pengajian tinggi telah diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan
di Eropah.
• Sebuah perpustakaan telah diasaskan oleh al-Hakam II.
• Pada zaman kedua-dua tokoh ini telah wujud 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.
• Cordova merupakan pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.
• Selain Cordova. Pusat ilmu telah berkembang di Seville, Toledo dan Granada.
• Pusat penterjemahan dibina untuk menterjemah karya tokoh Yunani ke bahasa Arab di Toledo.
Seni bina
• Terserlah seperti Masjid Cordova yang mempunyai menara setinggi 36 meter.
• Masjid beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar.
• Waktu malam masjid ini diterangi oleh 4700 buah lampu dan menggunakan 11 tan minyak setahun untuk tujuan itu.
Baitulmal
• Diwujudkan untuk mengimbangi sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.
• Sumber pendapatan kerajaan daripada cukai kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai 1/10
daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah) dan ghanimah (harta rampasan perang)
Ekonomi
• Cordova merupakan pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
• Kemahiran pembuatan tembikar serta perhiasan daripada emas dan perak telah berkembang ekoran daripada
perkembangan kegiatan ekonomi.
• Di cordova juga terdapat kegiatan memproses kulit dan membuat senjata.
Pertanian
• Sektor pertanian telah mencapai kemajuan dengan pembinaan system saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah
pertanian.
• Penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan benih yang baik supaya hasil pertanian dapat dipertingkatkan.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
11
Sebab kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah
Diskriminasi
• Diskriminasi
terhadap golongan
yang bukan
berketurunan Arab
(mawali) seperti
Parsi dan Barbar.
• Mereka tidak
mendapat jawatan
yang dianggap layak
dipegang oleh
mereka.
Cukai
• Cukai yang dikenakan
tinggi berbanding
dengan golongan
Arab.
• Puak mawali
menyokong dan
menyertai gerakan
menentang
pemerintahan Bani
Umaiyah
Mengabaikan ajaran Islam
• Akhir zaman kerajaan
Bani Umaiyah, para
khalifah telah
mengabaikan
tanggungjawab terhadap
rakyat, di samping
mengabaikan ajaran
Islam.
• Sikap mereka telah
membangkitkan
kemarahan rakyat.
Pemilihan khalifah
• Pemilihan khalifah
mengikut system
warisan ditentang oleh
sebilangan orang Islam.
• Puak Syiah dan
Khawarij turut
menyumbang kepada
kejatuhan kerajaan Bani
Umaiyah.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
12
Pembentukan Kerajaan Bani
Abbasiyah
• Diasaskan pada tahun 750 M.
• Kerajaan Bani Umaiyah dijatuhkan melalui satu Revolusi.
• Gerakan ini pada awal dilakukan secara sulit dan ditaja oleh Ali bin Abdullah.
• Pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz ia dijalankan secara terbuka.
• Menggunakan keluarga Nabi Muhammad s.a.w (ahlul Bait) untuk mendapat sokongan.
• Khurasan, Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.
• Revolusi ini berjaya kerana diperkukuhkan oleh dua orang pahlawan besar iaitu Abu
Salamah al-Khallal mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim Al-Khurasani menjadi
ketua di Khurasan.
• Kerajaan Abbasiyah mengambil sempena
nama al-Abbas, iaitu nama bapa saudara
Nabi s.a.w
• Pemilihan khalifah berdasarkan kepada
system warisan atau system monarki.
• Pada zaman Abu Jaafar al-Mansur
pemerintahan berpindah dari Damsyik ke
Baghdad.
• Kerajaan Bani Abbasiyah berakhir
pada tahun 1258.
• Tentera Mongol di bawah pimpinan
Hulagu telah berjaya menawan ibu
kota kerajaan Abbasiyah.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
13
S
U
M
B
A
N
G
A
N
B
A
N
I
A
B
B
A
S
I
Y
A
H
Pendidikan
• Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan
penyebaran ilmu pengetahuan.
• Dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
• Perekembangan ilmu berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam Bahasa Arab.
• Baitul Hikmah telah dibina di Baghdad. Diasaskan oleh Khalifah Harun berkembang pada zaman al-Makmun.
