Sesi taklimat untuk ibu bapa/waris
Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hougang
Guru Bahasa Melayu Darjah 5
Cikgu Zarina
• Bertujuan supaya ibu bapa
sedia maklum dan peka akan
perkara-perkara yang
dijalankan oleh pihak sekolah
• Mendapatkan sokongan dan
kerjasama dari rumah
Penggal 1 Penggal 2 Penggal 3 Penggal 4
Ujian Pengukuhan
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Pengukuhan
Peperiksaan Akhir Tahun
S/N ITEM JUMLAH
SOALAN
MARKAH
01 Karangan 01 40
02 Lisan 02 50
03 Penggunaan Bahasa 40 90
04 Kefahaman Mendengar 10 20
Jumlah 200
BAHAGIAN MARKAH
Bacaan Lantang 20 markah (10%)
Perbualan berdasarkan rangsangan video
30 markah (15%)
Jumlah 50 markah (35%)
LISAN
Bacaan Markah akan diberikan berdasarkan
kesan keseluruhan kelakonan murid.
Nada dan Rentak
Sebutan dan Tekanan
• Lancar
• Tidak tersekat-sekat
• Berjeda di tempat sesuai
• Jelas
• Sentiasa baik
• Konsisten
Perbualan berdasarkan rangsangan video
Calon dikehdaki menonton klip video pendek (55-60 saat). Calon akan melibatkan diri dalam perbualan dengan pemeriksa lisan.
Markah diberikan berdasarkan (30 markah) :- • Respons Peribadi dan Pengembangan Idea • Penggunaan Bahasa dan Kelancaran
• 3 soalan berbeza aras dikemukakan Berdasarkan video Berkaitan dengan pengalaman peribadi Respons dan pendapat berkaitan dengan
tema
Kefahaman Mendengar • 30 minit
• 10 soalan berbentuk aneka pilihan
• 7 teks autentik pelbagai genre seperti rencana,
iklan, pengumuman, cerpen dan lain-lain. • Terdapat 3-4 teks pendek (satu soalan bagi setiap
teks pendek) • Antara pilihan jawapan berbentuk grafik dan yang
menguji keupayaan calon melengkapkan perbualan (dialogue rejoinder).
1.Petikan dimainkan dari cakera padat.
2.Soalan dan pilihan jawapan juga akan dibacakan.
3.Murid memilih jawapan.
4.Petikan dibaca sekali lagi untuk murid menyemak jawapan.
Kefahaman Mendengar
• Isi 20 markah
• Bahasa 20 markah
---------------------
• Jumlah 40 markah
----------------------
Karangan
Kertas soalan karangan mengandungi 2 soalan :
1 Karangan Bertajuk
Satu topik diikuti oleh beberapa soalan panduan.
Karangan Bergambar
Gambar bersiri enam diikuti oleh beberapa perkataan / frasa.
Murid dikehendaki memilih 1 soalan sahaja.
Peperiksaan Masa Lisan 15 minit
(5 minit sebelum diuji)
Kefahaman Mendengar
Lebih kurang 30 minit
Karangan 50 minit
Booklet A & Booklet B
1 jam 40 minit
S/N ITEM MARKAH
01 Imbuhan 20
02 Peribahasa 10
03 Golongan Kata 10
04 Kefahaman 1 (Objektif)
10
JUMLAH 50
S/N ITEM MARKAH
01 Frasa 8
02 Kefahaman 2 (Rangsangan Grafik)
10
03 Kefahaman 2 (Kefahaman Subjektif)
22
JUMLAH 40
Pelajar Latifah Abdul Aziz
mengalami sejenis penyakit jantung yang
membuatnya tidak boleh banyak
bergerak. Namun, (1) ________ itu
tidak sedikit pun menjejas azam gadis
berusia 16 tahun itu untuk berjaya dalam
pelajaran. Malah, ia belajar
lebih tekun lagi. Dia meraih kejayaan
apabila berjaya muncul (2) ________
seorang pelajar terbaik dalam
peperiksaan GCE peringkat ‘O’ yang lalu.
