1
BAHAGIAN I
FASAL 1 : MUKADIMAH
(i) Syarat dan Peraturan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu persefahaman
yang jelas tentang perhubungan di antara JM dengan pekerja berkenaan syarat-syarat
dan peraturan-peraturan perkhidmatan semua pekerja, menetapkan syarat dan
peraturan perkhidmatan, dan menjelaskan hak serta tanggungjawab JM dan
pekerjanya dalam tempoh berkuatkuasanya Perjanjian ini.
(ii) Syarat dan Peraturan Perkhidmatan JM bertujuan mencapai matlamat Jasa Merin
(Malaysia) Sdn. Bhd., sebagai sebuah organisasi yang:-
Penyedia Perkhidmatan Pilihan (The Service Provider of Choice)
Majikan Pilihan (The Employer of Choice)
Pelaburan Pilihan (The Investment of Choice)
FASAL 2 : TARIKH KUATKUASA, TEMPOH DAN PERLAKSANAAN
(i) Syarat dan Peraturan Perkhidmatan JM ini berkuatkuasa dan terpakai bagi semua
pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan tetap dengan Jasa Merin (Malaysia)
Sdn Bhd.
(ii) Peraturan Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1hb Mei 2009 dan selepas tarikh itu
Peraturan Perkhidmatan ini akan dipanggil dan dikenali sebagai Syarat dan Peraturan Perkhidmatan JM 1/2009.
(iii) Mulai 1hb Mei 2009, Peraturan Perkhidmatan ini dengan sendirinya memansuhkan
semua peraturan dan perkhidmatan untuk Pekerja JM yang telah dikuatkuasakan
sebelumnya.
(iv) Pihak Pengurusan Atasan JM dengan kelulusan oleh Lembaga Pengarah JM boleh
dan akan dari semasa ke semasa meminda, menambah atau mengubah mana-mana
peruntukan di dalam Syarat dan Perkhidmatan JM melalui notis, dan notis berkenaan
hendaklah menjadi sebahagian daripada Syarat dan Peraturan Perkhidmatan JM.
Kuatkuasa pindaan-pindaan tersebut akan ditetapkan oleh notis-notis berkenaan.
FASAL 3 : TAKRIF
Dalam Syarat dan Peraturan Perkhidmatan ini, istilah-istilah di bawah ditafsirkan seperti
berikut :-
a. JM JM bermaksud Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd (56173-U) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
b. Naib Pengerusi Eksekutif Naib Pengerusi Eksekutif bermaksud Naib Pengerusi Eksekutif JM yang dilantik oleh pemegang saham untuk mengetuai syarikat.
2
c. Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bermaksud ahli Lembaga Pengarah JM.
d. Pengarah Eksekutif Pengarah Eksekutif bermaksud Pengarah Eksekutif JM yang dilantik oleh pemegang saham untuk mengetuai syarikat.
e. Pengurus Besar Pengurus Besar bermaksud Pengurus Besar JM atau mana-mana nama jawatan lain yang dilantik oleh Naib Pengerusi Eksekutif atau Pengarah Eksekutif untuk
membantu Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif.
f. Pihak Pengurusan Atasan
Pihak Pengurusan Atasan bermaksud sama ada Naib Pengerusi Eksekutif, Pengarah Eksekutif, Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar atau Penolong
Pengurus Besar.
g. Timbalan Pengurus Besar Timbalan Pengurus Besar bermaksud Timbalan kepada Pengurus Besar JM.
h. Penolong Pengurus Besar Penolong Pengurus Besar bermaksud Penolong kepada Pengurus Besar JM.
i. Pengurus Bahagian Pengurus Bahagian bermaksud mana-mana Pengurus atau Pegawai yang dilantik untuk mengetuai mana-mana Bahagian di JM.
j. Pekerja Adalah seseorang individu dalam perkhidmatan tetap dan sekarang berkhidmat
dengan JM.
k. Keluarga Adalah termasuk Pekerja dan isteri pertama Pekerja lelaki yang sah atau suami
kepada Pekerja perempuan dan anak-anaknya di bawah tanggungan yang berumur
18 tahun ke bawah, dan anak yang berumur kurang daripada 21 tahun yang masih
belajar di institusi pengajian tinggi dan belum berkahwin seperti yang didaftarkan
dalam rekod JM, dan anak-anak Pekerja yang cacat tanpa mengira umur.
l. Waris Terdekat
Waris terdekat adalah termasuk adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mertua Pekerja,
datuk dan nenek serta penjaga yang sah. (Datuk dan nenek mertua, adik beradik tiri,
dan keluarga angkat tidak dikira).
m. Hari Adalah ditafsirkan sebagai 24 jam yang berterusan dari pukul 12 tengah malam
hingga 12 tengah malam keesokannya.
3
n. Hari Rehat Adalah bermaksud hari Jumaat dan Sabtu. Bagi Pekerja yang tidak mendapat hari
rehat yang tetap, maka hari rehatnya jatuh pada hari kelepasan pertama dalam
seminggu kerja.
o. Gaji Adalah dimaksudkan sebagai bayaran gaji pokok bulanan, tidak termasuk bayaran
Kerja Lebih Masa, Kerja pada Hari Rehat dan Kerja pada Hari Kelepasan Am dan
lain-lain elaun.
p. Tempoh Perkhidmatan Adalah dimaksudkan sebagai jangkamasa perkhidmatan dengan JM yang dikira
mengikut tahunan dan bulanan bagi tujuan pengiraan Faedah Penamatan
Perkhidmatan atau Persaraan atau Bayaran Bonus. Bagi tempoh sebulan
perkhidmatan adalah dikira sebagai 1/12 dari satu tahun perkhidmatan, dan bagi
perkhidmatan 15 hari atau lebih adalah dikira sebulan, dan bagi perkhidmatan yang
kurang daripada 15 hari tidak akan diambilkira.
q. Peraturan Perkhidmatan Peraturan Perkhidmatan bermaksud Syarat dan Peraturan Perkhidmatan JM ini dan
pindaan-pindaannya yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
r. Doktor JM Adalah bermaksud Pegawai Perubatan yang berdaftar dimana kliniknya dilantik
menjadi Klinik Panel Perubatan JM.
s. Jawatankuasa Disiplin Merujuk kepada pegawai JM yang telah diberi kuasa untuk membuat keputusan dan
melaksanakan hukuman terhadap Pekerja yang melakukan kesalahan.
t. Masa Bekerja Normal
Bermaksud jumlah jam kerja harian pada hari bekerja adalah selama lapan (8) jam
sehari.
4
BAHAGIAN II
FASAL 1 : PERLANTIKAN
(i) Perlantikan Pekerja akan dibuat oleh JM apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-
a. telah mengemukakan permohonan bertulis kepada JM.
b. menyerahkan atau memberi keterangan kepada JM dokumen-dokumen asal yang dikehendaki oleh JM termasuk yang berhubung dengan
kewarganegaraan, kelayakan akademik dan professional dan pengalaman
kerja.
c. Lulus ujian kelayakan dan/atau temuduga yang dijalankan oleh JM.
d. Menerima surat tawaran perlantikan kejawatan berkenaan dari JM dan telah bersetuju untuk menerima tawaran tersebut dengan menandatangani surat
akuan penerimaan perlantikan serta dikembalikan kepada JM.
e. Dengan penerimaan ini, pekerja menerima dan bersetuju untuk mematuhi Syarat dan Peraturan Perkhidmatan JM yang sedang berkuatkuasa dan
pindaan-pindaannya dari semasa ke semasa.
f. Menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk X-ray oleh Doktor JM dan mengemukakan laporan dan pengesahan oleh Doktor JM bahawa Pekerja
layak dari segi kesihatannya untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
(ii) Jika butir-butir yang diberi oleh Pekerja semasa atau selepas memohon pekerjaan
didapati kemudiannya tidak benar, tindakan akan diambil keatasnya termasuklah
tindakan dibuang kerja dengan serta merta atau lain-lain tindakan yang difikirkan
perlu oleh JM.
