7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
1/22
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOR AZWA BT. MOHD NOR AZIAN D20102042868 0122966228
NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN NOOR AINI BINTI. AHMAD
TARIKH SERAH: 14 APRIL 2012
PORTFOLIO
TUGASAN INDIVIDU 1
PEMARKAHAN
1. ESEI ILMIAH
(a)
(b)
2. FORUM
JUMLAH
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
2/22
PENDAHULUAN
Kanak-kanak kebanyakannya ama berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni
dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di
dalam pelbagai cara. Ini termasuk lah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik,
nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Kreativiti adalah merupakan suatu proses yang berterusan merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti
juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu,
estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan
kepekaan kepada persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri
dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-
bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti
seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika
merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.
Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak
menyampaikan perasaan, kerya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini
menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk
mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam
memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka
berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk
menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk
kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa
bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Salah satu
bidang seni kreatif ialah muzik.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
3/22
Kanak-kanak mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai
rentak tertentu yang mudah, menarik perhatian kanak-kanak. Kanak-kanak juga tidak betah
duduk lama , oleh itu kompenen ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan
perasaan dengan menyanyikan lagu kanak-kanak yang mudah serta bermain alat muzik seperti
recoder, gendang, kompang dan sebagainya. Di samping itu juga kanak-kanak dapat membuat
pergerakan kreatif seperti menari , menyanyi sambil beraksi serta bergerak mengikut bunyi
muzik.
MUZIK
Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal
atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi dari persekitaran atau rekaan. Ianya adalah
satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia
yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Menurut Kamus Dewan, muzik ialah
gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-
bunyian.
Muzik adalah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza-beza berdasarkan sejarah,
lokasi, budaya dan selera seseorang. Suatu kesan bunyi yang ditangkap atau dikesan oleh
pancaindera pendengar seseorang itu samada sengaja atau tidak adalah dianggap muzik. Muzik
menurut Aristoteles mempunyai kemampuan mendamaikan hati yang gundah, mempunyai terapi
rekreatif dan menumbuhkan jiwa patriotisme. Definasi muzik juga bermacam-macam. Ada yang
mengganggapnya sebagai bunyi yang enak didengar. Pada umumya muzik dilihat sebagai seni
untuk hiburan, akan tetapi ia juga dianggap suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai
mauduknya yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
4/22
Sejarah, Falsafah , Muzik Islami
Menurut faham muzik islami, muzik bukan saja suatu sains tetapi juga seni, seni yang
menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia
menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikkan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci. Al-
Ghazali menegaskan dalam Ihyanya bahawa muzik (sama) mampu mendatangkan keasyikan
rabbani melaluinya tercapai hakikat. Beliau juga menjelaskan bahawa, hati dan pemikiran halus
adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat
jahwhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi Tiada jalan lain yang mengeluarkan
rahsianya melainkan dengan mendengar muzik kerana tiada jalan yang menghubungkan hati
selain dari telinga kerana sebaik saja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sja
yang menguasainya.
Rasulullah dikhabatkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ashari dan berkata:
Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud. Nabi Daud adalah nabi yang
mempunyai suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan saja manusia bahkan haiwan
sekalipun apabila baginda menyanyi. Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan
menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.
Menurut Muhammad bin Abd Rabbihi (860-940) , Suara yang indah menggerakkan
tubuh dan mengalir ke dalam salur darah. Akibatnya darah menjadi murni, hati menjadi tenang,
jiwa menjadi galak, anggota badan menjadi resah dan bergerak-gerak. Oleh sebab itu, kanak-
kanak tidak sepatutnya ditidurkan selepas menangis melainkan dengan muzik dan nyanyian.
Manakala Ahmad Ibn Abi Dawud (m.854) juga pernah berkata: Aku pernah mendengar
nyanyian Mukhariq di istana Khalifah al-Mutasim, dan hampir tidak tertahan tangisanku kerana
binatang ganas sekalipun pasti akan jatuh cinta terhadap kemerduan suaranya dan menghargai
kehebatannya.
