TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA (TITAS)
BAB 1: INTERAKSI PELBAGAI
TAMADUN DI MALAYSIA:
PENGALAMAN SEJARAH
Dr. Amini Amir Abdullah
Interaksi antara pelbagai tamadun
Interaksi tamadun Melayu dengan China
Interaksi tamadun India dengan China
Nilai-nilai universal antara tamadun
Persamaan dan perbezaan nilai universal tamadun
Contoh interaksi bahasa antara tamadun
Contoh interaksi budaya antara tamadun
Contoh interaksi kebudayaan dan kesenian antara tamadun
Contoh interaksi ilmu antara tamadun
Pendahuluan
“Interaksi ialah hubungan, pertemuan, dan
komunikasi yang berlaku antara
kelompok, masyarakat dan negara”.
Proses interaksi didorong oleh:
i. agama (dalam perspektif tamadun Islam)
ii. semangat toleransi yang tinggi
iii. sikap saling menghormati dan
iv. semangat saling memahami antara satu
sama lain.
Pendahuluan
Kelangsungan tamadun
Sikap terbuka menerima sebarang perubahan dan
pengaruh tamadun lain.
Kesan interaksi antara tamadun:
i. Perkongsian nilai,
ii. Pemikiran,
iii. Model institusi
iv. Pemupukan nilai murni
v. Persefahaman kaum
vi. Jati diri
vii. Sikap keterbukaan
KESAN POSITIF DAN NEGATIF
INTERAKSI TAMADUN
Kesan Interaksi Tamadun Cina-
India:
i. Positif - penyebaran agama
Buddha, teknologi pengeluaran
gula daripada tebu, astronomi
dan kesusasteraan.
ii. Pembuatan kertas, bahan
letupan dan penggunaan
kompas dipelajari oleh tamadun
India.
Elemen luar yang diasimilasi
dan diadaptasikan dengan
budaya tempatan (local culture)
telah menjadi pemangkin bagi
sesebuah tamadun melangkah
maju ke tahap yang lebih tinggi.
Kesan negatif hasil
interaksi tamadun
ialah seperti
Peperangan Salib
dan Peristiwa
Holocaust –
pembunuhan Yahudi
Eropah seramai 6
juta oleh Nazi
Jerman.
Perdagangan dan Interaksi Tamadun
Faktor yang dominan
Pedagang India dan Cina
ketika zaman Kesultanan
Melaka
Transmisi budaya dan adat
resam Melayu-India-Cina.
Interaksi Tamadun India dan Tamadun
Cina Dan Kesannya
Interaksi India-Cina – sebelum
kurun ke-2 SM.
Peranan penting Laluan Sutera –
Laluan perdagangan
Kurun ke-2M – Interaksi India-
Cina berlaku di Asia Tenggara
dalam konteks perdagangan.
Kesan Interaksi Tamadun Cina-India (1)
Penyebaran Buddhisme
1. Zaman Han Timur – Kurun Pertama Masehi
– Agama Buddha dibawa masuk.
2. Wakil Maharaja dihantar ke India
mempelajari Buddhisme.
3. Kitab dan Sami Buddha dibawa masuk ke
China.
4. Pengalaman Hsuan Tsang selama 16 tahun
mendalami Buddhisme di India.
5. Mempelajari Bahasa Sanskrit dan
menterjemahkan karya mengenai Buddhisme.
Interaksi Tamadun dan Inisiatif
Penterjemahan
700 tahun Terhasil koleksi
Tripitaka
3673 teks dalam 15,628 jilid
Inisiatif 200 orang penterjemah
Tripitaka (mencakupi
Mahayana dan Hinayana)
Interaksi Tamadun – Penyesuaian
Elemen Luar
1. Buddhisme disesuaikan dengan
budaya tempatan.
2. Ia juga disesuaikan dengan Daoisme
dan Confusianisme
3. Tidak menjejaskan agama asal
Buddha.
