SEKOLAH KEBANGSAAN KERUKANPETI SURAT 123, 89747 KUALA PENYU
TEL:087-897081
Rujukan : XBA6305/100-30/(2) Tarikh : 4 Mei 2012
Ibu bapa / PenjagaMurid-Murid SK Kerukan
Tuan/Puan,JEMPUTAN GOTONG ROYONG FASA KEDUA SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) 2012.
Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah menjemput tuan/puan menghadiri Gotong Royong Fasa Kedua Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) 2012.
2. Bagi makluman pihak tuan/puan gotong-royong ini akan diadakan pada :
Tarikh : 07 Mei 2012 (Isnin)Tempat : SK KerukanMasa : 2.00 petang hingga selesai
3. Pihak sekolah mengharapkan supaya tuan/puan dapat membawa peralatan seperti cangkul, pencedok (scoop), parang, dan alatan yang bersesuaian.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai, dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………NORMINAH BT HAJI ABDUL AJIGuru Besar SK Kerukan, Kuala Penyu.
NHAA/hmst0405120721AM
SK FAIL
Top Related