8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
1/17
Siri Bacaan Pelajar
Zaini Abdullah
UNIT 9: REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran unit ini, pelajar dapat:i. Menjelaskan peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan.ii. Menghujahkan konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.iii. Mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
iv.
Membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut tahappendidikan.
PENGENALAN
Bagaimana rupa bangsa dan negara pada masa depan sebenarnya bergantung kepada pendidikanyang terdapat pada hari ini. Pendidikan yang unggul tidak berlaku dengan sendirinya tetapi bergantungkepada pengisian dan pelaksanaannya. Pengisian tersebut memerlukan suatu perancangan yang
sistematik agar matlamat pendidikan yang disasarkan itu berjaya dicapai. Sebagai analogi, kek yangcantik dan sedap bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Jika bahan tidak berkualiti,meskipun cantik tetapi rasanya menyebabkan kek tersebut tidak menjadi pilihan. Begitu juga dengankaedah membuatnya bermula dengan adunan, pemilihan acuan dan cara ia dimasak. Bahan dankaedah akan menyerlahkan hasil yang diinginkan. Dalam pendidikan bahan merupakan pengisian yangberupa ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang hendak diwariskan kepada generasi seterusnya. Bahanini perlu diadun secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang agar hasilnya menjadi harmoni. Bahandan adunan perlu dirancang secara sistematik agar tepat dan berkesan (kos dan masa). Demikian jugahalnya dengan kurikulum yang menjadi pengisian terhadap pendidikan. Bagaimana ia direkabentukpada hari ini akan menentukan generasi masa depan negara.
ISI KANDUNGAN
Peranan Pendidik Dalam Perkembangan Kurikulum
Malaysia mempunyai kurikulum kebangsaan yang berpusat. Oleh itu, pelaksanaan danperkembangannya adalah secara top-down. Kurikulum kebangsaan dibentuk oleh BahagianPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum kebangsaan yang muladisarankan sejak Penyata Razak (1956) membolehkan semua murid di semua sekolah di Malaysia
mempelajari dan mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang sama sebagai warganegaraMalaysia.
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
2/17
Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya disebarkan ke seluruh sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaranini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini akanmempastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti sampai dalam keadaan
sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di sekolah-sekolah. Ketirisanmaklumat ketika proses penyebaran ini akan menyebabkan gangguan untuk mencapai matlamat yangdisasarkan.
Pada peringkat sekolah, kurikulum yang telah dibentuk akan dilaksanakan. Hal ini bermakna sekolahmerupakan institusi yang berperanan sebagai pelaksana atau agen penyampai kurikulum kebangsaan.Di sekolah, guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempastikan kurikulum yangtelah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah danmurid-murid. Guru sebagai pendidik perlu memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum dalamtiga perkara iaitu:
i. Guru sebagai perancang
ii.
Guru sebagai pelaksanaiii. Guru sebagai penilai
Rajah 1: Peranan pendidik dalam perkembangan kurikulum
PERANAN PENDIDIK DALAM
PERKEMBANGAN KURIKULUM
PERANCANG
Merancang dan menyediakan kurikulum
PELAKSANA
Melaksanakan kurikulum melalui prosespengajaran dan pembelajaran.
PENILAI
Menilai keberkesanan kurikulum.
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
3/17
Pendidik Sebagai Perancang
Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting sebagai panduankepada setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu melaksanakantugas pengajaran berpandukan rancangan pengajaran. Rancangan pengajaran pula adalah
berpandukan kepada topik atau sub-topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus ataumaklumat kursus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu programpengajian. Proses ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2: Proses Rancangan Pengajaran.
Dalam konteks kurikulum kebangsaan, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PusatPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini didokumenkan secarabertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitupelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif sepertiyang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan didokumenkan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan:i. Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPS)ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah bertukar kepada Kurikulum Standard
Sekolah Randah (KSSR)
iii.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).iv. Kurikulum Pendidikan Khas (KPK)
RancanganPengajaran
RancanganKerja
Silibus
Kurikulum
PROSESMERANCANGPENGAJARAN
Rancangan pendidikanyang mengandungi
himpunan subjek
Rancangan bagi
sesuatu subjekMaklumat terperincisilibus bagi tempoh
tahun persekolahan.
