Download - Surat rasmi fskik

Transcript
Page 1: Surat rasmi fskik

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim

Perak Darul Ridzuan

Iskandar Dzukarnain Bin Ismail

5586 Jalam Kemudi 3/21,

Taman Setia Merdeka,

40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan. 1 Februari 2012

Tuan/Puan

KAJIAN PENGESAHAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif(FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama pusat ICT sedang menjalankan kajian bertajuk “Kajian Pengesahan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat yang di sediakan sebelum 1 Ogos 2012, supaya analisis statistik dapat dapat dijalankan seterusnya.

Yang benar,

………………………………..

Dr Maizatul Hayati Mohammad Yatim

Dekan

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris