INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS
BERASASKAN ILMU (KKBI)
PROJEK: HERBARIUM
NAMA : EHSAN FAHMY BIN AZMEE (900117-09-5095)
NAZIRUL MUBIN BIN ISMAIL (900224-02-6239)
OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS
SEMESTER : SEMESTER 5 PISMP
AMBILAN : JANUARI 2010
PENSYARAH : CIK ROHANA BINTI JANTAN
PEMBIMBING
TARIKH HANTAR : 23 MAC 2012
Senarai kandunganBil Kandungan Muka surat
Borang kolaborasi -
Penghargaan -
Pengenalan 1
Strategi pengajaran sains 2 - 5
Laporan Perlaksanaan Strategi Pengajaran Sains
-Projek herbarium
6 - 11
Gambar Langkah Penghasilan Herbarium 12 - 13
Kelebihan, Kelemahan dan Penambahbaikan
Semasa menjalani projek Herbarium 14 – 16
Persembahan Powerpoint slide-Herbarium 17 - 27
Refleksi individu 28 - 31
Penutup
Bibliografi
Lampiran
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat kami
menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu bagi mata pelajaran Sains (PKB 3110) dengan
sempurna dan jayanya. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Rohana Binti Jantan selaku
pensyarah Sains yang saya sanjungi yang telah banyak memberi sokongan dan bimbingan
kepada saya, rakan pasangan menjalankan projek sains ini iaitu saudara Nazirul dan rakan
sekelas dalam usaha melengkapkan kerja kursus ini. Walaupun masa yang diberikan untuk
saya menyempurnakan tugasan ini begitu lama, tetapi hasil daripada kerjasama yang diberikan
oleh beliau dapat saya menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa
baik tuan.
Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat serta rakan kumpulan saya yang telah
memberi tunjuk ajar dan bantuan mereka semasa menyiapkan tugasan ini. Semoga segala
usaha dan kerjasama kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T.. InsyaAllah…
Mudah-mudahan kerja kursus ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan memberi
lebih kefahaman kepada saya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran serta hasil rujukan
bagi mata pelajaran Sains dalam kalangan murid-murid terutama murid-murid pendidikan khas
masalah pembelajaran. Saya juga berharap agar dengan kerja kursus ini juga dapat memberi
pengetahun dan pengalaman yang berguna kepada diri kami akan datang.
Sekian, terima kasih.
.
PENGENALAN
Bagi subjek Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains (3110) pada semester
5 ini, kami ditugaskan untuk memilih salah satu daripada strategi sains dan
melaksanakan strategi tersebut. Tugasan yang diberikan ini adalah berdasarkan
kepada pasangan praktikum kerana ia mempunyai kaitan dengan tugasan yang akan
dijalankan di sekolah semasa melaksakan praktikum.
Bagi kumpulan kami, kami telah memilih strategi menjalankan projek Herbarium
untuk dilaksanakan. Apa yang dimaksudkan dengan Herbarium ialah berasal dari kata “
hortus dan botanicus”, artinya kebun botani yang dikeringkan, biasanya disusun
berdasarkan pecim klasifikasi. Istilah herbarium lebih dikenal untuk pengawetan
tumbuhan. Herbarium adalah material tumbuhan yang telah diawetkan (disebut juga
pecimen herbarium). Herbarium juga bererti tempat dimana material-material tumbuhan
yang telah diawetkan disimpan.
Herbarium merupakan suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan
dan diawetkan melalui metode tertentu. Herbarium biasanya dilengkapi dengan data-
data mengenai tumbuhan yang diawetkan, baik data taksonomi, morfologi, ekologi,
mahupun geografinya. Selain itu dalam herbarium juga memuat waktu dan nama
pengkoleksi.
Herbarium juga merupakan salah satu sumber pembelajaran yang penting dalam
ilmu biologi tumbuhan. Herbarium merupakan koleksi kering yang dibuat berdasarkan
prosedur-prosedur tertentu dan memiliki tajuk-tajuk tersendiri. Secara umum ada dua
jenis herbarium,iaitu herbarium basah dan herbarium kering.
1.
