Download - Surat Mohon Sumbangan Buku Perpustakaan Negara

Transcript

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AMPANG, JALAN AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR.

______________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SJKT.AMP/PSS

Tarikh: 13 Februari 2015

Perpustakaan Negara Malaysia,

232, Jalan Tun Razak,

Titiwangsa,

53200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

( U.P : En.Aizat )Tuan,

MOHON BANTUAN SUMBANGAN BUKU

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa, sekolah ini ingin menambah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah. Ini berikutan jumlah buku yang ada masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan semua murid.3.Sehubungan itu, besarlah harapan pihak sekolah agar tuan/puan dapat menyumbangkan secara ikhlas apa jua bentuk bahan bacaan termasuklah buku-buku terpakai yang masih boleh digunakan. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dalam usaha pihak sekolah untuk melahirkan generasi yang cintakan amalan membaca.4.Jasa baik tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan dengan setinggi-tinggi terima kasih. Sebarang maklumbalas boleh menghubungi En J.Magesvaran selaku Guru Media dan Perpustakaan SJK (T) Ampang.(012-5552026).Sekian,terima kasih.Saya yang menurut perintah, (GHANDIMATHY A/P P. NADESON)Guru Besar,

SJK (T) Ampang.