STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
Disediakan Oleh ; Nassruto
SISTEM RESPIRATORI
(i) Pengenalan Secara Umum - Tiap-tiap makhluk hidup mempunyai
alat pernafasannya yang terbina untuk menyesuaikan proses pernafasan
makhluk itu.
- Dalam manusia, tugas pernafasan dijalankan oleh struktur-struktur yang membentuk sistem pernafasan.
- Tenaga yang diperlukan oleh sel-sel manusia diperolehi daripada reaksi kimia
hanya boleh berlaku dengan adanya oksigen.
- Sistem pernafasan membawa oksigen ke dalam darah mengeluarkan karbon dioksida dan wap air dari tubuh.
- Karbon dioksida merupakan bahan kumuh utama akibat dari reaksi kimia.
ORGAN-ORGAN SISTEM PERNAFASAN
(ii) Sistem pernafasan manusia terbina daripada salur udara dan paru-paru. Udara masuk ke dalam tubuh melalui struktur-struktur berikut,
(a) Rongga hidung.
(b) Faring.
(c) Laring.
d. Trakea.
(e) Bronkus ( 2 bronkus – kiri & kanan ).
f. Paru-paru ( 2 paru – paru kiri & kanan ).
(g) Alveolus
(A) RONGGA HIDUNG.
Posisi Dan Struktur.- Rongga hidung adalah tidak sama rata dan dibahagi kepada dua oleh septum.
- Dinding rongga hidung terbina daripada tulang dan rawan; di bahagian bawah ialah rawan dan di bahagian atas ialah dua tulang iaitu tulang ethmoid di bahagian atas sekali, tulang vomer di bahagian bawahnya dan di bahagian
anterior adalah rawan hyalin.
- Bumbungnya dibentuk daripada plat cribriform tulang ethmoid, tulang sphenoid, tulang frontal dan tulang hidung.
- Lantainya adalah dari bumbung mulut dan mengandungi lelangit keras (terbentuk dari tulang maxilla dan palatine) di depan dan lelangit lembut (terbentuk dari otot involuntary) di belakang.
- Dinding medial terbentuk dari septum; dinding lateral terbentuk daripada tulang maxilla, tulang ethmoid dan konka inferior; dinding posterior terbentuk oleh bahagian posterior faring.
- Rongga hidung mempunyai banyak salur darah dan dilapisi oleh sel-sel kolumnar bersilia yang mengandungi sel goblet yang menghasilkan mukus.
STRUKTUR HIDUNG
NASAL CAVITY
( b ) Faring
(b) FARING
Posisi Dan Struktur.
- Faring berbentuk tiub yang berukuran di antara 12-14 sm panjang. Ia berkedudukan di belakang rongga hidung, mulut dan laring. Bahagian atas faring adalah lebih luas.
Bahagian faring dibahagi kepada tiga:(1) Bahagian Naso-faring.
- Kedudukannya di belakang hidung.
- Bahagian sisi tepinya terdapat tiub auditori.
- Di bahagian posteriornya terdapat tonsil faring (adenoid) yang terbentuk daripada tisu limfoid.
(2) Bahagian Oro-faring.- Kedudukannya di belakang mulut.
- Bahagian dindingnya disebatikan dengan lelangit lembut yang membentuk dua lipatan.
- Di antara kedua-dua lipatan ini terdapat tonsil palatine iaitu pengumpulan tisu-tisu limfoid.
(3) Bahagian Laringo-faring.- Ia bersambung daripada
bahagian mulut dan menyambung terus dan menjadi oesofagus.
Struktur Faring mengandungi tiga lapisan tisu.
(i) Lapisan Membran Mukosa.- Di bahagian lapisan hidung
adalah dari jenis epithelium kolumnar bersilia.
- Di bahagian mulut adalah dari jenis epithelium leper berlapisan yang bersambungan dengan lapisan mulut dan oesofagus.
(ii) Lapisan Tisu Berserat.- Ianya adalah lapisan perantaraan.
