SIKAP PENTADBIR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI BANDARAYA KUCHING
oleh
Salawati Haji Talib
Tesis ini adalah dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Sains
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Jun 1998
Unit Kemasukan Siswazah Universid Malaysia Sarawak
Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pentadbir Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Pentadbiran Sekolah-SekoIah Menengah Di Bandaraya Kuching" oleh Saiawati Haji Talib, dan betpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persernbahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
*Dr ~ a j ~ A b a n ~ A h m @ i d z u a n bin Haji Abang Awit (Penyelia)
HD~ Mustapa Kassim C-
(Pemeriksa Luar)
P of. Dr Shawaluddin Anis f (Pemeriksa Dalam)
PERAKUAN
Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil ke j a penyelidik sendiri dan tiada
bahagian dari tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan
untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di universiti ini atau mana-mana
institusi pengajian tinggi yang lain.
SKETSA BIOGRAFI
Salawati Haji Talib iaitu penyelidik kajian ini telah dilahirkan pada tahun 1969 di
Berek Polis pekan Sungai Siput (U) Perak. Beliau telah mendapat pendidikan
sekolah rendah di dua buah sekolah iaitu Sekofah Rendah Methodist Sungai Siput
(U), Perak dan Sekolah Rendah Guru Nanak Ipoh, Perak. Setelah itu beliau
menyempurnakan pendidikan menengah di tiga buah sekolah iaitu Sekolah
Menengah Tarcision Convent Ipoh, Sekolah Menengah Methodist Sungai Siput (U)
Perak dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak. Berbekalkan keputusan
pangkat satu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia , pada tahun 1987 beliau
telah menyambung pelajarannya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada tahun
1993 beliau telah berjaya menamatkan pengajian beliau dengan mendapat Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Kepujian) dalam jurusan Biologi . Sebelum
melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
melalui program kembar IAB-UNIMAS sesi 19961 1997, beliau adalah seorang
pendidik di Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim, Perak.
Khas buat ibunda tercinta
Hajah Zainab Haji Ali
yang mengajarku erti kekuatan dan ketabahan
yang sentiasa mengiringiku dengan doa dan harapan
Teristimewa buat ayahanda tersayang
Haji Talib bin Darus
yang mengajarku erti kesabaran dan keyakinan
Ikhlas untuk
Azizah, Azizan, Zainal dan Salmiah
semoga sentiasa diberkati Allah
PENGHARGAAN
Puja dan puji dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. Selawat dan salam buat junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran hanyalah untukNya
diatas segala kekuatan dan dan keizinan yang telah dikurniakan sehingga
memungkinkan kajian ini disempu&n.
Walaupun kajian ini adalah merupakan tugasan individu, ianya tidak mungkin
menjadi realiti tanpa bantuan dan kerjasama dari berbagai-bagai pihak. Oleh itu
adalah menjadi tanggungjawab saya untuk merakamkan rasa penghargaan kepada r P
pihak-pihak yang terlibat sepanjaiig tempoh kajian ini dilakukan.
Secara khusus saya ingin menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada
Dr. Haji Abang Ahmad Ridman Abang Awit di atas segala bimbingan dan teguran
yang diberikan sebagai penyelia kajian ini merangkap penyelaras dan pensyarah
program ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan buat
Profesor Razali Arof, Dekan Fakuiti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan
Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki atas inisiatif dan
usaha gigih mereka mewujudkan program seumpama ini. Penghargaan yang tidak
terhingga buat semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu dan pengalaman
yang tidak ternilai harganya di sepanjang program ini iaitu : Prof Madya Dr.
Napsiah Mahfoz, Prof Madya Dr. Muhammed Awang, ProE Madya Dr. Zoraini
Wati Abas, Dr. Gabriel Tonga Noweg, Dr. Peter Songan, Dr. Hadj Batatia, Dr.
Farid Meziane, Dr. Spencer Empading Sagin, Dr. Hazman Shah Abdullah, Dr.
