Download - Seni visual rupa

Transcript
Page 1: Seni visual   rupa

i

Bahagian 2 Bentuk Karya Seni Visual

RUPAOcvirk dan rakan-rakan (2009) memberi definisi rupa dalam buku ‘Art Fundamentals’ ialah:

Rupa akan menonjol apabila kawasan yang berbeza daripada ruang bersebelahan atau dikelilingi dengan sempadan tertentu samada secara nyata atau tidak nyata disebabkan oleh perbezaan nilai warna atau jalinan.

Pengertian ini selaras dengan teori yang dikemukakan ‘gestalt’ dimana manusia cenderong melihat keseluruhan dengan apa yang dilihat. Misalnya titik empat segi menampakkan persepsi rupa empat segi. teori pengamatan Gestalt ini sangat berkesan untuk menerangkan definisi rupa secara keseluruhan.

oleh Kita boleh mula untuk mentakrifkan rupa seni sebagai garis menyertakan sesuatu kawasan. Penggunaan sedemikian selaras dipanggil garis atau kontur. Walau bagaimanapun, walaupun kita mempunyai hanya beberapa bentuk elemen untuk pergi oleh, seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 3.20, minda kita menyesuaikan diri dengan membaca kesan kelihatan rupa. Sebenarnya, kita mempunyai keperluan naluri untuk mendapatkan perintah otak yang membolehkan mata kita untuk mengisi di bahagian yang telah ditinggalkan.

Prinsip ini adalah perinsip yang pertama yang dikemukakan oleh ahli psikologi gestalt Jerman, semasa penerokaan ke dalam persepsi manusia dalam awal abad ke-20. Mereka menyatakan bahawa fikiran kita lebih cenderung untuk “melihat” bentuk keseluruhannya sebelum bentuk yang dilihat secara individu melalui persepsi mata . Makna gestalt adalah perkataan Jerman iaitu rupa. (Gestalt – “essence or shape of an entity’s complete form”). Teori yang terkemuka dikemukakan oleh Gestalt ialah rupa pasu dan muka yang dikemukakan oleh ahli psikologi Gestalt bernama Edgar Rubin. Mengikut teori ini pengamatan lebih cenderung melihat keseluruhan dari rupa yang dominan (lihat 3.21).

Sebenarnya minda kita juga cenderung melihat sesuatu yang dominan, tetapi tetap dengan pendirian untuk mewujudkan rupa dari unsur-unsur yang lebih kurang berkaitan seperti empat titik yang dianggap sebagai suatu segiempat sama. Oleh itu kita membaca empat titik di dalam gambarajah 3.20 sebagai rupa, walaupun tidak ada garisan yang

3. 21 Rupa muka atau rupa pasu? Imej ini adalah dicipta oleh ahli gestalt Denmark bernama Edgar Ru-bin. Apabila kita melihat imej, mengikut teori gestalt, kita akan memisahkan rupa yang dominan.

3. 20 Empat titik membuat per-sepsi kita melihat rupa empat segi.

Page 2: Seni visual   rupa

Bahagian 2 Bentuk Karya Seni Visual

ii

3. 23 Kary Claude Monet bertajuk Rouen Cathedral: Portal, Grey Weather (1892) media Cat Minyak atas Kanvas. Koleksi Muzium d’Orsay Paris.

3. 22 Ilustrasi sebelah menunjukkan rupa wu-jud dari garisan, warna dan jalinan

membentuk titik-titik itu. Persoalan ini saya timbulkan kerana pengatahuan awal saya diterima mengatakan bahawa rupa adalah pergerakan garisan bermula dari satu titik dan bergerak hingga berjumpa titik asal maka lahirlah bentuk. Ini adalah definisi yang meleset!.

Ciri-ciri rupa ialah rata dan bersifat 2D. Rupa boleh wujud melalui garisan, warna dan jalinan (lihat 3. 22).

Jenis-Jenis RupaBagi menentukan jenis-jenis rupa, terlebih dahulu perlu memastikan apa yang pelukis dan pereka hasilkan karya yang berkaiatan dengan rupa. Kebiasaan secara normalnya kita mengatakan bahawa rupa disekelilig kita terdapat dua jenis iaitu Rupa geomerti dan rupa organik.