Sekitar kurun ketiga hijrah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik. Bermula
dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-
alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp
yang dipanggil mizafah, dan daff iaitu sejenis tamborin. Pada zaman awal tamadun Islam ini
juga, penyanyi dan pemuzik yang paling terkenal ialah Tuways (m.705). Keluasan penaklukan
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
5/22
Islam di serantau dunia, maka alatan baru beserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali dalam
dunia Islam. Ahli muzik Islam mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru
termasuklah lute ciptaan ( alat muzik bertali seumpama gitar). Masyarakat Mekah pada masa itu
menggunakan sejenis alat muzik yang hampir sama berupa kotak yang ditutupi kulit kambing,
walau bagaimanapun lute orang-orang Parsi mempunyai permukaan kayu, dan reka bentuk Parsi
ini lama kelamaan diterima pakai oleh masyarakat Mekah. Di antara ahli muzik terkenal pada
zaman ini ialah Azzat al-Mayla (m.705). Antara peminat beliau ialah Abdullah ibn Jafar,
sepupu Rasulullah.
Pada masa yang sama ahli muzik Muslimin juga terdedah kepada karya-karya filasuf
yang pada kurun ketiga Hijrah mula membawa masuk teori-teori muzik Euclid dan pemikir
Yunani lain ke dalam alam tamadun Islam. Dengan cara ini, falsafah muzik yang ilmiah mula
timbul. Pemikir Muslim, termasuk ahli muzik, mula mentakrifkan muzik sebagai sains
berasaskan pengamata sendiri, juga hasil pengaruh Yunani.
Seorang ahli muzik-falsafah Muslin yang pertama menulis karangan lengkap berkenaan
falsafah dan teori muzik Islami ialah Al Farabi (m.950) Henry George Farmer menobatkan
beliau sebagai pengasas falsafah muzik. Falsafah dan teori muzik beliau masih digunakan
sehingga ke hari ini dengan bentuk yang pelbagai setelah melalui pengubahsuaian dan
pembaikan.
Lagu dan Nyanyian Melayu Tradisional
Lagu atau nyanyian rakyat adalah gabungan gubahan muzik berdasarkan seni kata. Seni
kata disusun dengan sebegitu indah untuk menyatakan fikiran dan perasaan berdasarkan
peristiwa yang berlaku. Lagu rakyat juga menunjukkan pemikiran, sikap, nilai dan kelakuan
rakyat dalam sesuatu masyarakat. Pemikiran , sikap dan kelakuan itu menjadi identity budaya
mereka.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
6/22
Lagu rakyat lahir secara spontan, tidak bertulis tetapi mempunyai ciri yang unik . Ciri itu
dapat dilihat dalam bentuk lirik, bahasa, gaya persembahan, peralatan yang digunakan dan
suasana yang dipersembahkan. Ada yang berbentuk pantun empat kerat, pantun dua kerat dan
pantun enam kerat, berbentuk syair dan adayang berbentuk bidalan. Bentuk ini dipersembahkan
dengan iringan muzik, gera dan lakon. Hal ini dapat diperhatikan dakan persembahanan wayang
kulit, boria dan sebagainya.
Lirik lagu rakyat sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat. Biasanya lagu akan
dinyanyikan dan dipersembahkan dalam seni persembahan seperti dikir barat, makyung dan
dondang sayang. Tujuannya untuk memberi nasihat, pengajaran dan pembentukan peribadi
indivivdu dalam masyarakat. Nasihat, pangajaran dan nilai yang terdapat dalam lirik lagu rakyat
tidak dinyatakan secara terus-terang, sebaliknya secara tersembunyi. Hal ini menggambarkan
bahawa masyarakat tersebut menjaga maruah seseorang supaya tidak didedahkan perkara yang
boleh mengaibkan orang itu.
Selain itu melalui kesenian lagu rakyat ini dapat menggambarkan kekayaan budaya yang
ada dalam masyarakat misalnya kepelbagaian penggunaan bahasa dalam persembahan seperti
wayang kulit Kelantan, dengan dialek Kelantan, wayang kulit pruwok dengan dialek jawa dan
wayang kulit gedek dengan dialek Kedah bercampur dengan Siam.
Biasanya persembahan lagu rakyat dipersembahkan dalam majlis tertentu, seperti majlis
perkahwinan, hari keputeraaan sultan, hari kemerdekaan, pesta menuai, pesta pantai dan pesta
keramaian lain.
Kebanyakan seni persembahan mengandungi lagu, seperti menora, dabus, jikey, mek
mulung dan sebagainya. Seni Persembahan dan seni lagu perlulah dijaga kerana kedua-duanya
saling melengkapi antara satu sama lain. Tanpa lagu, persembahan menjadi kurang
menghiburkan kerana lagu merupakan pelengkap persembahan. Dalam teater tradisional, ada
lagu yang berentak joget, asli, keroncong dan zapin, selain rentaknya yang tersendiri. Hal ini
menunjukkan bahawa pengaruh lagu tradisional dalam ersembahan teater tradisional dikekalkan.