Bahtiar Mansor, Dr. Maheswary Kandasamy, Puan Jenniffer Songan, Encik Sharaf
al-Deen Sami Horani dan Encik Mehander Singh.
Saya juga ingin men~capkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua
warga pengurusan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS
dan Institut Aminuddin Baki di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan
sepanja~g program ini. Sekalung ucapan terima kasih juga khas buat Prof. Dr.
Mustafa Kasim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dihulurkan.
Penghargaan juga diucapkan kepada semua responden yang terlibat dalam kajian
ini sama ada secara langsung atau sebaliknya. Akhirnya teristimewa buat semua
rakan yang sama-sama berjuang dalam kohort satu dan kohort dua, sekalung terima
kasih atas segala pertolongan, dorongan dan pandangan bernas yang diberikan.
Semoga apa yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.
KANDUNGAN
TAJUK
ABSTRAK
ABSRTACT
PERAKUAN
SKETSA BIOGRAFI
DEDIKASI
PENGHARGAAN
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
BAB I : PENDAHULUAN
Pengenalan Peranan Komputer dalam Pentadbiran Sekolah Permasalahan Kaj ian Matlamat Kajian Objektif Umum Objektif Khusus Soalan Penyelidikan Definisi Konseptual dan Operasional Komputer Penggunaan Kornputer Pentadbir Pentadbiran Pentadbiran Sekolah Sikap SekoIah-sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian Andaian Kajian
. . 11
... 111
iv
v
vi i
xi
xii
vii
BAB 11: SOROTAN LITERATUR
2.0 Pendahufuan 2.1 Teori Pengumsan Organisasi
2.1.1 Teori Rasional dan Struktur 2.1.2 Andaian Teori Rasional dan Struktur 2.1.3 Pengamh Teknologi Terhadap Pengumsan Organisasi
2.2 Teori Sikap 2.2.1 Teori Pembelajaran i( Learning Theory) 2.2.2 Teori Ketekalan ( Consistency neory) 2.2.3 Teori Gerakbalas Kognitif ( Cognirve-Response Theory)
2.3 Kajian Mengenai Sikap Tethadap Penggunaan Kornputer 2.3.1 Kajian Tentang Sikap Terhadap Penggunaan Komputer
Secara Umum 2.3.2 Kajian Tentang Umur dan Sikap Terhadap Penggunaan
Komputer 2.3.3 Kajian Tentang Jantina dan Sikap Terhadap Penggunaan
Komputer 2.3.4 Kajian Tentang Pemilikan Komputer dan Sikap Terhadap
Komputer 2.3.5 Kajian Tentang Pengalaman Mengikuti Kursus Dengan
Sikap Terhadap Kornputer 2.4 Kerangka Kajian
2.5 Kesimpulan
BAB 111: KAEDAH PENYELIDIKAN
Pengenalan Rekabentuk Kajian Instrumen Kajian Kaedah Pengumpulan Data Persampelan Kaedah Anaf isis Data (a) Statistik Deskriptif (b) Ujian-t dan ANOVA (c) Ujian Friedman Two-Way Anova
BAB W : ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 5 3 4.1 Latar Belakang Responden 54
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jawatan 54 4.1.2 Taburan Responden Mengi kut Umur 55 4.1.3 Taburan Responden Yang Memiliki Komputer Di
Rumah 56 4.1.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Menghadiri Kursus Komputer 5 6 4.1.5 Taburan Responden Mengikut Jantina 57
4.2 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pentadbiran 58 4.2.1 Sikap Secara Keseluruhan 5 8 4.2.2 Sikap Mengikut Dimensi 58 4.2.3 Anafisis Sikap Pentadbir Terhadap Komputer 60
4.2.3.1 Kerisauan Terhadap Komputer 60 4.2.3.2 Keyakinan Terhadap Komputer 6 1 4.2.3.3 Keseronokan Terhadap Komputer 65 4.2.3.4 Sokongan Terhadap Komputer 67
