Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
163
Adoption of Tarekat Qadiriyah Wa Naqsyabandiyah (TQN)
In Sufism as Psychospiritual Treatment For Drug Addiction
and Alcohol
Nursyahidah binti Ibrahim
Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abd Rahman
Muhammad Hazim bin Mohd Azhar
Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract
Drugs is the biggest enemy of the country and its dependency is one of
the worrisome social issues. Hence, various approaches and initiatives
have been taken by some parties to solve this problem. However, it is
still insurmountable, even many among former drug addicts who had
received treatment at rehabilitation centers before taking drugs again.
Similarly, alcohol addiction problems that damage the intellect and soul
were difficult to treat. On that account, the study of the approach of drug
dependency treatment by Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah (TQN)
has been conducted to highlight an alternative solution that could be the
best solution in dealing with the problem of drug and alcohol addiction in
the country through the practice of Tarekat in Pondok Remaja Inabah 1
Malaysia, Kuala Nerang. This study uses library study methods and
interview methods. Two respondents were interviewed respectively
represent the former drug addicts and former addicts alcohol to obtain
important data. The findings show that the three treatment methods
namely repentance bath, dhikr and prayer, repentance bath is the most
important and essential treatment method in the recovery process.
Furthermore, the outcome of this case study clearly demonstrates that the
approach to drug addiction treatment by Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah (TQN) is the best modus so far for having successfully
recover approximately 11,000 people drug addicts who had returned to
be with the community. Therefore, this study suggests that the
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
164
responsible parties emphasize the spiritual aspect in human development
process such as the approach adopted by Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah (TQN) as an advancement to the existing rehabilitation
treatment methods.
Keywords: Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah, Pondok Remaja
Inabah 1 Malaysia, drug dependency, alcohol addiction.
Pendahuluan Tarekat tasawuf merupakan suatu disiplin ilmu yang telah wujud
sejak akhir kurun ke-2 hijrah lagi sebagaimana yang dinyatakan
oleh al-Hujwiri dan terus berkembang tersebar ke seluruh pelosok
dunia sehingga kini.1Secara terminologinya, perkataan al-tariqah
lazimnya dikaitkan dengan kesufian (al-sufiyyah). Justeru itu, al-
tariqah al-sufiyyah bermaksud perjalanan atau cara khusus para
salik mendapatkan jalan pintas dan singkat dalam pendakian
maqam.2 Namun begitu, jalan pintas dan singkat pada takrif ini
bukan bermaksud al-sunuh (bermudah-mudah), tetapi di sisi para
sufi ia bermaksud tahsil al-lubb (menghasilkan intipati) dalam
faham dan amal.3 Banyak kajian yang telah dibuat membuktikan
bahawa pengamalan tarekat sufi ini mampu menjadi penawar
kepada pelbagai penyakit jiwa mahupun sosial bahkan menjadi
suatu wasilah dan jalan utama bagi melahirkan sifat kehambaan
manusia kepada Allah dalam segenap aspek kehidupan
sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Pendekatan
tarekat yang menekankan pembangunan aspek spiritual
berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan khazanah perkembangan
1 Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar, “Tarekat Sufi Jalan Makrifah Allah” (Kertas
kerja dibentangkan dalam Simposium Tarekat Tasawuf Sempena Zikir Perdana
Sedunia anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA),
Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia, 21 Mei
2016), 1. 2Ali Bin Muhammad as-Sayyid asy-Syarif al-Jurjani, Mu’jam al-Ta’rifat,
(Kaherah: Darul Fadilah, 1993), 141. 3Ahmad Najaa bin Mokhtar, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan
Semula Ummah Rahmatan Lil Alamin” (Kertas kerja dibentangkan dalam
Simposium Tarekat Tasawuf sempena Zikir Perdana Sedunia anjuran Pertubuhan
Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Auditorium, Masjid Putra, Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Malaysia, 21 Mei, 2016), 3.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
165
tamadun Islam merupakan suatu usaha untuk mendekatkan diri
kepada Tuhan secara berdisiplin lantas membentuk manusia yang
seimbang. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting khazanah
disiplin ini diteruskan dan dikembangkan bagi menangani masalah
sosial pada masa kini.
Dalam hal ini, antara contoh yang dapat diketengahkan
ialah pendekatan berasaskan pengamalan tarekat sufi yang
dikenali sebagai Modul Inabah oleh Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyyah (TQN) di Pondok Remaja Inabah (PRI) 1
Malaysia sebagai proses merawat dan memulih masalah ketagihan
dadah dalam kalangan mereka sehingga berjaya membuahkan
impak yang positif. Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia
terkenal sebagai sebuah pusat rawatan alternatif kepada pusat
serenti yang menawarkan perkhidmatan pemulihan penagihan
dadah dan masalah keruntuhan akhlak berasaskan kepada metode
zikir tarekat dan beberapa kaedah kerohanian lain yang terangkum
di dalam Modul Inabah. Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia
ini mempunyai sejarah dan rekod kejayaan yang telah dikecapi
sepanjang proses rawatan pemulihan penagihan dadah. Modul
Inabah menggunakan pendekatan psikososial dan psikospiritual
dengan elemen terapi kognitif tingkah laku serta pendidikan psiko
dalam membantu pesakit menjalani proses pemulihan dadah.4
Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Sudirman mendapati
sebanyak 61% dalam kalangan anak bina telah pulih selepas
menjalani rawatan pemulihan berasaskan metode Inabah.5
Kebanyakan dalam kalangan anak-anak bina boleh memimpin
bacaan solat dan majlis zikir bahkan mereka juga dilantik sebagai
pembina bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran di Inabah.
Tambahan lagi, menurut kajian lepas yang telah dilakukan oleh
Mahmood Nazar, kaedah rawatan dan pemulihan yang digunakan
oleh Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia telah berjaya
merawat enam aspek iaitu fungsi psikologi, diri sendiri, sokongan
4Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail, “Rawatan Modul Inabah” laman sesawang
myMetro, dicapai 5 Ogos 2017, https://www.hmetro.com.my/node/207632. 5Sudirman Abdul Fatah, "Proses Pemulihan Penggunaan Dadah Melalui
Pendekatan Pusat Pemulihan Pondok Remaja Inabah Kedah dan Terengganu"
(Tesis Kedoktoran, Universiti Malaysia Terengganu, Fakulti Pengurusan dan
Ekonomi, 2009), 41.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
166
sosial, perubahan tingkah laku, sikap dan tekanan hidup.6 Fungsi
psikologi anak bina juga lebih meningkat dari segi kawalan
semangat dan perasaan, keupayaan kognitif, daya ingatan dan
keupayaan berhujah.7
Beberapa siri kejayaan rawatan ini telah mendapat
perhatian beberapa pihak bertanggungjawab terhadap masalah
penagihan dadah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan Modul Islamic Spiritual
Rehabilitation Approach (ISRA) yang berasaskan Model Inabah
ini dalam Majlis Lawatan Kerja ke Cure & Care Rehabilitation
Centre (CCRC) di Sungai Ruan, Raub, Pahang. Pihak kerajaan
Malaysia berhasrat untuk mengimplimentasi dan memperluaskan
kaedah rawatan Modul Inabah ini ke sebahagian besar Pusat
Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) di seluruh negara.8
Menurut beliau, kaedah Inabah ini boleh dijadikan sebagai salah
satu alternatif utama kerana program rawatan yang menggunakan
pendekatan kerohanian mampu memulihkan masalah ketagihan
bahan larangan itu.9
Jika diperhatikan, terdapat banyak pusat-pusat rawatan
pemulihan yang menggunakan kaedah rawatan berteraskan agama,
psikospiritual dan kerohanian dalam usaha merawat dan memulih
masalah ketagihan najis dadah namun jarang sekali ditemui pusat-
pusat rawatan pemulihan yang menggunakan kaedah rawatan
berasaskan tarekat sufi yang merupakan satu disiplin ilmu yang
disusun oleh ulama-ulama sufi sepertimana yang diterapkan di
dalam Modul Inabah ini. Justeru itu, makalah ini bertujuan untuk
mengkaji dan menganalisis kaedah rawatan pemulihan penagihan
dadah berasaskan pendekatan tarekat sufi yang diguna pakai
6Mahmood Nazar Mohamed, Md Shuaib Che Din dan Ismail Ishak, “Traditional
Methods in Rehabiliting Psychotive Drug Pependents in Malaysia: An
Alternative Modality” (Paper presented at the Korean Psychological Association
50th Anniversary Conference, Soeul, South Korea, 27-29 June 1996). 7Ibid. 8Mohd. Shariza Abdullah, “Modul Inabah Diperluas Rawat Ketagihan Dadah”
laman sesawang Utusan Online, dicapai 5 Ogos 2017,
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/modul-inabah-diperluas-rawat-
ketagihan-dadah-tpm-1.448548. 9Ibid.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
167
terhadap penagih dadah di Pondok Remaja Inabah (PRI) 1
Malaysia, Kuala Nerang, Kedah.
