SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK
NUR SORAYA BINTI ZAINAL ABIDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2005
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat
Dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW”
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya, PM Dr. Mohd
Aizaini Maarof atas kesediaan beliau dalam memberi kerjasama, bimbingan, tunjuk
ajar dan komen yang membina sepanjang waktu penyelidikan dan pembangunan
projek ini. Segala sokongan dan kerjasama padu yang dicurahkan amat bermakna
bagi saya.
Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang terlibat dengan Projek
Sarjana Muda terutamanya pensyarah-pensyarah Jabatan Sistem dan Komunikasi
Komputer yang turut menyumbangkan idea dan kesediaan dalam memberi tunjuk
ajar untuk menyempurnakan projek ini.
Hormat dan bangga untuk ibu dan ayah tercinta kerana sentiasa memahami
dan memberi dorongan dan doa. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberi semangat kepada saya. Akhir kata, terima kasih buat semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
v
ABSTRAK Mel elektronik merupakan satu servis penghantaran dan pencapaian mel yang
berkesan, cepat dan mudah yang menggantikan penghantaran secara pos. Kelajuan
penghantaran mel elektronik adalah amat tinggi berbanding kelajuan pos ekspres
ataupun sebarang penghantaran pos secara manual. Penggunaannya meluas meliputi
pelbagai bidang seperti perniagaan dan pengajaran yang digunakan oleh hampir
semua golongan masyarakat. Namun begitu, masalah-masalah seperti tiada notis
peringatan sebelum peti mel penuh, kehadiran virus dalam fail attachment dan
penerimaan mel sampah yang tidak diingini mengganggu keberkesanan servis ini.
Oleh itu, projek ini dibangunkan bertujuan untuk menghasilkan sebuah sistem
pelanggan mel elektonik yang dapat memberitahu pengguna menganai kadar
penggunaa peti mel dan menyediakan fungsi penapisan mel sampah. Kitar hayat
Pembangunan Sistem dipilih sebagai metodologi untuk membangunkan sistem ini.
Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) dan Post Office Protocol (POP) merupakan
protokol yang digunakan untuk proses penghantaran dan capaian mel. Manakala
perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information Server
(IIS) digunakan untuk tujuan pembangunan sistem. Sistem yang dibangunkan
mempunyai tiga fungsi utama iaitu notis pemberitahuan sebelum peti masuk penuh,
penapisan mel sampah dan pengimbasan virus pada fail attachment sebelum dicapai
oleh penerima mel. Selain itu, sistem ini turut menyediakan perkhidmatan fungsi
asas mel seperti buku alamat, penghantaran mel dan sebagainya.
vi
ABSTRACT
E-mail is an effective, fast and simple service to send and retrieve mail that
replaces the post services. The speed of e-mail far exceeds the speed of any express
post and any kind of manual postal service that exists. E-mail is widely used for
many purposes such as for business and teaching that are being used by many types
of people. Problems such as full inbox, no notification received before inbox
becomes full, viruses in the attachment files and unsolicited commercial e-mail can
affect the effectiveness of the e-mail system. Therefore, the purposes of this project
are to develop an e-mail client system that can show the users about the usage of
their mailbox and to filter unsolicited mail. System Development Life Cycle is
chosen as the methodology of this system. Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)
and Post Office Protocol (POP) are the protocol being used to send and retrieve mail.
