SISTEM KALAH MATI SEKALI
OLEH:1. Muhammad Zuhir Luqman Zulkofli
2. Hafizah binti Mustaffa
Pengenalan• Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas
dikelolakan. • Pemenang akan terus bertanding manakala yang
kalah akan tersingkir . • Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan
pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.
• Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
Kelebihan • Jadual mudah difahami• Mudah dilaksanakan• Berguna untuk menetukan
juara atau pemain pilihan untuk pertandingan yang akan datang.
• Menetukan juara dalam masa yang singkat.
• Boleh dilaksana dengan alatan yang terhad.
• Boleh menampung penyertaan yang ramai.
• Menarik minat penyokong kerana peserta mesti menang untuk terus bermain dalam pertandingan.
• Format yang sesuai untuk penganjuran karnival.
• Menjimatkan tenaga dan wang
• Mempunyai formula untuk memudahkan perlaksanaan.
Kelemahan
• Peserta atau pasukan hanya bertanding sekali sahaja.
• Separuh daripada peserta atau pasukan tewas pada peringkat awal pertandingan.
• Penggunaan kemudahan secara minimum.• Penetuan pemain pilihan adalah penting.• Pmenang di peringkat pusingan awal atau
kedua tidak semestinya peserta atau pasukan pilihan.
Formula Bilangan peserta/ pasukan:N
• Jumlah braket yg digunakan ialah: Kuasa Dua… (2¹),(2²), (2³)
• Jumlah semua perlawanan dalam sistem ini: N -1
• Jumlah Bye dalam perlawanan ini: ( Kuasa dua) – N.
• Jumlah perlawanan salam pusingan pertama :
• N – Bye• 2
Contoh : N = 7
• 7 pasukan menggunakan kerana jumlah pasukan yang mengambil bahagian < daripada (2³).
• 7 – 1 = 6• (2³) - N : (8) -7 = 1bye • 7-1 / 2 = 6 / 2 = 3
perlawanan
i) Bilangan peserta menunggu/bye• Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh
dikira dengan menggunakanangka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 danseterusnya.
• Contohnya: 14 pasukan bertanding- Bilangan penyertaan = 14 pasukan- Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan =16- Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan:
16- 14 = 2- Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/’bye’- Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak
di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah.• Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini
bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan
• Peserta menunggu adalah dari kalangan pemain atau pasukan yang menjadi johan, naib johan,tempat ketiga dan keempat pada pertandingan tahun sebelumnya.
• Adakalanya peserta menunggu itu datangnya dari permain – pemain yang mencapai kemenangan dalam sirkit pertandingan yang telah dijalankan.
• Pemain – pemain yang berjaya sampai ke satu – satu peringkat akan sistem mata. Contohnya:
i. Johan : 6ii. Naib johan: 4iii. Separuh akhir : 2iv. Suku akhir : 1
ii) Penempatan pasukan pilihan atau seeded
• Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh.
• Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :
- Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal
- Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali
- Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:
-Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.
-Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.
-Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4
membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.
RUJUKAN
• Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Panduan Membentuk Format Pertandingan Sukan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Ahli panel. Buku Sumber Sains Sukan. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Top Related