Latar Belakang Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah
(TQN)
Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk
penghayatan khusus yang dipraktikkan oleh para salik, iaitu orang-
orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredaan
Allah SWT dengan cara merentasi pelbagai perubahan sifat hati
(al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat
keyakinan (maqamat al-yaqin).10 Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah merupakan sebuah tarekat yang masyhur dan
mempunyai ramai pengikut di Nusantara, khususnya di Kepulauan
Jawa dan Malaysia.
Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah (TQN) merupakan
suatu tarekat hasil gabungan antara dua buah tarekat yang besar
iaitu Tarekat Qadiriyah dan Tarekat Naqsyabandiyah.11 Pengasas
tarekat ini ialah seorang alim sufi yang merupakan sheikh besar
Masjid al-Haram di Mekah bernama Sheikh Ahmad Khatib Ibn
‘Abd al-Ghaffar al-Sambasi al-Jawi (1802-1872) yang turut
dikenali sebagai penulis kitab Fath al-‘Arifin12. Beliau merupakan
seorang ulama besar kelahiran Indonesia yang menghabiskan
sepanjang hidupnya di Mekah.13
Penggabungan kedua-dua buah tarekat tersebut
mempunyai intipati ajaran yang saling melengkapi terutamanya
dari sudut jenis zikir dan metodenya.14 Metode Zikir Jahar oleh
Tarekat Qadiriyyah telah disepadukan dengan metode Zikir Khafi
10Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar, “Hubungan di Antara Tarekat dan Tasawuf”
(Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Tarekat Tasawuf sempena Zikir
Perdana Sedunia anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA),
Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia, 21 Mei,
2016), 1. 11Ami Kamiludin, “Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di Indonesia: Kajian di
Pesantren Suryalaya, Indonesia” (Disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2008), 1. 12Sri Mulyati et. al, Mengenal & Memahami Tarekat-Tarekat Muktabar Di
Indonesia (Kencana, Jakarta: Prenada Media, 2004), 253. 13Ami Kamiludin, “Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di Indonesia: Kajian di
Pesantren Suryalaya, Indonesia” (Disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2008), 1. 14Ibid., 2.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
168
oleh Tarekat Naqsyabandiyah. Dalam kitab Fath al-‘Arifin
menyatakan bahawa tarekat ini bukan sahaja merupakan
penggabungan daripada dua buah tarekat itu semata-mata, akan
tetapi ia merupakan penggabungan dan penyesuaian berdasarkan
kepada ajaran lima buah tarekat iaitu Tarekat Qadiriyah, Tarekat
Naqsyabandiyah, Tarekat Anfasiyah, Tarekat Junaydiyah dan
Tarekat Muwafaqah.15 Oleh sebab penekanan yang diberikan
adalah kepada metode kedua buah tarekat tersebut, maka ia
dinamakan dengan Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah.
Tarekat Qadiriyah telah diasaskan oleh Sheikh ‘Abd Qadir
al-Jilani (w. 1166 M) dari Jilan, Iran yang kemudiannya bermukim
di Baghdad, Iraq.16 Tarekat ini telah tersebar ke kebanyakan
tempat termasuklah Syria, Turki dan beberapa bahagian di Afrika
seperti Cameron, Congo, Mauritania dan Tanzania serta di tempat-
tempat lain seperti di Indonesia dan Malaysia.17 Adapun Tarekat
Naqsyabandiyah diasaskan oleh pemuka Tasawuf terkenal iaitu
Muhammad bin Muhammad Baha’al-Din al-Uwaisi al-Bukhari
Naqsyabandi (717H/1318M – 791H/1389M). Beliau dilahirkan di
sebuah desa bernama Qashrul Arifah.18 Tarekat ini merupakan
sebuah tarekat yang sangat berpengaruh di dunia.
Menurut sejarah, usaha penyebaran ajaran Tarekat
Qadiriyah wa Naqsyabandiyah telah bermula di Indonesia pada
separuh abad ke-19 lagi oleh anak-anak murid Sheikh Khatib al-
Sambasi seperti Sheikh Nuruddin, Sheikh Muhammad Sa’ad,
Sheikh Muslih, Sheikh Romli Tamim dan Sheikh Ahmad Sohibul
Wafa Tajul Arifin (Abah Anom).19 Usaha penyebaran tersebut
dilakukan melalui penubuhan pondok-pondok pesantren di sana.
Mereka yang bermukim selama bertahun-tahun menuntut ilmu di
Makkah telah kembali ke tanah air untuk mencurahkan seluruh
tenaga dan usaha untuk menyebarkan ajaran TQN kepada seluruh
15Nur Anom Mubarak, Suryalaya dalam Lintasan Sejarah (Tasik malaya:
IAILM, 1990), 16. 16Abd al-Rahman Salam, al-Turuq al-Sufiyyah Fi al-Islam (Kaherah: Dar al-Ihya,
1996), 24. 17Ibid. 18Sri Mulyati et. al, Mengenal & Memahami Tarekat-Tarekat Muktabar Di
Indonesia (Kencana, Jakarta: Prenada Media, 2004), 89. 19Martin Van Bruinessen, Tarekat Naqsyabandiyyah di Indonesia: Survei
Historis, Geografis, dan Sosiologis (Bandung: Mizan,1992), 98.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
169
masyarakat di Indonesia khususnya di Kalimantan, Jawa,
Tasikmalaya, Bogor, Sambas, Bali dan Banten. Oleh kerana itu,
kemajuan yang sangat pesat hingga kini merupakan tarekat yang
paling besar dan paling berpengaruh di Indonesia.20
Di Malaysia pula bermula apabila sering terjadinya
pertemuan di antara Haji Ali dari Singapura dengan Mohd Said al-
Attas dari Sabah di rumah Haji Mohd Zuki bin Shafie di Kedah
sehinggalah ajaran Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah tersebut
semakin berkembang pesat di beberapa kawasan tertentu seperti di
Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Sabah, Sarawak dan
Terengganu. Mohd Said al-Attas terlebih dahulu telah dilantik
menjadi wakil talkin oleh Abah Anom pada tahun 1977 kemudian
barulah Haji Mohd Zuki bin Shafie pula dilantik menjadi wakil
talkin pada tahun 1986.21
Doktrin Asas Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah (TQN)
Sebagai suatu mazhab dalam Tasawuf, Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah memiliki beberapa doktrin asas atau ajaran pokok
yang diyakini kebenarannya, terutama dalam kehidupan kesufian.
