BAHASA MELAYU TAHUN 3
Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.1. ada hati Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan. Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.
2. akal kancil Maksud : tipu daya yang licin Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.
3. alas perut Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.
4. alim-alim kucing Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan. Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.
5. anak angkat Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman. 6. anak bongsu Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.
7. anak emas Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.
8. anak kandung Maksud : anak sendiri Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.
9. angkat bakul Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri. Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.
1
10. atas angin Maksud : Negara-negara barat Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.
11. banyak mulut Maksud : orang yang suka bercakap Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.
12. batu api Maksud : penghasut Ayat : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.
13. batu loncatan Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan Ayat : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.
14. bekas tangan Maksud : hasil kerja tangan seseorang Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.
15. bergadai nyawa Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsakebakaran.
16. buah mulut Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah mulut seluruh kampung.
17. buah tangan Maksud : pemberian Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.
18. bulat kata Maksud : sepakat, sehati Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.
19. durian runtuh Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
2
Ayat : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.
20. gaji buta Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.
21. ikat perut Maksud : mengurangkan makan kerana susah Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampumemberikan wang saku kepadanya.
22. iri hati Maksud : perasaan cemburu Ayat : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.
23. jalan buntu Maksud : tidak mendapat kata sepakat Ayat : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu. 24. keras kepala Maksud : tidak mahu mengalah Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.
25. khabar angin Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya. Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya.
26. langkah kanan Maksud : mujur atau bernasib baik Ayat : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu.
27. langkah seribu Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut Ayat : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.
28. mandi peluh Maksud : basah dengan peluh Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.
3
29. mata duitan Maksud : orang yang mementingkan wang saja Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.
30. pilih kasih Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.
31. rambang mata Maksud : sukar untuk membuat pilihan Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.
32. ringan tangan Maksud : suka menolong orang Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.
33. ringan tulang Maksud : rajin bekerja Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.
34. sampai hajat Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.
35. saudara baru Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam Ayat : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi. 36. senyum kambing Maksud : senyum mengejek Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.
37. tanda mata Maksud : hadiah kenang-kenangan Ayat : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.
38. tangan terbuka Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan Ayat : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.
39. tangkai jering Maksud : orang yang kedekut
4
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.
40. ulat buku Maksud : orang yang tekun membaca Ayat : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.
5