SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
HABSAH & NORAZLINA (/) LAMAN UTAMA (/) more...
Simpulan Bahasa Bergambar Dan Ayat1. Ulat BukuMaksud : Orang yang rajin membaca
Contoh ayat:Ali digelar ulat buku kerana rajin membaca buku di mana dia pergi.
2.Cahaya MataMaksud: Anak
Contoh ayat:Puan Aminah sungguh gembira kerana mendapat cahaya mata pertama.
3.Makan AnginMaksud: pergi bersiar-siar untuk berehat.
Contoh ayat:Pada hujung minggu Encik Salleh selalu membawa keluarganya pergi makanangin.
4.Ringan tulangMaksud: orang yang rajin berkerja
Contoh ayatAmir sangat disayangi oleh ayahnya kerana dia seorang yang ringan tulang.
5.itik pulang petangMaksud: berjalan lambat
Contoh ayat:Aminah sering digelar sebagai itik pulang petang kerana sering lambat balikke rumah.
6.cepat tanganMaksud: suka mencuri
Contoh ayat:Harun amat ditakuti oleh penduduk di Sungai Buluh kerana dia seorang yang cepat tangan
7. jantung hatiMaksud: orang yang amat disayangi
Contoh ayat:Adib dan Alia ialah jantung hati Pak Dolah
8.Banyak mulutMaksud:suka bercakap banyak atau berleter
Contoh ayat:Rozi digelar sebagai banyak mulut kerana suka berleter.
9. Bertikam lidahMaksud: bertengkar atau berdebat
Contoh ayat:Lim dan Kamal merupakan sahabat yang baik namun mereka selalu bertikamlidah ketika memberi pendapat.
10. Kaki bangkuMaksud: orang yang tidak tahu bermain bola sepak
Contoh ayat:Azim seorang kaki bangku kerana dia tidak tahu bermain bola sepak .
11. Mata petaiMaksud: mata yang tidak dapat melihat dengan betul
Contoh ayat:Zailani menonton televisyen dari jarak dekat kerana dia seorang yang mata petai.
12. Berat tulang Maksud:pemalas
Contoh ayat:Zahid sering dimarahi oleh kakaknya kerana dia berat tulang .
13.Cakap besarMaksud: suka meninggi diri
Contoh ayat: Firaun seorang pemimpin yang tidak di sukai penduduknya kerana cakap besar dan kejam.
14. kaki tanganMaksud: pembantu
Contoh ayat:Ali dan Sami merupakan kaki tangan harapan Encik Hamid.
15. Isi rumahMaksud: penghuni dalam sesebuah rumah
Contoh ayat:Encik Mahime mempunyai enam orang isi rumah
16. rupa parasMaksud: wajah seseorang
Contoh ayat : Sofia diminati oleh ramai pemuda kerana memiliki rupa paras yang sangat jelita.
17. Itik mendapat airMaksud: gembira kerana mendapat apa yang disukai
Contoh ayat:Raja Sulaiman bagai itik mendapat air kerana dapat memperisterikan Puteri Zulaika.
18. Raja sehariMaksud: pengatin baru
Contoh ayat:Hari ini, hari yang paling bahagia untuk Ahmad kerana dia sudah menjadi raja sehari.
19. Kerang busukMaksud: asyik tersengih sahaja
Contoh ayat: Abdullah seperti kerang busuk ketika berjumpa dengan Sarah.
20. Langkah seribuMaksud: lari dengan pantas
Contoh ayat: Amir, Razak dan Raju mengangkat langkah seribu apabila dikejar sekumpulan anjing liar.
21.Mata duitanMaksud: orang yang tamak
Contoh ayat:Kamil digelar mata duitan kerana sikapnya yang sangat tamak.
22.Ada hatiMaksud: ada keinginan
Contoh ayat:Abu Ubaidah ada hati untuk memiliki Siti Mariam.
FREE WEBSITE (HTTP://WWW.WEEBLY.COM/?UTM_SOURCE=INTERNAL&UTM_MEDIUM=FOOTER&UTM_CAMPAIGN=3) POWERED BY (HTTP://WWW.WEEBLY.COM/?UTM_SOURCE=INTERNAL&UTM_MEDIUM=FOOTER&UTM_CAMPAIGN=3)