Dia telah (3) ________ lima gred satu
dan dua gred dua. Pada masa
(4) ________ peperiksaan diumumkan
Latifah berada di hospital. Pada masa
yang sama dia telah selamat
(5) ________ pembedahan jantung. Jadi,
hari itu Latifah telah
(6) __________ dua kejayaan serentak.
1 (1)kelemahan (2)melemahkan
(3)selemah (4)terlemah
2 (1)bagaikan (2)dibagaikan
(3)pelbagai (4)sebagai
3 (1)didapati (2) mendapati
(3) mendapat (4)terdapat
Minggu lalu, Jabatan Bahasa Melayu
sekolah saya telah menganjurkan
Peraduan Kuiz Bahasa bagi murid-murid
darjah lima. Memang telah saya duga,
Salman (11) yang cepat menerima
pelajaran telah berjaya menjadi johan.
Walaupun demikian, dia tidak pernah
(12) besar diri terhadap semua orang.
Kami rakan-rakan sedarjah 13)berasa
sangat bangga dengan kejayaannya.
Dia dan kami seperti biasa sentiasa (14)
bantu- membantu apabila membuat
sesuatu pekerjaan apabila membuat
projek. Pada masa rehat, dia selalu
menasihati kawan-kawan yang malas
dan hanya suka bermain-main supaya
jangan suka (15) tangkap angin sahaja.
11(1)ambil hati
(2)dalam tangan
(3)langkah kanan
(4)tajam akal
12 (1)hampa
(2)kecewa
(3)sombong
(4)cemburu
Dan seterusnya ……..
Aku termenung apabila mendapat tahu bahawa ayah terpaksa membatalkan rancangannya untuk membawa kami sekeluarga bercuti di luar negara. Aku pasti bahawa aku akan berasa (16)__________. Namun, (17)__________ aku itu salah sama sekali setelah aku (18)_________ kursus memasak di sebuah kelab masyarakat atas saranan ibu. Kursus tersebut bukan sahaja (19)________ kemairanku, malah mengubah sikapku.
16 (1) resah (2) bosan (3) marah (4) hampa 17 (1) fikiran (2) ingatan (3) sangkaan (4) rancangan
Pandangan masyarakat kini terhadap bidang sukan
sudah berubah. Jika dahulu, ibu-bapa melarang keras anak-anak
mereka terlibat di dalam bidang sukan kerana bimbang tidak
dapat menjamin masa depan mereka. Namun, kini, pemikiran
sedemikian tidak begitu lagi.
Malahan ada ibu-bapa yang melatih anak-anak sejak
kecil bergiat di bidang sukan seperti di bidang renang, badminton
dan gimnastik. Ibu bapa yang terlibat sudah yakin jika perhatian
yang sepenuhnya diberikan di bidang tersebut akan
mendatangkan keuntungan pada masa depan. Perkembangan
sihat ini turut membantu kelab-kelab sukan yang menganjurkan
kelas, kursus atau latihan bergerak maju selangkah demi
selangkah.
17) Pandangan dahulu tentang bidang sukan ialah
______________________.
1)ibu bapa melarang keras 2)tidak menjamin masa depan 3)ibu-bapa bimbang 4)pemikiran mereka sudah berubah
18) Pandangan ibu bapa terhadap penglibatan anak-anak di
bidang sukan boleh ______________________.
1)membantu kelab-kelab sukan 2)bergiat di bidang badminton 3)diberikan perhatian yang sepenuh 4)melatih anak-anak di bidang gimnastik
1. sangat hebat
2. mempunyai pelbagai khasiat
3. bagi mendapatkan harumannya
4. boleh memerangkap bahan pencemar
5. ingin menjadikan taman Nenek lebih berseri
6. itu cara yang baik untuk menyihatkan badan
Lina: Nenek, air apa yang Nenek sapukan pada kepala Lina? Lina sudah
tidak demam lagi.
