TAJUK: SEL SEBAGAI UNIT
ASAS HIDUPAN.
KUMPULAN: CHARENSAK ANUAR
AQIL IKWAN
AIDIL
2.1 Apakah itu SEL?
Sel merupakan unit asas hidupan.Tubuh kita dibina daripada
berjuta-juta sel tetapi kita tidak dapat melihatnya.Sel ialah unit
terkecil di dalam organisma hidup.Sel sangat kecil dan hanya
boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Mikroskop merupakan sebuah alat optik yang membantu kita melihat objek seni seperti sel.Terdapat dua jenis mikroskop.Mikroskop yang
biasa digunakan di makmal sains dikenali sebagai MIKROSKOP CAHAYA.Keduanya MIKROSKOP ELEKTRON.Alat ini perlu digunakan
dan dikendalikan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang kerosakan.
MIKROSKOP.
MIKROSKOP CAHAYA
MIKROSKOP ELEKTRON
CARA-CARA MENGENDALIKAN
MIKROSKOP DENGAN CARA YANG BETUL.
1. Letakkan mikroskop di atas meja dengan bahagian lengan mikroskop menghala ke arah anda.
2. Putarkan kanta objek kuasa rendah sehingga anda mendengar bunyi ‘klik’.Pastikan kanta objek itu berada
betul-betul di atas lubang pada pentas.3. Laraskan diafragma dan cermin supaya jumlah cahaya
yang masuk adalah maksimum.4. Letakkan slaid yang mengandungi spesimen di atas pentas mikroskop dan kepitkan dengan klip mikroskop.
5. Putarkan pelaras kasar supaya kanta objek kuasa rendah itu diturunkan secara perlahan-lahan sehingga
menghampiri slaid kaca.6. Sambil melihat melalui kanta mata,putarkan pelaras kasar untuk menaikkan kanta objek supaya spesimen
pada slaid kaca dapat dilihat dengan lebih jelas.7. Putarkan pelaras halus bagi mendapatkan imej yang
lebih tajam.8. Apabila imej spesimen sudah dapat dilihat melalui
kanta mata,tukarkan kanta objek kuasa rendah daripada 4x ke 10x dan seterusnya ke 40x untuk memperbesarkan
saiz imej.
2.2 SEL PIPI MANUSIA
NUKLEUSMEMBRANSEL
SITOPLASMA
Struktur umum sel haiwan ialah seperti yang berikut:
2.3 Sel epidermis bawang.
Struktur umum sel tumbuhan ialah seperti yang berikut:
Sel Haiwan Sel Tumbuhan
Mempunyai sitoplasma Mempunyai sitoplasma
Mempunyai membran sel Mempunyai membran sel
Mempunyai nukleus Mempunyai nukleus
Bentuk tidak tetap Bentuk tetap
Tiada dinding sel Mempunyai dinding sel
Tiada kloroplas Mempunyai kloroplas
Tiada vakuol Mempunyai vakuol
Fungsi struktur sel di dalam sel haiwan.
Nukleus •Mempunyai struktur yang berbentuk sfera atau bujur.•Mengawal keseluruhan aktiviti sel dan membawa maklumat perwarisan.
Membran Sel •Menyelaputi protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma.•Merupakan lapisan separa telap di sekeliling sel yang hanya membenarkan molekul-molekul tertentu sahaja melaluinya.•Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
Sitoplasma •Mempunyai bahan menyerupai jeli di dalam sel.•Terdapat struktur halus sel yang lain seperti protein,lemak,karbohidrat,dan garam mineral di dalamnya.•Bertindak sebagai medium (tempat) bagi tindak balas kimia berlaku.
Fungsi struktur sel di dalam sel tumbuhan.
Nukleus Membran sel Sitoplasma
Mempunyai struktur yang berbentuk sfera atau bujur.
Menyelaputi protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma.
Mempunyai bahan menyerupai jeli di dalam sel.
Mengawal keseluruhan aktiviti sel dan membawa maklumat perwarisan.
Merupakan lapisan separa telap di sekeliling sel yang hanya membenarkan molekul-molekul tertentu sahaja melaluinya.
Terdapat struktur halus sel yang lain seperti protein,lemak,karbohidrat,dan garam mineral di dalamnya.
Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
Bertindak sebagai medium (tempat) bagi tindak balas kimia berlaku.
Dinding sel Kloroplas Vakuol
Lapisan luar sel yang meliputi membran sel.
Merupakan bintil halus yang berbentuk cakera dan mengandungi klorofil.
Merupakan kantung yang deselaputi membran.
Terdiri daripada selulosa yang menjadikan dinding sel kuat dan tegar.