4. Tujuan: Lebih mudah diterima oleh
masyarakat
Interaksi Tamadun Cina Dengan Tamadun
India: Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
Zaman Dinasti Sui Sumbangan Tamadun India
Ilmu fonetik bahasa Cina
(sebelumnya sukar
dipelajari) mengalami
perubahan drastik.
Manfaat diambil oleh
kesusasteraan Cina.
Peralatan muzik Cina.
Struktur muzik tujuh nota
setiap tala.
Kegemaran bangsawan dan tentera
Cina
Ilmu fonetik Sanskrit
dipelajari oleh orang Cina
dari India melalui ajaran
Buddhisme.
Kitab Buddha membekalkan
panduan dan rujukan dari
segi perbendaharaan kata,
tema, gaya dan genre.
Seni muzik dan alat muzik
(pipa dan konghou) India
Struktur muzik India
Muzik dan tarian dari India.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN
TAMADUN CHINA: SEJARAH
Hubungan antara China dengan Alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi
- Sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).
Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang
utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta
mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.
Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan
hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu
daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti
Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.
Interaksi Antara Pelbagai Tamadun
Interaksi membawa perkara dan hasil yang positif untuk pengembangan dan kemajuan sesuatu tamadun. Ia boleh membawa kepada pengwujudan penciptaan baru dan penemuan dalam sains dan teknologi. Sebagai contoh, orang-orang Islam pernah menerima kaedah orang-orang Greek dalam melakukan ujikaji. Tetapi orang Islam telah memperbaiki kaedah itu dengan lebih baik ditambah dengan semangat mengkaji yang tinggi, ketelitian dan sikap kesabaran yang tinggi dalam melakukan penyelidikan.
Hasil/Output
Percambahan Intelektual Penciptaan Baru Penemuan Sains/Teknologi
Proses Peningkatan
Terjemah dan Belajar Daripada Tamadun Lain
Interaksi dan Kontak
Interaksi Tamadun (MULA)
Proses Pinjam Meminjam
Transmisi Ilmu Pengayaan Ilmu Penambahbaikan Semangat dan Sikap Yang Tinggi
Signifikan Interaksi Tamadun 1
Interaksi antara tamadun juga boleh menyubur dan memperkukuhkan sesuatu tamadun. Apa tidaknya, tamadun yang banyak melakukan interaksi, akan membawa kepada proses pinjam meminjam dan transmisi ilmu pengetahuan dan maklumat.
Pengayaan ilmu akan berlaku dan ini menyumbang kepada percambahan intelektual dan membawa natijah yang bermakna.
Di era globalisasi ini, pengaliran maklumat akan memudahkan berlakunya interaksi tamadun.
Signifikan Interaksi Tamadun 2
Apabila berlaku interaksi ilmu antara tamadun, maka satu tamadun akan mempelajari ilmu daripada yang lain.
Maka, akan berlaku proses pemindahan ilmu terutamanya melalui cara meneliti sesuatu produk baru atau usaha penterjemahan karya asing ke dalam bahasa tempatan.
Para sarjana akan mempelajari bahasa asing sebelum melakukan usaha penterjemahan itu.
Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun
India: Peminjaman Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
Karunia Kurnia
Duta Duta
Lembaga Lembaga
Candi Candi
Kala Senja Di kala senja
Pertiwi Pertiwi
Cara Secara
Mantra Mentera
Bahaya Bahaya
Mala petaka Malapetaka
Bencana Bencana
Interaksi antara tamadun juga akan menghasilkan
berlakunya peminjaman istilah dan bahasa asing
dan adaptasi bahasa dan istilah itu dengan bahasa
tempatan.
Contoh Peminjaman Bahasa
• Portugis - Sepatu (Sepato), Almari (Armario), Sekolah (Escola), Limau (Limao), Garfu (Garfo), Jendela (Janela), Tualha (Tuala)
• Latin - Esprit de Corp (kerjasama berpasukan), per se (semata-mata) dan magnum opus (karya agung)
Indonesia - Rumah Sakit, Bicara,
• Sanskrit – Lokakarya, Dasawarsa, Dewa (Deva), Sengsara (Samsara), Dosa, Duka (Dukkha), Rupa (Rupa)
• Arab – Nur, Wajib, Sunat, Solat, Allah, Nikah, Batin
Jawa – Tempe, Adipati (Raja), Berangasan (Naik angin)
• Inggeris – Book (Buku), Mind (minda), Ball (bola), Komited (committed)
• Cina - Tauhu – Taukua (soya beku), Taiko (ketua), Mahjong, Kongsi, Apek, Samseng, Samsu, Beca, Nyonya, Popia, Angpau, Sempoa dan Cingge
• Tamil – Tosai, Marukku, Roti, Papedom,
• Tom Yam (Masakan Panas) - Siam
Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun
Barat: Peminjaman Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Indoctrination Indoktrinasi
Doctrine Doktrin
Combination Kombinasi
Assimilation Asimilasi
Nuggets Naget
Burger Burger
Hot Dog Hotdog
Globalization Globalisasi
Integration Integrasi
Interaction Interaksi
Sample Sampel
Penerimaan elemen tamadun luar akan membawa kepada
kelangsungan sesuatu tamadun di samping memperkasa sesuatu
tamadun. Dalam sains dan teknologi, perkara ini tidak dapat disangkal
lagi.
Elemen Luar
Pemerkasaan Tamadun
Kelangsungan Tamadun
Kemuncak Tamadun
Pengukuhan Sistem Kepercayaan Melalui
Interaksi Tamadun
Terdapat juga kebaikan dari segi pengukuhan sistem kepercayaan apabila berlakunya interaksi tamadun. Tamadun Jepun misalnya, menerima pengaruh agama Buddhisme dan Konfusianisme daripada China dan Korea dalam proses pertumbuhan agama Shintoisme.
Maka Shintoisme Jepun bukanlah sistem kepercayaan yang berdiri dengan sendiri tetapi merupakan adunan sistem kepercayaan Buddhisme dan Konfusianisme.
Bahkan pandangan semesta, sistem nilai, falsafah dan kosmologi agama Buddha dan Konfusian meresap masuk dan banyak mempengaruhi Shintoisme.
Interaksi Tamadun Cina Dengan Melayu-
Islam
Dinasti Tang (Datangnya Islam)
Dinasti Yuan Dan Dinasti Ming (Zaman Keemasan
Islam)
Kerajaan Islam mula dibentuk ketika zaman
Dinasti Ming (1368-1644) –Diasaskan oleh Chu Yuan
Chang
Dinasti Manchu menindas orang Islam- contohnya
melarang pembinaan masjid dan melarang ulama
luar daripada masuk
Laksamana Cheng Ho
Laksamana Cheng Ho (Zeng He) diperintahkan pada 11 Julai 1405 oleh Maharaja Zhu Di supaya belayar di seluruh perairan dunia dengan matlamat mencari kekayaan untuk negara.
Laksamana Cheng Ho mendapat bantuan: 1. 30,000 kelasi dan tentera laut 2. 7 pegawai utama istana 3. Ratusan pegawai Ming, 4. 180 tabib, 5. 5 pakar astrologi 6. dan puluhan tukang masak, jurukira, tukang kayu,
tukang besi, pakar herba dan penterjemah beberapa bahasa utama dunia.
Penjelajahan Laksamana Cheng Ho
Antara 1405 hingga 1433 (28 tahun), angkatan laut Cheng Ho telah mendarat di lebih 30 penempatan dan pelabuhan termasuk wilayah-wilayah yang kemudian menjadi negara Vietnam, Kepulauan Melayu, India, Iran dan Kenya.
Cheng Ho belayar sebanyak tujuh kali dalam masa 28 tahun dengan membawa kekuatan armada berjumlah kira-kira 28,000 ke lautan Barat dan Asia Pasifik.