Selain daripada lagu dan nyanyian Melayu Tradisional, rakyat Malaysia yang pelbagai
kaum mempunyai lagu dan nyanyian budaya mereka yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlu mempelajari dan menghormati budaya kaum lain. Secara tidak langsung kita juga
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
7/22
mengenali dan mengetahui lagu dan nyanyian kaum yang lain. Ini akan dapat mengeratkan
hubungan di antara semua kaum di Malaysia.
Dalam menyemai perpaduan di antara kaum, titik permulaannya ialah di peringkat kanak-
kanak lagi. Justeru itu Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan kurikulum bagi
matapelajaran Muzik untuk semua murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah menyediakan
asas mempelajari muzik, melahirkan insan yang aktif, riang dan kreatif serta dapat meningkatkan
perpaduan di antara kaum di Malaysia.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan
kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik,
berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik
dan dapat mengamalkan nilai murni.
Objektif
Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat:
1. Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan termonologi muzik
2. Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik
3. Membaca dan menulis notasi muzik
4. Mengetahui dan memahami teknik menyanyi
5. Memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul
6. Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik
7. Memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul
8. Memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif
9. Memperkembangan daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik
10.Menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya
11.Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
8/22
Oleh yang demikian, kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR disusun
berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Persepsi Estetik
ii. Pengalaman Muzikal
iii. Ekspersi Kreatif
iv. Penghargaan Estetik
Kanak-kanak dan Muzik
Muzik dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Dari mula lahir ke dunia hinggalah
mereka dewasa, muzik mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak adalah insan
yang paling peka serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran mereka. Muzik menekankan
kemahiran pendengaran. Muzik merupakan unsur yang mudah menyerap jiwa kanak-kanak dan
boleh digabungkan dalam kurikulum. Muzik dapat membantu perkembangan keseluruhan
kanak-kanak. Ia penting dlaam kehidupan mereka. Rangsangan muzik mampu memberi
perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Muzik mampu memantapkan
perkembangan bahasa, perhubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan
meningkatkan keupayaaan intelektual kanak-kanak.
Menurut Todd dan Heffeman (1997) pengalaman muzik bayi dan kanak-kanak boleh
dibahagikan mengikut peringkat seperti berikut:
Bayi dan Kanak-
kanak
Pengalaman Muzikal
01 bulan Memberi reaksi pergerakan seluruh badan apabila mendengar bunyimuzik.
14 bulan Menoleh kepada dan mata bergerak mengikut bunyi muzik.
Menerima bunyi dan nyanyian yang tenang.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
9/22
48 bulan Tertarik dengan bunyi pukulan gendang
812 bulan Bunyi tepukan tangan, gendang, zilofon dan alat perkusi yang lain
dapat meningkatkan pengalaman muzik bayi
1218 bulan Membuat eksperimen dengan memukul pelbagai alatan muzik dengan
cara yang berbeza.
1824 bulan Menyambung dan meniru pergerakan orang dewasa.
Mendengar radko dan membuat pergerakan mengiringi muzik.
2 tahun Menikmati lagu dan belajar lagu-lagu yang mudah dalam masa yang
singkat.
3 tahun Suka melompat-lompat semasa muzik dimainkan.
Boleh mendengar arahan dan menunggu giliran semasa aktiviti
muzik.
4 tahun Mematuhi peraturan semasa aktiviti muzik dilaksanakan.
Dapat mencipta lagu berdasarkan alatan muzik. Contohnya zilifon.
56 tahun Kawalan motor semakin baik. Dapat bermain alatan perkusi.
Mengekspresi muzik dan pergerakan mengikut pola irama dan melodi
lagu.
78 tahun Membaca dan menulis simbol muzik.
Menikmati pengalaman dalam muzik dan boleh membaca perkataan
dalam lirik lagu
911 tahun Membaca lirik lagu yang lengkap dan mula mencipta lirik lagu
berdasarkan kreativiti masing-masing.
Menikmati muzik dalam bentuk kumpulan.
Memahami elemen-elemen muzik seperti ton, harmoni dan melodi
lagu.