Menyerap tenaga cahaya semasa proses fotosentesis.
Berisi sap sel yang mengandungi larutan gula,garam mineral,dan bahan buangan.
Memberi sokongan,perlindungan,dan bentuk yang tetap kepada sel.
Memberi sokongan kepada sel apabila dipenuhi air.
Organisma Unisel dan Multisel.
Organisma Unisel.Organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja disebut organisma unisel (‘UNI’ bermaksud satu).Organisma unisel dianggap sebagai organisma lengkap kerana boleh menjalankan
semua proses kehidupan seperti pertumbuhan dan pembiakan
walaupun hanya terdiri daripada sel tunggal.
Organisma Multisel.Organisma yang mempunyai lebih
daripada satu sel disebut organisma multisel (‘multi’ bermaksud banyak).
Organisma unisel
Organisma Multisel
Mikroorganisma
ORGANISASI SEL DALAM BADAN.
Jenis sel Lakaran sel Ciri-ciri sel Fungsi sel
Sel pipi Pipih dan berbentuk seperti jubin.
Melindungi permukaan dalam pipi.
Sel otot Sel otot pada dinding usus berbentuk gelendong.Sel otot pada jantung bercabang-cabang dan bersambung-sambung.
Berupaya mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan.
Sel saraf Neuron.Mempunyai cabang-cabang halus seperti benang (gentian saraf).
Sel saraf membawa maklumat (impuls saraf) ke seluruh badan.
Jenis sel Lakaran sel Ciri-ciri sel Fungsi sel
Sel darah merah Berbentuk cakera dwicekung dan tidak bernukleus.
Mengandungi pigmen merah yang dikenali sebagai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.
Sel darah putih Mempunyai bentuk tidak tetap dan nukleusnya berbentuk lobus.
Melindungi badan daripada serangan penyakit dengan menghapuskan bakteria dan virus dalam badan.
Sel pembiakan Ovum ( Perempuan).Sperma (lelaki).
Sel-sel pembiakan yang terlibat dalam proses pembiakan manusia.
ORGANISASI SEL.
Sekumpulan sel membentuk tisu.
Sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan melaksanakan
fungsi yang sama membentuk tisu.Misalnya,sel-sel otot membentuk tisu otot dan sel-sel saraf membentuk tisu saraf.Tisu otot berupaya mengecut
dan menegang untuk menghasilkan pergerakan.Tisu saraf membawa
maklumat (impuls saraf) ke seluruh badan.
Tisu ototTisu saraf
Sekumpulan tisu membentuk organ.Beberapa jenis tisu yang berbeza bergabung
membentuk organ.Misalnya,jantung terbentuk daripada gabungan tisu penghubung,tisu otot,dan
tisu saraf.Contoh-contoh organ manusia ialah otak,peparu,hati,dan kulit.
Sekumpulan organ membentuk sistem.
Sekumpulan organ bekerjasama untuk membentuk sistem.Misalnya,organ-
organ yang terdiri daripada mulut,esofagus,perut,usus kecil,dan usus
besar membentuk sistem pencernaan.Sistem ini menguraikan
makanan yang kompleks kepada sebatian-sebatian ringkas supaya mudah diserap ke dalam darah dan seterusnya
digunakan oleh sel di dalam badan.
Sistem rangka
Sekumpulan sistem membentuk organisma.
Pelbagai sistem berfungsi secara bersepadu untuk membentuk manusia,
iaitu salah satu organisma multisel.
Organisma
Sel Tisu Organ Sistem Organisma
Sel
Tisu
Organ
Sistem
Organisma
2.4 Manusia ialah Organisma yang Kompleks.
Tidak seperti organisma unisel yang merupakan organisma ringkas,manusia dianggap sebagai organisma
kompleks.Hal ini kerana manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh
organisma lain.Tambahan pula,manusia lebih bijak daripada organisma lain kerana manusia mampu
berfikir.Kebolehan ini menjadikan manusia lebih istimewa berbanding dengan organisma lain.
Manusia ialah organisma multisel yang kompleks kerana mempunyai kira-kira 200 jenis sel yang diorganisasikan
kepada tisu,organ,dan sistem.Pengkhususan sel dan organisasi sel ini membolehkan fungsi-fungsi tubuh
dijalankan secara berasingan.Hal ini membolehkan badan secara keseluruhannya berfungsi dengan lebih cekap dan
efisien.
Fungsi sistem di dalam badan manusia saling berkaitan.Misalnya,oksigen dari atmosfera disedut masuk ke
peparu melalui sistem respirasi.Kemudian,oksigen dari peparu diangkut ke tisu badan melalui sistem peredaran
darah.
TERIMA KASIH
Top Related