• Kegiatan utama baitul Hikmah ialah menterjemah karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani.
Penulisan
• Kegiatan penulisan dilakukan secara tiga tahap
i. mencatat segala idea atau percakapan
ii. mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi s.a.w ke dalam buku.
iii. Mengarang, dilakukan dengan lebih teliti kerana segala yang dicatat diatur ke dalam bahagian dan bab yang
tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.
Penglibatan Ulama
• Pada zaman Bani Abbasiyah, ulama terlibat dalam bidang penulisan.
• Ramai ulama menyusun hadis menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir sejarah dan lain-lain lagi.
• Antara ulama tersebut Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’), Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad
s.a.w), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’I, dan Imam Ahmad bin Abn Hanbal.
Perkembangan Intelektual
• Berlaku penterjemahan yang dibuat daripada bahasa Sanskrit, Yunani dan Suriani.
• Orang Islam bukan sahaja menterjemah tetapi juga mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah.
• Memeilhara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan pada zaman gelap (kurang
menghargai ilmu pengetahuan)
• Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan hingga terdapat hasil
karya sarjana Islam sampai ke Eropah.
• Ada karya tersebut telah diterjemah ke bahasa Asing dan membawa kepada kebangkitan Eropah.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
14
Pembentukan
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Pengasas
• Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah
• Uthman ialah gabenor Saljuk di barat
Anatolia yang bersempadan dengan
Byzantine (Rom Timur).
• Pada tahun 1301, Uthman berjaya
menumpaskan tentera Byzantine.
• Kemenangan ini menyebabkan ramai
pahlawan tentera dan pemimpin
masyarakat bersatu di bawah Uthman
memperluaskan kuasa.
Perluasan Kuasa
• Uthman Menakluki kawasan Anatolia dan menjadikan Bursa
sebagai ibu negeri.
• Orhan I berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai Aegean,
Ankara dan Gallipoli.
• Pada zaman pemerintahan Murad I dan Bayezid I, berjaya
menguasai kawasan Balkan selatan dan Utara Bulgaria, Sofia,
Philippopolis, Salonica, Kosovo, utara Albania dan Wallachia.
• Semasa pemerintahan Mehmed II, berjaya menakluk Istanbul
(Constantinople) ibu negeri Rom Timur pada tahun 1453.
• Pengukuhan Empayar Uthmaniyah bermula daripada zaman
Mehmed II 1453, hinggalah ketarikh kematian Suleiman I pada
tahun 1566.
Kemerosotan
• Empayar Turki Uthmaniyah berlanjutan hingga ke awal
abad ke-20.
• Penguasaan ekonomi dan politik tidak sekuat abad ke-16.
• Antara sebab kemerosotannya ialah pemimpin yang lemah,
keruntuhan system pungutan cukai, pemberontakan dan
pertambahan penduduk yang pesat sehingga sukar dikawal.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
15
S
U
M
B
A
N
G
A
N
K
E
R
A
J
A
A
N
U
T
H
M
A
N
I
Y
A
H
Perundangan
• Suleiman I memperkenalkan system perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan
kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama.
Ilmu Pengetahuan
• Sistem pendidikan Uthmaniyah yang sangat berpengaruh ialah system Madrasah.
• Sistem pendidikan lain yang berpengaruh ialah sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab
tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
• Golongan intelektual zaman Uthmaniyah menyumbang kepada penulisan ensiklopedia.
• Kerajaan Uthmaniyah telah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.
• Sumbangan Uthmaniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni bina masjid.
Susun Lapis Masyarakat
• Golongan atasan Eropah mengamalkan susun lapis masyarakat berasaskan keturunan.
• Setelah Uthmaniyah menakluk Balkan, Uthmaniyah menggalakkan kecemerlangan individu.
• Oleh itu, susun lapis masyarakat berasaskan kepada usaha setiap individu (mobility social yang lebih luas)
Pentadbiran Undang-undang
• Memberi sumbangan besar dalam system organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.
• Jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebagai sebahagian organisasi pentadbiran Islam.
• Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam (ketua ulama) untuk mengeluarkan fatwa.
• Koleksi fatwa Sheik-ul-Islam pada zaman Uthmaniyah merupakan sumbangan utama kepada agama dan
sains undang-undang.
Ekonomi
• Kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan jalinan perdagangan antara Timur dan
Barat serta antara dunia Islam dengan dunia Barat.
• Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan Laut
Maditeranean.
• Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah telah membentuk Jalinan Perdagangan dunia
Islam berpusat di Istanbul.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
16
Faktor Huraian
Kejatuhan
Constantinople
• Islam tersebar secara meluas dan menjadi kukuh terutama di Sicily dan Selatan Sepanyol.
• Penaklukan Constantinople oleh Mehmed al-Fateh pada tahun 1453, menandakan penyebaran Islam di
kawasan Eropah Timur (Balkan)
Akidah
• Akidah yang kukuh dan tinggi di kalangan orang Islam merupakan tunjang utama penyebaran Islam ke
Eropah.
• Tentera Islam mempunyai semangat Ghazi (semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa
demi penyebaran Islam)
Sistem Ketenteraan
• Sistem ketenteraan yang tersusun dan penggunaan peralatan moden.
• Tentera berkuda dan unit infantry yang kuat serta unit Janissari (kumpulan elit yang sangat terlatih
dalam selok belok peperangan)
• Mempunyai senjata moden dan meriam besar. Peralatan senjata moden ini sangat membantu dasar
perluasan kuasa Uthmaniyah seperti penaklukan Constantinople.
• Kerajaan Uthmaniyah mempunyai angkatan laut yang kuat Semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni,
armada kapal Uthmaniyah mempunyai 300 kapal digunakan untuk mengawal laut Mediteranean.
Politik Eropah
• Keadaan Politik Eropah yang tidak stabil, akibat daripada pertelingkahan dan peperangan.
Kejatuhan Byzantine
• Kelemahan dan kejatuhan Byzantine (Rom Timur) memudahkan penyebaran Islam ke Eropah.
• Institusi Gereja (Gereja Greek Ortodoks) tidak menjadi pelindung kepada masyarakat.
• Institusi Gereja hampir hancur kerana terdapatnya kepincangan seperti penyalahgunaan kuasa,
pergaduhan para pemimpin serta kekurangan kewangan untuk beroperasi.
Faktor Penyebaran Islam ke Eropah
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
17
Dasar diplomasi
• Kerajaan Uthmaiyah menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi dari segi dasar politik dan
hubungan keagamaan di Eropah.
• Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk agama Islam.
• Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks, dan
membenarkan gereja Ortodoks melindungi kepentingan masyarakat Kristian di Balkan.
Dasar Sosial Islam
• Dasar social Islam yang berdasarkan kepada kecemerlangan individu dan bukannya keturunan.
• Setiap individu memperolehi imbuhan hasil daripada usaha mereka.
• Berbeza dengan system social sebelumnya yang menitikberatkan latar belakang keturunan.
• Kerajaan Uthmaniyah juga membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan untuk
rakyat.
• Dasar social yang progresif ini telah menjadi tunjang kepada kejayaan pembentukan masayarakat Islam
terutamanya masyarakat Bandar.
Penghijrahan Orang
Turki
• Penghijrahan orang Turki dan usaha para pendakwah telah memainkan peranan penting kepada
perkembangan Islam di Balkan dan di Eropah.
• Ramai orang Turki telah berhijrah ke kawasan Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria dan Albania.
• Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah membina pertempatan di kawasan yang didiami oleh
kumpulan Mubaligh Islam (kumpulan Sufi).
• Ajaran kumpulan Sufi yang menekankan toleransi dan asimilasi telah menarik ramai orang Kristian
memeluk agama Islam.
• Penyebaran Islam di Balkan yang dimulakan oleh kerajaan Uthmaniyah berterusan hinggalah abad ke-
17 dan abad ke-18 sehingga ke kawasan Utara Albania, Montenegro dan Selatan-Barat Macedonia serta
Crete.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
18
Pertembungan Tamadun Islam
dengan Tamadun Lain di Dunia
Cara Pertembungan
Perdagangan dan Perniagaan
• Pertembungan melalui
perdagangan dan perniagaan
contoh Nabi s.a.w pernah
terlibat dalam aktiviti
perniagaan, berniaga hingga ke
Syria.