- Ia lebih tebal di dalam bahagian hidung kerana kurang otot.
- Ia menjadi lebih nipis ke arah dalam faring kerana lapisan
otot adalah lebih tebal.
(iii) Lapisan Otot.- Mengandungi beberapa otot konstriktor.
- Otot berserat involuntari memainkan peranan penting
dalam proses menelan.
BEKALAN DAN EDARAN DARAH DAN BEKALAN SARAF.
- Dibekalkan oleh beberapa salur darah bahagian muka.
- Pengembalian darah adalah melalui pembuluh muka dan vena jugular dalaman.
- Bekalan saraf adalah daripada plexus faring.
- Bekalan parasimpatatik ialah daripada saraf vagus.
- Bekalan simpatatik ialah daripada saraf-saraf ‘superior cervical ganglion’.
(b) Laring
(A) LARING.
- Ia juga dikenali dengan nama peti suara.
- Ia bersambung dari akar lidah dan tulang hyoid ke arah trakea.
Posisi Dan Struktur.- Kedudukannya adalah dibahagian depan iaitu
bahagian laringo-faring dan bersamaan vertebra servikal yang ke 3, 4, 5 dan 6.
- Bentuknya lebih besar pada kaum lelaki selepas baligh.
- Ia terbentuk daripada beberapa bentuk rawan yang tidak teratur yang terlekat di antara satu sama lain oleh ligamen dan membran.
- Rawan-rawan yang utama ialah 1 rawan tiroid, 1 rawan krikoid, 2 rawan aritenoid da 1 epiglotis.
(a) Rawan Tiroid.
- Ia adalah rawan berpasangan dan yang terbesar sekali di antara rawan-rawan peti suara.
- Ia bermula dari belakang peti suara sebagai tanduk atas dan bawah (kornu supra dan infra), menghala kehadapan dan tamat sebagai buah halkum.
(a) Rawan Tiroid
(b) Rawan Krikoid.- Rawan ini menyerupai cincin khatim (signet ring).
- Di belakang peti suara bentuknya adalah segi empat.
(b) Rawan Krikoid
- Ia melilit ke hadapan di bawah rawan tiroid.
- Bahagian atas rawan ini dilapisi dengan sel epithelium leber berlapisan.
- Bahagian bawah rawan ini dilapisi dengan sel epithelium turus bersilia.
(c) Epiglotis.- Rawan ini berbentuk daun, pangkalnya tertanam dalam
lekuk rawan tiroid dan pinggir-pinggirnya yang lain bebas.
- Ia bertindak sebagai suatu tudung kepada peti suara.- Ia dilapisi dengan sel epithelium leper berlapisan.
EPIGLOTIS
(d) Rawan Aritenoid.- Ia merupakan rawan kecil, berpasangan dan berbentuk
piramid yang terdapat dipermukaan belakang peti suara.
- Peti suara benar adalah terlekat di rawan-rawan ini.
- Otot aritenoid, iaitu otot yang mengawal suara juga terlekat kepada rawan-rawan ini.
- Ia dilapisi oleh sel epithelium turus bersilia.
Bahagian Dalam Laring.- Permukaan dalam peti suara dilapisi dengan selaput
mukosa yang terbina daripada tisu epithelium turus bersilia (melainkan bahagian peti suara).
- Pita suara yang didapati dalam peti suara terdiri daripada dua jenis fiber iaitu,
(a) Peti Suara Benar.
- Ini ialah pita yang terbina daripada tisu berfiber yang elastik.
- Punca belakangnya terlekat kepada rawan aritenoid.
- Punca depannya terlekat di belakang biji halkum.
- Lapangan atau lipatan di antara pita-pita ini dikenali sebagai glotis.
(b) Peti Suara Palsu.
- Ini ialah lipatan daripada selaput mukosa yang melapisi permukaan dalam peti suara.
- Pita ini tidak terlibat dalam pengeluaran suara.
PETI SUARA
Bekalan Dan Edaran Darah Dan Bekalan Saraf.
