Download - Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

Transcript
Page 1: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

1

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1.0

PENDAHULUAN

Page 2: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

2

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENDAHULUAN

Tugasan bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester 3 ini

merupakan tugasan di bawah bimbingan Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. Tugasan kali ini memerlukan guru pelatih untuk melakukan satu tinjauan

ke atas murid-murid di sekolah berkenaan dengan pengambilan makanan seimbang

yang diamalkan.

Tinjauan yang dilakukan adalah berbentuk soal selidik dengan mengedarkan

borang yang mengandungi beberapa soalan berkaitan dengan pemahaman murid-

murid mengenai pengambilan makanan seimbang. Seperti yang diketahui umum,

makanan seimbang merupakan salah satu daripada faktor penting yang

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan khususnya kanak-kanak. Melalui

pengambilan makanan yang seimbang dengan kadar yang tepat mampu

memberikan kanak-kanak kesihatan yang terjaga selain membantu mereka

menjalani rutin harian dengan lebih bertenaga.

Selain melakukan tinjauan berbentuk soal selidik, tugasan ini juga

memerlukan guru pelatih untuk menyatakan beberapa cadangan yang mana dapat

membantu murid-murid sekolah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Cadangan-cadangan ini seharusnya berbentuk cadangan yang realistik agar mudah

untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Melalui cadangan yang pelbagai, hal ini

sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan dan

pertumbuhan kanak-kanak ke arah yang lebih sihat.

Page 3: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

3

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Diharapkan tugasan ini mampu memberi sedikit maklumat yang boleh digunapakai

oleh guru pelatih yang lain dalam usaha membantu meningkatkan perkembangan

dan pertumbuhan kanak-kanak di sekolah kelak.

2.0

Page 4: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

4

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN SOAL SELIDIK

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG

MURID TAHUN 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN

2A, NEGERI SEMBILAN

Page 5: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

5

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN SOAL SELIDIK AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG MURID TAHUN 4 SK SEREMBAN 2A,

NEGERI SEMBILAN

Pengenalan

Suatu tinjauan berbentuk soal selidik telah dijalankan semasa Program Pengalaman

Berasaskan Sekolah dilakukan. Tinjauan soal selidik dilakukan bertujuan untuk

mengetahui berkenaan dengan amalan pemakanan seimbang yang diambil oleh

murid-murid sekolah. Selain bagi mengetahui amalan pemakanan murid-murid

sekolah, tinjauan ini juga dilakukan bagi mengenalpasti tahap pemahaman murid-

murid sekolah ke atas gaya pemakanan yang dikatakan seimbang.

Latar Belakang Tinjauan

Tinjauan soal selidik ini dilakukan ke atas 15 orang murid tahun 4 Delima Sekolah

Kebangsaan Seremban 2A, Negeri Sembilan. Responden yang berupa murid

sekolah ini diberi borang soal selidik semasa ketiadaan guru di dalam kelas. Borang

soal selidik yang diberikan terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu:

i) Bahagian A - Maklumat Peribadi Murid

ii) Bahagian B - Amalan Pemakanan Murid

iii) Bahagian C - Kefahaman Murid tentang Makanan Seimbang

Soalan soal selidik berbentuk likert-scale di mana murid boleh memilih pilihan

jawapan berdasarkan beberapa pilihan yang diberikan.

Dapatan Tinjauan

Berdasarkan tinjauan soal selidik yang dilakukan, beberapa maklumat telah

diperolehi. Dalam soal selidik tersebut, seramai 15 orang murid tahun 4 Delima telah

berjaya menjawab soalan soal selidik tersebut dengan jayanya.

Page 6: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

6

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Jadual 1 : Komposisi murid yang terlibat dengan

soal selidik

Carta Pai 1

Lelaki53%

Perempuan47%

Dalam 15 orang murid tahun 4 Delima yang terlibat dengan tinjauan soal selidik ini,

seramai 8 orang murid adalah murid lelaki iaitu sebanyak 53% manakala selebihnya

adalah murid perempuan berjumlah 7 orang murid.