Menikmati budaya yang pelbagai dalam aktiviti muzik dan
pergerakan.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
10/22
Tepuk Amai-AmaiTepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Emak masak susu
Susu lemak manis
Santan kelapa mudaAdik jangan nangis
Emak ada kerja
Sumbangan muzik kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
Lagu dan Nyanyian
Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian
kanak-kanak. Lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.
Terdapat banyak jenis lagu dan nyanyian kanak-kanak dewasa ini. Antaranya lagu
rakyat, lagu nasihat, lagu beraksi, lagu permainan, lagu serantau, lagu permainan jari dan lain-
lain lagi. Selain daripada itu, pantun dan sajak kanak-kanak juga boleh dinyanyikan dalam
bentuk lagu mengikut irama tersendiri.
Lagu Permainan
Kanak-kanak amat gemar menyanyi sambil bermain. Mereka akan lebih mengingati lagu dengan
melakukan aksi. Contoh lagu permainan kanak-kanak adalah seperti Air Pasang Pagi dan Tepuk
Amai-Amai.
Air Pasang Pagi
Air pasang pagiSurut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bungaPokok bunga Melur
Tanam atas batas
Itik bertelur
Ayam menetas
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
11/22
Suka Hati
Jalan-jalan
Ke sana ke siniLari lari
Dengan riang hatiLompat lompat
Tinggi tinggi
Sesuka hatiPetik petik
Petiklah begini
Tepuk tepuk
Ikutlah melodiHa ha ha ha
Hi hi hi hi
Apabila kanak-kanak menyanyikan lagu-lagu di atas, mereka akan beraksi seperti bertepuk
tangan secara berpasangan.
Lagu beraksi
Lagu beraksi adalah lagu yang menarik minat kanak-kanak kerana kanak-kanak akan membuat
aksi atau pergerakan mengikut lirik lagu yang dinyanyikan. Contoh lagu beraksi adalah seperti
lagu Pic tinggi Pic Rendah dan Suka Hati
Pic Tinggi Pic Rendah
Rendah tinggi
Rendah tinggi
Mari menyanyi
Pic rendah
Pic tinggi
Ikut melodi
Lagu rakyat
Lagu rakyat telah wujud dalam masyarakat sejak dari dahulu lagi. Ianya dinyanyikan dari
generasi ke generasi . Pencipta dan sumbernya tidak diketahui . Contoh lagu rakyat ialah
Lenggang Kangkung, dan Buai laju laju.
Lenggang Kangkung Buai Laju lagu
Lenggang lenggang kangkung Buai laju laju
Kangkung di tepi telaga sampai balik sana
Balik menyabung apa dalam baju
Makanlah nasi sahaja sekuntum bunga sena
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
12/22
Lagu nasihat
Lagu ini mempunyai unsur- unsur peringatan dan pedoman untuk dijadikan panduan hidup
kanak-kanak. Walaupun ianya disampaikan secara tidak langsung, namun ianya mengandungi
nasihat yang berguna kepada kanak-kanak. Contoh lagu nasihat ialah lagu Bangun Pagi, Rajin
Adik Rajin.
Bangun Pagi Rajin Adik Rajin
Bangun pagi gosok gigi Rajin adik rajin
Cuci muka terus mandi rajinlah belajar
Pakai baju minum kopi bila besar nanti boleh tunjuk ajar
Pergi sekolah suka hati ayah juga ibu gembira selalu
melihat adikku rajin baca buku
Lagu Serantau
Lagu yang menggunakan bahasa dialek atau loghat bahasa asal sesuatu tempat. Jenis lagu ini
memperkenalkan budaya, kaum atau lokasi sesebuah negara. Contoh lagu serantau adalah
seperti lagu Jong jong inai, Salam Kabare ( Indonesia )
Jong Jong Inai Salam Kabare
Jong jong inai mak ipong raja wali Salam Kabare
Sepak tunggul inai, berdarah ibu jari salam
Semangkuk jeruk, sepinggan dagang Riang ria
Tak cukup pulut, tambah nasi dagang salam
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
13/22
Selain daripada lagu yang selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak, terdapat juga pantun dan
sajak kanak-kanak yang boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu merangkumi pantun 2 kerat,
pantun 4 kerat dan pantun 6 kerat. Bagi sajak, ia merupakan suatu puisi baru kanak-kanak pada
peringkat perkembangan awal, tetapi bagi kanak-kanak yang meningkat dewasa , sajak adalah
bentuk nasihat yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut. Aras kematangan kanak-kanak akan
meningkat sekiranya mereka dapat menghayati sajak tersebut.