Rancangan bagi
satu unitpelajaran
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
4/17
Perkembangan Kurikulum
Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan danPenilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 3 berikut.
Rajah 3: Perkembangan Kurikulum.
Rajah 4: Implimentasi kurikulum
Prinsip & Model Perkembangan Kurikulum
Prinsip & Model Tyler (1949)
Model Tyler atau Model Objektif-Rasional telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dandianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum.Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab.Empat soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai Tyler’s Rationale tersebut adalah:
1. What educational purposes should the school seek to attain?2. What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?3. How can these educational experiences be effectively organized?4. How can we determine whether these purposes are being attained?
Berdasarkan kepada Tyler’s Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangankurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah seperti mana yang digambarkan padaRajah 4. Empat langkah tersebut berada pada satu garisan lurus secara tersusun. Susunan secaraberurutan dalam model Tyler melibatkan komponen matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian.
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
5/17
Rajah 5: Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler.
1. Menentukan Matlamat/Objektif Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukanmatlamat/ objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektif yangperlu ditetapkan hendaklah selaras dengan:
keperluan pelajar.
keperluan semasa masyarakat.
pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentukberdasarkan kepada:
falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.
psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya.Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas:
apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses penilaian).
apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah untukimenentukan pencapaian objektif).
2. Pemilihan Kandungan Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlumemilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajarbagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
3. Prinsip Penyusunan Kandungan Dalam Reka Bentuk KurikulumKandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkanpembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalampenyusunan kandungan:
1. Menentukan matlamat dan objektif.
2. Memilih pengalaman pembelajaran atau
kandungan pelajaran bagi mencapai matlamatdan objektif.
3. Pengalaman pembelajaran atau kandungan
pelajaran perlu disusun secara sistematik.
4. Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi
menentukan pencapaian objektif.
OBJEKTIF
KANDUNGAN
KAEDAH
PENILAIAN
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
6/17
i. Prinsip Kesinambungan KandunganPrinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhanfizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatukurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai
peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untukmeneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu objektif atau kandungan yang pentinghendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagaikaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.
ii. Prinsip Ketertiban (turutan) KandunganPrinsip Ketertiban atau Principle of Sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu,kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentaswaktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutandengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatudengan lebih luas dan mendalam.
iii. Prinsip Kesepaduan KandunganPrinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalamanpembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebihbermakna dan menyeluruh.
Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua lagi prinsip iaituprinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan.
iv. Prinsip Litupan (Skop) KandunganPrinsip litupan kandunan berkaitan dengan keluasan dan kedalam kandungan yang perlu
dimuatkan dalam seseuatu kurikulum dan pengajaran. Garapan keluasan dan kedalamankandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajarmenguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.
v. Prinsip Imbangan KandunganPrinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dankesecocokan kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya.
Secara ringkas prinsip penyusunan kandungan kurikulum boleh dikategorikan kepada dua dimensi iaitudimensi menegak dan dimensi mendatar.
i. Dimensi Menegak• Prinsip Kesinambungan• Prinsip Ketertiban
ii. Dimensi Mendatar• Prinsip Integrasi• Prinsip Litupan• Prinsip Imbangan
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
7/17
Rajah 6: Dimensi dan perinsip penyusanan kurikulum
Prinsip penyusunan kurikulum menjadi panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju pendidikan, isikandungan, proses pelaksanaan, aktiviti/ pengalaman pembelajaran dan penilaian. Rajah 7menunjukkan contoh prinsip reka bentuk kurikulum di Malaysia.