Terdapat sekurang-kurangnya dua doktrin asas yang menjadi
fokus utama dalam tarekat ini, iaitu solat dan zikir. Kedua-dua
doktrin inilah pembentuk citra diri yang paling dominan dalam
kehidupan para pengikut Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah.
Ajaran-ajaran tersebut juga membentuk identiti diri yang
membezakan antara pengikut tarekat dengan yang lain, khususnya
dalam ajaran-ajaran seperti tatacara berzikir dan bentuk-bentuk
upacara ritualnya.
Solat
Ajaran yang sangat ditekankan dalam Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah adalah fardu solat yang sebenarnya telah
diwajibkan oleh Allah ke atas setiap individu mukallaf. Cuma di
dalam Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah ini, mereka
20Ami Kamiludin, “Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di Indonesia: Kajian di
Pesantren Suryalaya, Indonesia” (Disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2008), 80. 21Harun Nasution, ed., Thoriqot Qodiriyyah Naqsabandiyyah: Sejarah, Asal Usul
dan Perkembangannya (Tasikmalaya, Institut Latihan Agama Latifah
Mubarokiyah (IAILM), 1990), 214.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
170
menggunakan kaifiat dan kaedah tarekat itu dengan pendekatan
secara talkin zikir. Di sini, terdapat dua kaedah yang digunakan
iaitu yang disebut sebagai Taklim dan Ijazah. Taklim dan Ijazah ini
ialah suatu kaedah yang mereka gunakan untuk menyampaikan
cara bagaimana mahu mengamalkan tarekat. Tarekat yang
diamalkan ini bukan lah luar biasa daripada tarekat-tarekat yang
lain bahkan ia biasa dan sama sahaja. Ia hanya mengamalkan
kalimah yang mudah iaitu kalimah “Lailahaillallah” kerana
kalimah tersebut adalah kalimah tauhid yang meluruskan akidah,
jiwa, fikiran dan perasaan. Di samping itu, empat tujuan kalimah
utama “Lailahaillallah” ini ialah untuk memperbaharui iman
sebagai suatu sunah, mempertingkatkan iman dengan cara
berzikir, meluruskan keinginan nafsu sesuai dengan tuntutan
agama dan melepaskan diri daripada azab Allah.
Zikir
Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah adalah termasuk dalam
kategori tarekat zikir sehingga zikir menjadi ciri-ciri khas yang
mesti ada dalam tarekat. Zikir dalam suatu tarekat adalah
mengingati dan menyebut nama Allah, baik secara lisan mahupun
secara batin. Dalam sesebuah tarekat, zikir mesti dilakukan secara
istiqamah. Hal yang demikian adalah sebagai suatu latihan riyadah
al-nafs yang harus dibimbing agar seseorang dapat mengingati
Allah pada setiap waktu. Zikir merupakan makanan spiritual para
sufi dan apresiasi cinta kepada Allah kerana orang yang mencintai
sesuatu tentunya ia akan banyak menyebut nama-Nya. Dalam
Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah, terdapat dua jenis zikir
yang diamalkan iaitu Zikir Nafi Ithbat dan Zikir Ismu Zat. Zikir
Nafi Isbat ialah zikir oleh Tarekat Qadiriyyah yang dilafazkan
secara jahar (suara keras) dengan menyebut kalimah
“Lailahaillallah” sebanyak 165 kali manakala Zikir Ismu Zat pula
ialah zikir oleh Tarekat Naqsyabandiyyah yang dilafazkan secara
sir atau khafi(dalam hati) dengan menyebut kalimah “Allah”.22
Sejarah Penubuhan Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia
Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia ialah sebuah pusat
rawatan persendirian yang menawarkan perkhidmatan pemulihan
22Mohd Zuki As-Sujjak bin Shafie (Pengetua Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia,
Kuala Nerang, Kedah), dalam temu bual dengan penulis, 16 November 2015.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
171
penagihan dadah dan masalah sosial yang lain seperti keruntuhan
akhlak dan sebagainya. Selain daripada membimbing mereka
kepada cara hidup yang diredai Allah mengikut al-Quran dan al-
Sunnah, PRI 1 Malaysia juga merupakan sebuah institusi yang
menjalankan aktiviti pengamalan ajaran Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah (TQN) yang berpangkalan di Pondok Pesantren
Suryalaya, Indonesia.
PRI yang diterajui oleh Haji Mohd Zuki bin Shafie selaku
wakil talkin Abah Anom mula diperkenalkan dan dirasmikan di
Kedah pada tahun 1986.23 Pada tahun 1980, PRI mula ditubuhkan
di rumah pengasas itu sendiri iaitu di No 14 A, Kampung Pulau
Bidin, Mukim Telaga Emas, Alor Setar, Kedah namun
kemudiannya telah berpindah ke Jabal Suf, Kg. Paya, Mukim
Padang Temak, Kuala Nerang pada tahun 1996. Inabah yang
dibina di atas sebidang tanah seluas lebih kurang 30 ekar di
kawasan berbukit dan jauh daripada perkampungan itu masih
beroperasi sampai sekarang, bahkan semakin berkembang dengan
terbinanya binaan-binaan baru. Terkini, bangunan asrama Inabah
yang baru telah dibina bagi menampung kapasiti seramai lebih
kurang 200 orang anak-anak bina di sana. Inabah di Jabal Suf ini
merupakan Inabah yang terbesar di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat empat buah cawangan Inabah iaitu di Kedah, Terengganu,
Sabah dan Negeri Sembilan.
Di Terengganu, Inabah pada mulanya beroperasi secara
kecil-kecilan di Surau Cerong Lanjut, Bandar Kuala Terengganu
di bawah jagaan Ustaz Haji Mohd Othman bin Abdul Latif selaku
wakil talkin Abah Anom. Namun pada tahun 1990, ia telah
berpindah ke di Kampung Sungai Ikan, Gemuruh, Kuala Nerus,
Terengganu dengan jarak lebih kurang 25 kilometer dari bandar
Kuala Terengganu. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas lebih
kurang 10 ekar. Namun, setelah Ustaz Hai Mohd Othman
meninggal dunia, pentadbiran Inabah telah diambil alih oleh isteri
dan anak beliau sehingga sekarang. Manakala di Sabah pula,
Inabah telah didirikan di Semporna di bawah seliaan Ustaz Haji
Mansur selaku wakil talkin Abah Anom.24 Kini, sebuah lagi
23Mohd Zuki bin Shafie (Pengasas Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia,
Kuala Nerang, Kedah), dalam temu bual dengan penulis, 7 Oktober 2017. 24Ibid.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
172
cawangan Inabah telah berjaya didirikan di Negeri Sembilan pada
tahun 2015.