Murid-murid ini terdiri daripada latar belakang keluarga yang berbeza namun

kebanyakkannya memiliki kedudukan yang baik iaitu daripada keluarga yang elit.

Hal ini diakui oleh guru kelas 4 Delima sendiri iaitu Puan Nor Idayu Bt. Abdul Malek.

JANTINA Lelaki Perempuan

BILANGA

N

8 7

Page 7: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

7

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Hal ini dapat dibuktikan melalui purata pendapatan keluarga sepertimama yang

tertera pada jadual di bawah:

PURATA PENDAPATAN

KELUARGAGUNDALAN BILANGAN

0-999 0

1000-1999 / 1

2000-2999 /// 3

3000-3999 /// 3

4000-4999 //// 4

5000-5999 / 1

6000-6999 0

7000-7999 // 2

8000-8999 / 1

9000-9999 0

Jadual 2 : Purata Pendapatan Keluarga Murid

Carta Palang 1

Page 8: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

8

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

0-999 1000-1999

2000-2999

3000-3999

4000-4999

5000-5999

6000-6999

7000-7999

8000-8999

9000-9999

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

4.5

PURATA PENDAPATAN KELUARGA

Julat Pendapatan

Bilangan

Jika dilihatkan kepada carta palang di atas, boleh dikatakan murid-murid yang terlibat

dengan soal selidik ini berasal daripada keluarga yang memiliki purata pendapatan

keluarga antara RM1000 – RM10 000. Tidak mustahil murid-murid ini mampu

membeli pelbagai makanan yang sedap-sedap dan mahal harganya.

Melalui tinjauan soal selidik ini juga, maklumat berkenaan dengan tinggi dan

berat murid turut diperolehi. Hal ini adalah bagi bertujuan mendapatkan indeks jisim

tubuh bagi setiap murid ini. Indeks jisim tubuh atau lebih dikenali sebagai BMI

merupakan salah satu tanda ukuran bagi mengetahui sama ada seseorang memiliki

berat yang ideal iaitu sihat atau pun berlebihan berat atau mungkin kekurangan

berat. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, berikut merupakan maklumat

indeks jisim tubuh bagi resonden yang mengambil soal selidik ini:

JULAT

BMIKATEGORI 2012 2013

<15.0 Kekurangan berat teruk 5 7

Page 9: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

9

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

15.0-15.9 Sangat kekurangan berat 3 2

16.0-18.4 Kurang berat 2 3

18.5-24.9 Normal 5 3

25.0-29.9 Berat berlebihan 0 0

30.0-34.9 Obesiti Kelas I 0 0

35.0-39.9 Obesiti Kelas II 0 0

>40 Obesiti Kelas III 0 0

Jadual 3 : Kadar BMI Murid

Carta Palang 2

Kekuran

gan bera

t teru

k

Sanga

t kek

uranga

n berat

Kurang b

erat

Normal

Berat b

erleb

ihan

Obesiti Kela

s I

Obesiti Kela

s II

Obesiti Kela

s III

0

2

4

6

8

Perbandingan BMI

Kategori

Bila

ngan 2012

2013

Sepertimana yang dapat dilihat jelas, terdapat turun naik dalam perubahan BMI

murid berdasarkan dua tahun yang berturut-turut iaitu tahun 2012 dan tahun 2013.

Maklumat berkenaan BMI murid ini merupakan maklumat tepat memandangkan

ianya diperoleh daripada data murid simpanan guru kelas. Berdasarkan carta palang

Page 10: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

10

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

di atas, kebanyakkan daripada responden iaitu murid tahun 4 Delima ini jatuh ke

dalam kategori kurang berat.