(iii) Surat tawaran perlantikan dan pengesahan Pekerja baru hendaklah ditandatangani
oleh Pengarah Eksekutif atau Pengurus Besar.
(iv) Untuk setiap perlantikan, Pekerja akan diberi nama jawatan dan tangga gaji di
bawah Kumpulannya sebagaimana yang dinyatakan di Fasal 5.
FASAL 2 : PENGKELASAN KUMPULAN KAKITANGAN
Pekerja JM dibahagikan kepada 2 kumpulan, sebagaimana berikut:-
(i) Eksekutif : Terdiri daripada Kumpulan E2 sehingga M1
(ii) Bukan Eksekutif : Terdiri daripada Kumpulan S4 sehingga S1
5
KUMPULAN KATEGORI JAWATAN KLASIFIKASI
M1
Pihak Pengurusan
Atasan
Pengerusi Eksekutif / Naib
Pengerusi Eksekutif / Pengarah
Eksekutif
Eksekutif
M2 Pengurus Besar
M3 Timbalan Pengurus Besar
M4 Penolong Pengurus Besar
M5
Pengurusan
Pengurus Kanan 1
M6 Pengurus Kanan 2
M7 Pengurus 1
M8 Pengurus 2
M9 Penolong Pengurus
T1
Eksekutif
Eksekutif Kanan
Teknikal/Keselamatan
T2 Eksekutif Teknikal/Keselamatan
E1 Eksekutif Kanan
E2 Eksekutif
S1 Penyelia Penyelia / Pegawai
Bukan
Eksekutif
S2 Kerani
Kerani Kanan
S3 Kerani
S4 Kakitangan Rendah Kakitangan Rendah
FASAL 3 : TEMPOH PERCUBAAN UNTUK PEKERJA BARU
(i) Setiap perlantikan baru dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam (6)
bulan berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya tetapi tidak boleh melebihi dari
duabelas (12) bulan.
(ii) Sebelum tamat tempoh percubaan tersebut, JM boleh atas budibicara mutlaknya
secara bertulis, sama ada
a. mengesahkan Pekerja ke dalam jawatannya, atau
b. melanjutkan tempoh percubaan Pekerja dengan syarat tempoh yang dilanjutkan tidak melebihi enam (6) bulan. Dalam hal ini, JM akan
memberitahu Pekerja berkenaan akan lanjutan tempoh percubaannya dengan
cara bertulis. Pada bila-bila masa, sebelum tamat tempoh lanjutan percubaan
6
ini, JM atas budi bicaranya samada akan mengesahkan Pekerja ke dalam
jawatannya atau menamatkan perkhidmatannya.
(iii) Walaubagaimanapun, Pengurusan Atasan, atas budibicaranya membuat perlantikan
terus Pekerja ke jawatan tetap tanpa melalui tempoh percubaan atau mengesahkan
perlantikan Pekerja sebelum tamat tempoh percubaannya. Dalam masa yang sama,
Pengurusan Atasan berhak menamatkan sesuatu perlantikan sekiranya didapati
prestasi kerjanya tidak memuaskan.
(iv) Setelah disahkan di dalam jawatan, tempoh perkhidmatan Pekerja akan dikira dari
tarikh dia memasuki perkhidmatan JM sebagai Pekerja dalam percubaan.
(v) Dalam tempoh percubaan atau tempoh lanjutan percubaannya, perkhidmatan Pekerja
boleh ditamatkan oleh JM atau oleh Pekerja dengan memberi notis tidak kurang dari
empat belas (14) hari atau bayaran empat belas (14) hari gaji pokok sebagai gantian
notis kepada pihak yang lainnya.
(vi) Pekerja dalam tempoh percubaan yang ditamatkan perkhidmatannya tidak berhak
menerima apa jua faedah atau gantirugi dari JM atas penamatan perkhidmatan
tersebut.
(vii) Pekerja dalam tempoh percubaan atau dalam tempoh percubaan yang dilanjutkan
tidak layak menerima bonus yang diisytiharkan oleh JM sepanjang tempoh tersebut
(viii) Sekiranya tiada surat pengesahan jawatan dikeluarkan paada akhir tempoh
percubaan, pekerja tidak boleh dianggap telah disahkan ke dalam jawatan.
FASAL 4 : KENAIKAN PANGKAT
(i) Bila terdapat kekosongan adalah menjadi dasar JM untuk menaikkan Pekerjanya
dari gred atau kategori yang lebih rendah untuk mengisi kekosongan itu sekiranya
terdapat Pekerja yang sesuai. Sekiranya tiada Pekerja yang sesuai JM akan
mengambil calon-calon baru dari luar mengisinya.
(ii) Pekerja juga dianggap sebagai naik pangkat apabila ianya dinaikkan ke gred yang
lebih tinggi walaupun dalam jawatan yang sama.
(iii) Pekerja yang dipilih untuk dinaikkan pangkat hendaklah menjalani tempoh
percubaan selama enam (6) bulan dalam gred atau tangga gaji yang lebih tinggi itu.
(iv) Dalam tempoh percubaan itu, atas budibicara JM, Pekerja boleh disahkan ke jawatan
baru. Jika sekiranya Pekerja berkenaan tidak disahkan ke jawatan barunya, dia akan
diturunkan kembali kepada jawatan asalnya atau ditukarkan kepada jawatan yang
setara dengan gred dan gajinya yang asal sebelum dia diletakkan dalam tempoh
percubaan kerana kenaikan pangkat.
7
FASAL 5 : PERTUKARAN
(i) JM secara mutlak berhak menukarkan Pekerja ke mana-mana jawatan dan dimana-
mana Bahagian di dalam JM pada gred dan tangga gaji yang tidak kurang dari gred
dan tangga gaji Pekerja pada masa pertukaran, dan disifatkan sebagai dalam
perkhidmatan berterusan.
FASAL 6 : PENGAMBILAN SEMULA
(i) Bekas Pekerja yang pernah menamatkan perkhidmatan dengan JM dan memohon
dilantik semula ke perkhidmatan JM akan dipertimbangkan untuk diambil semula
sekiranya rekod kerja sebelumnya adalah baik dan sebab Pekerja meletakkan
jawatan adalah memuaskan dan boleh diterima. Pekerja juga perlu memenuhi syarat-
syarat perlantikan di bawah Bahagian II Fasal 1, dan mendapat kelulusan daripada
Pihak Pengurusan Atasan sebelum dilantik semula ke perkhidmatan JM.
(ii) Walaubagaimanapun, bekas Pekerja yang pernah dibuang kerja atas kesalahan
disiplin atau salah laku, tidak akan dipertimbangkan untuk diambil bekerja kembali.
FASAL 7 : SKIM FAEDAH PERSARAAN DAN PERSARAAN AWAL
(i) Pekerja akan bersara daripada perkhidmatan JM sekiranya:-
a. Pekerja mencapai usia wajib bersara iaitu pada umur 55 tahun untuk Pekerja Lelaki dan pada umur 50 tahun untuk Pekerja Wanita, atau
b. Pekerja meninggal dunia sebelum mencapai usia wajib bersara, atau
c. Sebelum mencapai usia wajib bersara, atas sebab-sebab kesihatan dan dibawah Bahagian II Fasal 7 Peraturan Perkhidmatan.