For system development purpose, Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) and
Internet Information Service (IIS) are the software being used. This system is
defined to have three main functions that are to notify before inbox becomes full, to
filter unsolicited mail and to scan viruses in the attachment file. Besides that, this
system provides other basic mail system facilities such as address book, compose
mail and etc.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN PROJEK 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Matlamat 3
1.4 Objektif 4
1.5 Skop 4
1.6 Kepentingan Projek 4
viii
2 KAJIAN LITERATUR 6
2.1 Pengenalan 6
2.1.1 Bagaimana Mel Elektronik Berfungsi? 8
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 10
2.2.1 Stalker Internet Mail Server (SIMS) 10
2.2.1.1 Ciri-Ciri SIMS 10
2.2.2 SurgeMail 11
2.2.2.1 Ciri-Ciri SurgeMail 12
2.2.3 Microsoft Exchange Server (Exchange) 13
2.2.3.1 Ciri-Ciri Exchange 14
2.2.4 Perbandingan Antara Sistem-Sistem
Sedia Ada 15
2.2.5 Kajian Ke Atas Fungsi Mengimbas Virus 16
2.2.5.1 MailScanner 16
2.2.5.2 A Mail Virus Scan (AMaViS) 17
2.2.6 Perbandingan Antara MailScanner
Dan AMaViS 18
2.2.7 Kajian Ke Atas Fungsi Penapisan
Mel Sampah 18
2.2.7.1 Great Basin Internet Services 18
(GBIS) Filtering System
2.2.7.2 Eudora Filter 19
2.2.8 Perbandingan Antara GBIS Filtering
System Dan Eudora Filter 21
2.3 Protokol–Protokol Yang Digunakan 22
2.3.1 Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) 22
2.3.1.1 Operasi SMTP 23
2.3.2 Post Office Protocol Version 3(POP3) 24
2.3.3 Multipurpose Internet Mail Extensions
(MiME) 27
2.3.4 Justifikasi Protokol Yang Digunakan 29
2.4 Kesimpulan 30
ix
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Metodologi Yang Digunakan 32
3.2.1 Fasa Perancangan 32
3.2.2 Fasa Analisa Keperluan 34
3.2.3 Fasa Rekabentuk 35
3.2.4 Fasa Pembangunan 35
3.2.5 Fasa Perlaksanaan 36
3.3 Analisa Keperluan Sistem 37
3.3.1 Keperluan Perkakasan 37
3.3.2 Keperluan Perisian 37
3.4 Microsoft Windows XP Professional 38
3.5 Internet Information Services 38
3.5 Microsoft Active Server Pages 39
3.6 Macromedia Dreamweaver MX 40
3.7 Grisoft AVG Antivirus 40
3.8 Internet Explorer 40
4 HASIL ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Senibina Sistem 41
4.3 Fungsi-Fungsi Yang Terlibat 42
4.3.1 Fungsi Notis Pemberitahuan 43
4.3.2 Fungsi Penapisan Mel 43
4.3.2.1 Menapis Mel Berdasarkan
Alamat Mel 47
4.3.2.2 Menapis Mel Berdasarkan Jenis
Fail 48
4.3.2.3 Menapis Mel Berdasarkan Medan
Subjek Mel 49
4.3.2.4 Menapis Mel Berdasarkan Isi
x
Kandungan Mel 50
4.3.3 Fungsi Mengimbas Virus Pada Kandungan
Fail Attachment 52
4.3.4 Fungsi-Fungsi Asas Sistem Mel 53
4.3.4.1 Baca Mel 53
4.3.4.2 Hantar Mel 54
4.3.4.3 Padam Mel 56
4.3.4.4 Penggunaan Buku Alamat 58
4.4 Spesifikasi Input dan Spesifikasi Output 60
4.4.1 Spesifikasi Input 60
4.4.2 Spesifikasi Output 61
4.5 Rekabentuk Antaramuka 61
4.5.1 Modul Login 63
4.5.2 Modul Inbox 63
4.5.3 Modul Compose 64
4.5.4 Modul Contact 64
4.5.5 Modul Folder 64
4.5.6 Modul Filter 64
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 65
5.1 Persekitaran Pembangunan 65
5.2 Implementasi 66
5.2.1 Antaramuka Masuk Sistem 66
5.2.2 Antaramuka Baca Mel 69
5.2.3 Antaramuka Hantar Mel 72
5.2.4 Antaramuka Buku Alamat 75
5.2.5 Antaramuka Folder 79
5.2.6 Antaramuka Penapisan Mel 81