Namun begitu, berlaku penurunan dalam kategori NORMAL dari segi jumlah

murid yang mana sebelum ini seramai 5 orang bagi tahun 2012 kepada 3 orang pada

tahun 2013 ini. Begitu juga bagi kategori SANGAT KURANG BERAT. Sedikit

penurunan berlaku. Berbeza pula dengan kategori KEKURANGAN BERAT TERUK

dan kategori KURANG BERAT yang mana kedua-dua kategori ini mengalami

peningkatan dari segi bilangan murid.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa secara puratanya, murid sekolah ini

mengalami kadar kekurangan berat yang agak serius. Perkara ini bukan sahaja

dibuktikan melalui tinjauan soal selidik yang dilakukan, malahan sekolah ini turut

memaparkan peratusan murid yang jatuh ke dalam kategori SUSUT TERUK agak

tinggi sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 :

Analisa BMI Murid SKS2A Tahun 2013 yang diletakkan di kantin sekolah

Page 11: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

11

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Dalam tinjauan ini juga,soalan berkenaan dengan pengambilan sarapan dan

senarai makanan yang diambil turut dikemukakan. Soalan ini dikemukakan

bertujuan untuk mengetahui makanan yang kerap diambil oleh murid-murid ini ada

waktu pagi, tengahari dan malam.

Carta Pai 2

PENGAMBILAN

SARAPAN

PAGI

BILANGAN

Ya 11

Tidak 4

Jadual 4 :

Bilangan murid yang mengambil

sarapan

Kebanyakkan daripada murid yang terlibat dengan tinjauan ini didapati

mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah. Daat dilihat dalam carta pai di atas,

majoriti murid mengambil sarapan yang mana seperti kita ketahui, sarapan pagi

sememangnya suatu perkara penting yang perlu diambil tidak kira kanak-kanak

mahupun orang dewasa. Turut ditanyakan di dalam tinjauan ini ialah jenis makanan

yang diambil ketika sarapan. Berikut merupakan hasilnya:

JENIS MAKANAN

YANG DIAMBIL

KETIKA SARAPAN

GUNDALAN BILANGAN

Nasi Goreng // 2

Mi Goreng 0

Sandwich ///// 5

Bijirin //////// 8

Lain-lain 0

Ya73%

Tidak27%

Page 12: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

12

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Jadual 5 : Jenis Makanan Sarapan Pagi

Carta Palang 3

Nasi Goreng Mi Goreng Sandwich Bijirin Lain-lain0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Series1

Soalan berkenaan dengan jenis makanan ditanya bertujuan bagi melihat

sejauh mana murid mengetahui berkenaan dengan jenis makanan yang mereka

ambil pada waktu pagi. Berdasarkan carta palang di atas, makanan yang menjadi

pilihan utama bagi murid-murid ini adalah bijirin. Seramai 8 orang daripada 15 orang

responden ini memilih bijirin sebagai makanan yang diambil ketika sarapan yang

mana kita tahu bijirin sememangnya merupakan makanan yang biasa diambil ketika

sarapan.

Selain itu, umum sedia maklum bahawa kanak-kanak gemar dengan makanan

segera seperti snek keropok, gula-gula, biskut dan tidak dilupakan juga makanan

segera seperti KFC, McDonalds, Pzza Hut dan sebagainya. Disebabkan itu, tinjauan

ini turut mengemukakan satu soalan bagi melihat bilangan murid yang gemar dengan

makanan segera.

Carta Palang 4

Page 13: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

13

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Ya

Tidak

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bilangan Murid yang Gemar Mengambil Makanan Segera

Series1

Merujuk kepada carta palang 4, majoriti murid yang terlibat dengan tinjauan

soal selidik ini menggemari makanan segera. Namun begitu, terdapat juga segelintir

murid yang tidak menggemari makanan segera yang sebenarnya tidak baik untuk

kesihatan apa lagi kanak-kanak yang masih dalam proses pertumbuhan dan

pembesaran.

Selain daripada senarai jenis makanan yang dimakan pada waktu pagi

sebagai sarapan, soal selidik ini turut mengemukakan soalan berkenaan dengan

jenis makanan yang sering diambil oleh responden untuk makan tengahari dan

makan malam.

