Syafia Humairahcatatan: peristiwa
[Tiada maksud untuk menuding jari pada sesiapa pun,
Cuma sekadar peringatan diri sendiri]
nukilan: Rosmat Rabu
Syafia Humairah
Syafia HumairaGah namanyaManis orangnyaSedap sebutannya
Syafia Humairah
Sungguh.. tidak dikenali Tiba-tiba mendapat publisitiBaik dalam mahupun luar negeriSemua terpegun memerhati
Syafia Humairah
Tatakala kisah sedih dibongkarTerpampang di dada akhbarBuletin tv terus menerus menyiarMenjadi berita panas membakar
Syafia Humairah
Tersentak, tergamam dalam reaksiMendengar dahsyatnya mangsa dera & buliOleh manusia yang tidak punya hatiKerna iblis telah menguasai diri
Syafia Humairah
Kini..Ia sudah tidak bernyawa lagiApapun semuanya telah terjadiBerita ditunggu saat menantiApakah yang akan berlaku nanti
Syafia Humairah
Tapi …Siapakah yang dimaksudkan Syafia Humairah ini?
Syafia Humairah
Tokoh yang disegani?Pencipta teknologi tinggi?Pemecah rekod yang disanjungi?Atau Penghibur yang mempunyai peminat sendiri?
Syafia Humairah
Kita selusuriSusur galur empunya diriSiapa itu Syafia Humairah iniSehingga ceritanya begitu tersemat di sanubari
Syafia Humairah
Syafia Humairah masih kecil lagi3 tahun umur ketika ini Periang , peramah sifat yang dimilikiLincah gerak gaya amat disenangi Apa yang lebih penting lagiUsianya belum dapat mengurus diriDalam banyak ertiPerlu lebih perhatian yang patut diberi
Syafia Humairah
Tapi...Lain hal yang terjadiDiperlaku bagai bola ragbiDisepak ditendang ke sana ke mariMengikut di mana katanya hatiHingga lebam yang mencemariPecah organ dalaman tanpa disedari
Syafia Humairah
Lain hal yang terbentukDiperlaku bagai tempat pembuang habukAtau pemadam puntung rokokIkut suka, tubuh mana untuk dicucuh atau dicucukSehingga banyak kesan hitam bertompok
Syafia Humairah
Lain hal yang disebutKepalanya dipijak dengan kasutOleh manusia yang tidak berhati perutTak kan tergamak untuk diturutTingkah laku sungguh melalut
Syafia Humairah
Lain hal yang berlakuDiperlaku bagai tempat latih peninjuSasaran badan yang ditujuHayunan tangan kuat begituMemberi kesan darah beku
Syafia Humairah
Syafia Humairah bukan tempat leteranUntuk menzahirkan ketidak puasanBiar acap ulang perkataanTak kan faham banyak persoalan
Syafia Humairah
Syafia Humairah bukan hamba suruhanYang boleh di arah secara kekerasanDiri sendiri tak berkeupayaanApatah lagi menurut segala arahan
Syafia Humairah
Syafia Humairah bukan haiwan Baik liar mahupun peliharaanYang boleh diperlakukanTanpa ada perasaan
Syafia Humairah
Kini Syafia Humairah tiada lagiMenghiasi keriangan duniawiPerginya tak kembaliMenuju ia pada Ilahi
Syafia Humairah
Kini Syafia Humairah tiada lagiPenghibur dikala sunyiHanya bayangan yang dilaluiPenawar kerinduan hati
Syafia Humairah
Kini Syafia Humairah tiada lagiPemergiannya begitu ditangisiApatah lagi mereka yang mendekatiBukan kematian yang dikesaliKerna insan pasti akan matiTapi perginya dengan begitu tragis sekaliSehingga menyayat hati nuraniBagi mereka yang mengikutiKehidupan yang diselusuriOleh anak sekecil ini
Syafia Humairah
Sekali lagi betapa sayunyaApabila pelbagai soalan ditanyaMengapa rosak organ dalamannya Mengapa bengkak kepalanyaMengapa lebam badannyaMengapa ada kesan cucuhan pada tubuhnya
Syafia Humairah
Ya memang usianya tidak panjangAda hikmah disebalik kematianKhuatir kekejaman berterusanTanpa peri kemanusian
Syafia Humairah
Ya memang usianya tidak panjangAda hikmah disebalik kematianUntuk memberi kesedaranMereka yang berjiranan
Syafia Humairah
Ya memang usianya tidak panjangAda hikmah disebalik kematianUntuk memberi peringatanPilihan jodoh yang bertepatan
Syafia Humairah
Ya memang usianya tidak panjangAda hikmah disebalik kematianUntuk memberi peringatanKesan buruk yang melakukan
Syafia Humairah
Betapa sucinya hatiSesuci nama yang dimiliki Syafiah Humairah anak saktiKesakitan disembunyiKesukaran diselindungiKepayahan pendam di hati
Syafia Humairah
Tatakala atuk bertanya Kenapa ada kesan cemar ditubuhnyaDengan nada bersahajaAkibat jatuh diceritakannya
Syafia Humairah
Siapa yang melakukanTanpa peri kemanusiaan
Syafia Humairah
Siapa yang melakukanTanpa ada penyesalan
Syafia Humairah
Siapa yang melakukanTelah hilang sifat ehsan
Syafia Humairah
Sedarilah mereka yang melakukanTelah hancur luluh ibu yang mengandungkanDari kecil hingga pembesaranAkhirnya memberi aib bukan kepalang
Syafia Humairah
Sedarilah mereka yang melakukanTiadanya seronok atas perbuatanHanya mengundang dosa berpanjanganTak kan terpikul segala bebanan
Syafia Humairah
Sedarilah mereka yang melakukanBerjayakah dalam mohon kemaafanDari mereka yang kekecewaanHasil dari kekejaman
Syafia Humairah
Sedarilah mereka yang melakukanSempatkah untuk kembali ke pangkal jalanMohon ampunan dari kesalahanSetelah kezaliman yang dilakukan
Syafia Humairah
Sedarilah pelaku durjanaKehidupan bukan sahaja di dunia Malah ada akhirat namanyaTak kan terlepas sengsaranyaAkhirat pasti akan menerimanyaJangan dipermudahkan jalan ke nerakaHasil perbuatan jahat tak terkira
Syafia Humairah
Adakah lagi manusia yang seperti ini?Di luar sana atau suatu hari nantiYang tidak dapat dipastiYang pasti akan terjadiTatkala iblis menguasai diri
Syafia Humairah
Akhirnya ...Syafia Humairah telah jelas tempatnyaWalau sukar di dunia Pasti ria di akhirat sanaIndahnya Lambaian syurga
Syafia Humairah
Cuma ..Adakah ibubapa diseru samaTurut serta dalam kenikmatan di syurga?Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui akan adanya
Syafia Humairah
Pandangan penulis:
Syafia Humairah mangsa kekejaman penderaanOleh manusia berhati syaitan Yang biarpun masih perlu pada perhatianTapi sudah terbina sifat kekentalanBerjuang sehingga ketitisan darah penghabisanBak ‘pejuang berani mati’ di medan perang
Syafia Humairah
JENAZAH Syafia Humairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang,Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
Al-fatihah
Syafia Humairah
Terima kasih
Dari: Rosmat Rabu
Syafia Humairah
Top Related