• Orang Islam terlibat dalam
perdagangan jarak jauh dan
telah mula menetap di Canton,
China untuk berdagang.
• Berlaku pertembungan tamadun
Islam dengan tamadun China.
Hubungan Diplomatik
• Hubungan diplomatic merupakan cara orang Islam
mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara
berfikir dan cara mentadbir tamadun luar.
• Kerajaan Umaiyah pernah menghantar kumpulan
peneroka ke utara Selat Gibraltar di Selatan
Sepanyol.
• Mereka bertemu dengan orang bukan Islam seperti
di Cordova, Valencia dan Rhonda.
• Hubungan diplomatic dengan kawasan-kawasan
tersebut membolehkan berlakunya pemahaman
secara aman antara orang Islam dengan orang
bukan Islam tentang cara hidup, keagamaan,
pandangan politik, ekonomi dan pentadbiran.
Penaklukan dan Ketenteraan
• Semasa menjalankan dasar perluasan kuasa dan
penyebaran Islam, kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah membentuk
ekspidisi ketenteraan.
• Apabila tentera Islam memasuki Iraq dan Iran, berlaku
pertembungan tamadun Islam dan Parsi.
• Apabila tentera Islam menakluk Mesir dan Utara Afrika,
berlaku pertembungan dengan tamadun Eropah (Rom).
• Tamadun ini saling mempengaruhi. Berlaku interaksi dan
asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain..
Kebudayaan
• Pertembungan kebudayaan
contoh kemasukan Islam ke
Sepanyol membawa kepada
kemunculan kebudayaan baru.
• Bahasa Arab menjadi bahasa
utama di Sepanyol.
• Lahir golongan Mazarab
(orang tempatan yang
beragama Kristian tetapi
mengamalkan kebudayaan
Islam dan berbahasa Arab).
Intelektual
• Pertembungan intelektual berlaku di
antara ahli fikir Islam dengan bukan
Islam.
• Ilmuan Islam telah berjaya mendalami
ilmu dan keilmuan tamadun Eropah.
• Ilmuan Islam telah berjaya
memperkembangkan lagi keilmuan
tersebut menurut perspektif Islam.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
19
Kesan Huraian
Sumbangan dari segi
keagamaan
• Islam mengubah system kehidupan penganutnya dan orang di bawah taklukannya.
• Islam membawa nilai akidah yang sangat penting iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t
• Islam menyediakan perundangannya berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk panduan dan pedoman
penganutnya.
• Islam yang berasaskan akidah dan syariah mudah diterima kerana bersifat sarwajagat tanpa batasan
kaum dan geografi.
• Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.
Perluasan kawasan
penyebaran Islam
• Kesan utama pertembungan ialah perluasan kawasan penyebaran Islam dan wilayah yang diperintah
oleh orang Islam.
Politik
• Lahir pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam dunia Islam seperti Kesultanan Delhi di India.
• Di China wujud masyarakat Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini..
• Kerajaan Islam mengamalkan system kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari
segi organisasi dan institusi.
• Walaupun terdapat perbezaan namun dari segi amalan politik sama kerana berasaskan akidah dan
syariah.
Ekonomi
• Perluasan kuasa dan wilayah membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutama dari segi
perdagangan.
• Pemerintah Islam memastikan laluan perdagangan wilayah naungannya selamat, contohnya kerajaan
Uthmaniyah mempunyai armada laut untuk memastikan keselamatan kapal-kapal dagang.
• Pusat kegiatan ekonomi Islam meliputi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul.
• Pedagang Islam menguasai perdagangan di seluruh dunia seprti laut Mediteranean, Teluk Parsi,
Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
Kesan Pertembungan Tamadun
Islam dengan Tamadun lain
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
20
Proses Urbanisasi
• Kesan perkembangan Islam di Eropah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi social.
• Kearajaan Islam menyelaras undang-undang yang saksama di wilayah naungannya seperti di kawasan
Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.