(ii) Tanpa mengira apa-apa peruntukan di dalam Peraturan Perkhidmatan ini, hanya
Pekerja yang telah berkhidmat secara berterusan dengan JM selama tidak kurang
dari lima (5) tahun layak bersara di bawah Bahagian II Fasal 7(i)c ini. Pekerja
hendaklah mengemukakan laporan Doktor yang bertauliah dan disahkan oleh Doktor
JM bahawa Pekerja atas sebab-sebab kesihatan fizikal dan/atau mental tidak dapat
meneruskan perkhidmatannya dengan JM.
(iii) Pekerja yang mencapai umur 50 tahun untuk Pekerja Lelaki dan 45 tahun untuk
Pekerja Wanita layak memohon untuk bersara awal dengan syarat Pekerja telah
berkhidmat secara berterusan dengan JM selama tidak kurang dari sepuluh (10)
tahun.
(iv) Permohonan untuk persaraan awal adalah tertakluk kepada persetujuan dan
kelulusan pihak Pengurusan Atasan.
(v) Untuk tujuan penentuan umur Pekerja, tarikh lahir yang tercatat di dalam surat
beranak Pekerja akan dikira sebagai tarikh lahir bagi maksud menentukan umur
8
persaraan wajib atau persaraan awal. Sekiranya tiada surat beranak butiran di dalam
kad pengenalan Pekerja akan diambilkira.
(vi) Untuk tujuan persaraan di bawah Bahagian II Fasal 7(i)b, dokumen rasmi kematian
Pekerja hendaklah dikemukakan oleh warisnya kepada JM.
(vii) Pekerja tidak akan dikira bersara daripada Perkhidmatan JM dan tidak layak
menerima faedah persaraan di bawah Bahagian II Fasal 7 sekiranya Pekerja
berkenaan telah meletak jawatan, dibuang kerja atau tindakan tatatertib telah diambil
atau dimulakan keatasnya dan diputuskan kelak untuk dibuang kerja atau Pekerja
tidak lagi berada di dalam Perkhidmatan JM semasa berlakunya hal-hal yang
sepatutnya membolehkan Pekerja bersara di bawah Bahagian II Fasal 7.
(viii) Bagi persaraan di bawah Bahagian II, Fasal 7(i)(a) JM mungkin secara bertulis
menawarkan untuk melanjutkan usia persaraan atau menawarkan kontrak pekerjaan
kepada Pekerja untuk meneruskan perkhidmatan. Dalam keadaan ini, penentuan
kembali segala syarat-syarat peraturan pekerjaan adalah tertakluk kepada
persetujuan bersama.
FASAL 8 : FAEDAH PERSARAAN / PERSARAAN AWAL
(i) Pekerja yang bersara atau bersara awal di bawah Bahagian II Fasal 7(i)a dan 7(i)c
dan akan dibayar faedah persaraan mengikut perkiraan dan kuantumnya
sebagaimana berikut :-
2.5 X Gaji Pokok Bulan X Jumlah Tahun Perkhidmatan
Terakhir dengan JM.
(ii) Apabila berlaku kematian keatas seseorang ahli Skim Faedah Persaraan sebelum ahli
tersebut mencapai Umur Persaraan Biasa di bawah Bahagian II Fasal 7(i)a, maka
sejumlah faedah akan dibayar kepada waris Pekerja yang sah disisi undang-undang
seperti berikut:-
(a) Balu simati.
(b) Anak-anak simati.
(c) Ibubapa (jika status pekerja bujang)
Jumlah bayaran Faedah Kematian adalah:-
2.5 X Gaji Pokok Bulan X Jumlah Tahun Perkhidmatan
Terakhir dengan JM.
(iii) Jumlah faedah yang dibayar kepada ahli Skim Faedah Persaraan kerana Hilang
Upaya sebelum mencapai umur Persaraan Biasa sebagaimana Bahagian II Fasal 7
Peraturan Perkhidmatan adalah:-
3.0 X Gaji Pokok Bulan X Jumlah Tahun Perkhidmatan
Terakhir dengan JM.
9
(iv) Untuk tujuan perkiraan faedah persaraan, jangkamasa perkhidmatan dengan JM
dikira dengan kiraan tahun dengan setiap bulan perkhidmatan dengan JM sebagai
satu per dua belas (1/12) dalam setahun.
(v) Rekod-rekod JM berkaitan dengan jangkamasa perkhidmatan Pekerja dengan JM
dan gajinya adalah muktamad. Dalam mencatit rekod perkhidmatan seorang Pekerja,
jangkamasa perkhidmatannya dengan JM yang ditentukan oleh JM akan diambilkira.
(vi) Sekiranya Pekerja menerima apa-apa pampasan atau bayaran dari polisi insuran
yang dibayar premiumnya oleh JM, jumlah faedah persaraan yang akan dibayar oleh
JM kepada Pekerja akan dikurangkan sejumlah pampasan atau bayaran yang telah
atau akan diterima oleh Pekerja dari polisi insuran berkenaan.
(vii) Hak menerima faedah persaraan ini tidak boleh diserahkan dan/atau dipindahmilik
dalam apa juga bentuk kepada mana-mana pihak jua. Mana-mana pihak ketiga tidak
berhak mengambilalih atau menahan dalam apa jua bentuk pembayaran faedah
persaraan ini.
(viii) Sekiranya Pekerja berhutang kepada JM, JM berhak dan akan terlebih dahulu
membuat potongan jumlah hutang tersebut dari faedah persaraan yang layak
diterima oleh Pekerja sebelum pembayaran faedah tersebut dibuat kepada Pekerja
atau warisnya yang sah.
FASAL 9 : FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN / VSS
(i) Jumlah bayaran faedah Penamatan Perkhidmatan/Skim Perpisahan Sukarela
(Voluntary Separation Scheme VSS) akan dibayar apabila seseorang ahli Skim Faedah Persaraan ditamatkan perkhidmatannya oleh JM sebelum mencapai Umur
Persaraan Biasa kerana sebab-sebab selain dari Persaraan Awal, Persaraan Biasa,
Kematian atau Hilang Upaya ialah:-
F X Gaji Pokok Bulanan X Jangkamasa Perkhidmatan
Terakhir dengan JM.
Faktor F adalah bergantung kepada jangkamasa perkhidmatan dengan JM seperti
yang ditetapkan di bawah ini:-
Jangkamasa Perkhidmatan dengan JM F
5 tahun atau lebih tetapi tidak lebih dari 10 tahun - 2.5
10 tahun atau lebih - 3.0
(ii) Pekerja tidak layak menerima faedah penamatan perkhidmatan sekiranya penamatan
perkhidmatannya disebabkan tindakan tatatertib dikenakan keatasnya.
10
(iii) Bagi Pekerja yang jangkamasa perkhidmatan dengan JM kurang daripada 5 tahun,
jumlah faedah penamatan perkhidmatan adalah tertakluk kepada budi bicara Pihak
Pengurusan Atasan tetapi tidak kurang dari berikut:-
(a) Sepuluh (10) hari gaji bagi setiap tahun tempoh perkhidmatan berterusan
dengan majikan jika pekerja telah berkhidmat selama kurang dari dua (2)
tahun;
atau
(b) Lima belas (15) hari gaji bagi setiap tahun tempoh perkhidmatan berterusan
dengan majikan jika pekerja telah berkhidmat selama dua (2) tahun atau
lebih tetapi kurang dari lima (5) tahun;
dan
bagi tahun yang tidak mencukupi, dikira secara pro-rata kepada bulan yang
hampir.
11
BAHAGIAN III
FASAL 1 : KENAIKAN GAJI TAHUNAN
(i) Kenaikan gaji tahunan Pekerja tertakluk kepada kelulusan Pihak Pengurusan Atasan
berdasarkan kepada prestasi tugasnya yang memuaskan dalam tempoh satu (1) tahun
sebelumnya, Pekerja yang disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat tidak
kurang dari satu (1) tahun adalah layak untuk menerima kenaikan gaji pada 1hb
Januari dengan syarat gaji Pekerja berkenaan tidak sekali-kali melebihi gaji
maksima yang ditetapkan bagi gred gajinya.