STRATEGI PENGAJARAN SAINS
Dalam pengajaran sains, beberapa strategi dikenalpasti sebagai kaedah
menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Strategi-strategi pengajaran ini dilihat
dapat memudahkan proses pengajaran guru serta menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Antara strategi-strategi pengajaran sains
ialah:
1. Kaedah heuristik
Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan
pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi
pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
2. Kaedah induktif.
kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit
dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran
universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa.
3. Kaedah deduktif.
ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum
kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.
4. Kaedah Dogmatik
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi
untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang
berperingkat.
5. Kaedah projek.
pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan
panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.
2.
6. Kaedah amali.
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan
yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan
guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
7. Kaedah Lawatan.
Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah)
dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.
8. Kaedah Sintesis.
pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui.
berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.
9. Kaedah Topik
Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus
menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.
10. Kaedah Simulasi
Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk
pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini,
pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia
dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.
keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang
dimainkan itu.
11. Kaedah Cerita
Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh
meningkatkan minat dan motivasi pelajar.
12. Kaedah perbincangan 3.
Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam
kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau
kajian.
13. Kaedah Modular
Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses
pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti
membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu.
Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman
dan penguasaan.
14. Kaedah soal jawab
Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina
sebagai isi pelajaran yang lengkap.
4.
STRATEGI PENGAJARAN SAINS
STRATEGI PENGAJA
RAN SAINS
Heuristik
induktif ded
uktifdog
matikprojeklawa
tansintesis
topik
simulasi
cerita
perbincangan
modular
soal jawab
LAPORAN PERLAKSANAAN STRATEGI PENGAJARAN SAINS (PROJEK
HERBARIUM)
Pengenalan herbarium
Herbarium merupakan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan
yang disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik.Pencipta herbarium yang pertama
ialah Luca Ghini(1490-1556) yang merupakan seorang botani dari Bologna, Itali dimana
koleksi yang pernah dihasilkannya adalah sebanyak 300 spesimen(1551)
Contoh-contoh herbarium
6.
SEBELUM PERLAKSANAAN
Sebelum melaksanakan projek herbarium, kami telah memilih tumbuhan yang sesuai
untuk dijadikan sebagai sampel berdasarkan nsti-ciri tumbuhan tersebut yang
memudahkan untuk dilaksanakan ketika dilaksanakan semasa proses pembentangan di
dalam kelas. Tumbuhan yang dipilih ialah Pokok Akasia (Acacia auriculiformis).
Tumbuhan ini dipilih berdasarkan nsti-ciri tumbuhan ini dimana tumbuhan ini mudah
didapati di sekitar kawasan nstitute. Selain daripada memilih tumbuhan, beberapa
alatan yang penting perlu disediakan supaya projek tersebut dapat dilaksanakan di
dalam kelas. Antara bahan atau alatan yang diperlukan seperti:
1. Pemberat.
2. Kertas A3
3. Plastik pembalut.
4. Papan lapisan.
5. Surat khabar.
7.
SAMPEL YANG DIPILIH
Tumbuhan yang dipilih oleh kumpulan kami untuk dijadikan sebagai sampel projek ialah
Pokok Akasia(Acacia auriculiformis)
SEBAB PEMILIHAN POKOK AKASIA
1. Mudah didapati.
2. Bentuk bahagaian tumbuhan yang sesuai untuk dilekatkan pada kertas.
3. Tidak berbahaya (tidak berduri)
SEMASA PROSES PERLAKSANAAN
Perlaksanaan dilaksanakan di dalam kelas dimana penerangan mengenai projek
diberikan terlebih dahulu bagi memberi gambaran awal kepada pelajar-pelajar yang
lain. Terdapat empat langkah yang utama dalam menghasilkan herbarium kering.
antaranya ialah:
1. Collecting(mengumpul bahan)
2. Preserving and pressing(Memelihara sampel dan penekanan sampel)
3. Mounting.(pemasangan/melekatkan) 8.
4. Labelling.(melabel)
1. Collecting (mengumpul bahan)
Tumbuhan yang dipilih ialah Pokok Akasia(Acacia auriculiformis). Antara
bahagaian tumbuhan yang diambil daripada pokok ialah daun yang bersaiz besar,
dahan kecil, batang kecil, serta bahagian akar. Selain daripada itu, anak pokok Akasia
yang kecil juga diambil bagi menunjukkan keseluruhan pokok untuk diawet. Setelah
bahagian-bahagian pokok diambil dengan baik dan selamat, pokok Akasia tadi akan
dibersihkan.
