PRAKATA Selaras dengan matlamat Pelan Integriti Nasional
dalam pembentukan dan pembudayaan integriti di
Negara ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
(NRE) telah membangunkan Pelan Integriti Organisasi
(PIO) NRE bagi tempoh 2010 hingga 2014.
Pelaksanaan program dan aktiviti di Kementerian/
Jabatan/ Agensi di bawah NRE dipantau secara
berkala dalam tempoh tersebut.
Usaha penambahbaikan dilaksanakan secara
berterusan bagi memastikan agenda integriti yang
digariskan sentiasa relevan dengan persekitaran
Kementerian khususnya dan perkhidmatan awam
amnya. Bagi tujuan tersebut, kajian semula telah
dilaksanakan pada tahun 2013 dengan penglibatan
Bahagian/ Jabatan/ Agensi NRE. Draf PIO bagi tahun
2010 hingga 2014 (Kajian Semula) diperhalusi di
pelbagai peringkat sebelum dipersetujui untuk
diterbitkan.
Jutaan penghargaan ditujukan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan penerbitan ini. Semoga penerbitan
ini dapat memberi panduan kepada Bahagian/
Jabatan/ Agensi NRE menambahbaik tadbir urus di
samping memantapkan lagi pembudayaan integriti di
organisasi masing-masing.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 9, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA © bpsm.nre
P e r u t u s a n M e n t e r i K a t a - K a t a A l u a n K e t u a
S e t i a u s a h a K e m e n t e r i a n
P r o f i l N R E
P e n g e n a l a n P I O
S t r a t e g i P I O
Strategi 1: Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance)
Strategi 2: Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Strategi 4: Memantapkan Sistem Pentadbiran dan Keadilan Tatatertib
Strategi 3: Melaksanakan Program Kesedaran, Memerangi Jenayah Rasuah Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa Serta Meningkatkan Integriti
Strategi 5: Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia
i-ii
3-6
9-12
25-28
17-21
35
31-32
39-41
P E R U T U S A N
MENTERI
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Salam Sejahtera,
K erajaan sentiasa menerapkan pembudayaan integriti
di kalangan penjawat awam melalui penganjuran
program dan aktiviti yang dapat menyemai penghayatan
terhadap konsep integriti sama ada di dalam atau di luar
organisasi. Di peringkat Kementerian, integriti sentiasa
ditekankan dalam sistem penyampaian perkhidmatan,
tadbir urus, tanggungjawab sosial dan juga
tanggungjawab kepada alam sekitar. Komitmen
Kementerian di peringkat global juga turut diberi
perhatian menerusi program dan hubungan dua hala
dengan Negara luar.
Selaras dengan hasrat tersebut, Pelan Integriti Nasional
(PIN) dibangunkan pada tahun 2004 bagi tujuan
menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua
sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama
dan mengambil bahagian secara langsung dalam usaha
memantapkan nilai etika dan integriti.
Objektif PIN dalam jangka panjang ialah untuk
memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
“membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan
diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Di samping itu,
PIN juga mempunyai objektif meningkatkan kesedaran,
komitmen dan kerjasama rakyat sejagat dari pelbagai
sektor dalam usaha pemantapan integriti.
Tumpuan khusus diberikan oleh Kementerian terhadap
Agenda Pentadbiran di mana aspek tadbir urus dan
sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian perlu
sentiasa ditambahbaik berdasarkan persekitaran dan
dasar baharu Kerajaan. Bagi merealisasikan matlamat
ini, usaha dan komitmen daripada pelbagai pihak adalah
penting dan perlu digerakkan secara bersepadu dan
terselaras. Dengan adanya Pelan Integriti Organisasi
(PIO) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
2010 – 2014 (Kajian Semula), penghayatan terhadap
nilai integriti akan dapat terus dipupuk di peringkat
organisasi dan warga Kementerian khususnya.