Carta Palang 5

Page 14: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

14

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Nasi

Dagin

gIka

n

Sayur

-say

uran

Buah-

buah

an

Lain

-lain

02468

101214

Makan Tengahari

Carta Palang 6

Nasi

Daging Ik

an

Sayur

-say

uran

Buah-

buah

an

Lain-

lain

0

2

4

6

8

10

12

14

16Makan Malam

Melalui soal selidik ini, beberapa jenis makanan telah disenaraikan sebagai

pilihan untuk murd-murid ini. Kesemua murid didapati mengambil nasi pada waktu

tengahari dan malam. Namun ada juga yang hanya memakan buah pada waktu

tengahari dan malam. Tidak daat dipastikan sebab keada pilihan mereka namun

murid-murid ini mempunyai pemahaman bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan

merupakan makanan yang baik untuk kesihatan walaupun tidak ramai yang

Page 15: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

15

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

mengambilnya pada waktu tenahari dan malam. Kiranya, nasi merupakan makanan

utama yang diambil sebagai menu utama dalam pemakanan sehari-harian murid-

murid ini diikuti dengan ikan, sayur-sayuran, daging dan akhir sekali buah-buahan.

Secara keseluruhannya, bahagian awal dalam dapatan kajian ini lebih berkisar

kepada maklumat peribadi dan pengambilan pemakanan yang sering diamalkan oleh

murid-murid ini. Bagi melihat sejauh mana kefahaman murid-murid ini berkenaan

dengan amalan makanan seimbang, satu bahagian berbentuk soalan likert-scale

telah disediakan. Soalan dalam bahagian ini dibentuk dengan memberi beberapa

pilihan kepada murid sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan kenyataan yang

diberikan. Melalui pandangan atau pilihan yang diberikan murid ini, kefahaman

mereka ke atas amalan pemakanan seimbang dapat diketahui. Pilihan jawapan

yang diberikan mengikut skala adalah seperti di bawah:

1. SANGAT TIDAK SETUJU

2. TIDAK SETUJU

3. TIDAK TAHU

4. SETUJU

5. SANGAT SETUJU

Berikut merupakan peratusan kefahaman murid mengikut soalan yang diberikan:

SOALAN 1

Mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan.

Page 16: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

16

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 4 4 7

Jadual 6

Carta Pai 3

Tidak Tahu27%

Setuju27%

Sangat Setuju47%

SOALAN 2

Saya lebih suka makan pada lewat malam.

Page 17: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

17

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALA Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 6 8 1 0 0

Jadual 7

Carta Palang 7

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju

Sangat Setuju

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

BILANGAN

SKALA

SOALAN 3

Pengambilan gula yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kencing manis.

Page 18: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

18

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 4 3 2 4 2

Jadual 8

Carta Pai 4

Sangat Tidak Setuju27%

Tidak Setuju20%

Tidak Tahu13%

Setuju27%

Sangat Se-tuju13%

SOALAN 4

Sarapan perlu di ambil setiap pagi untuk mendapatkan tenaga.

Page 19: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

19

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 2 4 9

Jadual 9

Carta Palang 8

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

SKALA

BILANGAN

SOALAN 5

Buah-buahan sangat penting untuk dimakan pada setiap hari.

Page 20: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

20

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 0 6 9

Jadual 10

Carta Pai 5

Setuju40%

Sangat Setuju60%

SOALAN 6

Sentiasa mengambil sayur-sayuran untuk membantu proses penghadaman yang

baik.

Page 21: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

21

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 3 3 9

Jadual 11

Carta Palang 9

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju

Sangat Setuju

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Series1

BILANGAN

SKALA

SOALAN 7

Air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam

badan.

Page 22: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

22

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 1 3 11

Jadual 12

Carta Pai 6

Tidak Tahu7%

Setuju20%

Sangat Setuju73%

SOALAN 8

Memakan makanan yang berlemak boleh menyebabkan kegemukan.