- Bekalan darah kelaring adalah dari arteri laring superior dan inferior.
- Pengembalian darah ialah kepembuluh tairoid yang bersambung dengan pembuluh juglur dalaman.
- Bekalan saraf parasimpatatik ialah dari saraf laring superior iaitu cabangan saraf vagus.
- Bekalan saraf simpatatik ialah dari ‘superior cervical ganglion’.
(d) Trakea.
- Trakea ialah satu salur lebih-kurang 10 sm panjang bagi orang dewasa, dan ia terbina
daripada rawan-rawan berbentuk ‘C’.
- Permukaan belakang salur ini tidak ada rawan dan ia dilengkapi dengan selaput.
- Di antara rawan-rawan ini terdapat otot bebas.
- Rawan-rawan ini menguatkan dinding trakea dan menentukan edaran udara terus-menerus di dalamnya.
TRAKEA
STRUKTUR TRAKEA.
- Ia dibentuk daripada 16-20 rawan hialin berbentuk C.
- Rawan ini tidak lengkap di bahagian posterior.
- Tisu perantara dan otot involuntary menyertai rawan ini dan membentuk dinding posterior yang berbentuk tidak lengkap.
- Trakea mudah dikembangkan dan rawan-rawan mengelakkan tiub trakea daripada runtuh.
- Ketidak adanya rawan di bahagian posterior membenarkan trakea untuk mengembang dan menguncup berhubung den stimulasi saraf.
TRAKEA
TRAKEA
3 Lapisan yang menyelubungi trakea.
(a) Lapisan Luar – mengandungi tisu berserat dan elastik dan ianya
menyelubungi rawan.
(b) Lapisan Tengah – mengandungi rawan dan pengumpulan otot licin
yang membelit trakea dalam bentuk helikal.
(c) Lapisan Dalam – mengandungi tisu epithelium
turus bersilia dan mengandungi sel goblet yang menghsailkan mukus.
Trakea: Bekalan Dan Edaran Darah Dan Bekalan Saraf.- Bekalan darah ketrakea adalah daripada arteri inferior tiroid dan arteri bronkial.
- Pengembalian darah adalah melalui pembuluh tiroid inferior memasuki pembuluh brachiocephalic.
- Bekalan saraf parasimpatatik ialah daripada laring dan saraf vagus.
- Bekalan simpatatik ialah daripada ‘sympathetic ganglia’.
- Cecair limfa daripada sistem respiratori mengalir melalui noda limfa yang berdekatan dengan trakea dan bronki.
TRAKEA
(e) Bronkus.
- Ada 2 bronkus iaitu kiri dan kanan.
(a) Bronkus Kanan.
- Lebih luas, pendek dan kedudukannya lebih tegak berbanding bronkus kiri.
- Ianya berukuran lebih-kurang 2.5 sm panjang.
- Setelah memasuki paru-paru kanan di bahagian hilum ia terbahagi kepada tiga cabangan dan setiap satu cabang mmasuki setiap lobus paru-paru.
- Setiap cabang kemudiannya berpecah menjadi bercabang-cabang.
(b) Bronkus Kiri.- Panjangnya lebih-kurang 5 sm.- Ia lebih sempit berbanding bronkus kanan.- Setelah memasuki paru-paru ia bercabang dua memasuki dua
lobus di dalam paru-paru.- Setiap cabang kemudiannya berpecah menjadi bercabang-cabang.
Struktur Bronkus.- Ia dilapisi oleh tisu epithelium turus
bersilia.- Ia kemudiannya bercabang menjadi
bronkiol, bronkiol penghujung, duktus alveolar dan akhir sekali alveoli.
- Pada bahagian penghujung bronki rawan-rawannya menjadi tidak lengkap dan tiada langsung pada bronkiol.
Bekalan Dan Edaran Darah Dan Bekalan Saraf.
- Bekalan darah ke dinding bronki dan saluran pernafasan yang lebih kecil ialah melalui arteri bronkial kiri dan kanan.