(ii) Apabila pada pendapat Pihak Pengurusan Atasan prestasi Pekerja adalah cemerlang,
kenaikan gaji berdasarkan merit mengikut skala gaji yang wajar boleh diberikan atas
budibicara mutlak Pihak Pengurusan Atasan.
(iii) Keputusan dan dasar kenaikan gaji JM adalah atas budibicara mutlak JM dan tidak
tertakluk kepada perbincangan dan bantahan.
FASAL 2 : PENILAIAN PRESTASI KERJA
(i) Prestasi Pekerja yang telah disahkan ke dalam jawatan akan di nilai sekali dalam
setahun di mana penilaian prestasi yang diadakan akan mengambil kira semua faktor
yang berkaitan.
(ii) Semasa proses penilaian dibuat, Pekerja akan berpeluang untuk bertemu dengan
Pegawai Atasan mereka untuk membincangkan peluang kerjaya mereka di JM.
(iii) JM berhak untuk menjalankan penilaian tambahan ke atas Pekerja pada bila-bila
masa yang dirasakan perlu.
FASAL 3 : KERJA LEBIHMASA BAGI KAKITANGAN BUKAN EKSEKUTIF
(i) Kerja lebihmasa adalah kerja yang perlu dilakukan melebihi masa bekerja biasa atas
arahan Pengurus Bahagian dan kerja pada Hari Rehat atau pada Hari Kelepasan
Am. Setiap Pekerja yang perlu melakukan kerja lebihmasa perlu mengisi borang
kerja lebihmasa serta mendapat kelulusan dari pihak atasan beliau serta perlu
disokong oleh rekod kedatangan Pekerja.
(ii) Pekerja dibenarkan membuat tuntutan perjalanan kenderaan sekiranya menggunakan
kenderaan sendiri dalam menjalankan tugas lebih masa.
(iii) Bayaran kerja lebihmasa untuk semua kakitangan bukan eksekutif hendaklah dikira
seperti berikut:-
Gaji Pokok Jumlah
---------------------- X Jam X 1 26 X 8 Lebihmasa
12
FASAL 4 : KERJA PADA HARI REHAT
Kesemua pekerja yang dikehendaki oleh JM untuk bekerja pada hari rehatnya akan dibayar
seperti berikut:-
i) Bagi kerja yang tidak melebihi setengah dari masa kerja normal - hari gaji;
Gaji Pokok
---------------------- X 26
ii) kerja lebih masa lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi masa bekerja normal 1 hari gaji
Gaji Pokok
---------------------- X 1
26
iii) kerja lebih masa melebihi jumlah masa kerja normal
Gaji Pokok Jumlah
---------------------- X Jam X 2
26 X 8 Lebihmasa
FASAL 5 : KERJA PADA HARI KELEPASAN AM
Semua pekerja yang dikehendaki oleh JM untuk bekerja pada mana-mana hari cuti
kelepasan am yang diwartakan ditempat kerjanya hendaklah dibayar seperti berikut:-
(i) Bagi kerja yang tidak melebihi dari masa bekerja normal 2 hari gaji;
Gaji Pokok
---------------------- X 2 Hari
26
(ii) Bagi kerja yang dilakukan melebihi dari masa bekerja normal, ia akan dibayar 3 kali
kadar sejam gaji untuk setiap jam kerja tambahan;
Gaji Pokok Jumlah
---------------------- X Jam X 3
26 X 8 Lebihmasa
13
FASAL 6 : KERJA LEBIHMASA BAGI KAKITANGAN KUMPULAN EKSEKUTIF
(i) Kakitangan Eksekutif yang perlu melakukan atau diarah untuk bekerja lebih masa
dibenarkan membuat tuntutan Elaun Makan seperti berikut:-
3 jam ke 6 jam : RM 25.00
Lebih daripada 6 jam : RM 50.00
(ii) Pekerja yang menggunakan kenderaan sendiri dalam melakukan kerja lebihmasa
dibenarkan membuat tuntutan perjalanan mengikut kadar yang dibenarkan.
FASAL 7 : BONUS
(i) Pihak Pengurusan Atasan JM dengan kelulusan dari Lembaga Pengarah berhak
untuk memutuskan pembayaran bonus dan kuantumnya kepada Pekerja untuk mana-
mana tahun kewangan JM berdasarkan kepada prestasi JM dan prestasi Pekerja
untuk tahun kewangan berkenaan.
(ii) Tiada hak kontraktual bagi Pekerja atau mana-mana Pekerja untuk menerima
bayaran bonus atau/dan kuantumnya.
(iii) Sekiranya JM mengistiharkan bayaran bonus, hanya Pekerja yang telah disahkan
dalam perlantikan jawatannya dan yang masih dalam perkhidmatan JM semasa
bayaran dibuat akan layak menerima bonus.
(iv) Bagi Pekerja yang layak menerima bonus tetapi belum mencapai satu tahun
perkhidmatannya dengan JM, bayaran bonus pro-rata dengan tempoh perkhidmatan
di dalam tahun kewangan berkenaan akan dibuat.
(v) Walau apa pun peruntukan yang terdahulu, Pekerja yang meletakkan jawatan atau
diberhentikan atau dibuang kerja sebelum bonus dibayar kepadanya oleh JM tidak
layak menerima apa-apa bonus walaupun bonus telahpun diistiharkan sebelumnya
oleh JM. Untuk lain-lain alasan seperti pertukaran dan sebagainya adalah tertakluk
kepada budibicara Pihak Pengurusan Atasan.
(vi) Pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji tidak akan dibayar bonus akan bahagian
yang tempoh mereka mengambil cuti tersebut.
FASAL 8 : PEMBAYARAN GAJI
(i) Pembayaran gaji akan dibuat pada setiap 21 hari bulan. Walaubagaimanpun, JM
berhak untuk menukar tarikh tersebut apabila dirasakan perlu dan wajar.
(ii) Semua pembayaran gaji akan dibuat melalui akaun bank peribadi Pekerja di bank
pilihan JM. JM walaubagaimanapun tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kelewatan yang berpunca daripada kesilapan pihak Bank.
14
FASAL 9 : CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
(i) Tertakluk kepada peruntukan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, dan
peraturan dan undang-undang yang berubah dari semasa ke semasa, pekerja dan JM
akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atas kadar minima :
Pekerja : 11% daripada gaji bulanan Pekerja.
JM : 12% atas gaji bulanan Pekerja.
FASAL 10 : CARUMAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
(i) Tertakluk kepada peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, JM akan
mencarum kepada PERKESO secara bulanan bagi memastikan Pekerja mendapat
perlindungan keselamatan sosial terutama kepada Pekerja yang bergaji RM3000.00
atau kurang sebulan.
FASAL 11 : WAKTU KERJA
(i) Waktu-waktu kerja rasmi JM adalah seperti berikut:-
a) Terengganu
Ahad Khamis : 0830 - 1730 petang Waktu Makan Tengahari : 1300 - 1400 t/hari
b) Kuala Lumpur dan W.P. Labuan
Isnin Jumaat : 0800 - 1700 petang Waktu Makan Tengahari : 1300 - 1400 t/hari
(ii) JM berhak untuk menentukan waktu kerja mengikut keadaan dan kesesuaian
semasa.
FASAL 12 : POTONGAN GAJI
(i) JM akan membuat potongan daripada gaji Pekerja untuk tujuan/sebab berikut:
a. Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja b. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial c. Potongan Cukai Berjadual / Zakat d. Terlebih bayar gaji disebabkan oleh berlaku kesilapan pada bulan sebelumnya e. Cuti tanpa gaji f. Ketidakhadiran tanpa kebenaran atau sebab munasabah g. Sebarang potongan yang diminta dan dibenarkan oleh Pekerja (pinjaman bank,
simpanan bank, Tabung Haji, dan lain-lain yang dibenarkan.)