SISTEM PENDIDIKAN
KATEGORI ILMU/ KEMAHIRAN
Rajah 7: Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum Malaysia
Pengajian Tinggi Pengkhususan Ilmu
Pendidikan Lepas Menengah Pengkhususan Ilmu
Pendidikan Menengah Atas Perkembangan Potensi
Pendidikan Menengah Rendah Perkembangan Potensi
Pendidikan Sekolah Rendah 4M & Perkembangan Sosial
Pendidikan Pra Sekolah Asas Perkembangan Sosial
KESINAMBUNGAN
KETERTIBAN
PertautanKeselarian
Kesepadanan
TahapSusunan
Hirarki ilmu
LITUPAN INTEGRASI IMBANGAN
Muatan
GarapanSkop ilmu
Sepadu
Gabungjalin Antara disiplin
Agihan
KesecocokanKepadatan muatan
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
8/17
4. PenilaianPeringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukanpencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaianboleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti
keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang diperolehidaripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Tujuanpenilaian adalah untuk mempastikan kurikulum yang dibentuk dan dilaksanakan sentiasa kemaskinibagi memenuhi keperluan semasa dan akan dating. Penilaian boleh dilakukan secara:i. Penilaian Formatif (berterusan)ii. Penilaian Sumatif (peringkat akhir sahaja)Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usahapenambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukanpada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkankeputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.
Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulumkerana sistematik dan mudah digunakan. Selain daripada itu model ini dianggap logikal keranadimulakan dengan penentuan objektif. Model ini menggunakan pendekatan deduktif kerana fokusnyakepada perancangan dan objektif. Model ini memberi tumpuan kepada pengalaman pembelajaran yangmelibatkan interaksi pelajar dengan keadaan persekitaran yang membolehkan pelajar membinakemahiran berfikir, membantu mencari maklumat, membina sikap dan minat mereka sendiri.Penyusunan pengalaman pembelajaran secara sistematik akan menghasilkan kesan pembelajaranyang berkumulatif dan efektif. Model Tyler juga menekankan pentingnya penilaian untuk melihatkeberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah mengikut objektif yang disasarkan.
Kelemahan model Tyler
Para pengkritik mendapati Model Tyler mempunyai beberapa kelemahan utama seperti berikut:
a) Terlalu tertakluk kepada objektif.Ini kerana dalam keadaan sebenar, perkembangan kurikulum boleh bermula dengan elemen-elemen lain seperti menentukan kandungan atau menetapkan kaedah. Menetapkan objektifpada peringkat awal juga dilihat sebagai menghadkan bilangan objektif di samping mengekangkreativiti.
b) Terlalu linear.Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-langkah tertentu iaitu menentukan objektifdulu, kemudian memilih kandungan, dan seterusnya menetapkan kaedah dan penilaian.Penilaian pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai program dilaksanakan.
c) Terllalu terbukaModel yang berbentuk linear mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar seperti pengaruhpolitik ke dalam pendidikan. Pengaruh luar ini mempengaruhi dasar, sistem dan pelaksanaandalam pendidikan. Malahan ada kalanya pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikantidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untukpembangunan pendidikan.
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
9/17
Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi. Dalam modelini, keempat-empat elemen diambilkira serentak dalam proses perkembangan kurikulum. Dengan caraini, proses perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel, cyclical (edaran) danmenyeluruh.
Rajah 8: Model interaksi dalam pengembangan kurikulum
Pengkelasan Reka Bentuk Kurikulum
Zais
( 1976)
Saylor & Alexander
(1974)
Kliebard
(1984)
Subjek
Pelajar
Masalah
Kemahiran spesifiksubjek
Aktiviti & masalah sosialKemahiran prosesPermintaan & minat individu
Kanak-kanakMasyarakatPengetahuan bersepaduPengetahuan khusus
Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum
1. Berpusatkan akademik
i. Ciri-Ciri
Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya.
Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan.
Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.
Kurikulum berpusat isi kandungan (apa yang akan diajarkan).
Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami.
Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/ topik).