4.3 Perbezaan Latarbelakang Responden dengan Sikap Terhadap Pennggunaan Komputer 69 4.3.1 Perbezaan Umur dengan Sikap 69 4.3.2 Perbezaan Jantina dengan Sikap 72 4.3.3 Perbezaan Pemilikan Komputer dengan Sikap 73 4.3.4 Perbezaan Pengalaman Mengikuti Kursus
Komputer dengan Sikap 74 4.4 Perbezaan Antara 4 Dimensi Sikap 7 5 4.5 Kesimpulan 76
BAB V: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenaian 78 5.1 Perbincangan dan Rumusan Dapatan kajian 79 5.2 Cadangan 8 8 5.3 Cadangan Kajian Untuk Masa Depan 90
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
3.1
PERKARA MUKA SURAT
Sekolah-Sekolah dan Responden 49 Yang Terlibat
Taburan Responden Mengikut 54 Jawatan
Taburan Responden Mengikut 55 Umur
Taburan Responden Yang Memiliki 56 Komputer Sendiri Di Rumah
Taburan Responden yang Pernah Mengikuti 57 Mengikuti Kursus Komputer
Taburan responden Mengikut Jantina 5 7
Min Skor Untuk Item-Item Sikap 5 9
Min Skor Bagi Dimensi Sikap 60
Taburan Frekuensi Kerisauan Terhadap Komputer 62
Taburan Frekuensi Keyakinan Terhadap 64 KO mpu ter
Taburan Frekuensi Keseronokan Terhadap Komputer 66
Taburan Frekuensi Sokongan Terhadap Komputer 69
Perbezaan di Antara Umur Responden Dengan Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 7 1
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
Ujian Scheffe Perbezaan Dimensi Sikap Kerisauan 7 1
Ujian Scheffe Perbezaan Dimensi 72 Sikap Keseronokan
Perbezaan Jantina Dengan Sikap 73
Perbezaan Pemilikan Komputer Dengan Sikap 74
Perbezaan Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer Dengan Sikap 7 5
4.18 Perbezaan Antara 4 Dimensi Sikap 76
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL - PERKARA - .. MUKA SURAT
Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Berbantukan Komputer oleh Rao (1991) 14
Komponen-komponen Teori Pengurusan Organisasi
Kerangka Konseptual Tentang Hubungan Antara Kepercayaan, Sikap, Niat dan Tingkahlaku Terhadap Sesuatu Objek
Tiga Komponen Sikap
Kerangka Kajian
xii
-.
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam dunia alaf ini, boleh dikatakan komputer telah menjadi suatu alat yang amat
penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah bidang pendidikan.
Komputer kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah, malah peranan komputer telah menular pula dalam
bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam pendidikan meliputi
bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam komputer.
Rofidah Sahan Mustafa (1989:3) menegaskan tentang peranan komputer dalam
pentadbiran sekolah seperti berikut:
"The computer is a rich and complex tool that is increasingly being used in many Jlrnctional areas. With this in mind, the usage of computer in the school administration should be explored "
Menyedari kepentingan penggunaan komputer dalam pentadbiran , Kementerian
Pendidikan Malaysia telah meluluskan tender bagi melengkapkan semua Jabatan
Pendidikan Negeri dengan komputer untuk tnelicinkan pentadbirannya. (New Straits
Times, 3 Ogos 1989). Dalam usaha ini juga, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron
Highlands telah menganjurkan kursus dan bengkel komputer untuk pentadbir-
pentadbir agar dapat melahirkan pentadbir sekolah yang benar-benar cekap serta
mampu mengikut perkembangan arus perdana yang berasaskan teknologi maklumat.
( Utusan Malaysia, 27 Disember 1997, m.s.39 ).