Rupa geometri mempunyai sifat yang statik, mempunyai sempadan yang tepat. Kebiasaannya menggunakan alat untuk dilukis. Contohnya Bulat, empat segi, heksagon, rombus dan segi tiga. Sementara Rupa organik sifatnya bebas dan dinamik, tidak mempunyai sempadan dan bersudut, bersahaja, dicipta secara spontan, elastik, cecair dan ‘decolcomania’.

Namun demikian, kalau dilihat bertajuk Rounen Cathedral (1892) oleh ClaudeMonet kita tidak pasti kategori apa yang boleh

Page 3: Seni visual   rupa

iii

Bahagian 2 Bentuk Karya Seni Visual

kata masukkan dalam rupa geometri atau rupa organik?. Di sinilah permasalahnya apabila kita melihat karya-karya yang telah dihasilkan oleh pelukis-pelukis dan mendapati mereka menggunakan imeginasi yang tinggi. Beberapa buku telah menyatakan bahawa terdapat dua lagi jenis rupa. iaitu rupa amorfus dan rupa biuomafik. Rupa amorfus (amorphou) iaitu rupa yang tidak nampak tanpa kejelasan dari segi bentuk samada bentuk geometri atau organik. Lihat catan Claude Monet bertajuk Rouen Catheral (1992). karya ini tidak jelas keadaan rupa (lihat 3.23)

Dalam struktur rupa geometrik terdapat kekeliruan jenis rupa yang menyerupai organik. Hal ini berlaku pada karya-karya yang dihasilkan olej Joan Miro. Beliau telah mencipta rupa-rupa yang bersifat geormeri

tetapi menyerupai organik. karya The Painting (1933) Oleh Joan Miro (lihat 2.24) menunjukan imej-imej rupa yang diapnggil sebagai rupa biomafik (biomorphic). Bentuk ini sebenarnya biomorphic adalah istilah yang diperkenalkan sekitar awal abad ke-20 untuk m e n g g a m b a r k a n bentuk-bentuk bulat yang tidak teratur dan mengambarkan rupa flora atau fauna. Oleh yang demikan jenis rupa adalah empat jenis seperti diterangkan diatas.

Dimensi RupaApabila disebut

sahaja perkataan dimensi, tentu kita akan mengatakan bahawa deminsi berkaitan dengan 3D. Sebenarnya rupa mempunyai konsep 3D. Sebelum diharaikan lebih panjang lebaar biar dikutip kenyataan Ocrirk (1998) dalam buku ‘Art Fundamentals’ edisi 8 mengenai hal ini, Buku tersebut menyatakan:

“Some people, for example, make a distinction between shape that is two-dimensional and shape that is three-dimensional (referred to as mass and/or volume), and consider them to be two separate elements. However, the authors have always considered shape, whether two-dimensional or three-dimensional, to be one element of form. For increased familiarity with the way the term “shape” is used in this context, more information about shape dimension follows”.

Ayat diatas lebih menjelaskan kedudukan sebenar bahawa 2D dan 3D (dulu dikatakan bentuk) adalah termasuk dalam rupa. 3 D dalam rupa merujuk kepada rupa ilusi yang dilukis atas satah gambar.

3. 24 Karya Joan Miro bertajuk The Painting (1933) media Cat Minyak atas Kanvas. Koleksi Muzium Seni Modan., New York

Page 4: Seni visual   rupa

Bahagian 2 Bentuk Karya Seni Visual

iv

3. 25 Ilustrai Dimensi Rupa. (Ilustrasi diubahsuai dari buku Art Fundamentals (2009) oleh Hassan Mohd Ghazali

Dalam karya seni visual, rupa diwujudkan pada satah gambar dua dimensi; bagaimanapun, pengkarya atau pelukis boleh mewujudkan ilusi jisim, isipadu, dan ruang 3D di atas permukaan rata. Apabila kita menggunakan istilah jisim untuk menggambarkan bentuk 3D dalam satah

gambar, ini bermakna karya tersebut telahpun menunjukkan nilai 3D atau pun dulu kitakan ‘bentuk’.