Pantun untuk kanak-kanak mempunyai kepelbagaian bentuk dan boleh dinyanyikan
dalam bentuk lagu mengikut irama. Pantun mudah dicipta dan dideklemasikan secara spontan.
Kanak- kanak dapat mengecam bunyi perkataan dalam pantun dan mengunkap keindahan bahasa
melalui aktiviti berpantun. Sistem rima dan suka kata dalam pantun dapat dipelajari oleh kanak-
kanak dengan mudah kerana mudah difahami.
Contoh pantun 2 kerat yang selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak
Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Muzik dan Pergerakan
Seperti yang termaktub dalam kurikulum pendidikan, pendidikan muzik tidak hanya
nyanyian dan lagu, malahan melibatkan dua kompenan penting iaitu muzik dan gerakan dan
permainan alat muzik. Selain memberi peluang kanak-kanak menyanyi dan menunjukkan bakat
mereka, ia juga bertujuan berhibur dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Dengan
melakukan pergerakan, kanak- kanak dapat mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut
cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
14/22
irama muzik. Muzik dan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan
tubuh badan sebagai respon kepada muzik.
Melalui muzik dan pergerakan, kanak-kanak akan bergerak dengan mengikut lagu yang
diperdengarkan. Guru akan membimbing kanak-kanak untuk melakukan pergerakan.
Contohnya, apabila guru menepuk tangan, kanak-kanak tersebut mengikut tempo tepukan guru
dengan cara berjalan perlahan. Begitu juga apabila dipasangkan muzik yang perlahan, kanak-
kanak akan berjalan ke sana ke mari. Apabila muzik lebih rancak, maka kanak-kanak akan
berlari pula. Muzik dan gerakan menggalakkan psikomotor kanak-kanak. Di samping terhibur,
mereka juga melakukan senaman ringan.
Kanak-kanak akan bergerak dengan gembira jika lagu berirama gembira dan riang.
Apabila lagu berirama sedih, kanak-kanak akan bergerak perlahan. Di samping itu juga, kanak-
kanak akan bergerak seperti arnab yang berlari di tempat lapang, membayangkan diri seperti
sebiji belon yang bertebangan, bunga yang sedang berkembang, bergerak seolah-olah berada
dalam salji yang tebal, memijak pasir panas, menyeberang sungai dan ditiup angin.
Dalam muzik dan pergerakan ini, peranan alat muzik amat penting, supaya kanak-kanak
dapat memahami penggunaannya dalam kehidupan seharian. Kebanyakan bunyi yang dimainkan
adalah berdasarkan kepada keadaan di sekeliling mereka selama ini. Bunyi yang diperdengarkan
kadangkala biasa didengar dan jika mereka tidak biasa dengan bunyi tersebut, kanak-kanak akan
memikirkan cara yang sesuai untuk melakukan gerakan berdasarkan bunyi tadi. Guru akan
membimbing murid untuk melakukan gerakan dan menggalakkan kanak-kanak tersebut
meneroka secara kreatif.
Ini akan membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak tersebut. Melalui
muzik, kanak-kanak dapat meneroka tentang alam sekeliling mereka. Ianya amat sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ini akan menambah nilai estetika kanak-kanak
tersebut.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
15/22
Permainan Alat Muzik
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat
dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.
Dalam muzik tradisional, alat muzik sangat penting dalam menghasilkan kepelbagaian
irama. Setiap persembahan kebudayaan sama ada tarian, teater, dan seni lagu memerlukan
iringan alat muzik. Tanpa permainan alat muzik, cacatlah persembahan tersebut.
Penggunaan alat muzik dapat melatih kanak-kanak dalam kordinasi mata, pendengaran
dan psikomotor melalui penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan permainan alat muzik. Lagu
tanpa iringan alat muzik tidak seenak lagu dengan permainan alat muzik. Menurut seniman
agung, P. Ramlee, Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Irama yang dimaksudkan ialah
penggunaan alat muzik dalam lagu tersebut. Paduan dua unsur ini akan menjadikan lagu tersebut
menarik. Kanak-kanak akan lebih tertarik dengan lagu yang diiringi dengan irama muzik.