Fakta Mengenai Penjelajahan
Laksamana Cheng Ho
Video Klip Mengenai Pelayaran Laksamana Cheng Ho
Sekadar Pemerhatian!!!
Permulaan Interaksi Cina-Melayu
Ilmuan China sudah lama datang
ke Kepulauan Melayu sejak zaman
klasik lagi.
Ilmuan China dikatakan telah
datang sejak abad ke tujuh
Sriwijaya untuk menuntut ilmu
mengenai kebudhaan sebelum
pergi ke India.
Apa Yang Berlaku?
Bahasa Melayu Kuno telah digunakan untuk menterjemahkan teks-teks agama Buddha ke dalam bahasa Cina.
I-Tsing telah menyalin 500,000 naskhah seloka
daripada Sriwijaya untuk dibawa pulang ke
China yang kemudiannya digunakan oleh
maharaja untuk menghasilkan kesusasteraan
sendiri.
Bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya ialah K’un Lun,
merupakan bahasa yang sama dipakai di
kawasan laut di selatan China.
Impak Interaksi Tamadun Cina-Melayu
Menurut Liang Liji (1996: 83), kerajaan Dinasti Ming (khususnya ketika Maharaja Cheng Zhu 1403-1425) telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Melaka.
Bahkan kerajaan tersebut telah menubuhkan Balai Bahasa Negeri-negeri Asing (Si Yi Guan) dan di bawah balai ini terdapat Jabatan Islam (Hui Hui Guan) yang menempatkan pengajar untuk melahirkan jurubahasa dalam bahasa Melayu, Parsi, Arab, Jawa dan lain-lain.
Jurubahasa ditugaskan untuk membantu maharaja dalam soal komunikasi. Ini menunjukkan sudah wujud interaksi antara tamadun Melayu dengan China sejak kurun ke 15.
Impak Interaksi
Kamus dwibahasa Cina-Melayu
pertama sudah terhasil pada tahun
1403 yang menonjolkan istilah
Melayu tertulis dalam aksara
Mandarin bagi memudahkan
sebutan di kalangan khalayak
orang China.
INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN:
INTERAKSI TAMADUN CINA DAN MELAYU DI
TANAH MELAYU.
Interaksi peradaban Islam dan tamadun Cina memang wujud dan erat sejak zaman dahulu.
Ia memperlihatkan unsur-unsur kerjasama dan perpaduan.
Cina sebagai sebuah peradaban tidak mempunyai `masalah' dengan tamadun Islam.
2. Interaksi Tamadun Cina dengan Tamadun Islam
Terdapat ungkapan bahasa Arab lama-“Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”.
Tiada bukti yang tepat tentang kedatangan Islam ke
China tetapi ada pendapat ianya melalui para pedagang yang melalui jalan-jalan perdagangan laut yang utama ketika itu.
Kisah orang-orang Arab direkodkan melalui penulisan di dalam “Chinese Annals” pada era pemerintahan Dinasti Tang ( 618-907).
Masyarakat Islam di negara
China (1)
Terdapat 10 kumpulan minoriti Islam di negara China
dan dari segi etnik ia dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama.
1. Mereka yang terdiri dari puak-puak yang dikenali sebagai Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik,Uzbek, Tartar dan Baoan.Mereka berasal dari Manchuria, Mongolia, Sinkiang, Persia dan Asia Tengah.
2. Kumpulan yang dikenali sebagai kaum Hui yang menguasai bahasa Cina dan memakai pakaian seperti orang-orang Cina. Asal keturunan mereka adalah dari negara-negara seperti Tanah Arab, Persia dan juga Asia Tengah yang telah berhijrah ke negara China sewaktu zaman pemerintahan dinasti-dinasti T’ang, Sung dan Yuan.
Masyarakat Islam di negara China
(2)
Umat Islam Di Cina berjumlah lebih 60
juta.