Pada tahun 1991, PRI 1 Malaysia telah menjadi ahli
anggota NGO di bawah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia
(PEMADAM). Seterusnya pada tahun 1998, ia telah didaftarkan di
bawah Kementerian Dalam Negeri sebagai Pusat Pemulihan
Dadah Persendirian atau swasta. Pusat-pusat Inabah ini beroperasi
secara sah dari segi undang-undang di mana ia bernaung di bawah
pusat jagaan PEMADAM Kebangsaan. Sehingga kini, Inabah
telah berjaya memulihkan sejumlah besar bekas penagih-penagih
dadah dan muda-mudi yang bermasalah seterusnya kembali
berkhidmat ke pangkuan masyarakat. Melalui temu bual dan
penelitian didapati bahawa rekod Inabah menunjukkan lebih 90%
penagih dadah dan remaja bermasalah di Inabah telah berjaya
dipulihkan sehingga tahun 2017.25
Semasa sesi temu bual bersama pengasas PRI 1 Malaysia,
beliau menceritakan bahawa sebenarnya terdetik di hati beliau
untuk mewujudkan pusat rawatan Inabah ini adalah secara tidak
sengaja.26 Menurutnya, beliau langsung tidak mempunysi
pengetahuan tentang penagih dadah, apatah lagi untuk
memulihkan mereka. Ianya bermula apabila beliau bertemu
dengan seseorang yang seolah-olah sedang mengalami kesakitan
dan menggigil-gigil tubuhnya berdekatan dengan sebuah surau
Jabatan Kastam di Tambak Johor, iaitu ketika beliau baru pulang
dari pengajian agama di Indonesia. Beliau cuba untuk menolong
individu tersebut, akan tetapi pegawai kastam di situ
mengarahkannya agar tidak mempedulikan pesakit berkenaan.
Justeru, beliau berasa sesuatu yang amat pelik dengan tindakan
pegawai kastam itu. Maka, berikutan hal itu, beliau mengambil
sedikit air lalu membacakan setangkai doa untuk mengubati
pesakit tersebut.
Namun begitu, tiba-tiba pesakit tersebut terus melarikan
diri entah ke mana. Beliau langsung tidak faham mengapa hal
yang sedemikian berlaku. Ekoran daripada peristiwa tersebut, ia
25Ibid. 26Abdullah Abd Ghani et al., “Kaedah Rawatan Penagih Tegar Dadah Melalui
Pendekatan Kerohanian: Kajian Kes di Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia
(Pri(1)M), Kedah,” Journal of Advanced Research in Business and Management
Studies 7, no. 1 (2017), 42.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
173
telah meninggalkan tanda tanya dalam diri beliau. Selang tidak
beberapa lama kemudian, beliau telah bertemu dengan kenalannya
yang juga merupakan seorang kenamaan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang. Orang kenamaan tersebut telah
menyerahkan anaknya kepada beliau untuk dijadikan anak angkat
dan beliau telah diminta untuk membimbing anaknya kerana
pengasas PRI 1 Malaysia adalah seorang ahli agamawan. Lalu,
beliau pun menerima pemberian tersebut dan terus membawa
pulang anak angkatnya itu ke rumahnya di Kampung Pulau Bidin,
Mukim Telaga Emas, Alor Setar, Kedah.27
Semasa anak angkat tersebut berada di rumahnya, beliau
berasa hairan kerana anak angkat tersebut sering menghilangkan
diri entah ke mana, lalu balik semula. Malah, jiran-jiran di
kampungnya berasa tidak senang dengan kedatangan anak angkat
tersebut kerana sejak kedatangannya ke kampung itu, banyak
barang-barang orang kampung hilang. Setelah disiasat, rupa-
rupanya anak angkat tersebut ialah seorang penagih dadah.28
Rentetan daripada peristiwa-peristiwa tersebut, beliau berazam
untuk mempelajari ilmu tentang cara untuk memulihkan penagih
dadah ini. Kebetulan, beliau pernah maklum bahawa terdapat
Pondok Pesantren di Indonesia yang menjalankan rawatan
pemulihan khusus untuk penagih-penagih dadah. Oleh hal yang
demikian, beliau terus berangkat ke Indonesia sekali lagi untuk
mendalami ilmu rawatan penagihan dadah di Pondok Pesantren
Suryalaya yang menggunakan Metode Inabah. Maka melalui
peristiwa tersebut, pendekatan Tarekat Qadiriyyah wa
Naqsyabandiyyah (TQN) telah berjaya dibawa masuk dan
diamalkan di Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia, Kuala Nerang,
Kedah sehingga kini.29
Amalan-amalan Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah
(TQN) Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah
dan Alkohol
Secara umumnya kaedah rawatan yang digunakan oleh PRI 1
Malaysia adalah melalui pendekatan Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah (TQN). Setiap anak-anak bina yang dimasukkan
27Ibid. 28Ibid., 43. 29Ibid.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
174
ke PRI 1 Malaysia ini akan menjalani tiga peringkat kaedah
rawatan utama iaitu mandi taubat, solat dan zikir. Kaedah ini
menekankan konsep pembinaan serta bimbingan rohani dan
jasmani, Ma’rifah Allah (mengenal Allah) dan taubat.
Kebiasaannya, tempoh rawatan asas yang dijalani oleh anak-anak
bina ini ialah selama enam bulan pertama dan rawatan lanjutan
selama enam bulan seterusnya.
Pelaksanaan kaedah mandi taubat dimulakan dengan
mandian sebanyak 40 gayung pada setiap pagi yang bermula
seawal jam 3.00 pagi selama empat puluh hari berturut-turut.
Setiap gayung itu dibacakan doa tertentu. Bacaan doa ini diambil
di dalam surah al-Mukminun ayat ke-29,
لين ا وأنت خير ٱلمنز باركا لني منزلا م أنز ب ٢٩وقل ر
Al-Mu’minun 23:29
Translation: And say: My Lord! Let me
land at a blessed landing place and you
are the best to accommodate [us].
Di dalam pengamalan zikir Tarekat Qadiriyah wa
Naqsyabandiyah (TQN) pula, mereka mengamalkan dua jenis zikir
yang merupakan gabungan zikir oleh Tarekat Qadiriyah iaitu
dikenali sebagai Zikir Jahar dan zikir oleh Tarekat
Naqsyabandiyah iaitu Zikir Khafi. Tatacara zikir keras (jahar) iaitu
Zikir Nafi Ithbat dengan mengucapkan kalimah “Lailahaillallah”
dengan keras dan dihentak-hentakkan. Dengan rincian, ucapan
“La” pertama ditarik dari pusat ke ubun-ubun di kepala,
seterusnya ucapan “Ilaha” dibaringi gerakan kepala miring ke
kanan dan ucapan “Illallah” dibaringi gerakan kepala miring ke
kiri dengan dihentakkan ke jantung di dada kiri. Para ahli tarekat
menyatakan cara tertentu untuk mengucapkan kata pada kalimah
“Lailahaillallah” iaitu zikir di tengah badan, di sebelah kanan
badan dan di sebelah kiri badan. Ketiga-tiga titik itu adalah tiga
titik tempat syaitan mengerahkan serangannya.
