Download - Siaran luar negara dengan internet

Transcript

Indomee - apa hebatnya?November 13, 2013 at 9:19pmSaya ingin berkongsi pengalaman menembak satelit SES7 di kedudukan 108.2E yang mengandungi siaran Indovi$ion, juga lebih dikenali dengan nama Indomee. Apa yang menariknya, siaran TV berbayar dari negara jiran kita ini Indonesia mengandungi begitu banyak siaran yang menarik terutamanya siaran premium seperti HBO, Discovery, National Geographic dan siaran hebat yang lain.

Bagi peminat Movie seperti siaran HBO, pasti akan kebingungan memilih movie mana yang hendak ditonton kerana terdapat empat jenis semuanya iaitu HBO, HBO Signature, HBO Family dan HBO Hits. Bagi peminat siaran dokumentari seperti National Geographic pasti akan gembira dengan pilihan yang ada iaitu National Geographic, Nat Geo Adventure, Nat Geo Wild dan Nat Geo Music. Begitu juga Discovery, Discovery Science, Discovery Kids, Discovery Home & Health dan Discovery Turbo. Manakala siaran sukan ialah Edge Sport, Star Sports, MNC Sports 1, MNC Sports 2, Fox Sports dan Euro Sports. Sebenarnya banyak lagi siaran hebat yang lain, selain dari siaran tempatan Indonesia yang semuanya boleh dirujuk dihttp://www.lyngsat.com/packages/indovision.html.

Bagaimana hendak mendapatkan siaran ini.

Bagi mereka yang telah memiliki universal decoder seperti Skybox, Openbox, Dreambox dan lain-lain jenama, inilah peluang yang seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana anda hanya perlu menambah dish dan LNB S Band. Anda boleh berjimat dengan menggunakan dish astolol lama yang terbiar dan tidak digunakan dengan menghalakannya lebih kurang ke arah Tenggara. Contoh screen capture yang saya ambil darihttp://www.dishpointer.com/dapat membezakan arahnya dengan jelas, hampir bertentangan dari arah satelit Measat. Dipaparkan juga maklumat tentangan dongakan dish (Elevation) dan LNB Skew (arah LNB atau pusingan LNB) dan maklumat penting yang lain.

Arah untuk Measat dari Melaka

Arah untuk SES7 dari Melaka

Kedudukan satelit SES7. Kalau anda dari Sarawak atau Sabah, arah dia pasti hampir ke arah Measat, tetapi ke kiri sedikit...

LNB S Band

Selain dari itu, adalah penting untuk mendapatkan LNB khusus untuk S Band yang siarannya dipancarkan di dalam frequensi 2.5 ke 2.7 GHz. Semua frequensi transponder boleh dirujuk di laman Lyngsat seperti link di atas sama ada Vertical atau Horizontal. Satu lagi nasihat yang penting ialah untuk berhati-hati dalam memilih dan membeli LNB S Band. Pengalaman saya sendiri, kerana hendak membeli yang murah, saya membeli LNB S Band clone buatan China yang tiada jenama langsung, difahamkan ada jenama lain seperti PA**A. Pada permulaannya tiada masalah, namun tidak sampai 2 bulan, LNB tersebut mula memberikan masalah dengan kualiti signalnya menurun dan sangat lemah mengakibatkan gambar di skrin TV pecah-pecah. Seorang rakan saya mengalami nasib yang lebih buruk kerana LNB tersebut terus gagal berfungsi dan keluar mesejNo Signal, tidak sampai 2 minggu setelah dipasang.

LNB S Band Original Brand PESI

Dari pengalaman 'berjimat' tersebut, saya membuat carian di internet dan membeli lagi LNB S Band yang asli lagi original jenamaPESIyang di import dari negara asal siaran itu. Difahamkan ada jenama lain yang juga original. Saya tidak pasti apa jenama itu. Walaupun harganya agak tinggi sedikit, namun amat memuaskan dari segi kualitinya. Sehingga kini mutu siarannya sangat memuaskan. Saya juga difahamkan dari pengalaman sahabat-sahabat lain, antara sebab utama LNB S Band sering rosak kerana dimasuki air yang merosakkan chip board di dalamnya. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya melekatkansilicon gluedisetiap rekahan dan lubang skru yang ada pada LNB tersebut. Tambahan dari itu, penyambungan cable RG6 dengan connectornya tidak harus dibiarkan terdedah dan sebaik-baiknya di tape kan untuk mengetatkannya dan mengelakkan dimasuki air.

Perbezaan arah antara astolol (dibelakang) dan indomee (didepan)

Kualiti Siaran Semasa Hujan.