DATUK SERI G. PALANIVEL
Menteri
Sumber Asli & Alam Sekitar
i
K A T A - K A T A A L U A N
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1NRE,
T erlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan
syabas di atas usaha semua pihak yang terlibat dalam
penerbitan Pelan Integriti Organisasi (PIO) Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar (NRE) 2010 – 2014 (Kajian Semula). Kajian
semula ini adalah penting ke arah memastikan gerakan
pemantapan integriti di peringkat Kementerian dan Jabatan/
Agensi di bawahnya berjalan lancar, mencapai matlamat dan
memenuhi keperluan kumpulan sasar yakni warga NRE dan juga
masyarakat umum.
Laporan Tekad Integriti (2009 – 2013) telah merekodkan
peningkatan skor Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) kepada
6.8 pada 2013 berbanding 6.5 pada 2009. Pencapaian ini
menggambarkan tahap kefahaman dan persepsi masyarakat
mengenai gejala rasuah, kualiti penyampaian perkhidmatan
awam, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial, kemantapan
institusi keluarga dan komuniti, kualiti hidup masyarakat serta
budi bahasa rakyat di negara ini semakin bertambah baik. Ini
secara tidak langsung membuktikan bahawa usaha-usaha
pemantapan integriti di kalangan agensi Kerajaan berjaya
membuahkan kesan positif dan bermanfaat.
Mendukung hasrat Kerajaan ke arah meningkatkan momentum
integriti di kalangan penjawat awam, fokus NRE bagi fasa kedua
pelaksanaan PIO telah disusun semula berdasarkan lima (5)
strategi utama seperti berikut:
i. Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik (Good
Governance);
ii. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian
Perkhidmatan;
iii. Melaksanakan Program Kesedaran Memerangi Jenayah
Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa serta
Meningkatkan Integriti;
iv. Memantapkan Pentadbiran Sistem Keadilan dan
Tatatertib; dan
v. Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia.
Bagi memastikan pelaksanaan PIO NRE fasa kedua berjalan
dengan lancar, usaha dan komitmen daripada Bahagian dan
Jabatan/Agensi perlu diselaraskan dengan berkesan dan
tersusun agar agenda integriti NRE menjadi suatu tindakan yang
bersifat holistik dan berterusan di setiap peringkat organisasi.
Sekian, terima kasih.
ii
DATO’ SRI ZOAL AZHA BIN YUSOF
Ketua Setiausaha
Kementerian
Sumber Asli & Alam Sekitar
PROFIL NRE
3
OBJEKTIF NRE
VISI NRE
Menerajui Pengurusan Sumber Asli Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Secara Lestari Ke Arah Pencapaian Wawasan Negara
MISI NRE
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan wawasan negara melalui:
Perancangan bersepadu program dan aktiviti semua jabatan dan agensi;
Penggemblengan secara optimum guna tenaga, teknologi terkini dan sumber kewangan;
Pembangunan sumber asli secara optimum untuk menyokong aktiviti nilai tambah;
Peningkatan dan pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan;
Penyebaran dan perkongsian input teknikal dan pengurusan pangkalan data yang berkesan;
Kerjasama berkesan dengan semua peringkat sektor awam, swasta dan antarabangsa; dan
Peningkatan kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik dan berkesan.
Objektif 1 Memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari. Objektif 2 Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan. Objektif 3 Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan. Objektif 4 Menjadikan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar. Objektif 5 Memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari.
