Sumbangan Tamadun-tamadun
Awal
Tamadun Yunani
1.Politik
Pemerintahan dan Pentadbiran
Kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat. Sistem
demokrasi ini diamalkan di kebanyakan Negara di dunia pada hari ini walaupun wujud
perbezaan. Contohnya, Malaysi mengamalkan system demokrasi yang berbentuk
berpalimen.
Tamadun Yunani mewujudkan bentuk pemerintahan monarki, oligarki, aristokrasi,
diktator, dan akhirnya demokrasi. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens
mengamalkan sistem beraja. Dalam sistem ini, raja dibantu oleh konsul. Apabila kuasa
konsul ini menjadi kuat, peranan raja semakin merosot dan akhirnya lahir sistem
pemerintahan dikuasai oleh konsul yang dinamakan oligarki.
Golongan ini lahir pula golongan aristrokrat yang memilik kuasa yang besar.
Pemerintahan oleh aristrokrat ini dinamakan sebagai aristokrasi. Tetapi akibatnya rasa
tidak puas hati rakyat terhdap pemerintahan ini, muncullah golonganyang menuntut
hakdan membawa kepada perebutan kuasa. Keadaaan ini telah membawa kepada
pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator. Walaupun rakyat biasa menyokong
perebutan kuasa ini tetap tindakan ini ditentang oleh golongan aristikrat, oleh itu lahir
pula sistem demokrasi.
Sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua
warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang untuk menjadi ahli Dewan
Perhimpunan. Majlis berfungsi mengendalikan segala keputusan Dewan. Dewan pula
berkuasa untuk melantik Ahli Majlis, Majistret dan Juri.
Di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera diamalkan. Anak lelaki dilatih dari
awal dan menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang handal serta
mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Perundangan
Dalam tamadunYunani, Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-
undang. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic.
Menuruti beliau, Negara harus diperintahkan oleh ahli falsafah kerana mereka lebih
cekap, terbaik, dan berupaya menggubal undang-undang.
Perluasan Kuasa
Pada zaman pemerintahan Philip II, kerajaan Macedonia dan Yunani disatukan.
Usaha ini diteruskan oleh Alexander the Great. Beliau meluaskan kawasan takluk
Yunani apabila beliau menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhirnya
seluruh kawasan Laut Mediterranean itu dikuasai oleh Alexander.
Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik yang
merupakan campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan timur yang lain.
Kebudayaan Hellenistik tersebar dari kota-kota utama seperti Syracuse, Iskandariah dan
Antioch. Tetapi malangnya tamadun Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan
dengan kemunculan Rom.
2.Ekonomi
Pada tamdun Yunani semua Negara kota memberikan tumpuan utama kepada
aktiviti perdagangan selain Sparta. Hal ini kerana bentuk muka bumi yang bergunung-
ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. Pada mulanya, perdagangan berlaku antara
kawasan di pesisiran pantai seperti Mesir, Syria, Phoenecia.
Akibat kekurangan tanah, Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan
makanan dan terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar serta menjadi pusat
pengumpulan barang keperluan yang dating dari Timur.
Bagaimanapun, kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menyebabkan
kenaikan harga barang. Akibatnya rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain
seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Rom.
3.Sosial
Aspek sosial yang terkandung dalam sesebuah tamadun meliputi perkara seperti
pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan,seni bina, serta sains dan teknologi.
Pendidikan merupakan asas sesebuah tamadun.
Pendidikan
Dalam tamadun Yunani, khususnya di Athens, pendidikan adalah untuk melahirkan
manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan mental. Oleh itu, aktiviti
seperti pendidikan, seni berpidato, kesusasteraan, muzik dan lain-lain dititikberatkan di
Athens.
Di Sparta pula, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera
yang sempurna, gagah, dan setia kepada Negara kotanya. Pendidikan di Sparta lebih
mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
Di Yunani, perkembangan pendidikan berlaku apabila bangyak sekolah falsafah
telah tumbuh seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”. Athens dikenalkan sebagai
pusat cendekiawan Yunani semasa pemerintahan Pericles.
Falsafah
Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
beterusan bagi mencari jawapan yang logic dan rasional terhadap persoalan yang
berkaitan dengan kehidupan harian dan alam di sekitar mereka.
Tamdun Yunani terus meningkat kerana melahirkan ahli-ahli falsafah seperti
Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato.