Oleh kerana sekolah-sekolah di Malaysia telah menjadi semakin kompleks, maka
cabaran yang hams dihadapi juga turut meningkat. Sekolah perlu memastikan
pengurusannya adalah cekap dalam menguruskan sumber manusianya , tepat dalam
penilaian prestasi dan berkesan dalam membuat keputusan. Namun begitu,
pentadbiran yang masih beroperasi secara manual sudah pasti bakal menghadapi
berbagai-bagai masalah. Cheever et. al. (1986) telah menyenaraikan tujuh masalah
pengurusan jika dilaksanakan secara manual :
(i) Maklumat yang tidak mencukupi dan kurang tepat.
(ii) Maklumat yang tidak seragam.
(iii) Masalah memperolehi maklumat yang telah disimpan.
(iv) Masa yang lama diperlukan untuk mengumpul dan memproses data-data
(v) Tidak cukup masa untuk menganalisis data dan membuat perancangan.
(vi) Sukar untuk membuat inferensi dan integrasi di antara maklumat.
(vii) Tidak dapat menyebarkan maklumat dalam masa yang ditetapkan dan dalam
format yang sebenar.
Cheever et. al. (198625) juga menegaskan, penggunaan komputer dalam
pentadbiran boleh rnendatangkan kebaikan. Menurutnya:
" Advantage using computers in school administration is that each administrator can have electronic access to the same files of data andcan retrive them in the form which he or she nee& at the moment. With computer, it becomes possible to develop an integrated information management system ".
Beliau juga rnemberikan empat matlarnat yang boleh dicapai dengan penggunaan
komputer dalam pentadbiran:
(i) Mengurangkan kos pentadbiran
(ii) Meningkatkan kecekapan dalarn operasi pentadbiran
(iii) Meningkatkan output sesuatu organisasi
(iv) Menyokong program pengajaran dan pembelajaran
1.1 Peranan Komputer dalam Pentadbiran Sekolah
Memandangkan iklim sekolah kini yang semakin rencam, tugas pentadbirannya juga
rnenjadi bertambah rumit. Saiz sekolah yang semakin besar menyukarkan guru
menilai prestasi pelajar dengan jitu. Oleh itu, sekolah disarankan menggunakan
komputer sebagai instrumen pengendalian pengurusan dan pentadbiran (Wan Mohd.
Zahid, 1993). Crawford (1985) pula telah menyenaraikan empat situasi utama yang
memerlukan bantuan komputer dalam pentadbiran di sekolah, iaitu:
(i) Apabila banyak data hendak diproses mengikut prosedur tertentu.
(ii) Apabila memproses maklumat merupakan tugas yang kerap dilakukan
(iii) Apabila memproses maklumat perlu dilakukan dengan pantas
(iv) Apabila tidak praktikal melakukan sesuatu tugas secara manual.
Di sesebuah sekolah, penggunaan komputer dapat memenuhi beberapa hngsi
pemperosesan data, contohnya untuk membantu pihak pentadbir mengurus sekolah
dengan lebih cekap (Visscher,l992). Fungsi-hngsi ini dapat diringkaskan seperti
berikut:
I. Mengemaskini data: memperbaharui dan memasukkan semua perubahan
yang berlaku di persekitaran sekolah atau pun dalam sekolah itu sendiri.
(contohnya: data permohonan pelaj ar dimasukkan ke dalam sistern pengkalan
data).
. . 11. Pencarian data dan penghasilan dokumen: melaporkan apa yang berlaku di
sekolah serta membuat diagnosis terhadap data yang diperolehi bagi
membuat laporan dan tindakan. (contohnya: laporan tentang pelajar yang
masih perlu menghantar data untuk kegunaan sekolah).
iii. Membantu membuat keputusan: terdapat sesetengah masalah yang
berstruktur di mana penyelesaiannya adalah terhad dan cara untuk
menyelesaikannya telah sedia diketahui. Untuk masalah yang tidak
berstruktur di mana ianya memerlukan kajian yang teliti untuk diselesaikan,
komputer dapat membantu pentadbir dalam membuat keputusan dan mencari
jalan penyelesaian yang sesuai. Ini adalah kerana komputer dapat
memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan pantas dan mudah.