15
FASAL 13 : HARI REHAT
(i) Hari Jumaat dan Sabtu akan dianggap sebagai hari rehat mingguan yang biasa.
Walau bagaimanapun JM boleh memilih mana-mana hari lain sebagai hari rehat
asalkan Pekerja diberi kelayakan dua hari rehat dalam seminggu.
(ii) JM boleh, atas sebab-sebab operasi memilih mana-mana hari lain sebagai hari rehat
untuk mana-mana Pekerja ataupun kumpulan Pekerja. Hari rehat yang dipilih itu
hendaklah ditetapkan dan diberitahu oleh JM terlebih dahulu kepada Pekerja
ataupun kumpulan Pekerja yang berkenaan.
FASAL 14 : HARI KELEPASAN AM
(i) Setiap pekerja layak mendapat cuti bergaji pada semua cuti kelepasan am yang
diwartakan atau diisytihar oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di mana
pekerja itu bekerja.
(ii) Sekiranya hari cuti kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka hari kerja berikutnya
adalah hari cuti bergaji sebagai menggantikannya.
16
BAHAGIAN IV
FASAL 1 : CUTI TAHUNAN
(i) Pekerja akan diberi cuti tahunan seperti berikut :-
Kumpulan Cuti / Setahun
M4 M2 32 hari
M8 M5 30 hari
M9 25 hari
E2 T1 21 hari
S1 18 hari
S4 S2 16 hari
ii) Tambahan cuti selama satu (1) hari setahun akan diberi kepada Pekerja yang genap berkhidmat setiap lima (5) tahun perkhidmatannya, berkuatkuasa mulai tarikh
perkhidmatannya.
iii) Bagi Pekerja Kumpulan S2 hingga S4, tambahan cuti selama dua (2) hari setahun akan diberi kepada Pekerja yang genap berkhidmat lima (5) tahun pertamanya
mengikut Akta Kerja 1955, dan penambahan satu (1) hari setahun setiap lima (5)
tahun berikutnya.
iv) Hari Rehat dan Hari Cuti Am yang diwartakan tidak akan diambilkira apabila mengira kelayakan cuti tahunan Pekerja.
v) Cuti tahunan hendaklah diambil dalam tahun yang diberi dan pemberian cuti berkenaan adalah tertakluk kepada kepentingan operasi JM.
vi) Pekerja berhak membawa kehadapan separuh daripada cuti tahunan dan cuti tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh enam (6) bulan pertama tahun berikutnya. Mana-
mana cuti yang tidak diambil dalam tempoh yang dibenarkan akan terbatal tanpa
bayaran gantirugi.
vii) JM berhak memanggil balik Pekerja yang bercuti atau membatalkan cuti yang telah diberi pada bila-bila masa jika khidmat Pekerja diperlukan.
viii) JM boleh menjadual semula kerja Pekerja yang bercuti. Jadual semula ini boleh dilakukan dengan notis yang singkat ke atas Pekerja.
ix) Untuk tujuan memudahkan pemberian cuti tahunan sepanjang tahun, JM boleh meminta Pekerja dari semasa ke semasa menyatakan lebih awal tarikh ia bercadang
untuk mengambil cuti tahunannya kepada Pengurus Bahagian.
17
x) Sekiranya dalam satu-satu tahun itu didapati tempoh perkhidmatan Pekerja kurang daripada satu tahun, ia akan diberi cuti tahunan mengikut bahagian tempoh
perkhidmatannya yang telah selesai pada tahun berkenaan dihitungkan seperti
berikut :-
xi) Jika terdapat pecahan cuti yang lebih daripada setengah hari ianya akan dikira sebagai cuti satu (1) hari.
xii) Dalam sebarang kes penamatan perkhidmatan, cuti tahunan yang tidak diambil, tidak akan dibayar apa-apa bayaran atau gaji gantian.
xiii) Pekerja tidak boleh tidak hadir kerja untuk tujuan mengambil cuti tahunannya tanpa cutinya terlebih dahulu diluluskan oleh Pengurus Bahagiannya atau Pengurus Besar.
a. Permohonan cuti tahunan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Cuti Tahunan yang ditetapkan dan diluluskan oleh JM.
b. Semua permohonan cuti mestilah dikemukakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk kelulusan Pengurus Bahagian sebelum cuti berkenaan
berkuatkuasa, kecuali cuti kecemasan sebagaimana di Bahagian IV Fasal 8.
(xiiii) Pekerja yang diambil bekerja secara kontrak akan diberi cuti tahunan seperti
berikut:
Kumpulan Cuti / Setahun
E2 M2 18 hari
S4 S1 14 hari
FASAL 2 : CUTI TAHUNAN YANG DIKUMPUL
Tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan atasan, seseorang pekerja boleh mengumpul
sebahagian daripada cuti tahunannya untuk satu tempoh perkhidmatan yang tidak melebihi
dua (2) tahun berturut-turut dengan syarat-syarat berikut:-
(i) Pekerja berkenaan memberitahu secara bertulis akan tujuannya untuk mengumpul
cuti itu dalam tahun yang ia bercadang untuk mengambil cutinya itu seperti bagi
tujuan mengerjakan Haji atau umrah.
(ii) Cuti yang dikumpulkan dalam dua (2) tahun sebelumnya mestilah diambil sebelum
tamatnya tahun ketiga (3) perkhidmatan yang berikutnya.
Kadar Cuti Tahunan = 1
X Kelayakan Tahunan X Jumlah Bulan
12 Perkhidmatan
18
(iii) Cuti yang dikumpulkan akan luput jika ianya tidak diambil mengikut syarat-syarat
dan dalam tempoh yang ditetapkan.
FASAL 3 : CUTI BERSALIN
(i) Tertakluk kepada syarat-syarat Akta Kerja 1955, Pekerja wanita akan diberi jumlah
enam puluh (60) hari berturut-turut cuti bersalin bergaji penuh. (termasuk hari
minggu dan cuti umum)
(ii) Tidak hadir bekerja kerana keguguran kandungan sebelum minggu ke-28 tidak akan
dianggap sebagai cuti bersalin, tetapi dikira sebagai cuti sakit biasa.
Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada budibicara Pihak Pengurusan Atasan.
(iii) Permohonan untuk cuti bersalin hendaklah disertakan dengan surat sokongan dari
doktor JM.
(iv) Cuti bersalin hanya layak diberi kepada Pekerja wanita yang bersalin secara sah
sahaja.
FASAL 4 : CUTI IHSAN
(i) JM akan memberi cuti bergaji kepada Pekerja atas perkara-perkara berikut
(termasuk hari minggu dan cuti umum) :-
Perkara Hari
Perkahwinan Pekerja sendiri
(untuk perkahwinan pertama sahaja) 3 hari
Kelahiran anak / anak-anak yang sah 3 hari
Kematian ahli keluarga / waris terdekat 2 hari
Bencana semulajadi yang memusnahkan harta benda Pekerja
seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, gempa bumi, tsunami, dan
lain-lain.
1 hari
Waris terdekat yang sedang sakit tenat serta memerlukan
penjagaan rapi atau pembedahan. 1 hari
(ii) Walaubagaimanapun, semua permohonan cuti adalah tertakluk kepada kebenaran
daripada pihak pengurusan atasan dan permohonan tersebut mestilah dibuat melalui
Borang Cuti.
(iii) Semua permohonan untuk cuti ihsan mestilah disertai/disokong dengan dokumen
yang berkaitan.
