Download - Surat Kelas Malam

Transcript

PIBG / PT.2166/SK/193PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN SENTOL PATAH21600 MARANG, TERENGGANUTEL : 09-6182743_________________________________________________________________________________________ Rujukan Kami: SKSP (M) 08/01/002 Jld 2 ( ) Tarikh: 1 Mac 2015Semua Ibu bapa/ PenjagaMurid-murid Tahun 6

Tuan/puan,

KELAS PIBG DAN SUMBANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Sentol Patah akan mengadakan Kelas PIBG untuk murid Tahun 6 bermula 6 Mac 2015. Butiran adalah seperti berikut:

Hari: Jumaat ( 4 kali sebulan)Masa : 8.00 pagi hingga 12.15 tengahariBayaran: RM 25 sebulan

3.Sekiranya bersetuju, tuan/puan boleh mengisi borang pendaftaran yang disertakan dan menghantarkannya kepada Bendahari PIBG, Pn Mahanaliza bt Mamat @ Mohamad Hashim

4.Untuk makluman tuan/puan juga , sumbangan Tabung Kecemerlangan UPSR adalah sebanyak RM50.00 setahun.

5.Semoga berada dalam makluman pihak tuan/puan. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

( EN RIDUAN BIN SIPIT)Yang Di Pertua PIBG

sk: 1. Guru Besar SK Sentol Patah 2. Bendahari PIBG SK Sentol Patah

Tarikh:.

Yang Di Pertuan PIBG,Sekolah Kebangsaan Sentol Patah,21600 Marang,TERENGGANU.

Tuan,

PENDAFTARAN KELAS PIBG 2015

Sayaibubapa / penjaga kepadabersetuju / tidak bersetuju*mendaftar anak jagaan saya untuk program KELAS PIBG 2015.

Yang Benar,

Nama Ibubapa / Penjaga _________________________________No Kad Pengenalan _________________________________

* Potong mana yang tidak berkenaan