Satu lagi faktor yang tidak boleh disangkal lagi ialah anda tidak akan kecewa sebagaimana siaran astolol yang akan keluarNo SignalatauService Not Availablesemasa waktu hujan. Jangan kata hujan, mendung sedikit atau hujan renyai-renyai pun akan membuatkan kita kecewa, namun tidak dapat diperbuat apa-apa kerana itulah kelemahan Ku Band. Berbeza ceritanya signal S Band untuk Indomee ini, anda tetap seronok menonton siaran kegemaran tanpa menghiraukan hujan yang teramat lebat diluar sana. Ujian yang saya telah buat menggunakan dish beyong astolol 65cm membuktikannya. Lebih mantap lagi dengan menggunakan 75cm kerana dish Indomee yang asli juga menggunakan dish bersaiz 75cm. Ada sahabat yang menggunakan dish astolol lama (55cm) dan juga boleh mendapat siarannya. Namun harus kita ingat konsepnya bahawa lebih besar dish yang kita gunakan maka lebih baik kualiti signalnya. Jadi janganlah merungut sekiranya ada channel yang akan pecah-pecah dan akan terjejas sewaktu hujan.

Pemasangan LNB S Band, memerlukan steel plate yang dilubangkan dan bolt & nut bersaiz 12

Kepada sahabat-sahabat yang masih berkira-kira untuk mendapatkan siaran ini, saya yakin setelah memasangnya, anda tidak akan menyesal dengan siaran-siaran hebat yang disediakan selain dari kebal hujan seperti yang telah dinyatakan di atas. Subtitle atau sarikatanya dalam Bahasa Indonesia tidak sulit untuk difahami, malah memberi peluang untuk kita belajar bahasa Indonesia, sahabat serumpun kita. Jadi kenapa dan mengapa masih tertunggu-tunggu, belilah LNB tersebut dan belajarlah cara untuk membidik dengan tepat satelit tersebut atau dapatkan perkhidmatan dish installer dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Sekiranya tembakan ke satelit itu tepat, anda akan memperolehi 126 channel semuanya. Untuk maklumat, satelit ini mempunyai 10 transponder, 5 dalam polarity Horizontal dan 5 dalam polarity Vertical. Frequency LNB ialah 5150. Rujukan frequency untuk 10 transponder seperti di bawah:4185/H/225004155/H/225004125/H/200004094/H/224994065/H/225004185/V/225004155/V/225004124/V/224994095/V/224994065/V/22500Selamat mencuba untuk menjadi penembak burung besi dan selamat menonton.Top of FormLikeComment15 Shares Labu Labiand34 otherslike this. 50 of 61View previous comments Mohamad Afiffy Azemicomming sooooonnn.....haahaaaaNovember 13, 2013 at 10:12pmLike Murah Murah Jebos izin copy x?huhuhuh...sangat bermakna ni..November 13, 2013 at 10:26pmLike1 Mohammad RomziCopy dan share ja laa... FOC... janji maklumkan je..November 13, 2013 at 10:27pmLike Dhut CenariesLnb yg ada kat disk astro tu x leh guna ka..?November 13, 2013 at 10:31pmviamobileLike Solahudin Saahx Boleh bos.sband jah.pmMohammad RomziNovember 13, 2013 at 10:37pmviamobileLike Sharifudin ShariatterbaikNovember 13, 2013 at 10:53pmviamobileLike Azmi TalibTerbaekkk...November 14, 2013 at 6:03amviamobileLike Syazwan Kadirmohon share tuanNovember 14, 2013 at 9:24amLike1 Mienat Tgkmaklumat yg bergunaNovember 14, 2013 at 1:51pmviamobileLike Mohammad RomziDah update dengan info tambahanNovember 15, 2013 at 7:10pmLike Sharifudin Shariatbyak ka nak tembak?November 15, 2013 at 8:04pmviamobileLike Mohammad RomziApa soalannya tuSharifudin Shariat?Tak faham...November 15, 2013 at 8:58pmLike Sharifudin Shariatpayah ka nak tembak tu?sblum ni trai x penah dapatNovember 15, 2013 at 10:33pmviamobileLike Mohammad RomziSenang. Dengan syarat masukkan freq transponder yang betul, arah dan dongak yg betul.November 15, 2013 at 10:36pmLike Mohd Amri IshakTransponder brapa? 5150? 3620?November 15, 2013 at 11:05pmviamobileLike Mohammad Romzi