PROFIL NRE
4
PROFIL NRE
KOD NILAI DAN ETIKA NRE
Kami Warga NRE berazam untuk mengamalkan Kod Etika NRE dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab berasaskan prinsip dan teras berikut: Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai budaya
kerja;
Mengamalkan nilai-nilai unggul
profesionalisme di dalam perkhidmatan;
Memegang teguh prinsip akauntabiliti dan
kedaulatan undang-undang dalam tugas yang
diamanahkan;
Mengutamakan kepentingan pelanggan;
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran sepanjang hayat; dan
Bagi menegakkan pentadbiran yang bersih,
cekap dan amanah ke arah perkhidmatan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
5
PROFIL NRE
PIAGAM PELANGGAN NRE
Demi menerajui kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli dan alam sekitar secara lestari, kami berjanji akan: 1. Mengemukakan ulasan terhadap
Memorandum Jemaah Menteri dari Kementerian/Agensi lain mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian/ Agensi;
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap Majlis berikut:
a. Majlis Tanah Negara b. Majlis Sumber Air Negara
3. Mengeluarkan surat keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
4. Menyediakan maklumat geospatial yang sentiasa boleh dicapai melalui aplikasi carian maklumat geografi setiap 24 jam x 7 hari dengan system uptime tidak kurang dari 97%;
5. Mengeluarkan surat keputusan permohonan Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism, CDM) dalam tempoh 2 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan mengenai Mekanisme Pembangunan Bersih membuat keputusan;
6. Mengeluarkan akuan penerimaan dan maklumbalas awal bagi aduan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima; dan
7. Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari dari tarikh dokumen diterima dengan lengkap.
6
PROFIL NRE
JABATAN DAN AGENSI DI BAWAH NRE
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM)
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)
JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH
DAN GALIAN (JKPTG)
INSTITUT PENYELIDIKAN
HIDRAULIK KEBANGSAAN
MALAYSIA (NAHRIM)
JABATAN ALAM SEKITAR
MALAYSIA (JAS)
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
(JTLM)
JABATAN BIOKESELAMATAN
(JBK)
INSTITUT TANAH DAN UKUR
NEGARA (INSTUN)
PENGENALAN PIO
9
PENGENALAN PIO
PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip
Perlembagaan Persekutuan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara iaitu
membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta
berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan
cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah Negara maju menurut acuan
sendiri menjelang 2020.
Objektif khusus PIN adalah seperti berikut:
Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan
dalam semua bidang;
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti;
Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan Negara, dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
10
PENGENALAN PIO
PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) NRE
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah merangka Pelan Integriti
Organisasi (PIO) bagi tempoh lima (5) tahun (2010-2014) melalui pelaksanaan tugas,
program dan aktiviti di Jabatan, Agensi dan Bahagian di bawahnya yang bertujuan untuk
memantapkan integriti pegawai awam di Kementerian, Jabatan dan Agensi. PIO
merupakan satu mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan TEKAD
INTEGRITI seperti berikut tercapai:
i. Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan;
ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem peyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;
iii. Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat;
iv. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan
v. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Agenda pentadbiran telah diberi keutamaan dalam PIO 2010—2014 (Kajian Semula) bagi
memastikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan memenuhi kehendak Piagam
Pelanggan Kementerian, Jabatan dan Agensi. Adalah menjadi tanggungjawab
Kementerian, Jabatan dan Agensi menyediakan urusan yang cekap, berkesan dan telus
berkaitan urusan-urusan yang berkaitan sumber asli dan alam sekitar. Kementerian turut
memberi fokus terhadap tadbir urus terbaik yang merangkumi bidang-bidang tugas
utama di Kementerian, Jabatan dan Agensi, pengurusan sumber manusia dan kewangan
selaras dengan Standard Operating Procedures (SOP) tugas-tugas yang berkenaan.