Rupa yang mempunyai lebar dan tinggi tetapi tiada menunjukkan ketebalan keculai apabila dilukiskan ilusi tebal pada rupa tersebut. Namun demikian, situasi

Page 5: Seni visual   rupa

v

Bahagian 2 Bentuk Karya Seni Visual

rupa akan beruba apabila kita menyusun mengikut kesesuaian rupa tersebut. Seperti contoh ilustrasi 3.25 menunjukan keadaan demensi rupa. Merujuk Kolum A, rupa yang biasa dilukis seolah-olah terlekat atau terbaring pada satah gambar. Kedudukan Rupa itu dalam ruangan yang cetek. Kolum B menjukkan terdapat pertindihan dan kedudukan rupa yang berbeza saiz , warna dan jalinan maka dimensinya sudah berlaian dan menampakan dekat dan jauh di atas satah gambar. Kolum C menunjukkan sigtuasi berlainan apabila rupa disendengkan dan menunjukkan ilusi 3D iaitu jarak dekat dan jauh. Tambahan dengan ditambah warna gridian (gradient) maka bertambah lagi ilusi

kedalaman bagi satah gambar yang rata. Situasi kolum C menunjukkan bahawa Rupa yang rata boleh menimbulkan kesan 3D apabila diolah melalui warna, nilai, susunan dan ruang.

Sebagai menguatkan hujah dimensi rupa, ilustrasi 3.6 menunjukkan ilustrasi yang memungkinkan memberi kesan ilusi 3D. Rupa empat segi sama akan menghasilkan sebuah kotak 3 D apabila beberapa rupa empat segi dihasilkan dalam bentuk menyering dan ditambah dengan nilai ton pada rupa. maka hasilnya gambaran 3D (kotak) diatas satah gambar yang rata. Masalah yang agak rumit untuk menghasilkan rupa bulat bagi

3. 26 Ilustrai Rupa 3D. Ilustasi diatas menunjukkan bagaimana rupa geomertri dapat menghasilkan bentuk ilusi (3D melalui melukis beberapa rupa atau melalui jalinan dan nilai. (Ilustrasi berdasarkan buku Art Fandamentals (2009)

Page 6: Seni visual   rupa

Bahagian 2 Bentuk Karya Seni Visual

vi

menimbulkan ilusi 3D (bola). Pelukis terpaksa mengunakan nilai cahaya melalui jalinan atau warna bagi menimbulkan kesan tersebut.

Rupa dapat menimbulkan ruang yang intuitif apabila pengkarya Berjaya mengunakan alat dan bahan dalam satah gambar yang rata. Melalui manipulasi kaedah lapisan (layer) dan tindanan pengkarya dapat menyerapkan demensi 2D dan 3D dalam karyanya. Hal ini telahpun dijayakan oleh pelukis di zaman Renaissance pada karya-karya catan mural disiling gereja. Mereka menggunakan kaedah ini bagi menimbulkan kesan ruang dekat dan jauh tanpa menggunakan persektif.

Kesan ruang intutitif digunakan semula pada era sekarang dengan menekankan kaedah garisan persektif. Dengan menggunakan garisan persektif pelukis dengan mudah dapat melukis objek diatas satah gambar yang rata bagi menimbulkan kesan 3D (bentuk). Melalui garisan perspektif rupa dapat dilukis

bagai menimbulkan bentuk dan ilusi 3D. Karya Ron Davis bertajuk Parallelepiped Vents (1977) menunjukan pelukis menggunakan rupa melalui pengolahan garisan perspektifm warna dan jalinan bagi menimbulkan kesan bentuk ilusi 3D (Lihat 3.7).

3. 27. Karya Ron Davis bertajuk Parallelepiped Vents (1977). Media Akrilik atas Kanvas.

3. 28. Karya Muhammed Sharkhan bertajukIlus-trasi (2011). Media Komputer Grafik perisian Ilustra-tor.