- Pengembalian darah adalah melalui pembuluh bronkial. Di bahagian paru-paru kanan ia akan memasuki pembuluh azygos dan di sebelah kiri ia akan memasuki pembuluh superior intercostal.
- Bekalan saraf vagus akan merangsangkan penguncupan pepokok bronkus.
- Bekalan saraf simpatatik akan merangsangkan pengembangan pepokok bronkus.
- Cecair limfa dari saluran pernafasan akan dialirkan ke dalam rangkaian saluran limfa.
- Cecair limfa ini akan mengalir melalui noda limfa berdekatan trakea, tiub-tiub bronkial kedalam duktus thoracic kiri dan kanan.
PARU - PARU
Paru-Paru.
Posisi Dan Struktur Berkaitan.- Terdapat dua paru-paru dan setiap satu
berkedudukan di dalam ruang toraks.- Paru-paru ini di lindungi oleh tulang rusuk
dan otot intercostal.- Tiap-tiap paru-paru berbentuk runjung.
- Permukaan bawahnya terletak di atas otot diafram dan puncaknya tamat di atas laras tulang selangka.
- Permukaan sisi dalamnya cekung untuk kedudukan jantung dan cekungan paru-paru kiri lebih nyata berbanding paru-paru kanan.
- Dipermukaan sisi dalam itu terdapat hilum iaitu cabang tenggorok, salur darah, urat saraf, salur limfatika yang masuk ke dalam paru-paru melaluinya.
- Lapangan di antara permukaan-permukaan sisi dalam paru-paru dikenali sebagai ruang mediastinum iaitu jantung terletak di dalam ruang ini.
- Kedua paru-paru dilitupi oleh selaput paru-paru yang dikenali dengan nama selaput pleura. Selaput ini melipat ke dalam dan membentuk fisura yang membahagikan paru-paru kepada beberapa copeng.
- Paru-paru kanan mempunyai tiga copeng iaitu atas, tengah dan bawah manakala paru-paru kiri mempunyai dua copeng iaitu atas dan bawah.
PARU-PARU
KERATAN PARU-PARU
Bahagian Dalam Paru-paru.
- Paru-paru dibentuk daripada bronki, saluran udara kecil, alveoli, tisu perantara, salur darah, salur limfa dan saraf.
- Paru-paru kiri mempunyai dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. Setiap lobus di bentuk oleh sejumlah lobul.
- Lobul-lobul ini adalah pengumpulan bronkiol penghujung, bronkiol pernafasan, alveoli dan duktus alveoli.
- Apabila saluran pernafasan semakin bercabang struktur lobul ini berubah. Rawan-rawan akan berubah bentuk dan hilang, dinding lobul akan menjadi nipis sehingga tisu perantara dan otot diganti dengan satu lapisan tisu epithelium yang leper di dalam duktus alveoli dan alveoli.
- Cecair phosfolipid surfaktant yang dihasilkan oleh sel epithelium alveoli mengelakkan kekeringan pada duktus alveoli dan alveoli paru-paru.
ALVEOLUS
BRONKUS
Paru-paru: Bekalan Dan Edaran Darah Dan Bekalan Saraf.(i) Bekalan Darah Pulmonari.
- Arteri pulmonari terbahagi dua iaitu satu cabang
membawa darah tidak beroksigen ke kedua-dua paru-paru.
- Di dalam paru-paru cabang arteri pulmonari itu kemudiannya bercabang lagi sehingga menjadi satu kumpulan kapilari yang tebal di dinding-dinding alveoli sehingga menjadi senipis satu lapisan epithelium bertujuan untuk perubahan gas.
- Kapillari-kapillari ini kemudian membentuk dua vena pulmonari pada setiap paru-paru, yang kemudiannya keluar dihilum paru- paru dengan membawa darah beroksigen ke atrium kiri jantung.
(ii) Bekalan darah ke dinding bronki dan saluran pernafasan yang lebih kecil ialah melalui arteri bronkial kiri dan kanan.