11
PENGENALAN PIO
OBJEKTIF PIO
01 Menyediakan satu pelan integriti yang komprehensif
merangkumi tugas-tugas utama di Kementerian, Jabatan
dan Agensi di bawahnya untuk membentuk sistem
penyampaian perkhidmatan yang memenuhi Piagam
Pelanggan dan menyediakan warga Kementerian yang
mempunyai integriti yang cemerlang;
02 Melahirkan warga Kementerian, Jabatan dan
Agensi yang berpengetahuan, berkemahiran,
beretika, berintegriti dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas; dan
03 Memenuhi pencapaian Hala
Tuju Agenda Integriti Nasional
12
PENGENALAN PIO
STRATEGI 2
MENINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
STRATEGI 1
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN TADBIR URUS TERBAIK (GOOD GOVERNANCE)
STRATEGI 3
MELAKSANAKAN PROGRAM KESEDARAN MEMERANGI JENAYAH RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA SERTA MENINGKATKAN INTEGRITI
STRATEGI 4
MEMANTAPKAN PENTADBIRAN SISTEM KEADILAN DAN TATATERTIB
STRATEGI 5
MEMANTAPKAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
STRATEGI PIO
STRATEGI PIO
“Keberkesanan perkhidmatan awam bukan sahaja terletak kepada keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar semata-mata tetapi juga bergantung pada kejayaan berkomunikasi yang menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu dasar itu dan kejayaan menangani kesan-kesan dari dasar tersebut”
-Petikan ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII)
STRATEGI PIO Strategi 1:
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN TADBIR URUS
TERBAIK (GOOD GOVERNANCE)
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
TADBIR URUS TERBAIK (GOOD
GOVERNANCE)
17
Bil 1
Program / Aktiviti Penggubalan dan Pengurusan Dasar/ Akta/ Program/ Aktiviti
Matlamat Mewujudkan serta merangka dasar dan perundangan yang menyeluruh bagi
memastikan pengurusan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang
bagi menjamin pembangunan lestari
Memastikan pengurusan dan penyelarasan bagi Akta/ Dasar/ Program/ Aktiviti
Jabatan/ agensi di bawah seliaan Bahagian
Kumpulan Sasaran Bahagian (yang berkenaan) di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPASPI, BSASH, BTUP, BBP, BMG
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan
Petunjuk Prestasi Penggubalan dan pindaan dasar/akta serta peraturan berkaitan pengurusan
sumber asli dan alam sekitar
Penyelarasan/ Pemantauan/ Penilaian bagi program/ aktiviti Bahagian/ Jabatan/
agensi
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Menggubal dasar/ akta mengikut Prosedur Kualiti PK. NRE (D) -01 dan
PK. NRE (D) -02
Melaksanakan mesyuarat/ bengkel/ mini lab/ kursus berkaitan core business Bahagian.
Bil 2
Program / Aktiviti Pengurusan Kewangan Kerajaan
Matlamat Memastikan pengurusan kewangan diurus berdasarkan peraturan dan arahan
berkuatkuasa
Kumpulan Sasaran Semua bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Penarafan Indeks Akauntabiliti (IA)
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Menguruskan penyediaan Bajet Tahunan Kementerian
Memantau prestasi perbelanjaan Kementerian
Memantau prestasi dan perakaunan hasil Kementerian
Memantau pengurusan aset dan stor Kementerian
Melaksanakan penambahbaikan berdasarkan teguran audit
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
TADBIR URUS TERBAIK (GOOD
GOVERNANCE)
18
Bil 3
Program / Aktiviti Pengurusan Projek Pembangunan
Matlamat Memastikan pengurusan projek pembangunan yang holistik dan berkesan
Kumpulan Sasaran Bahagian (yang berkenaan) di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BP
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pemantauan dan penilaian yang konsisten terhadap pelaksanaan projek
pembangunan dari segi kemajuan kewangan dan fizikal
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian
(JTPK)
Perancangan Projek:
Memberi Taklimat Penyediaan Rolling Plan (RP) kepada Pegawai Pembangunan
Jabatan/ Agensi/ Bahagian
Memperaku permohonan projek RP di dalam e-Permohonan SPPII
Pemantauan Projek:
a) Makro
Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian
(JTPK)
Memastikan pengemaskinian maklumat kewangan dan fizikal projek melalui
SPPII dilakukan
b) Mikro
Mengadakan lawatan tapak projek
Melaksanakan Mesyuarat Pemantauan Projek
Penilaian Projek:
Melaksanakan program Penilaian Outcome Program/Projek
Memastikan laporan penilaian outcome program/projek dimuatnaik ke dalam
Modul Penilaian Outcome (MPO) SPPII
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
TADBIR URUS TERBAIK (GOOD
GOVERNANCE)
19
Bil 4
Program / Aktiviti Pelaksanaan Mesyuarat Rancangan Kerja Tahunan (RKT)
Matlamat Merancang kerja tahunan dan menilai pencapaian pelaksanaan tugas warga
organisasi
Kumpulan Sasaran Semua Bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
Semua Bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan 2 kali setahun
Petunjuk Prestasi Pencapaian sasaran kerja tahun (SKT)
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Mesyuarat Rancangan Kerja Tahunan (RKT)
Bil 5
Program / Aktiviti Pelan Tindakan Perancangan Strategik NRE
Matlamat Merangka hala tuju Kementerian dan Jabatan/Agensi dalam merealisasikan misi
dan visi NRE
Kumpulan Sasaran Semua bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pencapaian Key Performance Index (KPI)
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan mesyuarat pemantauan terhadap pelaksanaan/pencapaian
aktiviti/program berdasarkan teras-teras dalam Pelan Tindakan Perancangan
Strategik NRE
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
TADBIR URUS TERBAIK (GOOD
GOVERNANCE)
20
Bil 6
Program / Aktiviti Pematuhan Standard Piawaian Tadbir Urus
Matlamat Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui pematuhan
standard piawaian yang digariskan
Kumpulan Sasaran Semua Bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN, UAD
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Penarafan Sistem Star Rating (SSR)
Penarafan Pensijilan 5S
Penarafan Pensijilan MS ISO 9001:2008
Laporan Ketua Audit Negara
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan mesyuarat pemantauan terhadap pelaksanaan/pencapaian
aktiviti/program berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan di peringkat
Kementerian/Jabatan/Agensi
Melaksanakan audit pengurusan dalaman
Bil 7
Program / Aktiviti Program Pembudayaan Inovasi
Matlamat Menggalakkan pembudayaan amalan inovasi di kalangan warga organisasi
Kumpulan Sasaran Semua bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan 1 kali setahun
Petunjuk Prestasi Bilangan aktiviti/program berbentuk inovasi
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Menganjurkan Hari Inovasi
Menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
TADBIR URUS TERBAIK (GOOD
GOVERNANCE)
21
Bil 8
Program / Aktiviti Program Pengukuhan Penghayatan Tadbir Urus
Matlamat Meningkatkan kefahaman warga NRE terhadap kepentingan tadbir urus
Kumpulan Sasaran Semua pegawai di NRE/Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan
Petunjuk Prestasi Kod Etika dan Piagam Pelanggan selari dengan keperluan semasa organisasi
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Mengemaskini Kod Etika dan Piagam Pelanggan sesuai dengan kepeluan semasa
Bil 9
Program / Aktiviti Pelaksanaan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU)
Matlamat Memantapkan keberkesanan dan kecekapan peranan JKTU dalam menangani isu-
isu berkaitan tadbir urus dan integriti
Kumpulan Sasaran Semua bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
UI
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan 3 kali setahun
Januari, Mei, September
Petunjuk Prestasi Pematuhan terhadap Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2009
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kepada Jawatankuasa Keutuhan
Tadbir Urus (JKKJKTU)
Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU)
“Marilah kita semua warga NRE bersama-sama pucuk pimpinan berikrar untuk meningkatkan lagi usaha-usaha dalam menangani isu-isu alam sekitar dengan lebih kerap turun ke padang untuk melihat dan merasai sendiri permasalahan-permasalahan yang berkaitan pengurusan sumber asli dan alam sekitar yang dihadapi oleh rakyat”