Kebudayaan
• Kesan utama pertembungan tamadun dalam perkembangan social masyarakat dunia ialah dari segi
kebudayaan dan intelektual.
• Dari segi kebudayaan, orang Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan
kurikulum dengan menekankan pendidikan agama dan akademik merangkumi bidang sains,
matematik dan teknologi.
• Pada zaman Abbasiyah, pelajar di institusi pembelajaran Islam diwajibkan juga mempelajari ilmu
mantic, matematik, geografi, sejarah, sains fizikal dan biologi.
• Pada zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam ( selain
bertutur bahasa Arab, mereka berpakaian seperti orang Islam).
• Tatasusila kehidupan orang Islam mempengaruhi kehidupan orang Eropah dan berterusan sehingga
ke pertengahan Zaman Renaissance. Peranan ini dimainkan oleh golongan Mudejar.
penterjemahan
• Perkembangan penterjemahan orang Islam dipertingkatkan lagi dengan penubuhan baitulhikmah pada
zaman khalifah Harun al-Rasyid.
• Baitulhikmah menyimpan hasil penulisan tamadun lain dan membolehkan sarjana Islam membuat
kajian.
• Pertejemahan hasil karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan budaya ilmu dan intelektual yang
sangat tinggi di kalangan orang Islam.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
21
Ilmu Pengetahuan
• Zaman kemuncak keilmuan Islam berlangsung kira-kira lima abad, melahirkan ramai golongan
ilmuan Islam dan pelbagai bidang ilmu.
Perubatan
• Zakaria al-Razi menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal.
• Menghasilkan 20 karya termasuk kitab al-Hawi sebuah ensiklopedia
• Menterjemah hasil karya Galen, ahli perubatan Greek.
• Al-Zahrawi sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.
Matematik dan astronomi
• Cendekiawan Islam yang terkemuka dalam bidanang matematik dan astronomi seperti al-
Khawarizmi, al-Batani, Ibn Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni.
Undang-undang dan
pemikiran
• Cendekiawan Islam seperti al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi telah menghasilkan karya yang
penting dalam bidang undang-undang dan dan pemikiran politik.
• Hasil karya mereka memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan
perundangan dalam sejarah orang Islam dan dunia Barat.
Falsafah dan mantic
• Cendekiawan yang sangat disegani dalam bidang falsafah dan ilmu mantic termasuklah Ibn Sina al-
Kindi, Fakhr al-Din, Al-Razi, Ibn-Arabi, Ibn Rushd dan Imam al-Ghazali.
• Mereka memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran Usuluddin, falsafah sains,
pemikiran kritis dan kesedaran agama.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
22
Seni bina
• Keindahan seni ukir dan seni bina Islam terdapat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan
Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana al-Hambra di Granada, melambangkan ketinggian
martabat tamadun Islam.
• Kebanyakan tema nilai seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat di dalam kepercayaan
tauhid dan akidah Islamiyah.
Kesusasteraan Islam
• Penulis puisi dan novel yang agung dalam sejarah persuratan manusia ialah Omar Khayyam yang
menulis Ruba’iyah dan al-Jahiz yang terkenal dengan kitab al-Bayan.
• Jalal ad-Din banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan.
• Rabi’ah al-Adawiah pemuisi wanita banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan dan
hubungan antara manusia dengan Tuhan.
Pelayaran
• Ibn Battuta mengembara ke China, India dan Afrika.
• Ibn Battuta mencatatkan penerokaan di kawasan yang dilawati dan hasil tulisannya menjadi rujukan
sejarawan sehingga kini.
• Al-Mascudi mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika.
• Ibn-Fadhlan telah mengembara ke utara Eropah.
Keilmuan Islam
• Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran,
system politik dan social.
• Masyarakat Eropah memanfaatkan keilmuan Islam dan berjaya membawa mereka keluar daripada
zaman kegelapan.
• Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam oleh ilmuan Islam berjaya membawa
tamadun Islam ke puncak kecemerlangan dari abad ke-8 hingga ke13.
http://rosleyasin.blogspot.com
SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
23