Cara Mengibarkan BenderaAdat Dan Tertib
1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnya dan kemudian menurunkannya separuh tiang.Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pengkebumian Negara.
9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
• Tempat– Jalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat
seperti berikut:• - Kediaman
- Kedutaan - Bangunan (di luar, di dalam, di atas) - Pejabat - Kapal / Feri / Bot - Kapal Terbang - Kereta
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
Hari– Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera
Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.
– Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.
– Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:• Hari Ulang tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.• Hari Kebangsaan• Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
Masa– Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari
terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
– Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:• Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan
Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.
• Sekolah-SekolahMengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat.
• Kapal dan FeriDikibarkan sepanjang hari.
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
Susunan Keutamaan
Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut: 1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang 2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan) 3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah
diwujudkan) 4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan 5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan 6. Bendera Syarikat
Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
• Susunan * seperti di sebelah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.
• (Sumber Unit Protokol Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri, Bertarikh: 1 Januari 2007)
1. Malaysia2. Kedah3. Negeri Sembilan4. Pahang5. Kelantan6. Johor7. Perak8. Perlis9. Selangor10. Terengganu11. Sarawak12. Pulau Pinang13. Sabah14. Melaka15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur16. Wilayah Persekutuan Labuan17. Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cara Mengibarkan Bendera (sambungan …)
• (Sumber Unit Protokol Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri, Bertarikh: 5 Januari 2011)
1. Malaysia2. Kedah3. Pahang4. Perak5. Perlis6. Selangor7. Negeri Sembilan8. Johor9. Kelantan10. Terengganu11. Sarawak12. Pulau Pinang13. Melaka14. Sabah15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur16. Wilayah Persekutuan Labuan17. Wilayah Persekutuan Putrajaya
UKURAN BENDERA
1. BENDERA BIASA 3’ X 6’2. BENDERA RUMAH 2’ X 4’3. BENDERA SEDANG 4’ X 8’4. BENDERA BESAR 6’ X 12’5. BENDERA MEJA 6” X 12”6. BENDERA KERETA 6” X 12”
Susunan dan kedudukan bendera
• Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan
(i) Susunan di luar dan di dalam bangunan(a) Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri
(i) Susunan di luar dan di dalam bangunan
(a) Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan
Dalam keadaan bendera Malaysia diletakkan bersilang, bendera Malaysia hendaklah diletakkan di sebelah kiri dan
di atas bendera yang lain
Rajah 16: Susunan Bendera Bersilang Dua
Jika bendera Malaysia diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera swasta, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara
dua bendera dan tiangnya diletakkan terke atas dari bendera yang lain. Bendera negeri diletakkan di sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.
Rajah 17: Susunan Bendera Bersilang Tiga
Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan keutamaannya bermula dari kiri ke kanan
Rajah 9: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Sebaris
Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan ke kanan bermula dari tengah-tengah
Rajah 10: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Sebaris dan Ke kanan Bermula Dari Tengah-Tengah
Tengah
Bendera-bendera yang dikibarkan cara dibahagi dua belah dan keutamaannya bermula dari dalam
Rajah 11: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Dibahagi Dua
• (d) Di persidangan antarabangsa bendera-bendera hendaklah dikibarkan atau disusun mengikut dua cara:– berdasarkan susunan abjad nama negara-
negara berkenaan dan,– seperti yang telah ditetapkan oleh pertubuhan
berkenaan jika ada.
(g) Susunan Semasa Lawatan Negara/Rasmi
Adalah menjadi amalan biasa negara kita memberi kehormatan (courtesy) kepada pelawat itu, maka bendera
pelawat diberi keutamaan atas bendera Malaysia.
Bila bendera Malaysia dipasangkan di rumah, maka hendaklah dikibar pada tiang yang dicondongkan ke
arah jalanraya.
Di deretan gudang/kedai pula, jika dua bendera dipasangkan di dalam Wilayah Persekutuan, maka bendera Malaysia mestilah dikibarkan di
sebelah kiri dan bendera yang lagi satu sebelah kanan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya.
Rajah 15: Susunan Bendera Di Gedung/Kedai/Rumah
(a) Bendera BerkibarJika bendera diarak secara sebaris, bendera Malaysia hendaklah mendahului bendera-
bendera lain.
Rajah 24: Susunan Bendera Sebaris
(a) Bendera BerkibarJika bendera diarak secara sederet bendera Malaysia hendaklah diletakkan di tengah-tengah di antara bendera-bendera tersebut
ataupun di tengah-tengah dan terkehadapan sedikit dari bendera-bendera lain.
Rajah 25: Susunan Bendera Sederet
(b) Bendera TerbentangJika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera
hendaklah diusung mendahului perarakan
Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang
statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari
hadapan.
Rajah 26: Kedudukan Bendera Pada Dinding
Apabila bendera Malaysia dibentangkan di belakang tempat berucap, ia mestilah dibentangkan terke atas
dan di belakang orang yang berucap.
Rajah 27: Kedudukan Bendera Di Tempat Berucap
Top Related