Strategi lulus BM ( lulus sahaja )31 Mei 2010Dalam peperiksaan
SPM Bahasa Melayu perlu lulus. Oleh yang demikian saya ingin
mencadangkan kepadapelajar beberapa tindakan yang perlu diambil
.
Karangan dapatkan antara 40 50 markah ( perlu cukup patah perkataan
/ isi yang minima / sesuai dengan kehendak soalan.
Rumusan dapatkan 15 daripada 30 markah penuh
Tatabahasa- dapatkan sekurang-kurangnya 6markah daripada 20 markah
penuh.mesti tahu apa yang boleh kita dapat markah. biasanya dalam
bahagian buat ayat dan membetulkan kesalahan ayat/
tatabahasa.
Kefahaman - dapatkan sekurang-kurangnya 10 markah 35 markah penuh.
untuk soalan pemahaman , soalan2 biasanya isi boleh didapati
daripada petikan sementara soalan KBKK biasanya boleh menerima idea
kita jika kita dapat menghuraikannya dengan ayat yang mudah tanpa
memerlukan huraian yang terperinci.
Novel dapatkan sekurang-kurangnya 6 daripada 15 markah.ianya boleh
dilakukan jika kita dapat berkenalan dengan semua soalan yang
pernah keluar dalam peperiksaan. Soalan banyak yang berulang. jadi
cuba kumpulkan soalan dan cara jawapan yang seharusnya kita boleh
dapat.
Target yang ingin dicapai
ulasan saya
Karangan
1. Pelajar dapat menulis karangan yang panjangnya melebihi 350
patah perkataan
2. Karangan yang diberikan penekanan ialah jenis karangan
gambaran
3. Karangan pelajar tidak terpesong daripada kehendak soalan
4. Karangan pelajar tidak banyak kesalahan bahasa
5. Target markah adalah antara 40 hingga 50 markah
Rumusan
1. Pelajar dapat menulis pengenalan bagi rumusan petikan dengan
betul ( 1 /2 M )
2. Pelajar dapat mengenalpasti isi tersurat yang ada dalam petikan
( sekurang-kurangnya 4 isi tersurat) 2 X 4 ( 8 M )
3. Pelajar dapat membuat kesimpulan daripada petikan 1 x 2 M ( 2 M
)
4. Pelajar dapat menulis rumusan yang panjangnya 120 patah
perkataan
5. Pelajar mendapat sekurang-kurangnya 5 markah bahasa
6. Target markah adalah sekurang-kurangnya 15 markah daripada 30
markah penuh
Tatabahasa
1. Pelajar dapat membuat 2 ayat daripada perkataan yang diberi (
sekurang-kurangnya 2 daripada 4 markah )
2. Pelajar dapat mengenalpasti dan membetulkan kesalahan ayat (
sekurang-kurangnya 4 markah daripada 6markah penuh )
Kefahaman
1. Pelajar dapat menjawab soalan kefahaman jenis prosa moden dan
puisi dengan ayat yang betul
2. Pelajar mendapat sekurang-kurangnya 10 markah daripada 20 markah
keseluruhan
Novel
1. Pelajar dapat menjawab dengan betul soalan novel
2. Pelajar mendapat markah sekurang-kurangnya 6 daripada 15 markah
penuh
Top Related