Download - Seni Cetakan

Transcript
Page 1: Seni Cetakan

PENGENALAN

Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Ianya merupakan kesan daripada gubahan

yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat yang dapat menghasilkan

pelbagai imej. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris

sehingga imejnya terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas

kertas, kain atau bahan lain. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan

seperti linoleum, Styrofoam, logam, kadboard dan bahan-bahan lain.

Cetakan mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri iaitu blok yang

sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini

disebut edisi/siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama

berulang kali. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan

selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan ‘artist’s proofs’(AP). Bilangan siri cetakan ini

dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan

bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu

edisi dianggap karya asli.

SEJARAH CETAKAN

Sejarah Awal Cetakan

Sejarah cetakan di katakana telah bermula pada tahun 3000 SM apabila cetakan

timbul telah dihasilkan oleh orang Sumeria dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat

yang berbentuk empat segi. Namun begitu cetakan blok kayu buatan tangan terawal muncul

pada abad ke-7 Masihi di China.

Cetakan dari Dinasti Tang, China (868 TM)

Page 2: Seni Cetakan

Seterusnya industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di

negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk

mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan

bahan pendidikan.

Cetakan blok kayu terawal di Barat (1474 TM)

Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi dan pada kurun ke 16, cetakan

muncul mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan Karya

Albrecht Durer dan karyawan seni daripada Eropah Utara.

Perkembangan Seni Cetakan Di Malaysia

Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an

melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah

mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya . Menjelang tahun 1960 an, teknik

cetakan telah dimasukkan kedalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi

perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk

mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di

Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.

Page 3: Seni Cetakan

Contoh kaedah cetakan blok

Cetakan popular dan digemari ramai kerana

a) Menyediakan beberapa salinan setiap edisi

b) Harganya tidak mahal seperti hasil karya seni lain

c) Bersaiz sederhana yang membolehkannya menjadi bahan koleksi orang ramai

Secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni

kontemporari di Malaysia. Teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya

digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.

Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh

berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada

itu, batasan atau sempadan peraturan-peraturan seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri

kini menjadi semakin kabur.

Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak

mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun

masih terdapat segelintir seniman tanahair yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu

secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan.

Pengarah Galeri Petronas, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, “ Ia

merupakan satu amalan seni yang berkesan (seni cetakan) kerana mudah bagi orang ramai

mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Bagaimanapun, kami ingin mencabar pemikiran

Page 4: Seni Cetakan

orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas

selembar kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi”.

Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik dan media.

Antaranya media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran.

Manakala teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan, kolograf dan cetakan

saring. Proses menghasilkan cetakan timbul ialah dengan meletakkan dakwat atau warna pada

permukaan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan

merupakan imej yang dikehendaki.

Cetakan timbul- Imej dan posisi dakwat

Bidang seni cetakan mempunyai potensi dan masa depan yang tersendiri di negara ini.

Bidang ini amat jarang diterokai oleh pelukis di negara ini berbanding dengan para pelukis

barat yang telah maju dalam seni tersebut. Hakikat ini telah diakui sendiri oleh seorang

pelukis tanahair iaitu Izan Tahir.

Menurut beliau, seni cetakan mempunyai potensi untuk dikembangkan di negara ini kerana

pelukis di negara ini masih kurang mendapat pendedahan tentang seni cetakan yang terkini.

“Penggiat seni cetakan di beberapa Negara Eropah dan Amerika Syarikat terbukti telah maju

dalam bidang itu”.

“Kemajuan yang mereka capai dan kesungguhan mereka mempelajari teknik tersebut amat

besar faedahnya kepada penggiat seni.

“Walaupun dinegara ini ada juga pelukis yang menceburi bidang tersebut namun keupayaan

mereka masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu, pelukis perlu mempelajari

pelbagai teknik cetakan terkini bagi membolehkan seni itu dimajukan di Negara ini.(Izan

Tahir).

Blok Kayu/Lino

Page 5: Seni Cetakan

Antara Koleksi Seni Cetakan Karya Artis Tempatan

Said Aniff Hossanee/Orange Safari/Silkscreen/2001 Rahman Mohamed/Conversation/Lithography/2006

Fauzan Omar/Unity in Diversity/Colour Linocut/2000 Loo Foh Sang/Sunset Series: Festival Dance/ Etching & Aquatint/2006

Page 6: Seni Cetakan

Artis Seni Cetakan Malaysia

Redza Piyadasa

Sumbangan dan jasa Redza Piyadasa terhadap seni cetakan di Malaysia sememangnya tidak

dapat dinafikan. Beliau amat terkenal sebagai pengkritik seni halus yang disenangi.

Redza Piyadasa dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939. Berpendidikan awal di

Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge

Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.

Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers’ College,

Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of

Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College

of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and

Design (U.K.)

Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the

University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan

dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum

dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)

Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute,

East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah

Graduate Certificate of the East-West Center.

Page 7: Seni Cetakan

Beliau yang begitu prihatin terhadap dunia seni visual dan seni persembahan moden di

Malaysia adalah juga salah seorang pengasas pertubuhan seni, Five Arts Centre bersama-

sama mendiang Krishen Jit dan balunya Marion D’Cruz.

Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD”

pada tahun 1998 dari Belanda atas jasanya di dalam dunia seni visual antarabangsa.

Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan

seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau

kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya

membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan

beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta

hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.

Karya-karya Redza Piyadasa

Karya-karya beliau banyak mengingatkan kita kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai

pelbagai budaya, tentang penghijrahan, asimilasi budaya, tradisi dan warisan, sejarah politik

serta soaial.

Antara karya beliau ialah The Baba Family (1986), The Indian Family, The Haji Family

(1990), Malay Story No.2, Seated Malay Girl (1991).

Seated Malay Girl, 1991 The Haji Family, 1990

Page 8: Seni Cetakan

Kebanyakan hasil karya Redza Piyadasa adalah berdasarkan media campuran dan kolaj

dengan dipersembahkan secara gambar foto dengan imej menghadap kehadapan.

Sebagai seniman visual moden awal di Malaysia, karya-karya beliau dilihat seperti begitu

menekankan isu-isu integrasi dikalangan bangsa Melayu, sekaligus menghargai pembentukan

nilai-nilai ketimuran dan tradisi di dalam berkarya.

Dalam konteks ini, misalnya karya beliau Dua Wanita yang dihasilkan pada tahun 1982

dikategorikan sebagai diantara karya-karya agung Balai Seni Lukis Negara kita dapat

melihat secara jelas apa yang diketengahkan oleh beliau.

Redza Piyadasa/Dua Wanita/Media Campuran/1982

The Indian Family Dua Wanita, 1982

Page 9: Seni Cetakan

Tema yang digunapakai dalam persembahan beliau ialah Wanita dalam fesyen pakaian

Melayu tradisional tahun 1909.

Gaya menunjukkan imej utama dalam karya dicetak, ditambahkan penggunaan kertas yang

berbeza jalinan dan warna. Sapuan warna spontan untuk mewujudkan kesan yang unik.

Aspek nilainya memperkenalkan keistimewaan budaya tempatan.