-Petikan ucapan YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Majlis Perhimpunan Bulanan NRE Januari 2014
STRATEGI PIO Strategi 2:
MENINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
MENINGKATKAN KEBERKESANAN
SISTEM PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
25
Bil 1
Program / Aktiviti Perluasan Penggunaan ICT dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Matlamat Memastikan kecemerlangan sistem penyampaian berasaskan teknologi
Kumpulan Sasaran Semua Bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPM, MaCGDI
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan
Petunjuk Prestasi Pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat - Sijil ISMS ISO/
IEC 27001 : 2005
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Membangunkan sistem aplikasi berdasarkan keperluan organisasi
Bil 2
Program / Aktiviti Pengurusan Perolehan secara Telus, Adil dan Terbuka
Matlamat Memastikan urusan tender dan sebutharga di kalangan pembekal diuruskan
secara telus, adil dan terbuka
Mengurangkan dan mencegah unsur-unsur yang berpotensi mewujudkan ruang
atau kesempatan berlakunya rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa
Kumpulan Sasaran Pegawai yang terlibat dalam urusan perolehan di NRE/ Jabatan/Agensi
Pembekal di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pelaksanaan perolehan Kerajaan berdasarkan peraturan dan prosedur yang
berkuat kuasa
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/program pemahaman mengenai pengurusan perolehan
kepada kumpulan sasar
MENINGKATKAN KEBERKESANAN
SISTEM PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
26
Bil 3
Program / Aktiviti Pengurusan Pembayaran secara Efisien
Matlamat Memastikan pembayaran dilaksanakan secara efisien dalam tempoh yang
ditetapkan
Kumpulan Sasaran Pegawai yang terlibat dalam urusan pembayaran di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPKN
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pembayaran bil dan tuntutan dalam tempoh 14 hari
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/program pemahaman mengenai pengurusan pembayaran
kepada kumpulan sasar
Bil 4
Program / Aktiviti Hebahan berkaitan Isu-Isu Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar
Matlamat Menghebahkan aktiviti/program yang dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/
Agensi berkaitan isu-isu pengurusan sumber asli dan alam sekitar
Kumpulan Sasaran Masyarakat Awam
Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
UKK
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Maklumat mengenai aktiviti/program yang dilaksanakan oleh Kementerian/
Jabatan/ Agensi berkaitan isu-isu pengurusan sumber asli dan alam sekitar
sampai kepada kumpulan sasar
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan hebahan mengenai isu-isu alam sekitar melalui kenyataan media
MENINGKATKAN KEBERKESANAN
SISTEM PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
27
Bil 5
Program / Aktiviti Pengukuhan Hubungan Organisasi dengan Pelanggan
Matlamat Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan
Kumpulan Sasaran Masyarakat Awam
Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
UKK
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan/ takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Tahap kepuasan pelanggan
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan
Melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan
Bil 6
Program / Aktiviti Pengurusan Aduan
Matlamat Memantapkan mekanisme aduan ke arah meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian perkhidmatan
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
UKK
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Januari -Disember
Petunjuk Prestasi Peratus penyelesaian aduan mengikut standard Biro Pengaduan Awam (BPA)
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima melalui pelbagai saluran.