Page 23: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

23

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 1 0 1 6 7

Jadual 13

Carta Palang 10

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Tahu Setuju Sangat Setuju0

1

2

3

4

5

6

7

8

SKALA

BILANGAN

SOALAN 9

Meminum susu boleh menguatkan tulang.

Page 24: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

24

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 0 4 11

Jadual 14

Carta Pai 7

Setuju27%

Sangat Setuju73%

SOALAN 10

Ikan merupakan makanan yang mengandungi banyak protein.

Page 25: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

25

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SKALASangat Tidak

SetujuTidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju Sangat Setuju

BILANGAN 0 0 0 4 11

Jadual 15

Carta Palang 11

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Tahu

Setuju

Sangat Setuju

0 2 4 6 8 10 12

BILANGAN

SKALA

Kesimpulan

Sebagai menyimpulkan laporan bagi tinjauan soal selidik ini, didapati

responden yang merupakan murid-murid sekolah tahun 4 Delima SK Seremban 2A

Page 26: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

26

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

mempunyai kefahaman yang baik dalam amalan pemakanan seimbang. Hal ini

terbukti melalui analisa 10 soalan likert-scale yang diberikan kepada mereka.

Kefahaman yang baik dalam amalan pengambilan makanan seimbang

sememangnya sangat berguna bagi murid-murid ini agar mereka tahu akan

kepentingan mengambil makanan yang sesuai untuk membantu dalam pertumbuhan

dan perkembangan mereka. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat segelintir murid

yang masih tidak mengetahui akan rasional dan akibat sekiranya mengambil sesuatu

makanan sama ada berkhasiat atau tidak. Ianya jelas kelihatan pada pilihan

jawapan TIDAK TAHU yang masih ada antara murid yang memilihnya. Tuntasnya,

murid seharusnya didedahkan dengan maklumat yang berkesan berkenaan dengan

amalan pengambilan makanan seimbang sdari kecil lagi.

Page 27: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

27

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

3.0

CADANGAN

MEMBANTU

PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN KANAK-

KANAK DI SEKOLAH

Page 28: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

28

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

CADANGAN-CADANGAN DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak merupakan suatu tahap yang

sangat penting bagi memastikan kanak-kanak itu dapat melalui proses pembesaran

yang baik. Jika dilihatkan kepada teori perkembangan dan pertumbuhan kanak-

kanak, kanak-kanak sebenarnya akan mengalami perkembangan khususnya dalam

banyak aspek seperti perkembangan motor/otot, bahasa, kognitif dan juga

sosioemosi. Walaupun kanak-kanak berada dalam umur yang sama, namun kadang

kala wujud perbezaan besar dalam pertumbuhan kanak-kanak tersebut terutamanya

dari segi saiz, ketinggian, berat badan dan kepetahan dalam bercakap. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi

oleh dua aspek utama yang umum sedia maklum iaitu faktor baka dan persekitaran.

Sebenarnya, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sangat

dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Namun begitu, apabila dikaitkan

kanak-kanak dengan sekolah, maksudnya faktor utama yang ingin diketengahkan

adalah faktor persekitaran iaitu sekolah. Maka, sekolah yang merupakan

persekitaran yang paling rapat dengan kanak-kanak sangat memainkan peranan

yang penting dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh digunapakai oleh sekolah dalam usaha

membantu perkembangan dan pertumbuhan murid.

Salah satunya ialah mengadakan pelbagai program di sekolah yang

menyelitkan unsur-unsur pemakanan sihat dan aktiviti yang mampu meningkatkan

perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak di sekolah. Antara aktiviti yang boleh

dijalankan ialah mengadakan minggu sihat cergas yang mana dalam minggu

tersebut, guru-guru boleh mengatur aktiviti seperti ceramah, permainan, edaran

risalah dan jualan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan murid. Tambahan