Nenek: Oh, air itu telah dicampurkan dengan daun pokok melur! Lina tahu,
pokok melur 26)_____. Daun dan bunganya boleh merawat pelbagai
penyakit.
Isi tempat kosong dalam dialog ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di tempat kosong yang disediakan.
30)Tiket wayang percuma diberikan kepada ___________________.
1)semua pengunjung 2) sepuluh pengunjung
3)finalis Anugerah 4) satu pengunjung 31) Kumpulan Nasyid Rabbani akan membuat
persembahan pada hari _______________.
1) Jumaat 2) Sabtu 3) Ahad 4) Jumaat, Sabtu, Ahad
Dan seterusnya sehingga soalan 32
33) Kamu mahu mengajak rakan kamu menyertai Pesta Perut bersama kamu bagi
mendalami budaya Melayu. Untuk meyakinkan rakan kamu itu, kamu harus
menerangkan kepadanya dua aktiviti yang boleh diserta serta kebaikannya.
Gunakan informasi dalam brosur di atas untuk melengkapkan pesanan
ringkas di bawah ini. (4 markah)
Diana, jika kita mengikuti Pesta Perut ini,
kita boleh mendalami budaya Melayu melaui
aktiviti-aktiviti ______________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
Malam itu, Aiman, tidur di sebuah hotel lima bintang dengan nyenyaknya. Aiman sedang bercuti di Perth, Australia selama seminggu bersama-sama kawan-kawannya. Aiman berasa amat seronok semasa berada di sana. Bagi Aiman, cuti itu merupakan cuti yang terbaik dia pernah alami. Tiba-tiba, telefon di bilik hotel itu berdering memecah kesepian malam yang sunyi itu. Aiman bangun dari tidurnya untuk menjawab panggilan itu. Tanpa diduga, dia menerima sebuah berita buruk.
“Apa?”Aiman terpekik kerana terperanjat mendengar berita buruk tentang ibunya yang sedang sakit tenat daripada ayahnya. Aiman mula menangis. Perasaan kesal mula terbit di hatinya. Itulah gara-gara terlalu mementingkan dirinya sendiri.
Kefahaman 2 (22 markah)
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan mengunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu
dalam tempat kosong yang disediakan.
34. Di manakah Aiman dan kawan-kawannya? (2 markah)
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
35. Apakah berita buruk yang disampaikan ayah Aiman? (2 markah)
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
36. Nyatakan dua perkara yang ingin dilakukan oleh ayah Aiman agar Aiman tidak ke
Perth. (4 markah)
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
40. Terdapat perkataan di dalam petikan yang mempunyai maksud yang sama
dengan frasa di bawah. Kenal pasti perkataan tersebut. Kemudian, tulis
jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. (2 markah)
a) berbunyi nyaring
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b) teruk
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
•Diadakan untuk membimbing atau mengukuhkan keupayaan murid menghadapi peperiksaan. •Meningkatkan keyakinan murid menghadapi peperiksaan. •Sebagai pengukuhan tentang apa yang telah dipelajari murid dalam kelas.
Darjah 5- Setiap Isnin (2.15 hingga 3.15 petang)
Harapan kami… •Agar para ibu/bapa/waris dapat memantau pelajaran anak-anak dan memberi maklum balas kepada guru/sekolah. •Menggalakkan anak-anak banyak membaca suratkhabar, buku cerita dan contoh-contoh karangan. •Memastikan kerja sekolah dilakukan dan dihantar tepat pada waktunya.
Akhir Kata…
Sekiranya para ibu/bapa ingin berhubung dengan guru terdapat beberapa saluran :
1) Student Handbook/ diari sekolah
2) E-mel ([email protected])
3) Telefon pejabat : 64897445
Parents’ Evaluation and Feedback For Parents’ Briefing 2018
• Please scan the QR Code or use the link to give us your valuable feedback. Thank you.
https://tinyurl.com/y9m65zxr
Top Related