Tersusun:
o
Menegak : ikut tahap kesukaran, mudah sukaro Mendatar : antara disiplin ilmu
OBJEKTIF
KANDUNGAN
KAEDAH
PENILAIAN
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
10/17
ii. Kekuatan:
Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus
iii. Kelemahan:
Peranan pelajar pasif. Pengajaran fokus pada pengetahuan
Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawapengetahuan berbentuk integrasi
2. Berpusatkan pelajar
i. Ciri-Ciri:
Fokus kepada individu potensi.
Pengajaran mengikut minat pelajar. Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar).
Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman.
Humanistik pembinaan insan.
Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentu kurikulumyang hendak mereka pelajari.
ii. Kekuatan:
Motivasi belajar bersifat intrinsik.
Pengajaran melihat kepada perbezaan individual.
Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan.
iii. Kelemahan:
Lemah dalam kontinuiti dan sekuens bahan.
Sukar diimplementasikan oleh guru biasa (perlu guru khas).
Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi reality.
Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas karena kurikulum hanyamenekankan minat pelajar.
3. Berpusatkan masalah
i. Ciri-Ciri
Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.
Berasaskan pemikiran bahwa manusia sebagai mahluk sosial yang perlu hidupbersama & ada konflik.
Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/ persekitaran:o Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu.o Menegak : keupayaan selesaikan masalah.
Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial &alam sekitar.
Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL). Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran.
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
11/17
Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat.
Masalah membentuk intipati kurikulum.
Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisisdan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
ii. Kekuatan Pelajar memahami masalah.
Pencegahan dari dalaman diri pelajar.
Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
iii. Kelemahan
Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah.
Menimbulkan masalah yang lebih besar.
Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dannegara.
K: KurikulumRajah 9: Pola dan orientasi reka bentuk kurikulum
Gabungan lebih dari satu pola &orientasi kurikulum.
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
12/17
Penilaian Kurikulum
Model Penilaian Kurikulum CIPP
Salah satu model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulum ialah Model CIPP yang diutarakanoleh Stufflebeam et. al. (1974)
Rajah 9: Model penilaian kurikulum CIPP
i. Peringkat Penilaian KonteksMelibatkan analisis masalah dan keperluan dalam pendidikan seperti persekitaran, iklim,budaya institusi dan sebagainya
ii. Peringkat Penilaian InputMelibatkan penganalisaan bahan sumber dan strategi yang perlu untuk mencapai
matlamat dan objektif seperti guru, kakitangan sokongan, kurikulum, kemudahan, pelajardan lain-lain lagi.
iii. Peringkat Penilaian ProsesMelibatkan kajian mengenai proses pelaksanaan seperti aktiviti pengajaran danpembelajaran, kemudahan bilik kuliah, kemudahan sokongan dan sebagainya
iv. Peringkat Penilaian ProdukMenentukan setakat mana matlamat program telah dicapai seperti bilangan dan kualitilulusan, pengiktirafan yang diperolehi dan sebagainya.
Pengaruh Perspektif Terhadap Ilmu Terhadap Reka Bentuk KurikulumSecara umum terdapat dua perspektif terhadap ilmu, iaitu perspektif objektivis yang melaksanakankaedah deduktif dalam pengajaran, dan perspektif konstruktivis yang melaksanakan kaedah induktif.
(i) Perspektif ObjektivisPerspektif objektivis adalah berasaskan perkara-perkara berikut:
Melihat ilmu sebagai satu komoditi yang sudah pasti dan dapat diperturunkan
Menerima alam seperti sedia ada
Menekankan isi kandungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan
pemindahan pembelajaran Menggunakan Taksonomi Bloom untuk pengajaran dan penilaian.
PENILAIAN
KONTEKS
PENILAIAN
INPUT
PENILAIAN
PROSES
PENILAIAN
PRODUK
PENYEDIAAN DAN
PENSTRUKTURAN KURIKULUM
PELAKSANAAN
KURIKULUM
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
13/17
Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif objektivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.
