Sejarah
Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti
"sejarah geologi bumi". Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah
merujuk kepada sejarah manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan
mengenai masyarakat yang lalu.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan
bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza
mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian
tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali
sebagai pra-sejarah.contoh seejarah ialah haziq tak pandai main bola
langsung.
pengkajian sejarah
Kaedah Pengkajian Sejarah
kaedah lisan
kaedah bertulis
kaedah arkeologi
Kaedah lisan
Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual
dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang
tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan
sebagai maklumat sejarah.
Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos,
lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber
ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi
mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.
akaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang
dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya.
Penulisan
Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:
menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan
perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat
tercatat; dan
penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip
untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya
penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua
kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat
mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada
batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.
Cara untuk mencatat maklumat
Sistem penulisan
Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya
dibahagikan kepada empat kategori:
tulisan logo
suku kata
abjad
ciri.
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah
diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa.
Yang keenam, iaith piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada
dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal,
seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan)
dan hipergrafi (penulisan super).
Kaedah arkeologi
Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian
saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya
termasuk angkasa lepas, maritim, dan cari gali.
Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui
kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan
daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput
dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon,
Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiaran
dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah
tersebut.
melaka bermulanya satu empayer
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang
putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara
tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah
kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila
Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar
Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih
kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis
pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud
Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
Parameswara
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan
pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri
Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian
memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350)
Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri
Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri
Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak
bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu
Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman,
(anak dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di
Pagar Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama
Islam di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa
Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya
mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah
pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa,
Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura
("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke
Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura,
Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama
kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas
itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung
Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi
diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat
yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara
berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang
menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai
Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang
Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor
pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya.
Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau
memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas
menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara
menamakan tempat itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan
Parameswara membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya
mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng
Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak
540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, Maharaja Ming.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya
dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja
Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah
pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan
berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan
rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang
berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai
perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of
Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri
yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman
Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari
Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka
sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa
pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka,
berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik
pada masa itu.
Perkembangan Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri
Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444).
Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera
bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan
dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan
Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh
Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas
Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun
1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka
Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di
Kepulauan Melayu.
KESULTANAN MELAKA
Tempoh Sultan
1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah
1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah
1459 – 1477 Sultan Mansur Shah
1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
Kegemilangan Kesultanan Melaka
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah
pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan
diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan
anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan
Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri
China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah
wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan
campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum
Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai
kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura,
dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara
dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-
15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua
cubaan serangan tersebut telah gagal.
Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru
menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai
kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin
berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan
Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya
dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil
telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan
dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih
tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang
mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya
menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya
berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan
perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah
seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani yang
secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai
pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim
salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar
yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan
akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah
memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka
bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan
tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru
dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau
pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur
dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-
barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka
merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza
daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas
kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah
mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di
Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah
tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan
Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau
bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia
yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-
kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar
luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah
pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang
tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka
seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham,
Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang
Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak
kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque
membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi
permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di
mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada
negera China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan
Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan
ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik
(Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan
sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka.
Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali
menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya
mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat
catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di
bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan
Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya,
Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah
empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18
dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar
Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan
beliau mengasaskan Kesultanan Perak
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun
1526.
Pemerintahan Jajahan
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis
pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi
pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah,
Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan
menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-
sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan
kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri
Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan
Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke
Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.
St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama
beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan
Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak
Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda
tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di
antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan
Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut
Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka
diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company),
dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi
sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan
Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah
jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang
kemudiannya menjadi Malaysia.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.
Garis masa
Kesultanan Melaka
1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh
Majapahit telah
menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka
negeri Melaka.
1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di
Melaka dan
menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat
perlindungan
daripada serangan pihak Siam.
1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para
pembesar tiba
di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring
sebanyak
540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China.
Baginda
diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk
agama Islam dan
memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta
dan
menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu
Syahid.
1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar
Shah (1446-
1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri.
1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak
jauh dari
Muar.
1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka
Raja. Beliau
telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah
menghantar Laksamana
Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan
dengan Baginda.
Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan
segolongan
pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-
1488)
menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang
tegas dalam
melaksanakan tugasnya.
1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan
Mahmud Shah
(1488-1511).
1498: Tun Perak meninggal dunia.
1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara
bergelar
Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling
berkuasa di kalangan
bendahara-bendahara.
1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba
di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara
dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab
perselisihan faham,
angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan
Mahmud Shah
kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada
baginda.Selain
itu, beliau telah di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin
mengatasi
kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah
membunuh Tun
Muthahir dam keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan
kesilapannya . Sultan
Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan
baginda
sebagai Sultan sementara.
Pemerintahan Portugis
1511: Alfonso d'Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat
permintaan
membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya
ditolak oleh
sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan
Kota Melaka
pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan.
Dengan
penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka
selama 130
tahun.
1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan
Demak di
Sumatera menyerang Melaka.
1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina
tembok tinggi
mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte
Coelho dan
dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh
pihak Belanda
kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St.
Paul".
1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak
Portugis
membuat catuan makanan dari Goa.
1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar
oleh negeri
Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan
Mahmud
Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka
ke Kampar,
Sumatra.
1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra.
1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang
pertama.
1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada
keseluruhannya,
beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan
Melaka
sebagai pusat operasinya di Timur.
1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina
oleh St.
Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang
memeluk
agamanya.
1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan
Melaka dan
mengepungnya selama tiga bulan.
1553: Fr. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton,
China dan
dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya
sebelum
mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh.
Acheh telah
mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan
Abdul Jalil
Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui
serangan tanah
daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai
dari Goa.
1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota
Portugis Melaka.
1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama
dengan Sultan
Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal
apabila
Portugis mendapat bantuan dari Goa.
1615-1616: Acheh menyerang Melaka.
1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak
Portugis
mengambil Melaka kembali.
1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.
Pemerintahan Belanda
1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14
Januari dan
menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor
Portugis, Manuel de
Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson
Kaartokoe.
1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King
dan ia
merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.
1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor
Belanda dan
timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas
pihak Belanda
memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama
mereka.
1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap
sepenuhnya
selepas pembinaan dua belas tahun.
1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang
Melaka.
1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh
semasa
pertempuran di Teluk Ketapang.
1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa
Perang
Napoleon.
1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu
Portugis dan
mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda
merancang untuk
menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke
Pulau
Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja
memusnahkan
kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari
kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan
penduduk dibatalkan.
1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna
selepas Perang Napoleon.
1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat
Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengk
Pemerintahan British
1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London)
dibuat yang
mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra
kepada pihak
Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini
ditandatangani untuk
mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah
menguasai
kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan
(Kepulauan
Indonesia).
1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri
Selat.
1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya.
1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat
Pemerintahan Gabenor-
Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di
London.
1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di
Bukit Lintang,
Melaka.
1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour
(Pengkalan Laut yang
penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).
1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.
1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah
kepada British di
Singapura.
1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak
British
mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
mengumumkan
tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam
tahun yang
sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah
Melayu sebagai
negara merdeka.
Kemerdekaan
1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi
sebahagian daripada
Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.
1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.
