Download - SUARA PIBG SKTMR - ibnusina.utm.my Activities/buletin... · Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-sekolah Daerah ... Berikut ialah laporan ringkas tentang program-program tersebut

Transcript
Page 1: SUARA PIBG SKTMR - ibnusina.utm.my Activities/buletin... · Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-sekolah Daerah ... Berikut ialah laporan ringkas tentang program-program tersebut

SUARA PIBG SKTMRNiza

20 JULAI 2010 :: PERTANDINGAN MEWARNA DANMELUKIS POSTER

Pertandingan mewarna dan melukis poster anjuran PanatiaPendidikan Seni telah diadakan sempena Bulan Kemerde-kaan.

23-24 JULAI 2010 :: KEM JATI DIRI

27 JULAI 2010 :: UPPM 3 (UJIAN PERCUBAAN UPSR)Ujian UPPM 3 (Ujian Percubaan UPSR) telah diadakan untukmurid-murid Tahun Enam.

31 JULAI 2010 :: KARNIVAL KELAB NURIKarnival Kelab Nuri anjuran Bank Rakyat telah diadakan diSutera Mall. Murid-murid sekolah ini yang memegang akaunNuri telah menyertai pertandingan mewarna, jigsaw puzzle,dan Winning Eleven (PS2) dalam karnival tersebut.

31 JULAI-1 OGOS 2010 :: PERTANDINGAN LAGU-LAGUPATRIOTIK SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR BAHRU

Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-sekolah DaerahJohor Bahru telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahrupada 31 Julai 2010. Pertandingan tersebut telah disertai oleh20 buah sekolah di sekitar Johor Bahru. SKTMR telahmelayakkan diri untuk bertanding di peringkat akhir pada 1Ogos 2010 dan telah berjaya memenangi kategoripersembahan terbaik.

Bil 4/10 JULAI – SEPTEMBER 2010

Pasukan SKTMR telah membawa pulang hadiah berupa trofidan wang tunai sebanyak RM450.00. Keputusanpertandingan tersebut ialah :-TEMPAT PERTAMA - SJK(C) FOON YEWTEMPAT KEDUA - SK NONG CHIKTEMPAT KETIGA - SJK(C) KUO KUANGTEMPAT KEEMPAT - SK TAMAN MUTIARA RINIPERSEMBAHAN TERBAIK - SK TAMAN MUTIARA RINI

5 OGOS 2010 :: SOLAT HAJAT UPSRGuru-guru serta ibu bapa murid-murid Tahun Enam telahmenghadiri Solat Hajat untuk UPSR.

7 OGOS 2010 :: MERDEKA IDOLMerdeka Idol telah disertai oleh 11 kumpulan yangmembuat persembahan lagu-lagu patriotik sempenaBulan Kemerdekaan.

17 – 18 OGOS 2010 :: PKSR 2PKSR 2 untuk murid-murid Tahun Satu hingga TahunLima telah diadakan.

Kursus Motivasi yang diberinama Kem Jati Diri ini telahdiadakan di SKTMR. Seramai 100orang murid Tahap 2 telahmenghadiri program yangdianjurkan oleh Unit Bimbingandan Kaunseling.

SUARA PIBG SKTMR ialah buletin yang dikeluarkan oleh Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG),

Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai.

Tel/Faks : 07-5565709 Laman Web : www.skmutiararini.com.my

Visi KPM :“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”

Misi KPM :“Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”

Persembahan lagu-lagu patriotik oleh pelajar-pelajar SKTMR

Page 2: SUARA PIBG SKTMR - ibnusina.utm.my Activities/buletin... · Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-sekolah Daerah ... Berikut ialah laporan ringkas tentang program-program tersebut

3 SEPT 2010 :: MAJLIS KHATAM AL-QURANMajlis Khatam Al-Quran untuk para pelajar Tahun Enamyang beragama Islam akan diadakan pada 3 September2010.