Di Malaysia, negara ini terkenal dengan budaya yang tersendiri. Kaum Melayu misalnya
mempunyai himpunan alat muzik tradisional yang menarik. Alat muzik tradisional ini jika tidak
diperturunkan kepada generasi sekarang akan terhapus begitu sahaja.
Bermula dengan bunyi-bunyi daripada bertepuk tangan, hentakkan kaki, ketukan kayu
memberikan ilham kepada masyarakat dahulu untuk mencipta alat yang dapat memberikan irama
yang merdu. Kini terdapat empat kategori alat-alat muzik tradisional melayu. Antaranya seperti
berikut:
(a ) Kardofon
Ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana berlakunya getaran pada tali yang ditegangkan.
Rebeb, sape, gambus dan satung antara alat-alat muzik ini.
(b) Membranofon
Menghasilkan bunyi melalui kulit yang ditegang dan dipalu. Kompang, geduk dan gendang,
tabla bamya dan beduk adalah antara peralatan jenis ini.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
16/22
(c ) Erofon
Menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Antara alat muzik ini ialah serunai, sompoton dan
banyak lagi
(d ) Idiofon
Menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan alat yang bergema. Alat-alat muzik
yang termasuk dalam jenis ini ialah gong, mong dan cnang, bonang dan kenong.
Daripada kategori tersebut, jelas menunjukkan alat muzik tradisional melayu juga hampir
menyerupai alat muzik kaum lain di Malaysia seperti kaum India , Cina dan masyarakat
bumiputera di Sabah dan Sarawak. Alat muzik ini bersifat nusantara. Ia amat sesuai dimainkan
dengan budaya hidup di negara kita ini. Selalunya ianya dimainkan semasa persembahan
kebudayaan seperti tarian, wayang kulit, dikir barat dan lain-lain lagi.
Kepentingan Muzik dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
Muzik, lagu dan nyanyian, pergerakan dan permainan alat muzik dapat
mempertingkatkan kemahiran muzikal dan kreativiti kanak-kanak. Aktiviti muzik seperti lagu
dan nyanyian memberi peluang kepada kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian
dengan lebih giat. Kemahiran muzikal kanak-kanak seperti menyanyi melodi mudah, menyanyi
lagu dengan iringan muzik dan menyanyi mengikut tempo dapat dipertingkatkan. Aktiviti
seperti mendeklamasi pantun dan sajak dalam nyanyian dapat melatih kanak-kanak
menggunakan sebutan yang jelas dan menyampaikan perasaan masing-masing menerusi aktiviti
tersebut.
Kanak-kanak akan merasa bebas dan memberi focus kepada nyanyian yang dinyanyikan.
Setiap aktiviti lagu dan nyanyian, kanak-kanak akan berimaginasi dan berfikir secara kreatif
dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud. Penglibatan aktif kanak-kanak
akan menggalakkan kreativiti mereka. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga
dapat dipupuk.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
17/22
Peranan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Peranan
yang dimainkan oleh muzik dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara
mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa
Melayu, guru boleh menggunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan
matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan ini, murid akan lebih berminat untuk mengetahui
pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut dengan lebih mendalam.
Pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik dapat mengatasi
masalah keciciran murid menguasai kemahiran membaca. Murid memang suka menghafal lagu
walaupun mereka tidak memahami maksud lagu tersebut. Malahan didapati murid yang lemah
cepat menghafal lagu daripada membaca buku. Pendekatan ini kebarangkalian berkesan di
kalangan murid-murid di negara ini. Masalah menguasai kemahiran membaca amat dipandang
serius dewasa ini. Adalah menjadi usaha utama Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah
ini ke tahap sifar pada tahun 2020.
Adalah diharapkan seni kreatif muzik ini dapat memberi sumbangan yang besar dalam
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak di Malaysia. Di samping bersifat santai,
pendidikan muzik dapat menambah minat kanak-kanak untuk terus belajar dan lebih kreatif.
Kepelbagaian Muzik di Malaysia
Di Malaysia, terdapat beberapa kaum seperti Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera
Sabah dan Sarawak mempunyai genre muzik tersendiri. Lagu dan nyanyian tradsional adalah
hampir sama iaitu mempunyai nilai nasihat dan pedoman bagi golongan kanak-kanak dan
dewasa. Di dalam kebudayaan Melayu, lagu dan nyanyian bersifat nasihat, pantun dan sajak.