- Pengembalian darah adalah melalui pembuluh bronkial. Di bahagian paru-paru kanan ia akan memasuki pembuluh azygos dan di sebelah kiri ia akan memasuki pembuluh superior intercostal.
- Bekalan saraf vagus merangsangkan penguncupan pepokok bronkus.
- Bekalan saraf simpatatik akan merangsangkan pengembangan pepokok bronkus.
- Cecair limfa dari saluran pernafasan akan dialirkan ke dalam rangkaian saluran limfa.
- Cecair limfa ini akan mengalir melalui noda limfa berdekatan trakea, tiub-tiub bronkial kedalam duktus thoracic kiri dan kanan.
PLEURA
- Terdiri dari sac yang tertutup.
- Dibentuk oleh lapisan membran serosa.
- Terdapat bahan cecair pleura.
- Terdapat dua lapisan:
a. visceral (membaluti organ)
b. parietal (membentuk lapisan kedua)
PLEURA
ALVEOLI
- Terdapat di dalam paru-paru dan membentuk struktur paru-paru.
- Poket udara yang kecil membentuk hujung bronkiol.
TAMAT
FISIOLOGI PERNAFASAN
Struktur pernafasan atas
1. hidung2. farink3. larink
Struktur pernafasan bawah
1. trakea2. bronkus3. bronkiol4. alveolus5. paru – paru
5.1 FISIOLOGI PERNAFASAN
Gerakan pernafasan dibahagi kepada tiga ( 3 ) peringkat iaitu :-
Tarik nafas (inspiration)
embus nafas (expiration)
3. Penghentian sebentar (pause).
Pusingan pernafasan : 15 – 20 kali / minit.
Tarik nafas gerakan positif. Hembus nafas gerakan pasif.
Gerakan pernafasan berlaku kerana pusat pernafasan di medula oblongata tergalak.Gerakan ini ialah gerakan automatik.
MEKANISMA PERNAFASAN
Tarik nafas (inspiration)
Apabila otot diafram menguncup, ia turun ke bawah dan meluaskan ruang toreks dari atas ke bawah.
Apabila otot-otot interkostal luar menguncup, tulang rusuk ditarik ke arah luar dan ini meluaskan ruang toreks dari sisi ke sisi dan dari depan ke belakang.
Dengan tindakan otot-otot ini, ruang toreks menjadi lebih luas.
Kerana paru-paru itu terbina dari tisu elastik dan telap dan juga lapisan luar selaput paru-paru terlekat di bawah tulang dada dan di atas otot diafram, ia mengembung apabila ruang toreks meluas.
Ini mengakibatkan tekanan udara di dalam paru-paru menjadi kurang (yakni kurang daripada tekanan udara biasa).
Oleh itu udara disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.
Ini ialah gerakan tarik nafas.
embus nafas (expiration)
• Pada masa gerakan hembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil kerana otot diafram naik ke atas dan tulang rusuk di tarik ke bawah oleh otot interkostal dalam.
Tekanan udara di dalam paru-paru menjadi lebih tinggi dari tekanan udara biasa.
Oleh itu, udara didesak keluar dari paru-paru.
Pada masa pernafasan biasa, terutamanya gerakan hembus nafas, otot-otot abdomen juga mengambil bahagian.
Dalam keadaan sesak nafas, otot trapezius, pektoralis major dan sternocleidomastoid terlibat.
3. Penghentian sebentar (pause).
Selepas gerakan hembus nafas, diikuti dengan penghentian pernafasan seketika.
Penghentian pernafasan seketika(short pause) sebelum
pusingan pernafasan bermula lagi.
The muscle goes from the sternum and collarbone (sternocleido-) to the back of the skull (-mastoid).
- Tugas paru-paru ialah pertukaran gas. - Oksigen dari udara dibawa kepada darah dan karbon
dioksida dan wap air dari darah disingkir.- Udara biasa mengandungi lebih-kurang
# 20 % oksigen # 0.04 % karbon dioksida
- Tetapi udara yang di hembus keluar mengandungi * 16 % oksigen sahaja* 4 % karbon dioksida.