Page 29: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

29

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

pula, murid perlu sentiasa didedahkan dengan maklumat yang boleh digunapakai

mereka dalam kehidupan seharian. Aktiviti yang diatur bukan sahaj berkisar kepada

penjagaan kesihatan, malahan guru perlu menyelitkan elemen lain dalam aktiviti

yang dijalankan seperti amalan pemakanan yang seimbang, jualan makanan-

makanan yang dapat menyihatkan tubuh murid, senaman dan aktiviti permainan

yang dapat meningkatkan daya fizikal dan emosi murid. Melalui pendekatan aktiviti

yang berupa permainan yang menarik, murid akan lebih tertarik untuk menyertai dan

dalam masa yang sama, pengetahuan berkenaan dengan penjagaan diri dan

perkembangan kanak-kanak dapat diterapkan.

Selain itu, sekolah juga boleh memantau menu harian yang disediakan oleh

pihak kantin sekolah bagi memastikan hidangan yang disediakan oleh pihak kantin

adalah menepati tahap makanan seimbang yang sepatutnya diambil oleh kanak-

kanak. Pihak sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak kantin bagi

merancang hidangan yang sepatutnya dijual dan dihidangkan di kantin sekolah.

Rujukan yang paling utama dalam perancangan penyediaan makanan di kantin

adalah dengan berdasarkan piramid makanan. Seharusnya pihak kantin juga

mempunyai pengetahuan yang luas mengenai makanan-makanan yang sesuai

diambil oleh kanak-kanak lebih-lebih lagi bagi membantu perkembangan dan

pertumbuhan dalam kadar yang optimum. Penyediaan makanan dengan

berdasarkan piramid makanan seimbang ini sangatlah penting kerana murid

menghabiskan hampir banyak masa mereka di sekolah dan sudah tentu mereka

akan sentiasa mendapatkan makanan daripada kantin sekolah sekiranya tidak

membawa bekal dari rumah.

Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang sangat penting yang

bertindak sebagai indikator dan penggerak kepada pengambilan amalan makanan

sihat kepada kanak-kanak. Amalan pemakanan sihat seharusnya menjadi salah

satu topik yang mampu merentas kurikulum dan bukan hanya tertumpu dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sahaja. Guru boleh menyelitkan topik

berkenaan dengan jenis pemakanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak bagi

membantu mereka dalam perkembangan dan pertumbuhan tubuh yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, malahan pendedahan kepada jenis-jenis makanan yang tidak

seharusnya diambil juga perlu diketengahkan oleh guru dalam P&P. Tambahan

Page 30: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

30

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

pula, guru boleh menjadi salah satu role model utama yang boleh dijadikan teladan

kepada murid-murid. tidak dilupakan juga, selain hal pemakanan seimbang, isu

kebersihan perlu guru utamakan dalam menyampaikan maklumat kepada murid. hal

ini boleh dikaitkan dengan keadaan yang tidak bersih yang mampu mengundang

banyak penyakit kepada murid yang seterusnya akan menyebabkan murid sakit dan

proses pertumbuhan terganggu.

Akhir sekali, pihak sekolah boleh menjemput pihak-pihak lain untuk

mengadakan program kesedaran di sekolah. Salah satu pihak berwajib yang boleh

dipanggil ialah pihak daripada Jabatan Kesihatan yang datangnya daripada pelbagai

pengkhususan terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan dan

pertumbuhan kanak-kanak. Dengan adanya ihak yang lebih berpengetahuan

berkenaan dengan hal-hal pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, hasrat

untuk membantu murid dalam mencipta pengetahuan berkenaan dengan perkara

yang sehharusnya dilakukan bagi membantu mereka akan lebih mudah dicapai.

Selain daripada badan kerajaan, badan bukan kerajaan juga boleh dijemput bagi

mengadakan pendedahan dan pemberian insentif dalam membantu murid dalam

meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan mereka. Contohnya, sekolah boleh

menjemput pihak pengeluar minuman susu berkhasiat seperti Dutch Lady Sdn. Bhd.

bagi memberikan maklumat berkenaan dengan kelebihan susu keluaran syarikat

mereka. Susu percuma mungkin boleh diberikansebagai salah satu langkah awal

kepada amalan pengambilan susu dalam kehidupan.