Jadual 1: Teori-Teori Pembelajaran
JenisTeori
PengasasTeori
Pembelajaran
PengasasTeori/Model
Pembelajaran
Fokus/ObjektifPengajaran &Pembelajaran
Behaviurisme Pavlov,Thorndike,
Skinner
Skinner Penguasan isi pelajaran melalui prosespelaziman dan penggunaan motivasiekstrinsik
Sibernetik Landa Landa Penguasaan kemahiran dan pengetahuanprosedur melalui penggabungan pelbagaisub-kemahiran dan sub-prosedur (kaedahsnowball )
Kognitivisme Ausubel,
E. Gagne,Flavell, Mayer,
Ausubel,
R. Gagne,Keller,Bloom,
Mager
Penguasan isi pelajaran melalui
pencetusan proses-proses mentas sepertiskema, strategi dan metakognisi
Perspektif objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahanpembelajaran. Tugas pendidik ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set danmemastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka kurikulum yang dibentuk adalahberkisar di dalam penentuan item-item yang mewakili set-set ilmu tersebut. Kaedah pengajaran yangdigunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan definisi, diikuti oleh pembentukan konsepdan diakhiri dengan penerokaan, seperti yang digambarkan di bawah:
Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif,iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum ataubergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh disusunmengikut hierarki atau secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat yangmenjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan bagaimanasesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang menjadi tumpuan ialah proses-
proses penambahan (accretion), penghalusan (tuning ) dan pembinaan semula (reconstruction).
Menurut teori kognitif, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif (jenis fakta,pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini bolehdiajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan, penghalusan dan pembinaan semula.Juga, pelbagai pengetahuan prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang terkumpul,dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang terkumpul didalam struktur pengetahuan.
Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori,seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh, simulasi,
mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah
Pengenalan Istilah Pembentukan Konsep Penerokaan
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
14/17
penguasaan ilmu pengetahuan seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialahpenggunaan strategi-strategi pembelajaran.(ii) Perspektif Konstruktivis
Perspektif konstruktivis pula adalah berasaskan perkara-perkara berikut:
Melihat pelajar sebagai pembina ilmu
Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir
Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untukmendapatkan kepakaran yang lebih tinggi
Isi pelajaran ini dibuang selepas kepakaran diperolehi
Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif konstruktivis,pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.
Jadual 2: Teori pembelajaran konstruktivisme
Jenis Teori PengasasTeori
Pembelajaran
Pengasas Teori/Model
Pembelajaran
Fokus/ObjektifPengajaran & Pembelajaran
PembangunanMental
Piaget,Gardner
Lawson,Collins & Stevens,
Bruner,Taba
Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik &pemikiran aras tinggi berdasarkan logik& pembangunan pelbagai kecerdasan
(multiple intelligence)
Humanis Rogers Rogers Pembelajaran yang bermakna dan ownershipof knowledge
Pembelajaransosial (Social
Learning )
Vygotsky Spiro,Thelen
Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik &pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan
(scaffolding ), pembelajaran kooperatif /kolaboratif, dsb
Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu kepada proses-proses pembinaan ilmupengetahuan. Di dalam pandangan ini, strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah
berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan,lawatan sambil belajar. Guru pula berperanan menjadi penyemak kepada proses pemikiran yangdigunakan dan kepada rumusan yang diperolehi
Pandangan perspektif konstruktivis dijelaskan oleh Piaget:
“The goal of education is not to increase the amount of knowledge, but to create possibilities for a childto invent and discover… Teaching means creating situations where structure can be discovered, it doesnot mean transmitting structure which may be assimilated at nothing other than a verbal level.”