19
FASAL 5 : CUTI HAJI
(i) Cuti untuk menunaikan Fardhu Haji akan diberikan selama tempoh berada di Tanah
Suci dan ditambah 10 hari lagi sehingga dengan secara terkumpul tidak melebihi
jumlah 60 hari (Rujuk kepada Fasal 2).
(ii) Kakitangan tersebut hendaklah telah disahkan dalam jawatannya sekurang-
kurangnya sepuluh (10) tahun sebelum permohonan cuti ini diluluskan.
(iii) Cuti ini hanya diberi sekali saja selama perkhidmatan Pekerja dengan JM.
Permohonan cuti ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh masa 30 hari sebelum
cuti bermula.
FASAL 6 : CUTI KHAS
(i) Pihak Pengurusan Atasan atas budibicaranya boleh memberi pertimbangan yang
sewajarnya kepada permohonan-permohonan cuti khas bergaji oleh Pekerja untuk
tujuan-tujuan berikut :-
a. menduduki peperiksaan yang difikirkan oleh JM akan memberi faedah kepada Pekerja dalam kerjanya sekarang dan dalam tugas dan kerjayanya dengan JM,
atau
b. mewakili pasukan sukan dan kebudayaan yang diiktirafkan di peringkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan, atau
c. menghadiri kursus-kursus tertentu yang diluluskan oleh JM, atau
d. mengambil bahagian dalam rancangan latihan Perkhidmatan Negara.
FASAL 7 : CUTI BELAJAR
(i) Pihak Pengurusan Atasan boleh atas budibicara mutlaknya memberi cuti bergaji atau
tanpa bergaji kepada Pekerja untuk membolehkan Pekerja itu melanjutkan
pelajarannya, dengan syarat lanjutan berkenaan akan memberi faedah kepada
Pekerja dan diluluskan oleh JM.
(ii) JM boleh menghendaki Pekerja membuat persetujuan secara bertulis yang ia akan
kekal dalam perkhidmatan JM selepas pengajian atau latihannya untuk satu tempoh
yang dipersetujui yang mana sekurang-kurangnya tiga kali ganda tempoh cuti
belajar yang diluluskan oleh JM kepada Pekerja, atau sebagai gantiannya bayaran
gantirugi pada jumlah yang akan ditetapkan oleh JM.
20
FASAL 8 : CUTI KECEMASAN
(i) Atas permohonan daripada Pekerja, JM boleh memberi cuti tahunan bergaji dalam
hal kecemasan rumahtangga yang tidak disangkakan yang mana memerlukan
kehadiran Pekerja itu sendiri.
(ii) Pemberian cuti tahunan bergaji ini akan dipertimbangkan atas merit sesuatu kes itu.
Kelayakan cuti ini ialah lima (5) hari setahun dengan tidak melebihi dua (2) hari cuti
bagi setiap kali cuti, dan akan ditolak dari cuti tahunan Pekerja.
(iii) Sekiranya seseorang pekerja itu terpaksa datang lewat ke tempat kerja atau terpaksa
meninggalkan tempat kerja dalam waktu kerja disebabkan kes-kes kecemasan atau
kes yang berkaitan dengan keluarga yang memerlukan kehadiran pekerja seperti
menghantar anak atau keluarga untuk mendapatkan rawatan perubatan, mesyuarat
PIBG, pendaftaran sekolah anak-anak dan lain-lain perkara peribadi maka pekerja
akan dikira mengambil cuti separuh hari sekiranya kelewatan atau ketidakhadiran itu
melebihi daripada empat (4) jam dari waktu mula kerja rasmi atau pada bila-bila
masa pada waktu bekerja.
Perkara ini perlu terlebih dahulu dimaklumkan kepada Ketua Bahagian dan pihak
Sumber Manusia dan Pentadbiran. Sekiranya tiada pemberitahuan dibuat, pekerja
akan dianggap telah melakukan kesalahan datang lewat tanpa kebenaran atau
meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran yang membolehkan pihak syarikat
mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan dalam Syarat dan Peraturan kerja
disamping potongan cuti separuh hari atau satu (1) hari dibuat sekiranya kelewatan
atau ketidakhadiran itu melebihi dua (2) jam atau empat (4) jam dari waktu kerja
rasmi syarikat.
Cuti ini akan dipotong dari jumlah cuti separuh hari atau jumlah cuti kecemasan
yang dibenarkan.
FASAL 9 : CUTI AM
(i) JM akan memberi kepada Pekerja semua cuti am yang diwartakan oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.
(ii) Jika sesuatu hari cuti am jatuh pada hari rehat Pekerja, hari kerja berikutnya adalah
cuti am bergaji sebagai menggantikannya.
(iii) Sekiranya sesuatu hari cuti am jatuh dalam masa Pekerja sedang dalam cuti tahunan,
Pekerja akan menerima satu tambahan cuti bagi setiap hari cuti am, yang akan dikira
sebagai tambahan kepada cuti am tahunannya.
FASAL 10 : CUTI SEPARUH HARI
(i) Pekerja dibenarkan untuk mengambil cuti separuh hari sekiranya mendapat
kelulusan daripada Pengurus Bahagian. Satu (1) hari daripada cuti tahunan pekerja
akan ditolak selepas Pekerja mengambil dua (2) kali cuti separuh hari.
21
(ii) Cuti separuh hari yang dibenarkan untuk setahun adalah dua (2) hari sahaja,
bersamaan dengan 4 kali permohonan cuti. Permohonan cuti hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Cuti Tahunan.
(iii) Sekiranya seseorang pekerja itu terpaksa datang lewat ke tempat kerja atau terpaksa
meninggalkan tempat kerja dalam waktu kerja disebabkan kes-kes kecemasan atau
kes yang berkaitan dengan keluarga yang memerlukan kehadiran pekerja seperti
menghantar anak atau keluarga untuk mendapatkan rawatan perubatan, mesyuarat
PIBG, pendaftaran sekolah anak-anak dan lain-lain perkara peribadi maka pekerja
akan dikira mengambil cuti separuh hari sekiranya kelewatan atau ketidakhadiran itu
melebihi tempoh dua (2) jam dari waktu mula kerja rasmi atau pada bila-bila masa
pada waktu bekerja.
(iv) Masa yang dibenarkan bagi pengambilan cuti separuh hari adalah seperti berikut:-
Separuh hari (pagi)
8.30 pagi 12.30 tengahari
Separuh hari (petang)
1.30 petang 5.30 petang
FASAL 11 : CUTI SAKIT / CUTI MASUK HOSPITAL
(i) Cuti sakit adalah ditakrifkan sebagai satu tempoh tidak hadir kerja kerana sakit yang
tidak memerlukan kemasukan ke hospital dengan mengemukakan surat perakuan
sakit daripada Doktor JM atau daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.
(ii) Pekerja akan diberi cuti sakit bergaji seperti berikut :-
a. Jika tidak perlu dimasukkan ke Hospital
Tempoh Perkhidmatan dengan Syarikat Jumlah setiap tahun kalendar
Kurang dari 5 tahun 20 hari
5 tahun dan keatas 22 hari
b. Jika perlu dimasukkan ke Hospital
Tempoh Perkhidmatan dengan Syarikat Jumlah setiap tahun kalendar
Tanpa mengira tempoh perkhidmatan 60 hari
(iii) Cuti sakit hanya akan diberi atas perakuan Doktor JM atau dalam keadaan
kecemasan bila mana Pekerja tidak dapat diperiksa oleh Doktor JM atau pihak
22
berkuasa Hospital Kerajaan, satu sijil perakuan daripada pegawai perubatan yang
berdaftar boleh diterima.
(iv) Cuti sakit tanpa kemasukan ke hospital yang melebihi dari jumlah hari yang
dibenarkan di bawah Fasal 11 (ii)(a) diatas, akan ditolak daripada kelayakan cuti
tahunan Pekerja.