Ianya sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Malahan lagu dan nyanyian tersebut
diturunkan dari generasi ke generasi seperti lagu Tepuk Amai-amai, Geylang Si Paku Geylang
dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan kaum Cina dan India, walaupun senikata di dalam bahasa
ibunda mereka, namun masih menerapkan nilai-nilai murni di dalam lagu rakyat mereka.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
18/22
Setelah Kurikulum Standard Sekolah Rendah diperkenalkan, lagu yang akan dinyanyikan
oleh murid-murid Tahun 1 mempunyai tiga versi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa
India. Secara tidak langsung, murid dari sekolah kebangsaan , sekolah kebangsaaan (C) dan
sekolah kebangsaan (T) dapat belajar dalam tiga bahasa. Ini akan mengeratkan perpaduan kaum
di Malaysia. Seperti contoh di bawah ini.
Selamat Pagi Zoo An Qu Kaalai VanakkamSelamat Pagi zoo shang dao xue xiao, Kaalai vanakkam
Kami ucapkan xianglao shi qing an naanggal kuuruvom
Kepada guru jian dao tong xue men, AasiriyarkeDan juga kawan wei xiao shuo zao an matrum nanbarke
Lalalalilu Lalalalilu Lalalalilu
Lalalalilu Lalalalilu lalalaliluLalala lalala lalala
Muzik dan pergerakan pula merangkumi pergerakan samada bebas dan juga yang teratur
seperti tarian. Di Malaysia, terdapat pelbagai tarian budaya yang amalkan semua kaum di negara
ini dengan cara tersendiri. Kaum Melayu terkenal dengan tarian joget, inang, zapin , rebab dan
sebagainya. Manakala kaum India dengan tarian bharata natyam, kaum Cina dengan tarian singa,
kaum kadazan dengan tarian sumazau, kaum Iban dengan tarian Ngajat dan lain-lain lagi.
Elemen muzik dan pergerakan ini dapat disatukan dalam satu himpunan tarian pelbagai kaum
yang melibatkan kaum-kaum seperti yang diadakan pada sambutan Hari Kemerdekaan.
Alat muzik yang dimainkan terdiri daripada empat kategori. Tidak seperti muzik Barat
yang berasakan sistem skala 12 separuh ton , muzik tradisional Malaysia menggunakan 2 jenis
skala yang terdapat di rantau Asia. Ini ialah skala hepotatonik tujuh ton dan pentatonik lima ton.Di antara kedua-dua skala ini, skala pentatonik lebih kerap digunakan. Oleh sebab tiada piawai
dalam pembikinan alat muzik, terdapat variasi sturktur senada dalan kedua-dua sistem ini.
Kesemua alat muzik tradisional Malaysia dikumpulkan dalam kategori aerophone,
membronophone, chordophone dan idiophone.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
19/22
Alat muzik ini dimainkan dalam persembahan tarian dan lakonan tradisional seperti
tarian rakyat, wayang kulit dan nyanyian rakyat. Terdapat kesinambungan di antara alat muzik
ini di antara pelbagai kaum di Malaysia. Alat muzik yang dimainkan hampir sama dan
penggunaan juga sama, cuma dari segi nama dan rupa bentuk sahaja yang berbeza.
Wayang kulit misalnya dimainkan di dalam masyarakat melayu mempunyai unsur kaum
India. Malahan watak yang dimainkan adalah watak kitab agama hindu. Alat muzik dan
bunyiannya hampir sama dengan kaum India. Ini menunjukkan perikatan antara kaum melayu
dan kaum India amat rapat. Penggunaan angklung dan simbal dalam muzik tradisional melayu
adalah diwarisi dari kaum Cina. Rebana yang dimainkan juga hampir menyerupai gendang kaum
cina. Walaupun bunyinya agak sedikit berbeza tetapi penggunaannya tetap sama.
Terdapat beberapa lagi alat muzik tradisional yang telah dicipta dan direka oleh
masyarakat kita. Kesenian budaya ini perlu kita jagai dan semai kepada generasi akan datang.
Muzik adalah kesinambungan bagi rakyat untuk bersatu padu dan biasanya dimainkan pada masa
majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, hari keputeraaan sultan, hari kemerdekaan, pesta
menuai, pesta pantai dan pesta keramaian lain. Pada masa inilah seluruh kaum berkumpul dan
saling mengenali dan bantu membantu di antara satu sama lain.