Mengikut beberapa sumber dari China,
adalah dipercayai bahawa Islam telah
sampai ke negara China di zaman
pemerintahan Dinasti Tang dan pernah
mencapai kegemilangannya ketika
pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti
Ming. Ia mengalami kemerosotan di zaman
Dinasti Manchu.
Masyarakat Islam di negara China
(3)
Pada tahun 1911 pemerintahan Dinasti Manchu digulingkan dan digantikan dengan Republik China yang berpusat di Nanjing 1912, dan kemudian berpindah ke Peking.
Penduduk yang beragama Islam pula boleh didapati di mana-mana bahagian atau di semua daerah negara China. Namun begitu kebanyakan penduduk yang beragama Islam berada di beberapa daerah seperti Xinjiang (wilayah autonomi Uighur), wilayah autonomi Hui Ningxia,Yunnan, Shaanxi, Gansu, Hebei, Honan, Shandong, Sichuan and Shanxi. (Brian, 1996)
Mudahnya Interaksi Tamadun Cina
dengan Tamadun Melayu-Islam (1) Tamadun Cina amat selesa berdampingan dengan tamadun Melayu kerana
beberapa faktor:
1. Orang Melayu adalah orang-orang yang lebih rasional dan lebih halus budi pekerti dan perangainya.
2. Dari segi sejarah, Islam telah lama bertapak di China dan tiada masalah yang berlaku di China.
3. China menerima kepimpinan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tanpa sebarang masalah. Orang Melayu juga menerima baik kepimpinan di Tanah Besar China.
4. Sikap dan semangat toleransi orang Melayu yang diwarisi daripada ajaran Islam dan orang Cina dengan falsafah etika Taoisme, Konfusianisme dan Buddhisme.
Mudahnya Interaksi Tamadun Cina
dengan Tamadun Melayu-Islam (2)
Ideologi Moralisme: pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu boleh dibentuk sama ada menjadi baik ataupun jahat. Pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan tingkah laku.
Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. Antara pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat, akhlak dan kejayaan.
Interaksi Tamadun Di Tanah Melayu
Pada tahun 1931, jumlah orang-orang
China dan India telah melebihi jumlah
penduduk Melayu. Interaksi tamadun
ketika ini sudah hampir menuju kemuncak
dengan kewujudan masyarakat yang
benar-benar plural. Ini membawa kepada
masalah-masalah politik dan sosial yang
menjadi cabaran kepada peredaran,
kesatuan dan pencapaian kemerdekaan.
Cabaran Dalam Interaksi Tamadun Di
Tanah Melayu (1)
Setiap kelompok etnik menubuhkan pertubuhan politik dan sosial masing-masing. Orang-orang China membawa budaya kongsi gelap daripada Tanah Besar China. Hal ini menimbulkan masalah pada kurun ke 18 dan 19.
Budaya kongsi gelap berdasarkan foundasi kelompok dan puak.
Cabaran Dalam Interaksi Tamadun Di
Tanah Melayu (2)
Pada mulanya, orang-orang China menumpukan perhatian kepada keperluan ekonomi dan sosial imigran-imigran yang baru menjejakkan kaki di Tanah Melayu.
Imigran-imigran China mendapati mereka hidup dalam kepayahan dalam sesebuah negara di mana budayanya sangat berbeza dengan cara hidup mereka, diperintah oleh orang-orang yang mana bahasanya tidak boleh difahami dan dituturkan oleh mereka dan berbeza dengan kesejahteraan mereka. Ringkasnya, mereka mengalami perasaan tidak selamat dan hidup terasing.
Cabaran Dalam Interaksi Tamadun Di
Tanah Melayu (3)
Dengan cara menganggotai kongsi gelap, mereka merasakan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Kongsi-kongsi gelap juga terlibat dalam aktiviti perjudian dan pelacuran dan penyeludupan candu serta sering juga berlaku pergaduhan antara kongsi gelap kerana berebut penguasaan wilayah.
Dikatakan bahawa pada pengakhir kurun ke-19, berlaku kekalutan politik akibat daripada aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.