iv. Membuat keputusan: komputer sendiri berupaya membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang ada. (contohnya: apabila ciri-ciri kenaikan
pangkat dipenuhi oleh seseorang maka secara automatik keputusan untuk
menai kan pangkatnya boleh dibuat)
v. Komunikasi: sistem jaringan yang "on-line" antara satu iempat dengan
tempat yang lain membolehkan pertukaran dan penyebaran maklumat
berlaku. (contohnya: data kedatangan pelajar dapat diedarkan melalui
komputer).
Oleh itu, tugas pentadbiran sekolah mestilah dilakukan dengan bantuan komputer
supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah akan menjadi lebih cekap dan berkesan.
Persoalannya, apakah pentadbir di sekolah telah bersedia untuk mentadbir sekolah
dengan teknologi baru ini? Apakah sikap mereka dalam merealisasikan penggunaan
komputer dalam pentadbiran sekolah? Kesemua persoalan ini mestilah digarap
terlebih dahulu bagi memastikan apa yang diingini dapat dilaksanakan.
1.2 Permasalahan Kajian
Dewasa ini tugas guru bukan sekadar berlegar kepada tugas-tugas pengajaran dan
pembelajaran malah ianya juga melibatkan tugas pentadbiran sekolah tersebut.
Pentadbiran yang cekap dan bersistematik akan dapat melicinkan perjalanan
organisasi sesebuah sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian
akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar.
Golongan pentadbir di sekolah mulai sedar dan faham tentang potensi komputer
sebagai alat yang berguna dalam pentadbiran pendidikan sekolah. Peningkatan beban
tugas, pertambahan permintaan terhadap penyelesaian tugas seperti penyediaan
laporan, memo dan dalam masa yang sama mengekal dan mengemaskinikan data
statistik untuk keperluan semua peringkat pentadbiran menyebabkan meningkatnya
kepentingan penggunaan komputer dalam tugas-tugas pentadbiran (Mohamad Rashid
Ravi Bax, 1987).
Pendapat Visscher (1 996: 29 1) juga menggambarkan peranan komputer dalam
membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran sesebuah
organisasi. Menurutnya;
" The tangible advantages of computer use in terms of eflciency and effectiveness have led to the wide utilization of computer technology for the operation and management of school organization ".
Wawasan negara yang mementingkan produktiviti dan kualiti serta penubuhan
"Smart School " yang mementingkan "Smart Management " menjadi kan kepent ingan
penggunaan komputer dalam pentadbiran semakin meningkat. Walau
bagaimanapun, penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah masih di tahap
yang tidak memberangsangkan. Terdapat banyak kajian yang melaporkan tahap
penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah masih di tahap rendah. Mohamad
Rashid Ravi Bax (1987) mendapati penggunaan komputer dalam pentadbiran
sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional masih di tahap minima. Kajian
Rofidah Sahan Mustafa (1989) pula melaporkan penggunaan komputer adalah sangat
rendah untuk pentadbiran Skim Pinjaman Buku Teks. Kajian oleh Mustafa Sidi
(1995) juga mendapati penggunaan komputer dalam pentadbiran adalah rendah di
sekolah-sekolah menengah daerah Kuantan.
Semua dapatan kajian ini seolah-olah menggambarkan bahawa masih tidak wujud
kesediaan mental dan fizikal di kaiangan pentadbir-pentadbir sekolah untuk
menerima komputer dan menggunakannya dalam tugas pentadbiran mereka. Sikap
pentadbir yang masih di takuk lama ini perlu diubah demi merealisasikan
penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah.