Aspek sosialisasi di dalam kurikulum pendidikan muzik menekan bahawa aktiviti
menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid
berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Melalui muzik kanak-
kanak dapat mengeratkan perhubungan mereka dengan rakan-rakan dari berbilang kaum. Ini
jelas dalam persembahan nyanyian beramai-ramai, tarian dan band sekolah. Kanak-kanak dari
berbilang kaum berkumpul dan berinteraksi sesama mereka dengan mudah melalui aktiviti
muzik. Suasana yang menyeronokan dan terhibur dapat menyemai rasa kasih erat perpaduan di
antara mereka. Malahan kanak-kanak turut mengenali budaya rakan-rakan dari pelbagai kaum.
Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang
harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai
unsure budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotism pada diri
murid. Ini adalah kandungan di dalam sukatan pelajaran Muzik di sekolah bagi semua sekolah di
Malaysia.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
20/22
Pendidikan muzik yang diajar di sekolah bukan hanya untuk bertujuan menghargai dan
menikmati estetika muzik malahan dapat mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan murid-
murid pelbagai kaum di Malaysia ini. Selain terhibur, secara tidak langsung dapat menyemai
semangat patriotisme di kalangan kanak-kanak di Malaysia supaya mencintai budaya bangsa dan
berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Penutup
Muzik adalah salah satu bidang seni kreatif yang dapat menyumbang kepada arah
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap
kepelbagaian budaya di Malaysia.
Muzik adalah suatu unsur yang dapat diterima oleh semua orang. Muzik menarik
perhatian semua orang dari kecil hinggalah dewasa. Segala bentuk bunyi yang terhasil samada
sengaja atau tidak sengaja dikenali sebagai muzik. Muzik dapat menenangkan jiwa,
mendamaikan hati yang gundah, mengembirakan serta menumbuhkan jiwa patriotisme.
Kanak-kanak dan muzik tidak dapat dipisahkan. Sejarah dari kelahiran bayi hingga ia
dewasa, persekitarannya dikelilingi dengan bunyi-bunyian yang dinamakan muzik. Bayi yang
kecil mudah terasang apabila mendengar bunyi terutama muzik yang lembut nadanya. Apabila
kanak-kanak bertambah dewasa, mereka terdedah dengan persekitaran di sekeliling dengan
bunyi-bunyian yang lebih canggih. Kanak-kanak akan mula mengikut rentak lagu yang
dimainkan dan mengajuk lagu tersebut. Jiwa mereka merasa tenang bila muzik dimainkan.
Di dalam kurikulum Pendidikan Muzik, kanak-kanak didedahkan tentang variasi muzik
dan penggunaanya. Kanak-kanak akan mengetahui , memahami serta mendalami muzik
budayanya. Ini akan menumbuhkan jiwa patriotisme kanak-kanak supaya mencintai negara dan
menghormati budaya bangsa yang berada di dalam negara ini. Dalam mempelajari muzik juga
kanak-kanak dapat memupuk nilai-nilai murni dengan bekerjasama bersama rakan-rakan semasa
aktiviti muzik dijalankan.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
21/22
Justeru itu, seni kreatif muzik ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa kanak-
kanak jika ianya disemai dengan betul. Muzik dari luar hendaklah dipantau untuk mengelakkan
kanak-kanak menjadi keliru dan hilang budaya bangsa. Bersama kita pelihara budaya seni
warisan ini supaya generasi kita dapat mengenali kebudayaan hidup nenek moyang kita dahulu.
Jika seni ini dibiarkan pupus, hilanglah warisan bangsa yang tidak ternilai ini.
Adalah menjadi tanggungjawab kita mempeliharai budaya bangsa ini supaya tidak pupus
dek hujan tidak lekang dek panas. Budaya akan hilang jika tidak dipelihara dan dijagai. Kepada
generasi hadapan, muzik tradisonal perlu diperkenalkan dan dipulihara supaya bangsa kita tidak
kehilangan budaya kita.
7/29/2019 Seni Kreatif - Muzik
22/22
Rujukan
Iman Suffiya,2006.Seni Lagu dan Peralatan Muzik Tradisional,Kuala Lumpur:Penerbit Era
Didik
Lee Elaine,2007.Ethnic Musical Instruments of Malaysia,Subang Jaya:Win Publication
Mohamed Ghouse Nasuruddin,2003.Muzik Tradisional Malaysia,Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
Alat Muzik Tradisional- Daya dan Bunyi,Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia
Modul KAE3013, Ekspresi Kanak-Kanak,2012, Tanjong Malim:UPSI
Top Related