Perspektif ini menekankan keupayaan berfikir pada dua tahap, iaitu empirical-induktif (EI) (pada umur
7-15 tahun) dan hipotetikal-deduktif (HD) (pemikiran dewasa). Di peringkat kolej dan universiti
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
15/17
Pemikiran (EI) melibatkan aplikasi rumus manakala pemikiran HD adalah terdiri daripada kategoriberikut:
Pemikiran kombinatorik Pengenalpastian dan kawalan pembolehubah
Bagaimana burung, penyu, dan kucing dapat kembali ke tempat asal Pemikiran perkadaran
Penggunaan nisbah dan rumus Pemikiran Kebarangkalian Pemikiran korelasi
Kaedah pengajaran yang dilaksanakan ialah berbentuk:
Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar
secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomenatersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudiandiuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori yangdibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebihkuat.
Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif dandeduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalamtiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam perspektif ini, ilmu pengetahuanserta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping ) dan dibukasemula (unzipping ) mengikut keperluan.
Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri,seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan lawatan sambilbelajar. Pengajar menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates (penyoalan)yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut:
Memilih contoh-contoh positif dan negatif
Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples)
Menjana kes-kes Hipotetikal
Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif
Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi Mempertikai authoriti
Penerokaan Pembentukan KonsepPengenalan Istilah
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
16/17
Perbandingan Teori Pembelajaran Dalam Mereka Bentuk Kurikulum
Sebagai bandingan, jadual di bawah menunjukkan perbezaan-perbezaan yang terhasil dari amalanperspektif-perspektif ini mengikut tiga jenis teori berdasarkan beberapa dimensi utama:
Jadual 3: Perbandingan amalan dalam teori pembelajaran behavioris, kognitivis dan Humanis
OBJEKTIVIS KONSTRUKTIVIS
Behavioris Kognitivis Humanis
1. Falsafah pembelajaran
Pelajar boleh dibentukmengikut objektif dankehendak pensyarah;pelajar dimanipulasikan
Perubahan adalah berdasarkanpilihan pelajar mengikut faktor-faktor di dalam persekitaran;pelajar diajak berfikir,membentuk konsep, danmencipta
Pelajar mempunyai kehendak dankeupayaan sendiri dan pensyarahadalah pemudahcara sahaja; pelajarmengalami dan belajar menyelesaimasalah di persekitaran sebenar
2. Keperluan pembelajaran
Berpusatkan pensyarah danberasaskan proses stimulus-respons; pemantauan danpengukuhan (termasukdenda atau hukuman) olehpensyarah; pengujian formalberasaskan kompetensi
Pembelajaran adalah satuproses usahasama ( joint-venture) antara pelajar danpensyarah; pemantauan danpemulihan oleh pensyarah;pengujian formal, tugasan danprojek.
Berpusatkan pelajar dengan sedikitsahaja kawalan dan sumbangan daripensyarah; pemantauan kendiri ataumelalui interaksi; pengujianberasaskan projek dan portfolio.
3. Objektif Pensyarah tentukankeperluan, pengetahuan,kemahiran dan perilakupelajar
Pensyarah menilai danmenambah di mana perlu untukmembantu membangunkankeupayaan mental dan kreativitisecara menyeluruh
Pensyarah membantu pelajarmengenalpasti keperluannya dankemudian membimbing pelajarmencapainya
4. Isi pelajaran
Isi pelajaran membinakompetensi danpenguasaan pelbagai
kemahiran mengikut objektifyang telah ditetapkan
Isi pelajaran diintegrasikanbersama proses-proses mentalseperti logik, strategi,
metakognisi, penyelesaianmasalah dan kreativiti untukmenambah dan memperluaskanpengetahuan pelajar
Isi pelajaran adalah berasaskankegiatan dan pengalamankontekstual dalam menyelesaikan
masalah di dalam situasi yang dipilih
8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9
17/17
RUMUSAN
Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapanmasyarakat setempat dan masyarakan dunia terhadap program dan institusi. Tugas setiap pendidikialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan
falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesanpositif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka danmenentukan hasil akhir yang diperolehi. Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentangpengajaran dan pembelaran. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalahpenyampainya. Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalahpemudahcaranya. Aliran-aliran ini akan menghasilkan output atau keupayaan yang juga berbeza-beza.
Top Related