_________________________________________________________________________ Ruj. Kami : IPGKBM/HEP/13/708/128 Jld. 2 ( ) Tarikh : 28 MEI 2015
Kepada,
Melalui :
YBhg. Dr. Maridah Binti AliasPengarah, IPG Kampus Bahasa Melayu
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM JEJAK SEJARAH DAN WARISAN JOHOR KERAJAAN RIAU-LINGGA
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Sosial dan Persatuan Siswa Penggerak Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) akan menganjurkan Program Jejak Sejarah Dan Warisan Johor Kerajaan Riau-Lingga.
2.Program itu akan berlangsung selama 4 hari 3 malam.
3. Tujuan program ini adalah bagi membantu pelatih seramai 21 orang dari kelas PISMP Ambilan Januari 2014 untuk menambah dan mengukuhkan lagi ilmu sejarah berdasarkan pengalaman sebenar melalui program menjejaki tempat-tempat tinggalan sejarah di Pulau Penyengat, Tanjung Pinang dan Daik Lingga.
4.Bersama ini dilampirkan jadual program tersebut.
5.Sehubungan itu, kami memohon jasa baik dan keikhlasan pihak tuan untuk memberi sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan dan merangsang kejayaan guru pelatih hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Segala sumbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK PENDIDIKAN BANGSA DAN NEGARA
Yang Menjalankan Tugas,
(SITTI KHADIJAH BINTI BACHO)KETUA DELEGASI LAWATANIPG KAMPUS BAHASA MELAYU
PERSATUAN SISWA PENGGERAK SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU JALAN PANTAI BARU 59990 KUALA LUMPUR
LAMPIRAN
Jadual Program Jejak Sejarah Dan Warisan Johor Kerajaan Riau-LinggaBil.TarikhProgram Yang Akan Dijalankan
119 September 2015Bertolak daripada IPGKBM, Melawat Muzium dan Perpustakaan Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat
220 September 2015Melawat Kompleks Makam, Situs Istana Dammah dan Muzium Swasta Daik Lingga
321 September 2015Melawat Gunung Daik, Makam Megat Kuning dan Benteng Kubu Parit
422 September 2015Bertolak pulang dari Daik Lingga ke Tanjung Pinang, dan ke IPGKBM
Kepada, Tarikh: ______________
Pengarah, IPG Kampus Bahasa Melayu
Tuan,
Sumbangan Ikhlas Untuk Program Jejak Sejarah Dan Warisan Johor Kerajaan Riau-Lingga
Dengan ikhlas saya _______________________ingin menyumbangkan sebanyak RM______________________________untuk menampung keperluan aktiviti program yang akan dijalankan pihak tuan.
Terima kasih.
Yang Benar,
.......( )
Top Related