5.2.7 Paparan Pemnberitahuan Saiz Peti
Masuk 85
5.3 Pengujian 87
5.3.1 Masuk Sistem 88
xi
5.3.2 Hantar Mel 88
5.3.3 Padam Mel 89
5.3.4 Tambah, Padam dan Kemaskini Buku
Alamat 89
5.3.5 Penapisan Mel 90
5.4 Kesimpulan 90
6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 91
6.1 Pencapaian dan Hasil Akhir 91
6.2 Kelebihan Sistem 91
6.3 Kekurangan Sistem 92
6.4 Cadangan Pembaikan Sistem 93
6.5 Kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI 95
LAMPIRAN A - E 97 - 117
BAB 1
PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan
Mel elektronik bukanlah suatu media yang asing dalam bidang komunikasi
masa kini. Penggunaannya yang meluas meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan,
pengajaran dan komunikasi seluruh dunia dapat membantu masyarakat dalam
menjalankan komunikasi dengan lebih pantas, menghantar data atau maklumat
dengan cepat samada di dalam mahupun ke luar negara dan menghubungkan
manusia walau di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa. Pengguna mel
elektronik bukan lagi terdiri daripada pekerja-pekerja di pejabat ataupun pakar-pakar
teknologi maklumat, malah pelajar sekolah rendah turut memiliki mel elektronik
mereka sendiri. Oleh itu, pelbagai sistem mel elektronik diwujudkan samada yang
berbayar atau tidak seperti Hotmail, Yahoo dan Gmail untuk memenuhi kehendak
pelanggan.
Sistem mel elektronik secara asasnya membenarkan pengguna untuk
menghantar mel, mencapai mel yang diterima, memadam mel yang tidak diperlukan
dan menyimpan mel. Bagi membenarkan pengguna menggunakan perkhidmatan
yang disediakan, pengurusan pelanggan sistem mel elektronik adalah penting. Oleh
itu, Sistem Pelanggan Mel Elektronik dibangunkan untuk membantu dalam
menguruskan sistem mel elektronik dengan lebih berkesan. Sistem Pelanggan Mel
Elektronik merupakan sistem yang bertindak untuk menguruskan mel-mel bagi setiap
pelanggannya yang berdaftar. Ia bermula daripada seseorang pengguna mendaftar
kepada sistem mel elektronik hinggalah pengguna tadi tidak mahu menggunakan
2
sistem tersebut. Pelayan mel merupakan komponen yang penting dalam mentadbir
pengurusan sistem mel. Antara pengurusan yang dijalankan oleh pelayan mel
elektronik ini ialah menguruskan penghantaran mel daripada pengirim kepada
penerima dengan tepat, menguruskan capaian mel oleh penerima daripada mengirim,
memastikan mel yang diterima tidak mempunyai virus dan pelbagai lagi.
Walaupun pelayan mel telah menyediakan perkhidmatan untuk menguruskan
sistem mel, namun begitu terdapat jua masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu,
pembangunan Sistem Pelanggan Mel Elektronik dapat membantu dalam usaha untuk
menangani masalah-masalah yang dihadapi.
1.2 Pernyataan Masalah
i. Tiada notis peringatan sebelum peti masuk penuh
Kebanyakan sistem mel elektronik akan menghantar notis peringatan
kepada pelanggan apabila peti masuk mel mereka telah penuh. Ini
akan menyebabkan pelanggan tidak dapat menerima mel daripada
mana-mana penghantar. Jika notis dihantar lebih awal kepada
pelanggan, pelanggan boleh bersedia dengan memadam mana-mana
mel supaya dapat memberi ruang pada mel yang akan diterima.
ii. Kehadiran virus dalam fail attachment
Penyebaran virus dan cecacing (worm) melalui mel elektronik sudah
berada pada tahap epidemik dan akan bertambah buruk.