Perkembangan Semasa
Kegiatan kongsi gelap menjadi
semakin terkawal sekarang ini
kerana orang Cina menganggap ia
tidak lagi berfaedah bahkan
bertentangan dengan undang-
undang negara.
Kontrak Sosial dan Perlembagaan
Kontrak sosial dan
pembentukan Perlembagaan
Persekutuan menampilkan
persefahaman antara kaum
yang merupakan asas kepada
negara Malaysia yang kuat dan
jitu.
Kesan Interaksi Tamadun Melayu-Cina
INTERAKSI TAMADUN CHINA DAN INDIA DENGAN TAMADUN MELAYU:ASPEK MAKANAN
Hasil daripada interaksi tamadun, makanan orang Cina telah menjadi dalam lumrah kehidupan orang-orang melayu. Mee yang berasal daripada China telah diMelayukan dengan keuwjudan Mee Goreng Mamak, Mee Bandung, Mee Jawa, Mee Hailam, Mee Rebus dan berbagai jenis lagi.
Begitu juga, mee halus, mee segera, mee sanggul dan mee kering Cina menjadi semakin popular di kalangan orang-orang Melayu.
Tauhu, Taugeh, Yong Tau Fu adalah makanan yang berasal daripada tradisi Cina yang kini menjadi makanan popular orang-orang Melayu. Minuman air kacang soya, teh hijau, air bunga kekwa, lengkong, kelapa laut adalah minuman orang China yang juga sekarang ini menjadi kegemaran orang-orang Melayu.
Interaksi Tamadun Melayu-Cina: Aspek
Bahasa
BIDANG perkamusan Melayu (dalam bentuk senarai kata dwibahasa) di negara ini dimulakan oleh bukan orang Melayu yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.
Kemungkinan pencatat senarai kata Melayu-Cina, yakni senarai dwibahasa yang paling awal itu singgah di Semenanjung Tanah Melayu atau pulau-pulau Melayu berdekatan dengan semenanjung dalam perjalanan dari China ke India dan sebaliknya. Kemungkinan pencatat Cina ini adalah orang Cina yang datang bersama Laksamana Cheng Ho dan merupakan di antara pemastautin Cina paling awal di Melaka. (Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar)
Interaksi Melalui Pengembaraan Ilmu
Sejarah mencatatkan warga Islam China telah melanjutkan pelajaran ke negara luar sejak lebih 100 tahun lalu. Pada zaman awal kemasukan Islam, para sarjana dan ulama mengambil kesempatan belajar di Mesir semasa mengerjakan fardu haji. Selain itu, ada juga yang melanjutkan pelajaran di negara-negara Asia Tengah dan India.
Di luar negara, orang Cina terdedah kepada berbagai tamadun dan kemungkinan juga tamadun Melayu.
Permulaan Interaksi Tamadun Melayu –
Tamadun India Dan Bukti
Bermula seawal abad ke 3 sebelum Masehi.
Bukti: Bahan bertulis abad itu yang menyatakan tentang
kewujudan “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu).
Pedagang Melayu menyeberangi Teluk Bengal (ke India)
untuk mencari kain, logam, rempah ratus dan barangan
yang boleh dijadikan simbol untuk status sosial.
Pedagang India ke Tanah Melayu pula untuk mendapatkan
emas sesuai dengan gelaran Suvarnabbumi (Tanah Emas)
yang mereka berikan kepada Semenanjung Tanah Melayu.
Orang India menyebarkan juga agama dan kebudayaan dari
India.
Golongan Chitti Melaka mendirikan penempatan di
Melaka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU-INDIA
Sebelum pengaruh India mula menapak, Asia Tenggara sudah mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun orang Melayu sudah menjalin hubungan rapat dengan kerajaan Hindu di India.
Kesan tamadun India dikenalpasti dengan wujudnya negara yang mengamalkan agama-agama India, kesenian, budaya dan bahasa Sanskrit sebagai bahasa suci.