Bahagian yang terlibat secara langsungsewaktu bernafas.
1. Otot diafragma2. Otot interkosta3. Tulang rusuk4. Paru-paru
PERNAFASAN BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA DUA JENIS IAITU :
i. Pernafasan Dalam ( pernafasan tisu )
ii. Pernafasan luar ( pernafasan paru – paru )
i. PERNAFASAN DALAM (PERNAFASAN TISU)
Berlaku di dalam semua tisu tubuh oksigen yang termuat di dalam darah
digunakan untuk ungkaibina tisu.
Karbon dioksida dan air yang terhasil dalam tisu disingkirkan ke dalam darah.
The internal respiration
Oksigen dibawa daripada paru-paru ke tisu-tisu
oksigen berlarut dalam plasma dan akan bergabung dengan hemoglobin untuk membentukkan oksihemoglobin.
Pertukaran gas di dalam tisu berlaku di antara penghujung arterial bahagian kapilari dan bendalir-bendalir tisu iaitu pergerakan oksigen akan berlaku :
dari satu konsentrasi tinggi , iaitu di dalam darah, ke konsentrasi rendah iaitu pada bendalir-bendalir tisu.
Sel-sel akan mendapat oksigen dari bendalir-bendalir tisu melalui proses difusi.
ii. PERNAFASAN LUAR (PERNAFASAN PARU-PARU )
Ini berlaku di dalam paru-paru.
Oksigen yang terdapat di dalam udara dibawa masuk ke darah
Karbon dioksida dan wap air disingkir ke luar melalui trak
pernafasan.
•The external respiration
• Pertukaran gas berlaku secara resapan antara alveoli dan kapilari yang menyelubungi alveoli.
• Oksigen dari gelembung alveoli masuk ke dalam darah lalu bargabung dengan hemoglobin dari sel darah merah.
PROSES PERTUKARAN GAS DI ALVEOLI
• Karbon dioksida dan wap air keluar dari darah masuk ke dalam alveoli
• Selepas itu tersingkir keluar melalui salur pernafasan ke udara luar.
• Kebanyakan karbon dioksida dimuat dalam salur darah sebagai larutan di dalam plasma darah iaitu sebagai asid karbonik dan natrium hidrogen karbonit.
• Sedikit sahaja karbon dioksida yang termuat sebagai gas dan ini bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah.
• 10 % dari jumlah karbon dioksida yang dihasilkan oleh tisu-tisu tersingkir keluar melalui sistem pernafasan.
SALING PERTUKARAN GAS
Saling penukaran gas-gas dalam paru-paru berlaku di antara darah (dalam kapilari-kapilari yang menyelubungi alveoli) dan udara yang terkandung dalam alveoli paru-paru.
Semasa pernafasan, paru-paru dan saluran-saluran pernafasan sentiasa diisi dengan udara.
400 ml. udara `tidal volume’ masuk dan keluar melalui salur-salur pernafasan dan paru-paru semasa setiap pusingan pernafasan normal.
Semasa inspirasi, udara yang masuk bercampur dengan udara yang sedia ada di dalam paru-paru
Definition of tidal volume
•The volume of air inspired or expired with each normal breath•normally about 500 ml.
Jumlah tekanan yang menekan pada dinding alveoli oleh campuran gas-gas ini adalah sama dengan tekanan atmosfera iaitu 760 mmHg.
Setiap satu gas dalam campuran gas itu akan menekan sebahagian dari jumlah tekanan yang berkadaran dengan kepekatan gas itu dan tekanan ini dipanggil ‘PARTIAL PRESSURE’ (Pa).
Definition of Partial Pressure
• pressure exerted by component gas: the pressure that one gas in a mixture of gases would exert if it were the only gas present
Oleh sebab gas-gas ini akan mewujudkan `partial pressure’ yang berbeza pada dinding alveoli, perbezaan kepekatan di antara setiap satu gas diwujudkan di antara dinding alveoli dan kapilari-kapilari darah.