Setelah zikir secara jahar, diajarkan juga zikir perlahan
(khafi) iaitu Zikir Ismu Zat yang dilaksanakan dalam hati sehingga
tidak terdengar. Dalam pengajaran zikir ini atau disebut sebagai
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
175
tawajuh,30 anak-anak bina diarahkan agar memejamkan mata,
kepala tunduk miring ke bahagian susu sebelah kiri, lidah ditekan
ke langit-langit mulut, bibir dirapatkan sambil mengucapkan
kalimah “Allahu Allah, Allahu Allah, Allahu Allah, Allahu Allah,
Allahu Allah” secara terus menerus. Pak Guru memerintahkan
anak-anak bina untuk mengamalkannya pada setiap waktu
terutamanya setelah selesai solat fardu sebanyak 165 kali untuk
ZikirJahar dan sebanyak-banyaknya serta tidak terikat waktu
untuk Zikir Khafi. Beliau menjelaskan bahawa bilangan Zikir
Jahar sebanyak 165 kali itu adalah mewakili 1= Ihsan, 6=Iman,
5=Islam.31
Kajian Lapangan
Kajian lapangan yang dijalankan ini telah menemu bual dua orang
responden yang sedang menjalani rawatan pemulihan di Pondok
Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia. Seorang responden dipilih
dalam kalangan bekas penagih dadah (responden A) dan seorang
lagi ialah bekas peminum alkohol tegar (responden B). Kajian
lapangan ini adalah sebagai pembuktian bahawa amalan tarekat
yang diamalkan berkeupayaan untuk memenuhi rawatan
psikospiritual penagih dadah dan alkohol.
Responden A berasal dari Kota Bharu, Kelantan
mempunyai latar belakang keluarga yang beragama. Bapanya
merupakan seorang guru agama yang kerap mengajar di masjid
dan surau, manakala ibunya merupakan seorang suri rumah.
Bapanya seorang yang sangat tegas dalam mendidik dan sentiasa
menitikberatkan soal disiplin serta agama dalam diri anak-anak.
Oleh kerana ketegasan bapanya, maka respondan A telah
menerima didikan agama yang sempurna sejak kecil. Namun
keadaan sebaliknya berlaku kerana ia merasakan bahawa
kehidupannya tidak bebas dan terkongkong. Justeru itu, ia telah
memilih jalan kebebasan dan membawa diri daripada keluarga
yang akhirnya menyebabkan ia telah tersasar jauh daripada
landasan hidup yang sebenar. Anak ke-5 daripada 8 orang adik
30Tawajuh berasal daripada perkataan arab yang bermaksud penumpuan diri
(akal, fikiran, perasaan) kepada Allah; memusatkan (menumpukan,
mengarahkan) segenap fikiran dan lain-lain kepada tuhan. 31Mohd Zuki bin Shafie (Pengasas Pondok Remaja Inabah (PRI) 1 Malaysia,
Kuala Nerang, Kedah), dalam temu bual dengan penulis, 7 Oktober 2017.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
176
beradik telah pun berusia 37 tahun dan masih bujang. Kesemua
adik beradiknya kini sudah berjaya dan berkeluarga serta
mempunyai kerjaya tersendiri. Sebelum memasuki PRI Kedah,
responden A pernah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara
seketika. Walau bagaimanapun setelah itu, beliau telah di hantar
oleh keluarganya ke beberapa pusat serenti, Pengasih dan PRI
Terengganu. Namun begitu, setelah keluar dari pusat-pusat
rawatan, responden A masih memilih jalan untuk kembali
menagih dadah dengan alasan tidak rela dan pergi dalam keadaan
terpaksa. Selain menagih dadah, responden A juga pernah
meminum minuman beralkohol dan terlibat dalam kegiatan sosial
di kelab malam. Kini, responden A telah selesai menjalani rawatan
pemulihan di PRI Kedah selama lebih kurang setahun dan sedang
berkhidmat sebagai pelatih di sana.
Responden B berumur 32 tahun merupakan seorang
peminum arak tegar yang berasal dari Johor Bharu. Arkitek
lulusan sebuah universiti tempatan ini telah bekerja selama hampir
10 tahun di negeri kelahirannya. Responden B telah memperoleh
didikan agama secara formal di sekolah walaupun akhirnya
tersasar dari landasan agama yang sebenar. Lahir dalam kalangan
ahli keluarga golongan profesional dan terpelajar, bapanya
merupakan seorang arkitek dan ibunya pula merupakan seorang
pegawai kerajaan. Anak bongsu daripada dua orang adik beradik
ini masih bujang dan baru 3 bulan menjalani proses rawatan
pemulihan di PRI. Sebelum ini, responden B tidak pernah
memasuki mana-mana pusat rawatan tetapi pernah ditangkap
sekali oleh pihak polis dan dimasukkan ke dalam penjara selama
sehari. Sejak peristiwa itu, responden B telah berazam untuk
membenci dadah kerana berasa sangat serik dan malu meringkuk
di dalam penjara walaupun hanya sehari. Responden B telah
dihantar ke PRI oleh keluarganya sendiri walaupun pada ketika itu
dalam keadaan terpaksa dan tidak rela.
Perasaan Sepanjang Menjalani Proses Rawatan
Hasil daripada temu bual dengan kedua-dua orang responden
tersebut, pengkaji mendapati bahawa rawatan yang diambil tidak
memberi kesan kepada responden A pada bulan pertama berada di
PRI. Hal ini berlaku kerana responden A merasa terpaksa dan
hanya mengikuti sahaja proses rawatan di sana. Namun, lama
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
177
kelamaan beliau terbuka hati dan dapat melakukan semua metode
rawatan pemulihan dengan sendiri tanpa arahan daripada pegawai
dan pelatih di sana kerana sudah terbiasa. Berbeza sekali dengan
responden B, ketika pertama kali beliau keluar daripada proses
detoksifikasi, beliau berasakan bahawa metode yang diamalkan di
PRI adalah ajaran sesat atas justifikasi beliau tidak dapat
menerima zikir yang dialunkan secara kuat dan keras (jahar).Hal
tersebut mungkin didorong oleh lingkungan persekitaran hidup
dan pemikirannya sebagai golongan elit dan profesional yang tidak
dapat menerima cara zikir tarekat seperti itu. Ini berdasarkan
kepada jawapan yang diberikan oleh kedua-dua orang responden
iaitu:
Soalan Bolehkah encik berkongsi dengan saya apakah
yang encik alami ketika encik menjalani proses
rawatan pemulihan seperti solat fardu dan solat
sunat, zikir, mandi taubat dan qiamullail?
Jawapan Responden A: Dalam sebulan lebih yang pertama
tu, tak dapat rasa apa pun. Hanya
just kita ikut kerana terpaksa.
Lama kelamaan dia akan jadi
biasa. Mungkin dalam masa tiga
empat bulan lepas pada tu, baru lah
saya dapat rasa lah sikit. Kan?
Sikit-sikit tu dapat rasa. So,
maksud saya dapat rasa tu, bila kita
berzikir, kita rasa ketenangan. Bila
kita rasa lambat sikit, kita
terlambat bangun tidur, kita rasa
macam, tak senang duduk.
Responden B: First time I keluar daripada detoks
tu. I rasa macam ni sesat ke apa
kan. Hahaha. First thing you
dengar orang zikir kuat-kuat, rasa
eh apa benda seh dorang buat
macam ni. Kan? Dua minggu
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
178
dalam detoks masuk air jugak kot.