MENINGKATKAN KEBERKESANAN
SISTEM PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
28
Bil 7
Program / Aktiviti Peningkatan Hubungan Dua Hala di antara Pengurusan Atasan dengan Pegawai/
Kakitangan
Matlamat Memperbaiki kualiti perkhidmatan pegawai/ kakitangan menerusi saluran
komunikasi yang berkesan dengan pengurusan atasan
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan 1 kali setahun
Petunjuk Prestasi Tahap kepuasan pegawai/kakitangan terhadap kualiti persekitaran organisasi
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Melaksanakan Kajian Kepuasan Pekerja
“Semua penjawat awam, baik di dalam mahupun di luar negara
perlu terus bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan kecekapan penyampaian, keberkesanan pengurusan dan amalan diplomasi yang proaktif demi mempertahankan dan mempromosikan kepentingan Malaysia ” -Petikan ucapan YB Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Majlis Perhim-punan NRE Bulan Februari 2013
STRATEGI PIO
Strategi 3: MELAKSANAKAN PROGRAM KESEDARAN MEMERANGI
JENAYAH RASUAH,PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA
KUASA SERTA MENINGKATKAN INTEGRITI
31 MELAKSANAKAN PROGRAM
KESEDARAN MEMERANGI JENAYAH RASUAH, PENYELEWENGAN DAN
SALAH GUNA KUASA SERTA MENINGKATKAN INTEGRITI
Bil 1
Program / Aktiviti Program Pemantapan Integriti
Matlamat Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan integriti sebagai budaya kerja
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
UI
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pengurangan aduan/kes salahlaku berkaitan integriti
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/program pemahaman mengenai pembudayaan integriti
kepada kumpulan sasar
Bil 2
Program / Aktiviti Pelaksanaan Sistem Pusingan Kerja (Job Rotation System)
Matlamat Mengurangkan faktor berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan 3 - 5 tahun sekali
Petunjuk Prestasi Pengurangan aduan/kes salahlaku berkaitan integriti
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan pusingan kerja terhadap pegawai di bahagian yang berisiko dan
sensitif
32
Bil 3
Program / Aktiviti Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)
Matlamat Mengukur tahap amalan nilai di NRE/Jabatan/Agensi ke arah meningkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan organisasi
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan 1 kali setahun
Petunjuk Prestasi Pencapaian tahap amalan nilai minimum 80 markah
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Kajian Soal Selidik SPAN kepada semua peringkat pegawai
MELAKSANAKAN PROGRAM KESEDARAN MEMERANGI JENAYAH
RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA SERTA
MENINGKATKAN INTEGRITI
STRATEGI PIO Strategi 4:
MEMANTAPKAN PENTADBIRAN SISTEM KEADILAN DAN
TATATERTIB
MEMANTAPKAN PENTADBIRAN
SISTEM KEADILAN DAN
35
Bil 1
Program / Aktiviti Program Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan/Agensi
Matlamat Mempertingkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan penguatkuasaan di
bawah skop pengurusan sumber asli dan alam sekitar
Meyakinkan masyarakat awam terhadap keupayaan, kecekapan dan
keberkesanan peranan agensi Kerajaan
Kumpulan Sasaran Pegawai Penguatkuasa di Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Januari - Disember
Petunjuk Prestasi Pengurangan kes di kawasan hot spots
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/ program di bawah inisiatif 1NRE Enforcement Team (NET)
Melaksanakan aktiviti/ program di bawah inisiatif Centralised Enforcement Team (CET)
Bil 2
Program / Aktiviti Pengurusan Tatakelakuan dan Tatatertib Pegawai/ Kakitangan
Matlamat Memelihara imej positif Perkhidmatan Awam
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/ Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
UI
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan/ takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pengurangan kes tatakelakuan dan tatatertib di kalangan pegawai/kakitangan
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/program pemahaman mengenai peraturan tatakelakuan
dan tatatertib kepada kumpulan sasar
Melaksanakan aktiviti/program pemantauan:
Ujian urin secara mengejut
Pematuhan waktu bekerja
Laporan prestasi kehadiran
Pengisytiharan harta
Keberhutangan serius
STRATEGI PIO Strategi 5:
MEMANTAPKAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