Justeru, pihak sekolah seharusnya memainkan peranan yang amat penting

dan bertindak aktif bukan hanya mementingkan kurikulum dan pencapaian sekolah,

namun keperluan kesihatan dan perkembangan murid juga perlu dipandang serius.

Dengan kerjasama yang baik antara sekolah dan ibu bapa, murid-murid dapat

dibantu dalam meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan mereka dalam

segenap aspek mengikut situasi yang optimum dan bersesuaian dengan umur

mereka.

Page 31: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

31

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

4.0

Page 32: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

32

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

RUMUSA

N

RUMUSAN

Melalui penelitian secara keseluruhannya ke atas tugasan ini, dapat disimpulkan

bahawa perkembangan dan pembesaran kanak-kanak merupakan perkara yang

amat penting dalam memastikan pembentukan insan yang cergas dan sihat. Dalam

Page 33: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

33

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

pada itu, kefahaman oleh kanak-kanak itu sendiri ke atas pengambilan makanan

seimbang perlu dibentuk dan disemai agar mereka tahu kepentingannya kepada

tumbesaran mereka.

Melalui pendedahan dari banyak pihak terutamanya persekitaran yang dekat

dengan murid seperti sekolah dan ibubapa, kanak-kanak mampu membentuk

kefahaman akan pentingnya pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan

mereka. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa makanan seimbang sangat suar

untuk diperoleh dalam persekitaran kanak-kanak dan ditambah lagi dengan

wujudnya makanan ringan yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Maka,

penerapan amalan ini perlu sentiasa diberi peneguhan keada kanak-kanak agar

amalan ini menjadi sebati dalam diri kanak-kanak.

Tuntasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang sangat besar dengan

mewujudkan kefahaman yang cukup kepada kanak-kanak berkenaan dengan

pengambilan makanan seimbang dan penjagaan kesihatan yang tepat. Guru

khususnya perlu menjadi role model dan menggalakkan murid-murid menjaga

kesihatan dan kebersihan diri yang mana mampu membantu dalam pertumbuhan

dan perkembangan mereka.

Page 34: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

34

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

5.0

RUJUKA

N

Page 35: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

35

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

RUJUKAN

Memahami Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak.

http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/memahami-pertumbuhan-

perkembangan-kanak-kanak-1.10639. Dilayari pada 27 Mac 2013.

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan.

http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/prinsip-pertumbuhan-dan-

perkembangan.html. Dilayari pada 27 Mac 2013.

Makanan Sihat untuk Kanak-kanak.

http://w1.bharian.com.my/articles/Makanansihatuntukkanak-

kanak/Article/print_html. Dilayari pada 26 Mac 2013.

Piramid Makanan. http://www.drypers.com.my/ms/Tahap- Anda/Artikel/?

contentId=174998. Dilayari pada 21 Mac 2013.

Piramid Jadi Panduan. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-

kenegaraan/9667-piramid-jadi-panduan.html. Dilayari pada 21 Mac 2013.

Page 36: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

36

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

6.0

Page 37: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

37

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REFLEKS

I

REFLEKSI DIRI

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Tuhan, dengan limpah kurniaan-Nya, dapat juga

saya menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di bawah kursus

Page 38: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

38

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi dengan jayanya. Tugasan yang diperuntukkan

selama 2 minggu ini merupakan tugasan wajib yang perlu diselesaikan sebagai

syarat lulus semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Tugasan ini

merupakan suatu tugasan berbentuk kajian tinjauan soal selidik ke atas sekolah

berkenaan dengan kefahaman murid mengenai amalan pemakanan seimbang dan

penyediaan cadangan yang boleh dilaksanakan oleh sekolah dalam usaha

membantu murid berkembang dan membesar.

Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh banyak kebaikan. Boleh

dikatakan tugasan ini membawa banyak kelebihan dan peluang kepada saya. Salah

satunya ialah saya dapat mengetahui kefahaman kanak-kanak berkenaan dengan

amalan pemakanan seimbang. Sejujurnya, semasa saya dan rakan dalam proses

merangka soalan bagi kajian soal selidik ini, kami agak berhati-hati kerana takut aras

soalan yang disediakan tinggi sehingga menyukarkan pemahaman murid sekolah

rendah ke atasnya. Tapi saya sangat bersyukur kerana tinjauan ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya walaupun responden yang dipilih merupakan murid

tahun 4 sahaja. Maksudnya, soalan yang saya dan rakan gubal itu menepati tahap

pemahaman murid sekolah rendah.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk melihat senarai-senarai atau jenis

makanan yang sering diambil oleh kanak-kanak dalam rutin harian mereka. tidak

dinafikan sememangnya kanak-kanak memangmenggemari makanan segera. Hal

ini jelas terbukti melalui hasil tinjauan yang saya lakukan. Ianya satu kelebihan buat

saya kerana melalui tinjauan sebeginilah saya dapat mengetahui dengan lebih

mendalam tentang amalan pemakanan kanak-kanak. Tambahan pula, melalui

tugasan ini, saya mendapati bahawa terdapat beberapa pandangan atau ekspektasi

awal yang jauh tersasar dari kenyataan sebenar yang wujud setelah melakukan

tinjauan ini. Pada awalnya, saya berpendaat bahawa ibubapa dengan gaji yang

tinggi pasti memiliki anak yang “sihat-sihat” yakni berada dalam kategori normal atau

berat berlebihan. Namun sangkaan saya sememangnya salah kerana melalui

tinjauan ini, walaupun ibu bapa kebanyakan daripada responden ini mempunyai

pendapatan yang tinggi, namun masih ramai antaa responden ini yang masuk ke

dalam kategori kurang berat badan khususnya. Hal ini jelas mengubah paradigma

Page 39: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

39

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

saya yang berpendapat bahawa sekiranya ibubapa mempunyai gaji yang besar,

anak-anaknya pasti berada dalam kesihatan yang normal.

Namun begitu, tidak dinafikan juga dalam proses menyiapkan tigasan ini, saya

menghadai beberapa masalah dan kekangan yang menjadikannya kelemahan dalam

tugasan ini. Kelemahan utama yang dapat saya rasai melalui tugasan ini ialah

kesukaran dalam menjalankan soal selidik ini. Hal ini kerana saya dan rakan agak

sukar untuk masuk ke kelas memandangkan kebanyakkan kelas dimasuki oleh guru

yang mengajar mereka. saya bimbang sekiranya saya minta untuk masuk ke kelas

ketika guru tersebut sedang mengajar pasti akan mengganggu sesi P&P yang

berlaku. Tapi saya sangat bersyukur keran Penolong Kanan 1 sekolah tersebut

memberi peluang kepada saya dan rakan untuk masuk ke kelaa yang mana kami

kendalikan sendiri.

Saya berpendapat tugasan ini tidak begitu banyak masalah yang

mengganggu memandangkan saya dapat atasi bagi memudahkan tugasan ini

diselesaikan. Alhamdulillah, saya mampu menyiapkannya dengan sempurna. Saya

berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua selain membantu

saya dalam persediaan menjadi bakal guru suatu hari kelak. Saya juga berharap

agar saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya perolehi selama dalam

proses menyediakan tugasan ini. Sesungguhnya ilmu tersebut dangat berguna pada

masa hadapan. Saya berdoa agar suatu hari nanti, saya dapat menjadi seorang

guru yang mampu membuka minda murid-murid di sekolah untuk mengubah

paradigma mereka berkenaan dengan kepentingan pengambilan makanan seimbang

sebagai salah satu amalan dalam kehidupan. Semua pasti berlaku dengan izin-Nya.

In Shaa Allah.

Sekian, terima kasih.

Page 40: Soal Selidik Amalan Pemakanan Seimbang

40

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

7.0

LAMPIRA

N