November 15, 2013 at 11:29pmLike4 Mohammad Romzi

November 15, 2013 at 11:31pmLike3 Riootz DvlzTerbaikNovember 16, 2013 at 1:45pmviamobileLike Jai Huzairydongak die biasa brapa yeMohammad Romzi...mcm boleh tadah air jerNovember 18, 2013 at 9:48pmLike Mohammad RomziHampir maksimum dongak dia...November 18, 2013 at 9:49pmLike Jai Huzairydalam 85 degree la mcm tuNovember 18, 2013 at 9:50pmLike Jai Huzairylnb tu mmg kene setting 150 degree ke..klu ejas ke tempat lain apa jadi ..November 18, 2013 at 9:51pmLike Aziz GarageTP yg mane bro...November 24, 2013 at 10:25pmLike Jai HuzairyHehe..dah ok..November 24, 2013 at 11:01pmviamobileLike2 Solok LadaMohammad Romzi- ni siaran FTA atau berbayar?adakah perlu merujuk kepada provider sama ada indomee trdapat dalam cline atau x?Atau indomee nih bila tembak sure dapat semua 126 chennel tu?November 25, 2013 at 5:18pmLike Jai Huzairykene ada cline broSolok LadaNovember 25, 2013 at 6:36pmLike Solok LadaOkay..dah trjawab persoalan tuh..cline de indomee tpi susah lah nak tune ses7 nih..nak2 di Terengganu banyak awan..huhuNovember 25, 2013 at 6:37pmviamobileLike Solok LadaThankJai N Ctfor the answerNovember 25, 2013 at 6:38pmviamobileLike Mohammad RomziKalau semua 10 transponder dah lock, confirm akan dapat 126 channel..November 25, 2013 at 6:58pmLike Bbd Ismadibro btl lah sbnd buatan china mmg x bgus...November 26, 2013 at 2:07pmLike1 Rnp Frdmberapa harga? apa siaran yg ada?November 28, 2013 at 2:46pmLike Hallimi AbengGoogle indovidionNovember 28, 2013 at 3:26pmviamobileLike Nukilan AbadiTerbaekkkkkNovember 29, 2013 at 4:18pmLike1 Mohammad RomziAzmi Saian, dah baca ke belum?December 1, 2013 at 1:37amLike Azmi SaianHuhu..x sempat lg la broMohammad Romzi, sbb sini line mcm cipet...December 1, 2013 at 7:32amviamobileLike Azmi SaianTq sifuMohammad Romzi..baru abis baca ni..mmg sedap, lazat, menyelerakan serta menggiurkan..tp yg paling best, bila dpt test sendiri channel smlm..mmg terbaik! Dpt tgk barisan pinggan arcopal kat atas bumbung smlm lg menambah perisa...hahahaDecember 1, 2013 at 9:08pmviamobileLike1 Mohammad Romzihahaha.. memang mantapAzmi Saian, itu pinggan mau makan macam2... ada besar ada kecil .. heheheDecember 1, 2013 at 9:28pmLike Azmi Talib"Bukan yg lain"...December 1, 2013 at 9:50pmviamobileLike Eddy ZeinBos sorry nk tanye....transponder kne manual install ker...install kesemua ker???December 12, 2013 at 8:46pmviamobileLike Mohammad RomziKalau ada satfinder tak perlu buat itu semua... kalau tak ada perlu isi secara manual kesemuanya dan tentukan kesemuanya mendapat signal yang tertinggi.. barulah semua channel terang.December 12, 2013 at 8:51pmLike1 Eddy ZeinOk tq bos...kne beli satfinder ni...huhuhuDecember 12, 2013 at 9:24pmviamobileLike Mohd Rasydansya ada sf500 nak jual...coleh cod kat ayer hitam dan melaka..December 12, 2013 at 9:52pmLike Sham Tombeli jgn xbeli..heheheheDecember 12, 2013 at 9:53pmviamobileLike Mohd Rasydannak upgrade ke First Strike FS1..December 12, 2013 at 9:54pmLike Fauzi MiswanKetemu aku kang karo ipemu mau..sebelah table wae mangan nang restoren ..December 12, 2013 at 10:21pmviamobileLike1 Fuaad Al-attasmeletupDecember 12, 2013 at 11:43pmLike Helmi Ngthanks broDecember 16, 2013 at 12:11amviamobileLike Shahrin Ishakterima kasih tuanMohammad RomziDecember 21, 2013 at 1:32pmLike1 Mohamad RafidyFahrulakmal TukimanDecember 23, 2013 at 12:13amviamobileLike1 Muhd HaiqalFauzan SamsudinDecember 26, 2013 at 2:24amviamobileLike