20 SEPT 2010 :: PERTANDINGAN MEMBINAMENARA KLCC

28 SEPT 2010 :: MAJLIS PENUTUP SAMBUTANBULAN KEMERDEKAAN

Ujian UPPM3 yang telah dijalankan pada 27 hingga 29Ogos 2010 telah memberi keputusan seperti berikut :-

Mata pelajaran UPPM 1 UPPM2 UPPM 3

BM (Pemahaman) 86.79% 86.54% 93.07%

BM (Penulisan) 86.79% 90.38% 94.06%

Bahasa Inggeris 87.74% 86.54% 90.10%

Matematik 79.25% 79.81% 86.14%

Sains 75.47% 86.54% 89.11%

Peratus menguasai 71. 10% 74.01% 84.16%

Gred purata 2.52 2.39 2.03

Maisarah, Nahvin, dan Raudhatunsoufwah.Program selanjutnya untuk persediaan menghadapi UPSRialah kelas tambahan yang diadakan pada 17 hingga 19Ogos 2010.

Seramai 11 orang mu-rid telah berjayamendapat 5A dalamUPPM 3. Mereka ialahAhmad Fariq, FatenAsyuqin, Salwin,Thasmitta, Farah

Aqilah, Nur Nabilah,Nurul Najah, AinaZulaikha, Aina

31 Ogos 2010 Hari Kebangsaan10- 11 September 2010 Hari Raya Aidilfitri16 September 2010 Hari 1 Malaysia

7 Ogos 2010 menggantikan Hari Deepavali28 Ogos 2010 menggantikan cuti Hari Raya pada

14/9/2010 (jadual Selasa)18Sept 2010 menggantikan cuti Hari Raya pada

15/9/2010 (jadual Rabu)

Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan pelbagai program

sempena bulan Ramadhan ini. Berikut ialah laporan ringkas tentang

program-program tersebut :-

1. 20 Ogos 2010 - Pertandingan Azan

2. 28 Ogos 2010 - Pertandingan Nasyid Tahap 2

3. 3 September 2010 - Khatam Al Quran Murid Tahun Enam- Melibatkan semua murid beragama Islam.

4. 12 Ogos – 2 September 2010 - Tadarrus Al-Quran

Tahap 1 – Berkumpul di ruang legar

Tahap 2 – Mengikut kumpulan di bilik-bilik kelas

Pemenang Tahap 1 :1) Adam Syamil (3D)2) Syed Haraz Wildan (2D)3) Muhammad Irsyad (1E)

Pemenang Tahap 2 :1) Amirul Huzaifah (5D)2) Amir Fauzi (6D)3) Muhammad Ameer Hafiz (4D)

Pemenang :1) Kumpulan Iman Mutiara (6D)2) Kumpulan Tak Kenal Henti (4R)3) Kumpulan Sautun Najah (6R)

Sikap Suka Menabung

Murid-murid SKTMR digalakkan mengamalkan sikapsuka berjimat-cermat dan menabung wang. Sikapberjimat-cermat merupakan amalan terpuji yang mestidiamalkan sejak kecil lagi. Berbagai-bagai cara bolehdilakukan supaya murid-murid dapat menambah jumlahsimpanan dari semasa ke semasa. Langkah pertamaialah murid-murid mestilah meletakkan sasaran berapajumlah yang boleh dikumpulkan setiap bulan. Katakanjumlah duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa setiaphari adalah RM2.00, maka murid-murid mestimenyimpan RM1.00 di dalam tabung danmembelanjakan RM1.00 lagi. Murid-murid bolehmembawa makanan dan minuman supaya dapatberjimat-cermat. Selain itu, setiap wang yang diterimadaripada orang lain seperti nenek atau datuk janganlahdibelanjakan sesuka hati malahan perlu dimasukkan kedalam tabung. Amalkan tabiat berbelanja secaraberhemah iaitu membeli barang-barang yang pentingsahaja supaya tidak membazir. Amalan menabunghendaklah diamalkan dari sehari ke sehari supaya murid-murid dapat menambahkan jumlah tabungan. Tabungyang sudah penuh bolehlah diberikan kepada ibu bapasupaya mereka memasukkan wang tersebut di dalambank murid-murid.P/S : Guru Skim Galakan Menabung iaitu Cikgu NoorHasimah ingin berpesan supaya murid-muridmenyimpan duit raya di bank. Murid-murid bolehmenggunakan khidmat beliau untuk menyimpan wangtersebut di Bank Rakyat.