Buddhisme, Hinduisme dan Bahasa
Melayu
Buddhisme dan Hinduisme memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan membentuk budaya di Asia Tenggara sejak kurun pertama Masehi.
Empayar Melayu Nusantara sudah wujud sejak tahun 600 Masehi. Kemudiannya bahasa Melayu menjadi lingua franca di seluruh daerah takluk dan pemerintahan Sri Vijaya.
Kerajaan India Di Semenanjung Tanah
Melayu
Kerajaan-kerajaan India semasa zaman historic ialah:
• Lembah Bujang, Kedah
Empayar Langkasuka
• Pada peringkat permulaannya adalah di bawah teraju Parameswara merupakan raja keturunan kerajaan Sri Vijaya.
Kerajaan Melaka (bermula
tahun 1100 Masehi)
• Beribu kota di Palembang
• (Bermula dari Pulau Luzon di Filipina hingga ke Segenting Kra di Thailand),
Empayar Sri Vijaya (kurun 600 ke 1200 Masehi)
Empayar Hindu Funan,
Kemboja
Parameswara (1402-1414) Megat Iskandar Shah [Parameswara's Muslim name)
(1414-1424)
Sri Maharajah (Muhammad Shah)
1424-1444
1. Parameswara Dewa Shah s/o Princess of Rohan (1444-1446)
2. Raja Kassim (Muzaffar Shah) (1446-1459)
Raja Muhammad (banished to Pahang) Alauddin Riayat Shah
(1477-1488)
Sultan Mahmud (1488-1528)
Pengaruh Brahmanisme
Pengaruh-pengaruh Brahman tamadun India begitu berpengaruh di Alam Melayu terutamanya di istana dan kraton Melayu dalam aspek upacara-upacara istana, majlis rasmi Negara dan gelaran-gelaran yang masih wujud hingga sekarang.
Tidak dapat dinafikan bahawa kesannya turut mempengaruhi masyarakat awam.
Pengaruh Wayang Kulit Dalam Interaksi
Tamadun
Dalang dalam persembahan
wayang kulit dianggap sebagai
penjelmaan semula Vishnu dan
peranan dalang ialah untuk
membuat persembahan kepada
Siva (Guru Agung) dan kepada
semua Tuhan-tuhan minor seperti
Ramayana dan Mahabrata.
Pengaruh Hinduisme Dalam Interaksi
Tamadun
Di Pantai Timur, amalan pemujaan, bersemah dan puja pantai adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu tradisional.
Dikatakan bahawa 15,000 orang nelayan mengamalkan amalan khurafat ini sehinggalah Mufti Terengganu mengeluarkan fatwa menegah perkara itu pada tahun 1959.
Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu
Selepas Daripada Kedatangan Islam (1)
Cerita-cerita popular Hindu berbanding
dengan cerita metos Hindu lebih
berpengaruh dalam kesusasteraan
masyarakat Melayu dan system
kepercayaan Melayu.
Manakala amalan-amalan animistik yang
berbagai bentuk sudah semacam sebati
dalam budaya hidup Melayu sejak zaman
awal lagi.
Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu
Selepas Daripada Kedatangan Islam (1)
Kecenderungan pada sinkritisme Islam pada peringkat awalan penyebaran Islam di Alam Melayu telah menghasilkan pentafsiran semula amalan-amalan animistic yang berbagai bentuk itu.
Proses sinkritisme Islam dikatakan tidak sempurna kerana amalan dan kepercayaan yang berkaitan dengan Hinduisme atau pengaruh animistic tempatan masih lagi berterusan ketika itu.
Interaksi Tamadun India-Melayu
Makanan orang-orang India seperti capati, vasalode, maruku juga sudah menjadi makanan orang-orang Melayu.
Kari yang berasal daripada India dengan nama balti telah mengalami pengubahsuaian dan menjadi antara makanan popular rakyat Malaysia.