Herodotus, ahli falsafah dan sejarawan terulung. Karyanya History of Persian
Wars. Digelar sebagai Bapa Sejarah.
Socrates, digelar sebagai Bapa Falsafah Barat.
Aristotle, merupakan pakar sains dan ahli falsafah Yunani. Dia belajar
dari Plato dan mengajar Alexander Agung. Karya utama beliau termasuklah
Politics.
Plato, ahli falsafah Yunani Klasik yang sangat berpengaruh, murid
pada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling mashyur
adalah Republik.
Sains dan Teknologi
Bidang sains dan teknologi berkembang dalam tamadun Yunani. Tokoh matematik
Yunani, Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba. Pythagoras
memperkenalkan Teorem Pythagoras dapat mengembangkan ilmu geometri Mesir
Purba dan Babylon.
Pythagoras, merupakan seorang ahli matematik dan falsafah dari Greece. Beliau
paling terkenal untuk Teorem Pythagoras, dan merupakan pengasas
falsafah Pythagoreanism, yang menyatakan bahawa semua berkait dengan
matematik, dan boleh diramal atau diukur dalam sebuah corak atau ulangan.
Dalam tamadun Yunani juga terdapat beberapa orang anli saons yang terkenal
seperti Hippocrates yang dikenali sebagai Bapa Perubatan dan Archimedes sebagai anli
matematik dan fizik. Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya
berkaitan dengan isi padu air dan graviti. Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam
bidang astronomi Yunani.
Hippocrates, digelarkan "Bapa Perubatan" ialah salah seorang
pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya. Bapa Perubatan"
ialah salah seorang pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya.
Archimedes, seorang ahli matematik,ahli fizik, jurutera, ahli astronomi, dan ahli
falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanah
jajahan Syracuse, Sicily, Itali. Beliau telah dianggap oleh sesetengah ahli
sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno yang
terutama.
Ptolemy, adalah ahli geografi, ahli astronomi dan ahli astrologi Mesirkeyunanian.
Ptolemy ialah penulis untuk banyak karya sains, tiga daripadanya adalah amat
mustahak kepada sains Islam dan Eropah yang berikut:
1) karya astronomi yang dikenali sebagai Almagest
2) Geografi yang merupakan perbincangan pengetahuan geografi mengenai
dunia Yunani-Romawi.
3) karya astrologi yang dikenali sebagai Tetrabiblos dan yang mana beliau cuba
menyesuaikan astrologi horoskop kepada falsafah semula jadi Aristotle.
Seni BIna
Di Yunani, pembinaan acropolis oleh Pericles adalah unuk tujuan keagamaan dan
sebagai pusat kegiatannya. Daripada bangunan tersebut dapat dilihat peningkatan
daripada binaan piramid dan zigurat pada zaman Mesopotamia dan Mesir Purba kepada
bangunan aqueduct, colloseum, dan Tembok Besar China.
Bahasa dan Kesusasteraan
Bahasa Yunani telah digunakan terutamanya di wilayah dalam Yunani dan juga
kawasan takluk Alexander the Great. Antara tokoh sastera Yunani yang terkenal
termasuk Homer dan Hesiod. Hesiod ialah penyair dan telah menulis 2 buah buku puisi,
Theology dan Works dan Days. Homer pula menghasilkan duah buah epik, iaitu Iliad
dan Odyssey.
Sistem Sosial
Organisasi sosial masyrakat dalam tamadun Yunani di Athens terbahagi kepada 3
kumpulan. Yang pertama ialah warganegara, yang kedua ialah bukan warganegara dan
yang akhirnya golongan hamba. Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik
Negara kota tetapi golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
Di Sparta, terdapat 3 kelas sosial. Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen.
Kelas yang kedua ialah kelas pekerja, artisan dan pedagang manakala kelas ketiga ialah
Helot. Helot memainkan peranan penting dalam ekonomi Sparta. Helot
bertanggungjawab untuk mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti.
Tamadun Rom
1. Politik
Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam Tamadun Rom, pemerintahannya telah bermula dengan sistem beraja dari
tahun 753 S.M.. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja
berketurunan Etruscan. Beliau bukan berasal daripada masyarakat Latin tempatan.
Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan tidak disenangi oleh masyarakat
Latin. Keadaan ini menyebabkan golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician
meminpin masyarakat Lain mula memberontak. Rom kemudiannya membentuk sebuah
republik pada tahun 509 S.M..
Dalam sistem republic, kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik
oleh Dewan Senat. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan
bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka
perundangan. Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai
konsul, beliau ialah pemerintah tentera ataupun dikenali sebagai praeotor. Di bawah
Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom. Segala
keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.
Sistem Republik di Rom telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di
bawah pemerintahan Julius Caesar setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke
Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britania dan beberapa kawasan di Jerman.
Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya
sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang
ditaklukinya. Julius Caesar telah manamatkan sistem republic dan menjadi diktator.
Beliau menguasai angkatan tentera dan Snat sertamenggunkan gelaran maharaja.
Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun
27-14 S.M.. Walaupun sebagai maharaja, namun beliau Berjaya membawa keamanan
dan keagungan kepada empayar Rom yang wujud pada Zaman Augustus. Zaman
kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana.
Perundangan
Undang-undang yang pertama, iaitu Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu
yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan
rakyat. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan antaranya yang rumit,
Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan, dan membukukan undang-
undang tersebut. Usaha beliau ini telah melahirkan Kod Undang-Undang Justinian
ataupun Kod Undang-Undang Rom.
Perluasan kuasa
Zaman perluasan kuasa Rom berlaku pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.
Beliau telah berjaya menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem
republik, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan. Pada zaman
pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai
Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, dan
sebahagian Turki dan Palestin.
2. Ekonomi
Peningkatan Ekonomi
Tidak sama dengan Tamadun Yunani, Tamadun Rom tidak merekodkan apa-apa
peningkatan ekonomi.
3.Sosial
Pendidikan
Dalam tamadun Rom, pendidikan amat menekankan aplikasi ilmu yang praktikal
dan semangat setia kepada Rom. Sebab itulah Rom terkenal dengan penyediaan
infrastuktur dan kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup
kepada masyarakatnya.
Pada peringkat awal perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, Rom
banyak mengambil dan menyerap unsure dari tamadun Yunani. Pusat pendidikan dan
ilmu berkembang dengan pesat di empayar Rom. Pusat pendidikan ini telah melahirkan
jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya. Selain itu,
pusat pendidikan ini juga telah melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang menulis
tantang sejarah kegemilangan Rom.
Falsafah
Tamadun Rom tidak mempunyai tidak mempunyai ramai ahli falsafah, jadi
merekan banyak mengambil falsafah daripada tamadun Yunani. Falsafah Rom
diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme seorang ahli falsafah Yunani, iaitu
Zeno. Falsafah itu mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang
bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan,
tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan.
Sains dan Teknologi
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga telah disumbangkan oelh
tamadun Rom. Asas matematik Boethius, seorang ahli matematik tamadun Rom,
diambil daripada tamadun Yunani, beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik,
geometri dan astronomi.
Seni Bina
Dalam tamadu Rom, banyak bangunan telah dibina. Antaranya ialah Parthenon,
Pantheon, dan Colloseum. Parthenon ialah rumah berhala untuk Dewi Athena dan
dibina pada zaman pemerintahan Pericles. Ia digunakan untuk mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia.
Binaan Pantheon berbentuk kuvah yang terbesar di dunia. Dibian pada zaman
Maharaja Hadrian. Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan patung
dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
Pembinaan Colloseum dimulakan pada tahun 70-an Masihi dan selesai dibina oleh
Maharaja Flavian. Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga
sebagai teater.
Bahasa dan Kesusteraan
Dalam tamadun Rom, terdapat dua orang penulis dan penyajak, iaitu Cicero dan
Virgil. Kesusteraan Rom umumnya bertujuan untuk meningkatkan semangat
patriotisme. Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan
Augustus Caesar.
Sistem Sosial
Di Rom sistem sosialnya dibahagikan kepada warganegara Rom, bukan
warganegara Rom dan hamba. Warganegara Rom terdiri daripada orang Rom dan
bukan warganegara ialah penduduk yang ditakluki.
Tamadun India
1.Politik
Pemerintahan dan Pentadbiran
Pada tahap awal pembentukannya, tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,
iaitu kepuakan dan tidak mempunyai raja. Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak
mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi,
Kosala, dan Magahda.