Page 3: SUARA PIBG SKTMR - ibnusina.utm.my Activities/buletin... · Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-sekolah Daerah ... Berikut ialah laporan ringkas tentang program-program tersebut

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD UCAPANDENGAN TULISAN JAWI

Pertandingan Membuat Kad Ucapan Dengan Tulisan Jawianjuran Panatia Pendidikan Islam yang berlangsung pada2-6 Ogos 2010 telah dimenangi oleh Nur Qistina Nabilah(3E) dan Nurul Shalsabila (6E).

MERDEKA IDOLMerdeka Idol yang diadakan pada 7 Ogos 2010 bermulajam 8 hingga 11.30 pagi telah dianjurkan oleh PanatiaPendidikan Muzik. Pemenang pertandingan ini ialah:-

Pemenang Tahap 1 :Pertama - 2 DiamondKedua - 3 DiamondKetiga - 1 Emerald

Pemenang Tahap 2 :Pertama - 6 DiamondKedua - 5 EmeraldKetiga - 5 Ruby

PERTANDINGAN KECERIAAN KELASPanatia Kajian Tempatan dan Sivik Kewargane-garaantelah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelassepanjang bulan Ogos. Pemeriksaan keceriaan telahdilakukan pada 30 Ogos 2010.

BAHAN KECERIAAN BERUNSUR JALURGEMILANG

Pusat Sumber SKTMR telah menjual bahan keceriaanseperti songkok dan bendera berunsur 1 Malaysia danJalur Gemilang untuk dipakai semasa Majlis PenutupSambutan Bulan Kemerdekaan.

PERTANDINGAN MELUKIS BANNER

Pertandingan Melukis Banner telah dijalankan oleh

Panatia Bahasa Inggeris sepanjang bulan kemerdekaan.

KUIZ LEMBARANPanatia Pendidikan Moral telah mengadakan KuizLembaran pada 26 Ogos 2010.

KUIZ LEMBARANPanatia Bahasa Melayu SKTMR turut mengadakan kuizlembaran untuk para pelajar sehingga 31 Ogos 2010.

Cikgu Noor Hasimah telah menyerahkan borangdan wang langganan Majalah Kuntum kepadapihak The Star Publishing. Langganan pertamaakan diterima oleh pelanggan mulai bulanSeptember 2010.

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKISPOSTER

Pada 20 Julai 2010, Panatia Pendidikan Seni telahmenganjurkan Pertandingan Mewarna dan Melukis Postersempena bulan kemerdekaan negara Malaysia.

PERTANDINGAN MEMBINA MENARA KLCCPertandingan membina Menara KLCC dari bahan-bahanterbuang seperti tin, botol, plastik dan kotak akandianjurkan oleh Panitia Sains pada 20 September 2010.

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAMPanitia Matematik akan mengadakan pertandingan pakaianberagam pada 28 September 2010.

Page 4: SUARA PIBG SKTMR - ibnusina.utm.my Activities/buletin... · Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-sekolah Daerah ... Berikut ialah laporan ringkas tentang program-program tersebut

Assalamualaikum wrt. wbt., dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT keranadengan limpah kurnia-Nya dapat kita sekali lagi menyambutHari Raya yang mulia pada tahun ini dalam keadaan aman dansejahtera. Aidil Fitri diraikan oleh umat Islam di seluruh duniasebagai tanda kemenangan dan kejayaan melawan hawanafsu, godaan dunia, sikap membazir dan boros. Ibadahpuasa dalam bulan Ramadhan telah mengajar kita ertikesabaran, ketabahan diri serta kemampuan kita untukmengawal segala nafsu. Disiplin diri yang diperlukan olehibadah puasa akan menjadi kita lebih insaf, bersyukur danbersedia untuk menghadapi apa juga cabaran.