2. Preserving and pressing (Memelihara sampel dan penekanan sampel)
Sampel dibersihkan untuk memastikan spesimen tidak berkulat semasa proses
penekanan herbarium. Proses yang seterusnya ialah proses penekanan, ambil dua
keping papan sederhana keras untuk dijadikan sebagi bahan penekan tumbuhan .
Kemudian papan dialaskan mengunakan surat khabar lama dan tumbuhan diletakkan
yang telah di pilih di atas kertas A3. Tumbuhan tadi dilapiskan semula dengan
menggunakan surat khabar dan pastikan tidak ada daun yang terlipat. Hal ini kerana, ia
akan menjejaskan kualiti herbarium yang dihasilkan. Kemudian papan diletakkan pada
lapisan kedua sebagai alas untuk mengelakkan tumbuhan menjadi rosak ketika masa
proses penekanan. Setelah tiga minggu berlalu medium herbarium dibuka semula dan
lihat hasilnya sama ada hasilnya baik atau tidak. Jika tidak ulangi proses seperti yang
telah diterangkan untuk mendapatkan sampel yang betul-betul kering. Lekatkan sampel
yang telah kering tadi pada kertas bersaiz A3 dan pastikan tumbuhan diletakan dengan
kemas dan teratur.
3. Mounting.(pemasangan/melekatkan)
Proses yang seterusnya ialah proses pelekatan sampel pada kertas A3.
Penyusunan-penyusunan yang betul dapat memudahkan untuk melihat ciri-ciri sesuatu
sampel. Terdapat pelbagai cara pelekatan yang boleh dilaksanakan. Antaranya dengan
menggunakan pin, gam, diikat dengan benang halus, atau dibiarkan diatas kertas
sahaja. 9.
Bagi kumpulan kami, kami telah memilih dengan melekatkan sampel dengan
menggunakan gam. Kaedah ini dipilih kerana pelekatan dengan menggunakan gam
adalah lebih kukuh dan dapat memelihara sampel daripada tertanggal.
4. Labelling.(melabel)
Langkah yang terakhir adalah melabel sampel yang dilekatkan pada kertas A3.
Dilakukan pada kertas yang sama dengan herbarium. Secara tradisionalnya, proses
melabel dilaksanakan secara tulisan,namun telah diubahsuai dengan menggunakan
label yang telah dicetak. Antara perkara yang perlu dilabelkan adalah seperti:
• -Nama saintifik dan famili.
• -Bahagian sampel.
• -Nama penghasil.
• -tarikh penghasilan .
Akhir sekali proses menghasilkan herbarium ialah dengan membalut sampel dengan
plastik.
10.
11.
PROSES PENGHASILAN HERBARIUM
GAMBAR LANGKAH PENGHASILAN HERBARIUM
1. Memilih sampel
2. Membersihkan sampel
3. Proses susunan 12.
3. Penekanan dengan menggunakan pemberat
4. Pelekatan
13.
Kelebihan, Kelemahan dan Penambahbaikan Herbarium
a. Kelebihan
Selepas proses perlaksanaan herbarium, pelbagai maklumat yang boleh kami rekodkan
serta kesimpulan daripada pemerhatian kami khususnya. Oleh itu, antara kelebihan
yang dapat kami simpulkan melalui perlaksaan projek herbarium ini ialah sebagai
pelengkap bahan praktikum alat bantu mengajar (ABM) yang secara langsung boleh
dibawa di dalam kelas atau ruangan dan sebagainya. Cara pembuatan yang tidak
terlalu sulit dan susah membolehkan mana-mana pihak atau murid-murid terutamanya
dapat melaksanakan projek ini dengan berkesan. Dengan membawa herbarium di kelas
kita dapat dengan mudah untuk mempelajari, mengidentifikasi suatu spesimen tertentu.