Dalam tamadun India, semangat raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedududukan
raja diperkukuh dengan pelbagai upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa
seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin bertindak
sebagai penasihat dan golongan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan
golongan dominan.
Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan
kerajaan-kerajaan kecil di India. Hal ini telah mengubah status raja ke maharaja.
Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hinggga ke Pergunungan
Hindu Kush. Ibu negeranya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti
Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharja Asoka. Penilaian itu dibuat
berasaskan kejayaan Asoka menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya,
Bindusara. Selepas Perang Kalinga, Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan
social serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan bukan
ketenteraan.
Perundangan
Dalam perkembangan tamadun India, perundangan menjadi aspek penting untuk
melihat perjalanan kerajaan serta keberkesanan pentadbiran. Kitab Dharma Sastra
dianggap kitab undang-undang Hindu yang tertua. Raja merupakan tonggak tamadun
India, maka, raja dipertanggungjawbkan untuk memelihara kesucian an kedaulatan
undang-undang. Golongan Brahmin merupakan golongan dominan dalam urusan
undang-undang kerana mereka mahir tentang hokum-hakam terutama yang berkaitan
dengan keagamaan.
Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah
dan perintah diraja. Segala titah perintah diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi
jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat. Tiang ini kini dikenali sebagai Tiang Asoka
kerana tiang itu didirikan pada zaman perintah Raja Asoka.
Perluasan kuasa
Dalam tamadun India, perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan
Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya kerana
pasukan tenteranya yang besar telah menakluki Punjab dan menewaskan Seleceus di
Syria dan kawasan sempadan India Barat. Anak Chandragupta, Bindusara, meluaskan
empayar Maurya ke Mysore. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka
berkuasa. Asoka tidak menekankan kekuatan ketenteraan, sebaliknya beliau
menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluaskan pengaruh dan
kedudukan Maurya. Hal ini dilakukan melalui pemberian penekanan kepada agama
Buddha. Pada zaman pemerintah Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk
empayar Maurya. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas
Kalinga dalam Perang Kalinga.
2.Ekonomi
Peningkatan Ekonomi
Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3
S.M.. Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan perdagangan dalam, tetapi juga perdagangan
luar. Antara pusat perdagangan temasuklah Anga, Kalinga dan Karusa. Hubungan
antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia
Tenggara. Antara pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar
termasuklah Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura serta Broach, Chaul, Kalyan, dan
juag Cambay.
Perkembangan pesat telah merangsang kewujudan persatuan dan persatuan yang
dikenali sebagai sresthin. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti
barangan, dan gaji pekerja. Undang-undang telah digubal bagi mengawal prsatuan dan
pelaksanaan undang-undang telah diwarisi oleh raja. Mata wang telah digunakan
sebagai medium jual beli. Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah
digunakan. Penggunaan mata wang dalam proses jual beli telah membuktikan bahawa
pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan
satu dasar kewang dan ekonomi yang sistematik.
Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares. Sejak zaman Maurya,
pelbagai jenis cukai dikenakan. Cukai itu adalah untuk menyara angota tentera, para
pentadbir dan raja. Perdagangan meritim antara India dengan Alam Melayu telah
berkembang dan meningkat pada Zaman Gupta. Perdagangan maritim dengan Rom dan
Sri Lanka juga turut berkembang.
3.Sosial
Pendidikan
Dalam tamadun India, peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman
Vedik. Pendidikan pada zaman ini amat mementingkan keagamaan dan agama Hindu
menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaun lelaki.
Pendidikan memberikan perhatian kepada pembelanjaran kitab-kitab Veda dan bahasa
Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Budddha adalah untuk mnyediakan
manusia manghadapi hari selepas mati. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej
Brahman dan bermula selepas tahun100 S.M..pada abad keempat Masihi lahir universiti
agama Buddha, iaitu Nalanda. Pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains.
Pada zaman seterusnya, pendidikan di India bertujuan untuk menambahkan ilmu dan
mengatasi buta huruf serta mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.
Falsafah
Antara falsafah yang terawal dan berkembang dan direkodkan di dunia ialah
falsafah India. Falsafah ini wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan
yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri
daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad,
Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat
dalam Veda. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dn
Buddhisme.
Sains dan Teknologi
Dalam tamadun India, sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.
Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik pula
telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pesat pada Zaman Gupta. Ahli
Matematik India telah mengetahui tentag konsep geometri dan telah memperkenalkan
angka Brahmin dan angka Kharosti. Dalam tamadun India, ilmu perubatan berkembang
disebabkan kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan
yoga.
Seni Bina
Tamadun India memaparkan peningkatan serta pencapaian yang cemerlang dalam
bidang seni bina. Hal ini dapat dipastikan secara jelas apabila penelitian dibuat terhadap
seni bina sejak zaman tamadun Indus lagi. Pada zaman Indus, masyarakatnya telah
berupaya untuk membina binaan yang sangat bik dan lengkap. Hal ini dapat dilihat
melalui binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India erat hubungannya
dengan agama, maka seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaaan. Oleh itu
wujudlah binaan berteraskan agama Hindu dan Buddha. Antara binaan yang
mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini
mempunyai 20 buah kuil sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai
28 buah kuil-gua.
Bahasa dan Kesusteraan
Masyarakat tamadun India berkembang daripada 2 kelompok iaitu Dravidia dan
Indo-Arya. Kedua-dua kelompok ini mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza.
Bagi masyarakat Dravidia bahasanya ialah seperti Telegu, Malayalam, Kannada, dan
sebagainya. Bagi kelompok Indo-Arya pula, bahasa dasarnya ialah bahasa Sanskrit
yang kemudiannya melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri dan sebagainya.
Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. Perkembangan bidang bahasa
ini secara langsung mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan serta
kesusasteraan yang terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
Tamadun India turut menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha, antaranya
termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan
antara tentera baik dan jahat. Ramayana pulaialah cerita inkranasi Dewa Vishnu sebagai
Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa
persuratan tamadun ini ialah Sanskrit.
Sistem Sosial
Dalam tamadun India, salah satu perkarasangat penting yang harus diperhatikan
dalam sistem sosial. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang unik dan tidak ditenui
dalam tamadun-tamadun lain. Sistem ini mempunyai 4 kasta utama, iaitu Brahmin,
Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tanggunajawab yang
berbeza dan sistem ini telah menjadi darah daging kepada sistem sosial India.
Tamadun China
1.Politik
Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun China pula, perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan
berbentuk sistem feudal kepada pentadbiran berpusat. Perluasan kuasa ini juga telah
melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin. Pada masa ini, konsep raja bertukar
kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan birokrasi
awam yang terdiri daripada pengawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang
dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh jawatankuasa dalam
sistem perkhidmatan iaitu Hon Kao Tsu. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti
Han. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.
Perundangan
Dalam tamadun China,sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu
hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah
legalisme. Undang-undang ini telah digubal dan diperkenalkan oelh Han Fei Tzu pada
zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh
dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang dalam falsafah ini bertentangan
dengan undang-undang yanf berteraskan ajaran Confucius. Ajaran Confucius
menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian
manusia serta masyarakat.
Perluasan kuasa
Dalam tamadun China pula, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran
empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Shih
Huang Ti memerintah secara autokratik, beliau juga menghapuskan kuasa golongan
bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir.
Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman
Dinasti Han, kewibawaan Maharaja Han Wu Ti berjaya memperluas kawasan takluknya
melalui angkatan tenteranya yang kuat dan besar. Antara kawasan taklukny termasuklah
Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di
selatan.
2.Ekonomi
Peningkatan Ekonomi
Dalam tamadun China, peningkatan ekonomi berlaku semenjak zaman Dinasti
Shang. Dalam Dinasti Shang, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas
tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda,
dakereta sorong beroda serta penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan,
Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam pertanian. Sistem penanaman
secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Sistem pengairan
seperti membina terusan telah dilaksanakan unutkmemperoleh sumber air dalam
pertanian terkawal. Hasil perusahaan logam dan tembikar didagangkan ke kawasan di
luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat melalui Jalan Sutera
Darat dan Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang.
3.Sosial
Pendidikan
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah lulus peperiksaan awam
kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peringkat rendah, menengah, dan
tinggi. Pada peringkat rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan dan
menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada
peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera. Pada peringkat
tinggi pula tumpuannya adalah menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran.
Peperiksaan awam menghandungi 3 tahap, iaitu Hsiu Tai, Chun-Jen, dan Chin Shih.