First time first day mandi taubat tu
40 gayung pukul 3 pagi, buat apa
seh 40 gayung camtu hahaha. So
10 hari pertama tu kita rasa aaa
orang kata still tak berapa trigger
dengan dunia luar. Dan bila dah
habis 40 hari tu, ok kot.
Alhamdulillah lah. Zikir bila kita
jerit kuat-kuat kan, walaupun kita
tengah stress eh, pada I lah, I
tengah fikir dunia luar, ok aaa zikir
rasa macam I dapat keluarkan lah.
Satu zikir yang jerit, satu lagi zikir
yang dalam hati tu. So bila you dah
gabungkan 2 tu, rasa ok, boleh
control. Tenang, tenang. Sangat
tenang kot.
Responden A mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4
bulan untuk merasai ketenangan jiwa. Menurutnya lagi, apabila
terlewat bangun tidur atau terlambat sedikit menunaikan solat,
beliau sudah berasa tidak tenang. Namun, beliau tidak lagi sampai
kepada tahap merasai khusyuk dalam solat. Responden B
mengatakan bahawa tempoh 2 minggu berada dalam proses
detoksifikasi dirasakan seperti ‘masuk air’. Namun, lama
kelamaan beliau membuka hatinya untuk menerima metode
pengajaran yang diamalkan di PRI dan beliau dapat menyesuaikan
diri dengan suasana dan persekitaran.
Kemudian, 10 hari pertama menjalani proses mandi taubat
itu, beliau berasa tidak trigger atau terangsang dengan dunia luar
sehinggalah selesai hari yang ke-40, beliau sudah mula berasa
selesa. Walau bagaimanapun, seperkara yang beliau belajar
sepanjang menjalani proses rawatan pemulihan ini ialah beliau
cuba untuk melawan hawa nafsunya sendiri. Berkenaan dengan
amalan zikir pula, beliau menjelaskan bahawa gabungan kedua-
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
179
dua Zikir Khafi dan Jahar sangat memberikan ketenangan dalam
jiwanya. Misalnya ketika beliau sedang dalam keadaan tertekan
dan beliau berasakan bahawa dengan berzikir, beliau dapat
melepaskan segala rasa tekanan serta mampu mengawal dirinya.
Kesan Kaedah Rawatan Terhadap Diri
Apabila diajukan soalan berkenaan kesan kaedah rawatan terhadap
diri, perubahan sikap yang amat ketara berlaku ke atas diri
responden A setelah beliau menjalani proses rawatan solat dan
zikir. Impak positif jelas terserlah pada sikap yang sebelumnya
merupakan seorang yang pemarah, pendendam dan suka
mengambil kesempatan ke atas orang lain. Namun kini sifat-sifat
negatif itu tidak ada lagi dalam dirinya. Dari segi mandi taubat
pula, ia berkesan dalam membantu menghilangkan rasa ketagihan
dalam diri responden. Tubuh badannya juga berasa segar setelah
selesai mandi taubat. Sehingga sekarang pun, beliau masih tidak
putus mengamalkan mandi taubat walaupun beliau balik bercuti di
rumah kerana sudah terbiasa melakukannya. Beliau menambah
lagi, jika beliau demam atau sebagainya, tetapi beliau tidak
melaksanakan kaedah rawatan mandi tersebut, beliau berasa tidak
selesa pada diri.
Responden B menjelaskan bahawa ketika mandi taubat,
gayung yang pertama itu membantu memulihkan saluran saraf
dalam badan kita. Jadi, bermula dengan mandi taubat tersebut,
tubuh badan beliau mula berasa segar. Kemudian, sewaktu
melakukan ibadah bertahajud yang diisi dengan solat-solat sunat
berjemaah, beliau tidak terfikir mahu melarikan diri atau
sebagainya malah beliau menzahirkan rasa kesyukuran kerana
sepanjang berada di PRI, beliau berpeluang menunaikan solat
berjemaah selama 40 hari di masjid. Hal yang demikian adalah
perkara yang tidak pernah terfikir dan terbuat olehnya di luar. Ini
dapat dilihat menerusi pengalaman-pengalaman responden seperti
berikut:
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
180
Soalan Mengikut pengalaman diri
encik setelah menjalani proses
rawatan pemulihan setakat ini,
bagaimanakah kaedah-kaedah
rawatan pemulihan tersebut
mampu memberi kesan
terhadap diri encik?
Jawapan Responden A: Dari segi sikap
saya sebelum ni saya seorang
pemarah, pendendam, suka
amik kesempatan pada orang
lain, itu perubahan sikap saya
rasa ada. Jadi, itu saya rasa
kesan daripada solat, zikir dan
sebagainya lah. Mandi taubat tu
saya rasa ya itu salah satu
tujuan mandi taubat ialah
hilangkan ketagihan. Itu dari
segi fizikal lah. Dari segi
rohani, untuk gugurkan dosa-
dosa kita selain daripada dosa-
dosa besar lah.
Responden B : Haa mandi yang
gayung pertama tu, orang cakap
bantu kita punya saraf apa
semua kan. So start dengan
mandi tu kita dah freshen up
tau. Solat tahajud apa semua.
Haa pastu takde fikir kot, nak
pergi, nak hilang. So, sampai
kat sini, orang kata 40 hari tu
kita dapat sembahyang jemaah
kat masjid. Benda yang tak
pernah kita terfikir buat kat
luar. Haa so membantu lah
rasanya membantu.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
181
Kaedah Rawatan Paling Berkesan
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, kita dapat melihat
dengan jelas sekali kesan-kesan positif kaedah rawatan Tarekat
Qadiriyyah wa Naqsyabandiyyah yang berlaku ke atas kedua-dua
orang responden tersebut. Menerusi temu bual yang dijalankan,
pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketiga-tiga kaedah rawatan
tersebut adalah sangat penting dilaksanakan bersama kerana
masing-masing mempunyai peranan dan kelebihan yang saling
melengkapi antara satu sama lain dalam merawat masalah sosial
dan spiritual pesakit. Ia mesti dilakukan sekali tanpa
meninggalkan salah satu daripadanya. Kesan ketiga-tiga kaedah
rawatan tersebut sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada
sikap dan keadaan diri pesakit itu sendiri. Namun begitu,
sepertimana kenyataan oleh Pak Guru sebagai pengetua dan
pengasas PRI 1 Malaysia, bahawasanya beliau menyatakan mandi
taubat itu merupakan metode utama dan terpenting dalam tempoh
2 bulan awal proses pemulihan dijalankan.32 Menurut beliau lagi,
mandi pada jam 3.00 pagi tersebut mampu menjadi terapi dan
memberikan kesan baik yang cepat dalam membantu proses
pemulihan ketagihan dadah dalam diri pesakit.33 Dari sudut
saintifiknya pula, dengan mandi, ia dapat memastikan pembuluh
darah anak-anak bina mengecut pada permukaan tubuh dan
merangsang pengaliran darah ke otak, jantung dan hati lalu
menghasilkan perasaan tenang serta membunuh asid-asid dadah
yang berada di dalam tubuh pesakit.
