Download - Subjek Dan Predikat

Transcript

Subjek dan PredikatSubjekialah bahagian yang diterangkan.Predikatialah bahagian yang menerangkan subjek.BilSubjekPredikatPola Ayat

1Diapengetuabaru di sekolah itu.FN + FN

2Bangunan itubangunanKementerian Pendidikan.FN + FN

3Arifbelummakandari semalam.FN + FK

4Sayabelajardi Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya.FN + FK

5Merekamenaridengan gembiranya.FN + FK

6Pelajar itusedangbermainkejar-kejar dengan kawannya.FN + FK

7Rumah ituagakbesar.FN + FA

8Buah jambu inisangatmanis.FN + FA

9Surat inidaripadapeguam ayah.FN + FSN

10Pokok rambutan itudibelakang rumah.FN + FSN

Latihan PengukuhanTandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah.Kemudian tuliskan pola ayatnya.BilSubek / PredikatPola ayat

1Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.

2Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.

3Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.

4Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.

5Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

6Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.

7Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.

8Makanan ini masih elok untuk dimakan.

9Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.

10Bekalan makanan ini untuk adik.

11Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.

12Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

13Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.

14Kempen Berhenti Merokok kurang mendapat sambutan daripada para remaja.

15Buku tebal itu buku kesayangan saya.

16Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.

17Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh badan.

18Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.

19Perabot rumahnya dari Itali.

20Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.

21Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.

22Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.

23Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.

24Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk belajar.

25Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.

26Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.

27Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.

28Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara memerangkap serangga.

29Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.

30Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.