Sinar islam di melaka
Sinar islam di melaka kesan pengaruh islam dimelaka
System beraja digantikan dengan institusi kesultanana) __________________________________________b)__________________________________________c) Sultan Muhammad Shah ialah raja pertama yang mengunakan gelaran sultan
Pentabirana) ulama menasihati sultan dalam pentabiran b) undang-undang syariah mempengaruhi hukum kanun melaka
dan undang-undang laut melaka
Pendidikan a) pengajian al-quran dijadikan system asas pendidikan b) bahasa melayu sebagai bahasa ilmuc) pengunan tulisan jawi secara meluas
Kesenian a) corak ukiran berunsur islam dikubah masjid, mimbar, mihrab,
dan batu nisan
Amalan dan budaya
a) upacara khatam al-quranb) majilis kesyukuran c) kenduri arwah
kegigihan melaka menyebarkan agama islam ke asia tenggara Pusat kegiatan ilmu Peranan istana sebagai pusat kegiatan ilmu
Tempat berkumpul golongan cerdik pandai
Jurutulis Mengubal perjanjian Guru kepada anak raja Mengarang surat rasmi raja
Pengarang Mengarang sejarah Menghasilkan karya Mencatat diari istana Menyusun salasilah raja
Ulama Menulis dan menterjamah
kitab islam Tempat berbincang hal agama Ulama membahaskan kitab darul manzum iaitu kitab berkaitan aspek-
aspek ketuhanan Tempat penyimpanan buku penulis tempatan dan asing Tempat menterjamah dan menyadur karya asing (pasai dan arab) Karya melayu yang bersifat didaktif (pengajaran)sebagai pengentara
Karya sastera terjamahan Hikayat amir hamzah
Hikayat iskandar zulkarnain Hikayat mihammad ali hanifah
Karya satera saduran Hikayat bulan belah Hikayat nabi bercukur Hikayat baktiar Hikayat nabi wafat Hikayat yusof
Karya melayu Hikayat hang tuah Hikayat bayan budiman
Karya undang-undang Undang-undang laut melaka Hukum kanun melaka
- digubal semasa pemerintahan sultan mahammud shah
- dilengekapkan semasa pemerintahan sultan muzaffar shah
- disusun semula semasa pemerintahan sultan mahmud shah
Perluasan kuasa
Cara-cara perluasan kuasa
penaklukan (kampar dan pahang)
- ultan melaka bijak mengatur sterategi dan baginda dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban
perkahwinan (pahang, kelantan, siak)
- perkahwinan dapat mengukuhkan hubungan persaudaran antara kedua-dua buah kerajaan
kerelaan raja bernaung dibawah melaka (jambi dan lingga)
- raja-raja yang berada di bawah naungan melaka ditabalkan oleh sultan melaka
memberi bantuan - melaka membantu raja pasai,
sultan zainal abidin yang hendak digulingkan daripada takhta
- membantu pasai mengalahkan aru
- kekuasan melaka diakui oleh pasai walaupun kedudukan pasai walaupun kedudukan pasai dianggap setaraf dengan melaka
Kebijaksanan pemimpin SULTAN MUZAFAR SHAH menguasai pahang, inderagiri
dan kampar menjalin hubungan diplomatik
dengan china menyelesaikan perbalahan
perbalahan orang melayu dan india-uslim di istana
menghantar Tun Perak untuk menghadapi tentangan siam
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
mengambil berat tentang keselamatan dan keamanan di dalam negeri
seorang yang warak menyamar menjadi rakyat
biasa untuk membenteras jenayah
menguasai aru memilih laksamana Hang
Tuah iaitu seorang hulubalang yang gagah dan berani ketika berperang dengan Aru
SULTAN MANSOR SHAH
menguasai Bernam, perak, dan siak
menghalang pahang, indegiri dan kampar daripada membabaskan diri daripada penguasan melaka
TUN PERAK mengatur stratigi yang
berkesan untuk menghalang serangan siam daripada tahun 1445 dan 1456
TUN PERAK
CIRI-CIRI KEPIMPINAN
setia kepada raja. Buktinya, beliau tidak menuntut bela atas kematian anaknya, Tun Besar yang dibunuh oleh putera sultan Mansor Shah, iaitu raja Muhammad.
Beliau memohon kepada sultan Mansor shah agar tidak melantik Raja Muammad
Raja Muhamad ditabalkan sebagai sultan di Pahang
Tindakan beliau telah meujudkan keamanan dan dapat mengekalkan kesetian rakyat melaka
Kebijaksanan beliau mengatur strategi ketika menghadapi serangan siam membuktikan
sebagai penganti sultan. beliau seorang yang berwawasan
STRATEGI PERANG TUN PERAK
Strategi
Kesan
1445- ketika menjadi penghulu klang, beliau mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing pindah ke melaka
Menaikkan semangat tenteranya mempertahankan melaka
1456- ketika memegang jawatan Bendahara, beliau mengarahkan askar mengunakan perahu kecil sebagai musilihat perang.
Menyukarkan siam untuk mengejarnya
Mengikat jamung pada pokok bakau
Mengelirukan pihak musuh, seolah-olah melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai
Copyright coreporm©2008