Hsiu Tai setaraf dengan ijazah pertama, Chun-Jen setaraf dengan sarjana, dan Chin Shih
setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini.
Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu negara kota darah,
dan tahap ketiga di istana. Mereka yang lulus dalam dalam tahap pertama akan
berpeluang menjadi pengawai kerajaan dan tahap ketiga pula lauak menjadi pendidik.
Peperiksaaan tahap pertama diadakan 2 kali dalam tempoh 3 tahun sementara
peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga diadakan 3 tahun sekali.
Falsafah
Falsafah China pula memberikan penekanan kepada hal berkaitan dengan manusia,
iaitu hubungan manusia dengan manusia lain. Antara sumber falsafah China
termasuklah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya, iaitu Confucianisme,Lao
Tze, Taoisme dan Mo Tzu.
Mo Tzu dikenali sebagai Motze atau Mencius. Mo Tzu menolak beberapa ajaran
dalam Confucianisme dan memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik
yang baik. Beliau berpendapat manusia berakhalak baik dan manusia menjadi
sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar. Satu lagi falsafah China ialah aliran legalisme
yang percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan
ketertiban masyarakat.
Sains dan Teknologi
Dalam tamadun China konsep keseimbangan antara dua kuasa, iaitu Yang dan Yin
yang membolehkan seseorang berkeadaan sihat telah digunakan dalam asas perubatan
tradisionalnya. Penigkatan besardalam tamadun manusia ialah penciptaan teknologi
membuat kertas. Teknologi ini telah bermula di China pada tahun 105 M. oleh Chai
Lun, seorang pengawai di istana raja China. Beliau telah berjaya mencipta kertas
dengan mencampurkan rami, buluh, dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan
pulpa. Selepas itu pulpu diratakan pada skrin poros, dituskan, dan dikeringkan dalam
kepingan yang tipis.
Seni Bina
Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina yang agak berlainan daripada
tamadun lain. Salah satu seni bina yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China.
Tembok ini dibna sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti
berikutnya sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Kawasan di dalam tembok batu
yang dikelilingi di sekitar istana menempatkan kediaman maharaja. Salah satu istana
maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai
banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat
hukuman, keraian dan perjumpaan. Sebuah seni binaan penting ialah kuil dan pagoda.
Kuil-kuil ini terdiri daripada bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu,
dan pusat pemujaan. Dalam tamadun China terdapat pelbagai jenis pintu gerbang,
tembok dan jambatan.
Bahasa dan Kesusteraan
Sejarah perkembangan bahasa dalam tamadun China tidak jelas. Yng nyata wujud
7 dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan
Fukien. Peningkatan sastera adalah jelas dengan adanya sokongan pihak kerajaan.
Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien telah mempertingkatkan bidang sastera prosa
dengan karya yang bertajuk Shih Chi. Karya beliau banyak menceritakan sosial,
sejarah, kerajaan, pemimpin dan aspek ilmu pengetahuan, dan ini diikuti oleh dinasti
seterusnya. Pada Dinasti Shang, dalam bidang puisi muncul tokoh seperti Tu Fu, Li Po,
dan Po Chu-I. Sastera China pada zaman Dinasti Han meliputi sajak dan cerpen.
Sistem Sosial
Masyarakat China pada dasarnya terbahagi kepada 3 kelas utama. Golongan
pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir seperti maharaja,
keluarganya, pengawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua terdiri daripada
rakyat bawahan dan golongan ketiga ialah hamba.
Confucius membahagikan masyarakat China kepada 4 kelas uatama. Golong
pertama ialah golongan sarjana yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang
berpendidikan yang kedua ialah golongan petani yang merupakan tulang belakang
kepada ekonomi China. Kumpulan yang ketiga ialah golongan tukang dan terakhir ialah
pedagang.
Sumbangan Tamadun-Tamadun Awal
NAMA : Toh Zhen Hong
NO. SEKOLAH : C9438
KELAS : 4SB1
NAMA GURU : Cikgu Siti Sarah
ISI KANDUNGAN
1. Tamadun Yunani
a) Politik
b) Ekonomi
c) Sosial
2. Tamadun Rom
a) Politik
b) Ekonomi
c) Sosial
3. Tamadun India
a) Politik
b) Ekonomi
c) Sosial
4. Tamadun China
a) Politik
b) Ekonomi
c) Sosial
Top Related