Sikap terhadap komputer adalah salah satu daripada faktor yang membawa kepada
kesediaan guru menerima komputer dalam tugas sehariannya. Sikap yang positif
adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Zulkifli
Abdul Manaf & Raja Maznah Raja Hussain, 1994). Sikap atau faktor kesediaan
mental, pengetahuan dan kemahiran di kalangan anggota adalah penting ke arah
sesuatu perubahan di dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Oleh yang
demikian, sikap pentadbir terhadap penggunaan komputer perlu dilihat agar
penggunaan komputer dalam pentadbiran di sekolah akan meningkat dan pengurusan
sekolah akan semakin baik.
1.3 Matlamat Kajian
Pada amnya kajian ini berhasrat untuk melihat sikap pentadbir terhadap penggunaan
komputer dalam pengurusan pentadbiran sekolah-sekolah menengah gred A yang
mempunyai Tingkatan Enam di Bandaraya Kuching .
1.4 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan mengenalpasti apakah sikap pentadbir terhadap penggunaan
komputer dalam pengurusan pentadbiran sekolah-sekolah menengah gred A yang
mempunyai Tingkatan Enam di Bandaraya Kuching .
1.5 Objektif Khusus
(i) Mengenalpasti sikap pentadbir terhadap penggunaan komputer
dalam pentadbiran.
(ii) Mengenalpasti perbezaan di antara umur, jantina, pemilikan
komputer dan pengalaman mengikuti kursus komputer dengan sikap
pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran.
(iii) Mengenalpasti perbezaan di antara 4 dimensi sikap iaitu kerisauan,
keseronokan, keyakinan dan sokongan dan melihat susunan 4 dimensi
sikap mengikut keutamaan.
1.6 Soalan Penyelidikan
(i) Apakah sikap pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam
pengurusan pentadbiran .
(ii) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara umur, jantina,
pemilikan komputer dan pengalaman mengikuti kursus komputer
dengan sikap pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam
pentadbiran .
(iii) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara 4 dimensi sikap
iaitu kerisauan, keseronokan, keyakinan dan sokongan dan apakah
dimensi sikap utama responden terhadap penggunaan komputer dalam
pentadbiran.
1.7 Definisi Konseptual dan Operasional
Komputer
Berdasarkan Kamus Dewan (1986), komputer adalah merupakan alat atau sistem
elektronik yang berupaya menyimpan maklumat yang banyak dan kompleks serta
membolehkan maklumat tersebut diperolehi dan dianalisis pada bila-bila masa yang
dikehendaki.
Komputer mikro ini terdiri daripada komponen berikut:
(i) Unit sistem yang mengandungi Unit Pemperosesan Pusat (CPU), Antara
Muka Pengguna (Interface) dan Unsur Ingatan (Memory).
(ii) Pemacu Cakera (Drive)
(iii) Unit Paparan Video (Uonitor).
(iv) Papan Kekunci (Keyboard).
(v) Pencetak (Printer)
Komputer dalam kajian ini ialah semua jenis komputer yang boleh digunakan di
sekolah untuk menyimpan, mengeluarkan, menganalisis dan membantu pentadbir
bagi tujuan pengumsan di sekolah.
Penggunaan Komputer
Penggunaan komputer dalam pentadbiran melibatkan berbagai-bagai aktiviti.
Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti menaip, menyimpan, mencetak
menganalisa, memperolehi maklumat, komunikasi, pengolahan dan pengumsan data-
data yang bersangkutan dengan pentadbiran sekolah.
Pen tadbir
Pentadbir adalah golongan yang teriibat dalam menentukan hala tuju dan dasar
sesebuah organisasi serta terlibat dalam pengoperasian sesebuah organisasi. Dalam
kajian ini, pentadbir yang dimaksudkan ialah Pengetua, Penolong Kanan, Penolong
Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang, Pembantu Tadbir N7
dan Pembantu Tadbir N9.
Pentadbiran
Mengikut Dubrin et. al. (1989:4),
Top Related