Syawal adalah satu mekanisme yang baik untuk kita kembalimengeratkan silatulrahim. Tradisi ziarah-menziarahi di bulanSyawal ini sangatlah digalakkan. Seeloknya kita layanilahsetiap tetamu kita tanpa mengira umur, pangkat ataupunbangsa. Amalan ziarah-menziarahi ini juga janganlah kitajadikan satu bebanan. Ibu bapa seharusnya menggunakanpeluang ini untuk membawa anak-anak mengunjungi saudara-mara, handai dan taulan agar mereka mengenali antara satusama lain dan seterusnya mengeratkan lagi ikatansilatulrahim.

Sememangnya budaya balik kampung untuk meraikan harilebaran bersama kaum keluarga dan saudara-mara masih lagimenebal di kalangan kita. Walaupun kita sudah lama menetapdan mencari rezeki jauh dari tempat kelahiran kita, namunpada hakikatnya, naluri kita masih lagi merindui inginmengecapi kebahagiaan meraikan hari lembaran bersamainsan tersayang di kampung halaman. Sehubungan denganitu sudah pasti ramai akan memandu kenderaan menuju kedestinasi kampung halaman untuk meraikan hari lembaran.Kami mendoakan semoga saudara sekeluarga selamat sampaidan kembali. Memandulah dengan berhati-hati dan sentiasaberhemah di jalanraya, dan semoga Allah melindungi saudarasekeluarga dan memudahkan segala urusan hendaknya.

Saya menjangkakan pihak sekolah dengan kerjasama PIBGakan mengadakan sambutan Salam Aidil-Fitri 2010 diperingkat sekolah selepas ini. Semoga program ini nantidapat mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan kita dandapat mengujudkan suasana kekeluargaan dan kemesraan dikalangan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa sangat-sangatdiharapkan jika perancangan ini menjadi kenyataan.

Akhir sekali kami, AJK PIBG dan Sidang Editorial SUARA PIBGSKTMR merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri danmaaf zahir batin kepada semua ibu bapa, guru-guru danmurid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini.Wassalam.

PROF. MADYA DR. MOHAMED AFENDI MOHAMED PIAHYDP PIBG SKTMR2010/2011

Assalamualaikum wbt

Saya mengambil peluang di sini untukmengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepadaguru-guru, ibu bapa, dan murid-murid SK TamanMutiara Rini.

Menjelang Aidilfitri tahun ini kita seringdikhabarkan tentang kemalangan yang berlakuakibat bermain mercun. Diharapkan ibu bapadapat mengawasi anak-anak supaya merekadijauhkan daripada kecederaan kerana bermainmercun.

Diharapkan juga, Aidilfitri ini dapat mengeratkansilaturrahim antara kita dan ahli keluarga denganmenziarahi antara satu sama lain. Murid-muridjuga diharapkan dapat menjaga tatatertib ketikaberkunjung ke rumah saudara, jiran, mahupunrakan-rakan. Jangan jadikan hari raya sebagaimasa untuk mengumpul duit raya sebanyakmungkin dengan mengabaikan sopan santun dankeselamatan diri. Pastikan murid-muridmendapat kebenaran ibu bapa dan berjalanberkumpulan ketika menziarahi rakan-rakan.

Pesanan saya kepada murid-murid yang akanmenghadapi UPSR bermula pada 21 September2010 supaya tidak ‘beraya sakan’ dan terusmengulangkaji pelajaran.

Akhir kata, saya meminta maaf atas segalakesilapan yang saya sedari mahupun tidak sayasedari terhadap guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid.

Yang ikhlas,HAPISAH BINTI ABDUL MAJIDGURU BESAR SKTMR

Penasihat

Guru Besar SKTMR

YDP PIBG SKTMR

Prof Madya Dr Mohd Afendi Mohd Piah

(019-7143373)

Ketua Editor

Prof Madya Dr Nor Haniza Sarmin

([email protected])

Editor

Pn Noor Hasimah Hassan

SIDANG EDITORIAL

SUARA PIBG SKTMR