Namun, pendapat di atas berbeza pula dengan pandangan
responden B yang mengatakan bahawa zikir adalah kaedah
rawatan yang paling berkesan terhadap perubahan dirinya kerana
baginya, zikir berperanan mencuci kekotoran dalam hati dan
mampu memberikan ketenangan kepada jiwa. Hal yang demikian
adalah berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan oleh
responden-responden seperti berikut:
Soalan Pada pandangan encik, antara kaedah-kaedah
rawatan tersebut, kaedah manakah yang lebih
32Ibid. 33Ibid.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
182
memberi kesan positif kepada diri encik?
Jawapan Responden A: Ketiga-tiganya kena buat serentak.
Responden B: Hmm. I rasa zikir kot.
Tambahan lagi, responden B hanya terlibat dengan
minuman keras yang memabukkan dan mengkhayalkan sahaja. Ia
tidaklah seberat rasa ketagihan terhadap dadah seperti responden
A yang memerlukan kepada pelbagai jenis metode dan proses
untuk memulihkannya. Justeru, suasana dan persekitaran di kelab
malam yang mengasyikkan dengan muzik-muzik yang melalaikan
juga turut menyumbang kepada kesan kelebihan berzikir itu.
Perubahan Setelah Menjalani Proses Rawatan
Dari segi perubahan diri responden setelah menjalani proses
rawatan, Responden A menceritakan bahawa setelah keluar
daripada pengasingan atau dikenali sebagai proses detoksifikasi,
selera makannya naik dan timbul minatnya kembali untuk
bersukan. Keadaan ini menjadikan tubuh badannya menjadi
semakin sihat dan cergas. Berbeza dengan keadaan sebelumnya
ketika masih menagih dadah, beliau tidak mempedulikan tentang
tubuh badannya yang kurus kering. Dari segi pemakanannya tidak
terjaga dan tidurnya yang tidak terurus sehingga kadang-kadang
tiga ke empat hari tidak tidur.
Akan tetapi sekarang, beliau sudah mulai sedar akan
kepentingan menjaga kesihatan diri luar dan dalam. Beliau tidak
lagi mengambil makanan yang berminyak, minuman berkarbonat
dan sebagainya yang kurang berkhasiat serta memberi mudarat
jangka masa panjang kepada diri. Secara keseluruhannya,
perubahan positif yang berlaku ke atas kesemua diri responden
adalah sangat berkait rapat dengan keberkesanan kaedah-kaedah
rawatan yang telah mereka lalui sepanjang berada di PRI, Kedah.
Namun begitu, mengikut pengalaman yang dilalui sendiri oleh
responden A ketika beliau berada di PRI, Terengganu, beliau
menyatakan bahawa pengisian yang dijalankan di sana adalah
tidak sepadat di PRI, Kedah walaupun sebenarnya metode rawatan
di kedua-dua tempat adalah sama sahaja. Beliau mempunyai
banyak masa terluang yang tidak diisi sehingga menyebabkan
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
183
beliau jatuh kembali menagih dadah setelah keluar daripada PRI,
Terengganu.
Responden B menjelaskan terdapat tiga perubahan ketara
dalam dirinya iaitu pertama, gaya hidupnya menjadi teratur. Beliau
lebih berdisiplin dalam mengurus masa dan jadual kehidupan
sehariannya seperti waktu makan, tidur, bangun, mandi dan
sebagainya. Tambahan lagi, kesedaran beliau terhadap tahap
kesihatan diri sudah tinggi. Beliau berjaya mengawal pemakanan
beliau daripada makanan-makanan yang kurang berkhasiat dan
berminyak sehingga beliau kehilangan berat sebanyak 12 kilogram
selama 3 bulan berada di PRI. Di samping itu juga, beliau sentiasa
bersenam dan bersukan dengan kawan-kawannya. Kedua, beliau
dapat mengawal sifat panas barannya. Kalau dahulu, beliau kerap
melenting apabila kakitangannya tersilap sedikit dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Namun kini, beliau belajar untuk
memperbaiki kemahiran berkomunikasi yang baik dengan kawan-
kawan dan masyarakat sekeliling. Ketiga, amal ibadahnya lebih
terjaga dari segi solatnya, beliau akan berasa rugi jika tertinggal
atau tidak buat solat-solat sunat. Hal ini jelas diketahui melalui
soalan yang dikemukakan kepada para responden:
Soalan Apakah perubahan yang berlaku pada diri encik
setelah menjalani proses rawatan seperti solat fardu
dan solat sunat, zikir, mandi taubat dan qiamullail
di PRI?
Jawapan Responden A: Keluar daripada asingan ataupun
detok tu, selera makan naik.
Contoh macam saya minat
bersukan, timbul balik minat
bersukan. Lama-lama tubuh kita
pun jadi sihat balik, Dulu, tak
peduli makan ke tak nak makan ke.
Sekarang ni, kita tengok benda
yang banyak minyak ni tak boleh
makan ni. Fikirkan kesihatan tu
lebihlah. Dah ada kesedaran dari
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
184
segi kesihatan lah.
Responden B: Kat sini more disiplin. Kita boleh
pandai atur diri kita, masa kita. My
lifestyle lebih teratur lah kat sini.
Sekarang dah tak panas baran,
bercampur dengan kawan-kawan
lain, so belajar untuk more skill
communication lah dengan dorang.
First thing memang ibadah lah.
Ibadah sangat terjaga lah. Second
thing macam I cakap I control I
punya diri lah, disiplin.
Pemakanan, self timing.
Sepertimana yang telah dinyatakan di atas bahawa mandi
taubat, zikir dan solat mempunyai auranya yang luar biasa
sehingga mampu memberikan perubahan yang baik jika
dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan ikhlas. Di samping
keberkatan amalan-amalan tarekat yang diamalkan oleh warga
PRI, pengkaji mendapati kesungguhan Pak Guru serta kakitangan
PRI dalam membantu ke arah usaha memanusiakan manusia jelas
memperlihatkan kepada kita bahawa ia menjadi asbab utama Allah
membantu dan mempermudahkan segala urusan kehidupan dan
niat mulia mereka.
Jaminan Agar Tidak Kembali Menagih Dadah
Apabila diajukan soalan tentang apakah jaminan yang boleh
diberikan oleh responden agar tidak menagih dadah kembali
setelah keluar dari PRI, responden A menyatakan bahawa perkara
utama yang beliau perlu lakukan ialah beliau tidak boleh
meninggalkan amal-amal ibadah hariannya sebagai suatu
pendinding yang mengawasi diri dan imannya daripada mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Menurutnya lagi, jika kita
meninggalkan amalan-amalan tersebut, kemungkinan adab kita
dengan guru pun terputus. Maka, beliau menegaskan bahawa
adalah sangat penting menjaga diri dan nafsu ketika iman turun
dan naik.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
185
Selain itu, beliau perlu sentiasa bermuhasabah dan
mengenal pasti kelemahan diri sendiri supaya sentiasa timbul
kesedaran dalam dirinya. Beliau juga harus mematuhi pantang
larang iaitu tidak boleh berjumpa kembali dengan rakan-rakan
lamanya dan beliau tidak boleh terlampau tertekan bagi
memastikan beliau tidak jatuh menagih dadah kembali. Akhir
sekali, setiap kali selepas solat beliau mengingatkan agar selalu
berdoa “innal lazina yubayiunaka innama yubayiu…”34sebagai
suatu janji kita kepada Allah.