MessageLabs, melarikan sebuah perkhidmatan mengimbas virus pada
mel elektronik sebelum mel tersebut sampai kepada penerimanya.
Syarikat tersebut melaporkan bahawa satu daripada dua ratus dan satu
daripada empat ratus mel yang dihantar pada setiap hari mengandungi
kandungan virus. Sistem mel elektronik moden membenarkan
penghantaran dan pencapaian attachment dengan mudah. Fail
attachment boleh mengandungi fail program dan fail data yang telah
3
dijangkiti oleh virus-virus makro. Virus makro mampu untuk
merakam apa yang ditaip melalui papan kekunci dan menyimpan data
ini ke dalam fail data. Apabila fail data dibuka atau pengguna
menyimpan fail tersebut, arahan makro akan dilaksanakan. Sehingga
kini, hampir 90 peratus virus dan cecacing disebarkan melalui fail
attachment.
ii. Penerimaan mel sampah yang tidak diingini
Mel-mel elektronik berbentuk komersil lazimnya merupakan mel-mel
yang tidak diingini oleh kebanyakan pennguna. Ia menjadi satu
masalah kepada pengguna–pengguna mel. Skim piramid, tawaran
skim cepat kaya dan gambar-gambar tidak senonoh adalah antara mel-
mel yang tidak diingini. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan
peti mel pennguna dipenuhi dengan mel-mel tersebut. Apabila peti
masuk mel penuh, pengguna tidak menerima mel-mel baru selagi
pengguna tersebut tidak mengosongkan peti mel mereka.
1.3 Matlamat
Menghasilkan sebuah sistem pelanggan mel elektronik yang dapat
memberitahu pengguna mengenai kadar penggunaan peti mel dan menyediakan
fungsi penapisan mel sampah.
4
1.4 Objektif
i. Membangunkan sebuah sistem pelanggan mel elektronik yang
menyediakan perkhidmatan asas yang ada pada pelanggan mel lain
seperti menghantar mel, menambah folder baru dan buku alamat yang
meliputi fungsi tambah, kemaskini dan buang rekod
ii. Memberi peringatan kepada pelanggan sebelum peti masuk mel
mereka hampir penuh mengikut kuota peti masuk yang telah
ditetapkan
iii. Menapis mel sampah dengan empat cara yang berlainan iaitu
berdasarkan alamat mel, jenis fail, medan subjek dan kandungan
mesej
iv. Menyediakan perkhidmatan mengimbas virus sebelum membuka fail
attachment yang diterima
1.5 Skop
i. Menggunakan Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) untuk
menghantar mel dan Post Office Protocol (POP3) untuk mencapai mel
yang diterima
ii. Menggunakan pelayan MailEnable sebagai pelayan mel
iii. Menggunakan perisian Grisoft AVG sebagai pengimbas virus bagi
setiap fail attachment yang diterima
iv. Beroperasi dalam persekitaran sistem pengoperasian Windows
1.6 Kepentingan Projek Tujuan utama projek ini adalah membangunkan sistem mel elektronik yang
mampu untuk mengimbas virus pada fail attachment yang diterima pada peti masuk
sebelum dimuat turun oleh pengguna dan menapis mel-mel yang tidak mahu diterima
5
oleh pengguna. Dengan adanya fungsi mengimbas virus ini, ia dapat mengelakkan
pengguna daripada terus memuat turun fail yang diterima kerana dikhuatiri
mengandungi virus. Ini memandangkan virus dan cecacing disebarkan melalui fail
attachment. Jika fail tersebut terus dibuka oleh pengguna tanpa melakukan
pengimbasan, dikhuatiri fail tersebut mengandungi virus yang boleh menyerang
sistem pengoperasian komputer pengguna. Manakala fungsi penapisan pula
membenarkan pengguna untuk menghalang mana-mana mel yang tidak diingini
daripada menghantar mel kepada pengguna. Ini bagi mengelakkan pengguna
menerima mel-mel sampah yang akan memenuhkan peti masuk.
Top Related