Tidak diketahui daripada mana asalnya teh tarik, tetapi ia dipercayai adalah tradisi warisan rakyat Malaysia. Cumanya kebelakangan ini ia menjadi kegemaran rakyat negara India di India.
Pengaruh Islam Dalam Masyarakat Melayu: Interaksi
Tamadun Islam Dengan Tamadun Melayu Awalan.
Namun demikian, terdapat beberapa faktor yang membentuk elemen-elemen Islam dalam sistem kepercayaan masyarakat Melayu, antaranya:
Pengaruh cerita naratif popular pengaruh Syiah yang datang daripada para pendakwah Parsi dan India
Kesediaan ahli sufi dan beberapa pendakwah zaman Islam di Alam Melayu yang membenarkan penggabungan elemen ajaran Islam dengan kepercayaan tempatan.
Sistem Kepercayaan dan Interaksi
Tamadun
Binatang, roh nenek moyang dan objek-objek lain dianggap sebagai keramat yang tinggal dalam tempat-tempat tertentu.
Binatang atau penunggu dianggap sebagai keramat yang menghuni tempat-tempat tertentu. Binatang dan penunggu juga dianggap sebagai penjaga sesuatu tempat atau objek-objek semulajadi lain (seperti pokok, batu dan busut).
Kebiasaannya orang tengah dianggap sebagai perantara (mediator) dalam mendapatkan sesuatu yang diingini.
Hasil karya Melayu pertama
berkaitan dengan kepercayaan
masyarakat Melayu ialah
Hikayat Abdullah iaitu sebuah
karya autobiografi Abdullah bin
Abdul Kadir Munshi yang
diterbitkan pada tahun 1835.
Pengaruh Bahasa Sanskrit
Batu Bersurat Terengganu mengandungi
kata pinjaman Sanskrit yang bercampur
dengan istilah bahasa Melayu asli. Walau
bagaimanapun, pengaruh bahasa Sanskrit
tidaklah ketara berbanding bahasa Arab
dan Melayu.
Di Kepulauan Melayu, pengaruh India mula
tersemai benihnya pada abad pertama
Masehi lagi.
Peranan Imam Dalam Memurnikan
Animisme dan Dinamisme
Para Imam dalam masyarakat Melayu
lampau berperanan besar sebagai
agen yang menyucikan Islam dan
membawa nilai-nilai universal Islam
dalam masyarakat dan membentuk
amalan masyarakat tempatan yang
bertepatan dengan ajaran Islam yang
sebenar.
Pemurnian Fahaman Sesat, Animisme
dan Dinamisme (1)
Ramai daripada kalangan masyarakat Melayu tradisional menganggap tidak salah menggunakan formula magik, jampi, mantera, tangkal (charms atau talisman) dan azimat (spells).
Idea-idea dan ritual yang berkaitan dengan pertanian, perikanan dan penyembuhan penyakit di kalangan masyarakat, penyembahan keramat dan pergantungan kepada bomoh/dukun/pawang bersaing dengan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional.
Pemurnian Fahaman Sesat, Animisme
dan Dinamisme (2)
Penyembuhan penyakit juga kebiasaannya
menggunakan objek-objek yang dipercayai
mempunyai semangat atau mantera yang
ditujukan kepada roh atau semangat
animistik.
Amalan penyembuhan penyakit di kubur
keramat bertujuan memohon kepada yang
mati mengenai sesuatu permintaan yang
dihajati.
Pemurnian, Fahaman Sesat, Animisme
dan Dinamisme (3)
Semangat objek-objek alam semulajadi dan
“penunggu” alam semulajadi dipohon untuk
memperolehi kejayaan dalam setiap aktiviti
kehidupan.
Objek-objek penyembahan dalam kehidupan
Melayu tradisional termasuklah makam-makam
keramat yang semasa hidup mereka dianggap
mempunyai kelebihan yang luarbiasa.
Islam telah menghapuskan semua fahaman yang
menyeleweng ini.
Top Related