MEMANTAPKAN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
39
Bil 1
Program / Aktiviti Penambahbaikan Struktur Organisasi
Matlamat Menyediakan struktur organisasi yang mantap
Kumpulan Sasaran Semua Bahagian di NRE
Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan
Petunjuk Prestasi Bilangan pelaksanaan semakan semula struktur organisasi
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan kajian perjawatan
Mengemukakan kertas pengukuhan/penstrukturan kepada JPA
Bil 2
Program / Aktiviti Pemantapan Pengurusan Prestasi
Matlamat Mengenalpasti ruang penambahbaikan bagi pembangunan modal insan dan
kemajuan kerjaya pegawai/kakitangan
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/Jabatan/Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Trend pegawai yang berprestasi rendah (markah Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) 70% ke bawah)
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Mengadakan aktiviti/program pemahaman pengurusan prestasi kepada kumpulan
sasar
MEMANTAPKAN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
40
Bil 3
Program / Aktiviti Program Pembangunan Kepimpinan
Matlamat Menyediakan pegawai pelapis berpotensi tinggi bagi menerajui organisasi dan
Perkhidmatan Awam
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan / takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Bilangan pelaksanaan aktiviti/program pembangunan kepimpinan
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/program pembangunan kepimpinan
Melaksanakan Pelan Penggantian
Melaksanakan Program Cross Fertilization
Melaksanakan Program Coaching/Mentoring
Bil 4
Program / Aktiviti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
Matlamat Membangun dan memperkasa kompetensi serta profesionalisme modal insan
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Pematuhan berkursus tujuh (7) hari setahun
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan Analisa Keperluan Latihan (TNA)
Menyediakan Pelan Operasi Latihan (POL)
Memantau prestasi berkursus tujuh (7) hari
MEMANTAPKAN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
41
Bil 5
Program / Aktiviti Pengiktirafan dan Penganugerahan kepada Pegawai Awam
Matlamat Meningkatkan prestasi dan motivasi pegawai/kakitangan
Kumpulan Sasaran Semua Pegawai di NRE/Jabatan/ Agensi
Jabatan/ Agensi
Pelaksana
BPSM
Jabatan/ Agensi
Jadual Pelaksanaan Mengikut keperluan/ takwim pelaksanaan
Petunjuk Prestasi Bilangan penerima pengiktirafan dan penganugerahan
Tindakan Perlu
Dilaksanakan
Melaksanakan aktiviti/program pengiktirafan dan penganugerahan:
Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Anugerah Lama Berkhidmat (ALB)
Pencalonan darjah kebesaran, bintang dan pingat
Pencalonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
S etinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih ditujukan khas kepada pihak
Pengurusan NRE dan Bahagian/ Jabatan/ Agensi di
NRE yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam usaha penerbitan Pelan Integriti
Organisasi (PIO) NRE 2010 – 2014 (Kajian Semula).
Semoga penerbitan buku ini dapat dijadikan
panduan dan rujukan kepada pihak pengurusan dan
Urusetia PIO dalam menyelaras dan memantau
pelaksanaan PIO di Bahagian/ Jabatan/ Agensi di
NRE.
PENGHARGAAN
SIDAN
G ED
ITORIAL
PENAUNG
PENASIHAT
KETUA EDITOR
EDITOR
GRAFIK
YBHG. DATO’ SRI ZOAL AZHA BIN YUSOF
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YBHG. DATIN JUNAIDAH BINTI KAMARRUDDIN
SETIAUSAHA BAHAGIAN KANAN
(KHIDMAT PENGURUSAN)
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YBRS. ENCIK ABDUL WAHID BIN ABU SALIM
SETIAUSAHA BAHAGIAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
HARUN BIN ALI
INTAN SHAFINI BINTI MUSTAFA
NOR IZAN BINTI ABD KARIM
SITI NUR BALQISH BINTI AMINUDDIN
SITI ATIAH BINTI WAHAP
MAYZURAH BINTI SAFIEE
"Seseorang yang melihat kebaikan
dalam berbagai hal bererti memiliki
fikiran yang baik. Dan seseorang yang
memiliki fikiran yang baik
mendapatkan kenikmatan hidup."
URUSETIA PELAN INTEGRITI O
RGANISASI (PIO)
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
ARAS 9, WISMA SUMBER ASLI
NO. 25, PPERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
62574 PUTRAJAYA
www.nre.gov.my
- Bediuzzaman Said
Nursi
© HAK CIPTA TERPELIHARA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Top Related