Ini menyebabkan pergerakan gas berlaku dari kepekatan yang lebih tinggi kepada kepekatan rendah melalui proses difusi.( kepekatan tinggi kepekatan rendah
= Difusi )
Partial pressure oksigen dalam alveoli adalah lebih tinggi , semasa inspirasi, daripada kapilari-kapilari pulmonari arteri.
Oleh demikian, oksigen bergerak masuk dari alveoli ke dalam kapilari pulmonari arteri.
Tindak balas sebaliknya berlaku pada gas karbon dioksida iaitu partial pressure karbon dioksida dalam kapilari pulmonari arteri adalah lebih tinggi dari dalam alveoli.
Oleh demikian, karbon dioksida bergerak masuk ke dalam alveoli dari kapilari pulmonari arteri.
‘Partial pressure’ setiap satu gas dalam darah semasa meninggalkan paru-paru melalui pulmonari vena adalah sama dengan kepekatannya dalam udara dialveoli.
5.2 KAWALAN PERNAFASAN
FISIOLOGI PENGAWALAN PERNAFASAN
Dua faktor mengawal pernafasan iaitu :1. Kawalan Saraf
2. Kawalan Kimia.
1. Kawalan Saraf Walaupun gerak pernafasan boleh dikawal dengan kuasa
kemahuan pada masa yang pendek, biasanya gerakan ini ialah suatu gerakan automatik di bawah kawalan sistem saraf.
Pernafasan dikawal oleh sel-sel saraf yang terdapat di pangkal otak : Pusat respiratori di kawasan medula oblongata dan pusat pneumotaxic di
pons varolli.
Sel-sel yang terdapat di pusat respiratori terlibat dalam inspirasi dan sel-sel yang terdapat di pusat pneumotaxic terlibat dalam perencatan pernafasan yang menggalakkan ekspirasi.
Di medula oblongata ada suatu kumpulan sel saraf yang dikenali sebagai pusat kawalan pernafasan.
Dari pusat ini, utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf dan sampai ke otot diafram melalui saraf frenik dan ke otot-otot interkoastal melalui saraf-saraf interkoastal.
Ini mengakibatkan kontraksi pada otot-otot berkenaan dan proses inspirasi berlaku.
Terdapat hujungan-hujungan saraf di paru-paru yang sensitif pada regangan dan saraf-saraf ini dirangsangkan apabila paru-paru di kembangkan (inflated).
Utusan atau impuls saraf yang dihasilkan kemudian dikirimkan pada pusat pneumotaxic melalui serat-serat aferen di saraf-saraf vagus.
Ini mengakibatkan ekspirasi.
KAWALAN KIMIA
Pada dinding lengkung aorta dan arteri karotid, terdapat sekumpulan sel-sel yang sensitif terhadap perubahan pada tekanan karbon dioksida (PCo2) dan tekanan oksigen(PO2) di dalam darah.
Sel-sel pengkhusus ini dipanggil badan-badan aortik dan karotid dan dihuraikan sebagai kemoreseptor-kemoreseptor.
Utusan-utusan saraf yang berasal dari sel-sel khusus ini kemudian dikirimkan ke pusat repiratori melalui saraf-saraf glosofaringeal dan vagus.
Kemoreseptor-kemoreseptor bersama dengan pusat respiratori sangatlah peka terhadap adanya karbon dioksida dalam darah.
Apabila penghasilan karbon dioksida bertambah- misalnya pada masa gerakan otot yang berlebih-lebihan maka kemoreseptor dan pusat respiratori diperangsangkan.
Ini mengakibatkan pengaliran utusan saraf ke otot-otot pernafasan untuk mencepat dan memanjangkan gerakan pernafasan supaya karbon dioksida yang lebih itu boleh disingkir dari tubuh.
Pusat kawalan pernafasan menetapkan banyaknya karbon dioksida di dalam darah, serta menentukan bilangan dan panjangnya pernafasan itu.
CONTOH KECEDERAAN PARU-PARU
TAMAT
Top Related