Selain itu, memudahkan praktikan meneliti tumbuhan yang dikaji tanpa harus
mengambil sample yang baru. Dari sudut yang lain, projek ini menerapkan unsur-unsur
nilai mencintai alam sekitar di mana semua jenis pokok mempunyai peranan yang
tersendiri dalam mengekalkan persekitaran serta ekosistem yang baik di sekeliling kita
di mana jua. Tanpa pokok musnahlah bumi.
b. Kelemahan
Antara kekurangan yang dapat kami nyatakan ialah dari segi waktu serta
masa perlaksaan yang lama untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada spesimen
pokok yang telah diambil. Walaubagaimanapun, seperti yang disedia maklum projek itu
sendiri adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk
mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta
menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Proses membuat projek herbarium
(kering) mempunyai empat langkah iaitu 1. Collecting (mengumpul bahan), 2.
Preserving and pressing (Memelihara sampel dan penekanan sampel), 3. Mounting
(pemasangan / melekatkan) dan akhir sekali 4. Labelling (melabel). Tumpuan diberi
semasa langkah satu dan dua.
14.
Semasa mengumpul bahan atau spesimen pokok haruslah mengambilnya
dengan berhati-hati daripada akar hingga pucuknya. Sekiranya salah satu terosak atau
terpotong dan sebagainya haruslah mencari tumbuhan pokok yang lain dengan sama
spesisnya. Pokok yang rosak tadi dibuang begitu sahaja. Kesannya tiada unsur
pemeliharaan ke atas tumbuhan tersebut. Kelemahan lain ialah spesimen mudah
mengalami kerosakan akibat kurangnya penjagaan yang terperinci ke atas spesimen
pokok tersebut. Contoh, membiarkan daunnya terlipat dan surat khabar tidak digantikan
dengan yang baru. Kesannya, pokok tersebut akan terkoyak dan bertompok. Malah,
penghasilan herbarium juga tidak dapat dielak daripada serangan kulat yang akan
menjadikan sampel rosak. Jika perkara ini berlaku, proses penghasilan herbarium perlu
diulangi daripada langkah-langkah awal lagi.
Selain itu untuk catatan merekod maklumat, frekuensi pemakaian yang cukup
tinggi untuk pengenalan dan pemeriksaan data secara manual, dalam pada itu tidak
boleh diakses secara bersama-sama oleh berberapa orang, tidak boleh diakses pada
bila-bila masa dan tidak boleh diakses dari jarak jauh.
c. Penambahbaikan
Setelah kita lihat dari kelebihan dan kelemahan yang dinyatakan, bolehlah kiranya kami
membuat perancangan dari segi penambahbaikan daripada projek yang kami jalankan.
Antara penambahbaikan yang boleh diambil kira ialah masa. Masa perlaksanaan
melakukan projek harus sistematik dan terancang dengan cara membuat jadual waktu.
Contoh, sekiranya projek ini memakan masa yang lama haruslah dibuat secara
berperingkat-peringkat seperti minggu pertama: cari bahan atau spesimen pokok sekali
dengan merekod nama pokok dan tarikh mengambil pokok tersebut, minggu kedua:
proses memelihara sampel dan penekanan sampel dan minggu yang seterusnya.
Penambahbaikan boleh diambil dari aspek keselamatan. Bahan seperti
pemberat sama ada kayu dan batu-bata setiap sudut bucunya perlulah ditampal atau
diasah sehingga tidak tajam.
15.
Akibatnya boleh menyebabkan kecederaan seperti luka di tangan. Selain itu, spesimen
pokok yang diambil tidak berduri, besar dan tinggi. Hal ini kerana, tidak sesuai bagi
murid-murid sekolah terutamanya murid masalah pembelajaran boleh mendatangkan
gangguan perjalanan projek ini.
Kemudian, sebagai bukti kelancaran projek tersebut harus merakam video setiap
langkah-langkah proses pokok diawet secara kering. Dengan cara ini, membolehkan
setiap orang dapat memahami proses pokok diawet secara kering.
16.
Top Related