Download - Surat Mohon Sumbangan Pokok Bunga Orked Sekolah

Transcript

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSK TAMAN NUSA PERINTIS 1JALAN PERSIARAN NUSA PERINTIS81550 GELANG PATAH, JOHOR BAHRU JOHOR : 07-5313820 Fax : 07-5313822

Ruj. Kami: SKTNP / PIBG/07/003/14(10) Ruj. Tuan : Tarikh : 28 Januari 2015

Orchid Farm Sdn BhdJalan Ulu Pulai - Pontian 81550 Gelang Patah. Tuan/Puan

MOHON SUMBANGAN BUNGA ORKED SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PIBG TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sk Taman Nusa Perintis 1 ingin memohon sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 9 Februari 2015 2.2 Hari : Sabtu2.3 Masa : 8.30 am 2.4 Perasmi: En. Md. Khairi b. Abd. Malek Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah 3.Pihak sekolah ingin memohon 20 buah pasu bunga Orked dan 100 kuntum bunga Orked.

4.Sumbangan yang diberikan sangat kami harapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( Khairul Azhar b. Cholan)Setiausaha Kehormat PIBG,SK Taman Nusa Perintis 1Sesi 2014/2015