هۦ 34 ه م سف مم ث ث مهكم مك م م م ك م دههه م قم أمي إهنك ٱلكذه م ثبم هعثومكم إهكم ثبم هعثونم ٱللكم مدث ٱللكه مو
مظهي ه أمجرا يثؤتهي م م ث ٱللكم ممي همدم م ١٠وممم أموفم بهم Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia
kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka
hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi
keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu,
sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak
menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan
apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya
pahala yang besar” (Surah Al-Fath ayat ke-10).
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
186
Soalan Apakah jaminan atau janji yang encik dapat
berikan bahawa setelah encik keluar daripada PRI
ini, encik tidak akan menagih dadah kembali?
Jawapan Responden A: Yang paling utama saya tak boleh
tinggal lah amalan, amalan tu
sebagai suatu pendinding. Kita
kena jaga masa iman kita turun
naik tu. Jadi, kalau kita nak
berjanji tu memang tiap-tiap kali
selepas sembahyang tu, doa sekali
“innal lazina yubayiunaka innama
yubayiu…” Itu kita berjanji
dengan Allah Subhanallahu Wa
Taala.
Responden B: Jaminan tu janji kot. Janji pada diri
sendiri kot. Kalau macam kat sini
kita dah bai’ah dengan Allah
Taala, bai’ah dengan pak guru,
kalau kita jatuh, kifarah kita ada
kat sini kan. So, tak nak janji-janji
kot.
Berbeza pula dengan responden B, beliau tidak mahu
berjanji dan memberi jaminan. Namun, beliau berazam untuk
mencuba yang terbaik dan berjanji pada diri sendiri agar tidak
kembali kepada kehidupan sosialnya seperti meminum arak, pergi
kelab malam dan mengambil pil-pil khayal. Tambahnya lagi,
beliau sudah berbaiah dengan Allah dan Pak Guru, jadi jika beliau
menagih dadah kembali, maka jatuh kifarah dosa ke atasnya.
Secara keseluruhannya, dapatlah ditegaskan di sini
bahawasanya menjaga amalan-amalan ibadah seperti solat, zikir
dan sebagainya adalah sangat penting dalam diri setiap individu
muslim sebagai perisai yang mengawal dan mengekang diri serta
nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
187
agama Islam. Tambahan pula, ia mampu memberikan ketenangan
ke dalam jiwa-jiwa manusia yang sentiasa dahagakan kasih sayang
daripada Tuhan. Fitrah diri setiap manusia itu adalah kembali
kepada Tuhan dan agamanya, maka tidak boleh tidak adalah mesti
kita sentiasa berdamping dengan Allah dan mempraktikkan ajaran
agama dalam kehidupan.
Penutup Justeru, ternyata pengamalan tarekat sufi ini mampu membina
hubungan ingatan seorang mukmin dengan Allah sebagai tonggak
penting bagi mengutuhkan tunjang iman serta memupuknya
sampai ke peringkat paling sempurna yang diistilahkan sebagai
maqam Ihsan. Selain itu, tarekat sufi bukan hanya sekadar menjadi
wasilah menghubungkan diri hamba dengan pencipta-Nya namun
ia juga turut membantu dalam pembentukan sosial manusia seperti
ketagihan dadah dan alkohol.
Rujukan
Abd al-Rahman Salam. al-Turuq al-Sufiyyah Fi al-Islam.
Kaherah: Dar al-Ihya, 1996.
Abdullah Abd Ghani et al., “Kaedah Rawatan Penagih Tegar
Dadah Melalui Pendekatan Kerohanian: Kajian Kes
di Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia (Pri(1)M),
Kedah,” Journal of Advanced Research in Business
and Management Studies 7, no. 1 (2017): 39-50.
Ahmad Najaa bin Mokhtar. “Peranan Tarekat Tasawuf
dalam Pembangunan Semula Ummah Rahmatan Lil
Alamin.” Kertas kerja dibentangkan dalam
Simposium Tarekat Tasawuf sempena Zikir Perdana
Sedunia anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar
Malaysia (PERTAMA), Auditorium, Masjid Putra,
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia, 21 Mei,
2016.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
188
Ali Bin Muhammad as-Sayyid asy-Syarif al-Jurjani. Mu’jam
al-Ta’rifat. Kaherah: Darul Fadilah, 1993.
Ami Kamiludin. “Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di
Indonesia: Kajian di Pesantren Suryalaya, Indonesia.”
Disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008.
Harun Nasution, ed. Thoriqot Qodiriyyah Naqsabandiyyah:
Sejarah, Asal Usul dan Perkembangannya.
Tasikmalaya: Institut Latihan Agama Latifah
Mubarokiyah (IAILM), 1990.
Mahmood Nazar Mohamed, Md Shuaib Che Din dan Ismail
Ishak. “Traditional Methods in Rehabiliting
Psychotive Drug Pependents in Malaysia: An
Alternative Modality.” Paper presented at the Korean
Psychological Association 50th Anniversary
Conference, Soeul, South Korea, 27-29 June, 1996.
Martin Van Bruinessen. Tarekat Naqsyabandiyah di
Indonesia: Survei Historis, Geografis, dan Sosiologis.
Bandung: Mizan,1992.
Mohd Zuki As-Sujjak bin Shafie (Pengetua Pondok Remaja
Inabah 1 Malaysia, Kuala Nerang, Kedah), dalam
temu bual dengan penulis, 16 November 2015.
Mohd Zuki As-Sujjak bin Shafie (Pengetua Pondok Remaja
Inabah 1 Malaysia, Kuala Nerang, Kedah) dalam
temu bual dengan penulis, 7 Oktober 2017.
Mohd. Shariza Abdullah. “Modul Inabah Diperluas Rawat
Ketagihan Dadah.” laman sesawang Utusan Online.
Dicapai 5 Ogos 2017.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/modul-
inabah-diperluas-rawat-ketagihan-dadah-tpm-
1.448548.
Nursyahidah binti Ibrahim, “Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN)
Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol”,
Jurnal Qalbu 5.7 (Jun 2018): 163-189
189
Nur Anom Mubarak. Suryalaya dalam Lintasan Sejarah.
Tasik malaya: IAILM, 1990.
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail. “Rawatan Modul Inabah.”
laman sesawang myMetro. Dicapai 5 Ogos 2017.
https://www.hmetro.com.my/node/207632.
Sri Mulyati et. al. Mengenal & Memahami Tarekat-Tarekat
Muktabar di Indonesia. Kencana, Jakarta: Prenada
Media, 2004.
Sudirman Abdul Fatah. "Proses Pemulihan Penggunaan
Dadah Melalui Pendekatan Pusat Pemulihan Pondok
Remaja Inabah Kedah dan Terengganu." Tesis
Kedoktoran, Universiti Malaysia Terengganu, Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi, 2009.
Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar. “Hubungan di Antara
Tarekat dan Tasawuf.” Kertas kerja dibentangkan
dalam Simposium Tarekat Tasawuf sempena Zikir
Perdana Sedunia anjuran Pertubuhan Tarekat
Muktabar Malaysia (PERTAMA), Auditorium,
Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia, 21 Mei, 2016.
Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar. “Tarekat Sufi Jalan
Makrifah Allah.” Kertas kerja dibentangkan dalam
Simposium Tarekat Tasawuf sempena Zikir Perdana
Sedunia anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar
Malaysia (PERTAMA), Auditorium, Masjid Putra,
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia, 21 Mei,
2016.
Top Related