(v) Pekerja yang tidak hadir kerja bekerja kerana cuti sakit, tetapi tidak memberitahu,
atau tidak cuba memberitahu Pengurus Bahagiannya dalam tempoh 48 jam akan
dianggap sebagai tidak hadir kerja tanpa alasan yang munasabah dan akan dipotong
dari cuti tahunannya dan juga akan tertakluk kepada tindakan tatatertib sekiranya
perkara berkenaan berulang.
(vi) Cuti sakit tidak akan dibenarkan sekiranya ianya berpunca daripada tindakan atau
aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
(vii) Pekerja yang telah disahkan oleh doktor JM mengalami penyakit yang berpanjangan
yang tidak membolehkannya bekerja tetapi tanpa perlu dimasukkan ke hospital
boleh memohon Cuti Masuk Hospital. (cth: patah anggota badan, demam campak,
Jintungan dan lain-lain)
(xiii) Cuti sakit yang dibenarkan untuk pekerja kontrak adalah seperti berikut:
Kumpulan Cuti / Setahun
S4 M2 14 hari
FASAL 12 : CUTI KERANA SAKIT YANG BERLANJUTAN
(i) Seseorang pekerja yang telah diperakui oleh Doktor JM atau pihak berkuasa
Hospital Kerajaan mengidap penyakit mental atau mengidap penyakit yang
memerlukan rawatan yang berpanjangan seperti batuk kering, barah, leukaemia, poliomyelitis, kusta atau cerebral thrombosis setelah diperakui oleh pihak berkuasa perubatan akan diberi cuti bergaji penuh sehingga had maksima enam (6)
bulan berturut-turut, diikuti dengan enam (6) bulan berturut-turut lagi dengan
separuh gaji dan seterusnya enam (6) bulan berturut-turut tanpa gaji.
(ii) Dengan syarat, tiada cuti bergaji akan diberi melainkan pekerja berkenaan
menjalani rawatan yang diperakui oleh Doktor JM atau pihak berkuasa Hospital
Kerajaan.
(iii) Di dalam keadaan-keadaan tertentu, JM atas budi bicaranya, berdasarkan laporan
dan nasihat doktor JM akan memberi pertimbangan sewajarnya, berpandukan
sesuatu kes, lain-lain sakit berpanjangan yang tergolong didalam perenggan (i)
diatas.
23
(iv) Setelah seseorang pekerja sembuh, pekerja berkenaan boleh memulakan tugasnya
dengan syarat ia menunjukkan surat dari pihak berkuasa perubatan.
(v) Sekiranya setelah berakhir tempoh 6 bulan cuti tanpa gaji, dan Doktor JM
berpendapat bahawa Pekerja tidak punya harapan langsung untuk sembuh atau
andainya sembuh, kesihatan fizikal dan/atau pemikirannya tidak mengizin atau
membolehkan Pekerja meneruskan perkhidmatannya dengan sewajarnya, JM berhak
untuk menimbangkan atas nasihat Doktor yang diakui dan disahkan oleh Doktor JM
dan membersarakan Pekerja dari perkhidmatan JM atas sebab-sebab kesihatan di
bawah peruntukan Bahagian IV Fasal 12.
FASAL 13 : CUTI GANTI
(i) Sekiranya pekerja berhak mendapat Cuti Ganti selepas melakukan urusan rasmi pada hari cuti, cuti ganti tersebut hendaklah digunakan dalam tempoh tiga (3) bulan.
(ii) Cuti ganti yang tidak diambil, tidak akan dibayar apa-apa bayaran atau gaji gantian.
(iii) Semua permohonan cuti bagi cuti ganti hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk kelulusan Pengurus Bahagian
dan Penolong Pengurus Besar / Pengurus Besar sebelum cuti berkenaan
berkuatkuasa, kecuali cuti kecemasan.
24
BAHAGIAN V
FASAL 1 : BAYARAN BALIK LUAR KAWASAN (OUTSTATION ALLOWANCE)
(i) Seseorang pekerja yang dikehendaki menjalankan urusan Syarikat melebihi 50
kilometer dari tempat kerjanya, layak menuntut bayaran balik luar kawasan.
a. Hotel : Tuntutan ini adalah bermaksud tuntutan harga bilik sahaja.
Jumlah tuntutan ini tidak termasuk cukai kerajaan dan cukai
perkhidmatan yang akan dibayar berasingan oleh JM.
Tuntutan ini hendaklah disokong dengan resit.
b. Dobi : Pekerja berhak ke atas elaun dobi sekiranya Pekerja
berkenaan bermalam di luar lebih daripada tiga (3) malam dan
tuntutan bayaran dobi tersebut mestilah pada kos sebenar dan
berpatutan serta disokong dengan resit.
c. Lojing : Tuntutan gantian harga bilik sahaja tetapi ianya tidak perlu
disokong dengan resit. Sekiranya Pekerja membuat tuntutan
lojing, maka TIDAK DIBENARKAN untuk membuat
tuntutan hotel.
d. Elaun Makan : Elaun ini dibayar apabila Pekerja telah keluar daripada tempat
kerjanya melebihi daripada 12 jam dengan bermalam
sepenuhnya di luar kawasan kerja antara 8 malam sehingga 8
pagi berikutnya (tanpa resit).
e. Elaun Harian : Kadar tuntutan elaun harian ialah 50% daripada Elaun
Makan yang dilayakinya apabila Pekerja telah menjalankan
tugas di luar kawasan kerja dan melebihi daripada 8 jam,
dan tidak bermalam (tanpa resit).
f. Lain-lain : Perbelanjaan pengangkutan teksi, cukai lapangan terbang dan
perbelanjaan lain yang berkaitan boleh dituntut secara
berasingan berdasarkan perbelanjaan sebenar yang dikenakan
dan disokong dengan resit.
25
(ii) Kelayakan tuntutan adalah seperti berikut :-
SEMENANJUNG MALAYSIA
Kumpulan Elaun Hotel
(RM) Elaun Lojing
(RM) Elaun Makan
(RM)
M2 dan M1 Sebenar 100 180
M6 hingga M3 Sebenar 100 150
M8 hingga M7 250 90 120
M9 250 80 100
E2 hingga T1 220 70 80
S4 hingga S1 160 55 60
SARAWAK, SABAH DAN W. P. LABUAN
Kumpulan Elaun Hotel
(RM)
Elaun Lojing
(RM)
Elaun Makan
(RM)
M2 dan M1 Sebenar 100 220
M6 hingga M3 Sebenar 100 180
M8 hingga M7 290 100 160
M9 270 90 130
E2 hingga T1 240 80 110
S4 hingga S1 200 60 80
BRUNEI DAN SINGAPURA
Kumpulan Elaun Hotel
(RM)
Elaun Lojing
(RM)
Elaun Makan
(RM)
M2 dan M1 Sebenar 200 360
M6 hingga M3 Sebenar 200 300
M8 hingga M7 500 180 240
M9 500 160 200
E2 hingga T1 440 140 160
S4 hingga S1 320 110 120
26
LUAR NEGARA
Kumpulan Elaun Hotel
(USD)
Elaun Makan
(USD)
M6 dan ke atas 250 100
M8 hingga M7 220 90
M9 170 80
E2 hingga T1 130 70
S4 hingga S1 100 55
(iii) Seseorang pekerja tidak dibenarkan menuntut elaun makan/harian sekiranya
makanan telah disediakan oleh penganjur (JM atau syarikat luar).
(iv) Pekerja tidak dibenarkan membuat tuntutan penginapan (hotel/lojing) sekiranya
tempat penginapan telah disediakan oleh penganjur (JM atau syarikat luar).
(v) Pekerja yang telah membuat tuntutan elaun makan/harian, seperti di bahagian V
Fasal 1(i)(d) dan Fasal 1(i)(e) tidak dibenarkan membuat tuntutan makan yang
berasingan dengan menggunakan resit.
(vi) Semua tuntutan yang dibuat mestilah disokong dengan resit (hotel/dobi/tol/lain-
lain).
FASAL 2 : BAYARAN BALIK PERJALANAN (MILEAGE CLAIM)
(i) JM tidak menggalakkan penggunaan kenderaan sendiri oleh Pekerja untuk bertugas
rasmi di luar pejabat.
(ii) JM akan memutuskan cara pengangkutan bagi mana-mana perjalanan yang
diluluskan. Sekiranya pekerja terpaksa menggunakan kenderaan sendiri, pekerja
mestilah terlebih dahulu mengisi borang permohonan dan mendapat kelulusan
daripada ketua bahagian.
(iii) Pekerja yang diluluskan oleh Pihak Pengurusan Atasan untuk menggunakan
kenderaan sendiri untuk bertugas rasmi di luar daerah akan dibayar elaun perjalanan
kenderaan berdasarkan hitungan kilometer dalam sesuatu bulan kalendar, seperti
berikut :-
Kenderaan Elaun (RM)
Kereta/MPV/SUV 60 sen/km
Motorsikal 35 sen/km
27
(iv) Pekerja yang diluluskan oleh Pihak Pengurusan Atasan dan sememangnya
menggunakan kenderaan-kenderaan lain atas urusan rasmi JM akan dibayar balik
perbelanjaan ataupun bayaran tambang sebenar yang telah dibelanjakan, dan
disokong dengan resit bayaran.
(v) JM akan membayar balik apa-apa bayaran meletak kereta dan tol yang telah dibayar
oleh Pekerja dalam masa urusan yang terlibat dan lain-lain bayaran berkaitan dengan
disokong oleh resit.
FASAL 3 : ELAUN PENERBANGAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
(i) Sekiranya Pekerja diarahkan untuk bertugas di luar kawasan yang memerlukan
penerbangan, panduan tersebut akan digunapakai:-
Kumpulan Tempatan Antarabangsa
M4 M1 Kelas Perniagaan Kelas Perniagaan
E2 M5 Ekonomi Ekonomi
S4 S2 Ekonomi Ekonomi
FASAL 4 : ELAUN KERETA & PETROL
(i) Peruntukkan elaun kereta bulanan termasuk petrol dibayar mengikut kelayakan taraf
pegawai-pegawai seperti berikut:-
Kumpulan Elaun / Bulan (RM)
M2 5,500
M3 2,500
M4 2,400
M5 2,300
M6 2,100
M7 1,900
M8 1,700
(ii) Pekerja yang menerima elaun bulanan kereta seperti di Bahagian V Fasal 4 (i),
walaubagaimanapun tidak layak menuntut elaun perjalanan kereta sendiri (mileage
claim) seperti di Bahagian V Fasal 1 (iii) sekiranya penggunaan di dalam lingkungan
50 kilometer daripada pejabat JM walaupun bagi tujuan rasmi.
28
FASAL 5 : ELAUN PERUMAHAN
(i) Pekerja akan dibayar elaun perumahan sebagaimana berikut :-
(ii) JM berhak menyediakan kemudahan tempat tinggal yang setaraf dengan kelayakan
elaun perumahan Pekerja sebagai gantian kepada bayaran elaun perumahan. Pekerja
yang dikehendaki mendiami tempat tinggal yang disediakan oleh JM tidak akan
dibayar elaun perumahan selama ianya tinggal di tempat tinggal gantian itu.
(iii) JM atas budibicara mutlak pada bila-bila masa boleh menarik balik seluruh elaun
perumahan dan/atau menyemak semula kuantum tersebut dan akan mengumumkan
penarikan atau semakan semula menerusi notis oleh Pihak Pengurusan Atasan.
FASAL 6 : ELAUN TELEFON
(i) Elaun telefon diberi berdasarkan keperluan tugas dan disyorkan oleh Pengurus
Bahagian, dan diluluskan oleh Pihak Pengurusan Atasan dengan syarat-syarat yang
akan ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Atasan, adalah seperti berikut:-
Kumpulan Elaun / Bulan (RM)
M9 - M1 Kos Sebenar
E2 T1 150
S4 - S1 100
Kumpulan Elaun / bulan (RM)
M1 - M2 2,000
M3 1,600
M4 1,400
M5 1,300
M6 1,000
M7 800
M8 700
M9 700
T1 600
E2 - T2 500
S2 - S1 450
S4 - S3 400
29
(ii) Pakej Data Internet Mobil
Mana-mana kakitangan yang dikehendaki oleh Pihak Pengurusan Atasan untuk
melanggan atau mengadakan perkhidmatan ini berhak menuntut elaun tambahan
sebanyak RM 60 sebulan.
FASAL 7 : ELAUN KERAIAN
(i) Peruntukan Elaun Keraian yang dibayar kepada pihak pengurusan adalah
sebagaimana berikut:-
Kumpulan Elaun / Bulan (RM)
M1 1,800
M2 600
M3 500
M4 450
M5 400
M6 300
FASAL 8 : ELAUN BELAYAR (ONBOARD & HARDSHIP ALLOWANCE)
(i) Mana-mana Pekerja JM yang diarah bertugas di atas mana-mana kapal sama ada
sebagai pekerja kapal ataupun sebagai penumpang, Pekerja berkenaan berhak
menuntut elaun belayar seperti berikut :-
Kumpulan Elaun / Hari (RM)
M9 - M2 100
E2 - T1 80
S4 - S1 70
FASAL 9 : FAEDAH PERUBATAN
(i) JM akan menanggung dan membayar faedah rawatan perubatan untuk Pekerja
dimana faedah ini merangkumi dirinya sendiri, suami atau isteri pertama sahaja,
serta anak-anaknya sendiri yang berusia 18 tahun ke bawah atau yang masih belajar
dan belum berkahwin.
30
(ii) Pekerja dan ahli keluarganya yang layak menerima faedah ini berhak menerima
perhatian dan rawatan perubatan dari Doktor JM, dan apabila Pekerja dirujuk oleh
Doktor JM untuk rawatan pembedahan, JM akan menanggung kos berkenaan.
(iii) Pada waktu kecemasan apabila Doktor JM tidak boleh didapati dalam masa atau
jarak yang munasabah, Pekerja boleh mendapat perhatian dan rawatan perubatan
daripada mana-mana pegawai perubatan Kerajaan, atau dari mana-mana pegawai
perubatan yang berdaftar dan JM akan membayar ganti kepada Pekerja bagi kos
rawatan dan ubat apabila resit dikemukakan.
(iv) JM TIDAK akan menanggung perbelanjaan perubatan berikut:
a. peralatan surgeri termasuk cermin mata, kanta lengkap dan alat pendengaran.
b. rawatan mata (kecuali rawatan penyakit sakit mata).
c. kecederaan yang dilakukan atas diri sendiri termasuk yang disebabkan oleh salah laku dan sukan-sukan yang merbahaya, tindakan yang salah disisi
undang-undang, penyalahgunaan dadah, dan pengambilan alkohol yang
berlebihan.
d. penyakit sedia ada atau apa-apa penyakit yang tidak dilindungi oleh pihak insuran.
FASAL 10 : RAWATAN PERGIGIAN
(i) JM akan menanggung dan membayar faedah rawatan pergigian untuk Pekerja tetap
dan ahli keluarga dan ianya tidak termasuk pembaikan berupa kosmetik dan gigi
palsu.
(ii) JM akan memberi faedah pergigian kepada semua pekerja tetap tertakluk kepada
maksimum RM300.00 setahun untuk setiap tahun kalendar.
(iii) Faedah pergigian termasuk perubatan seperti berikut:-
a) Cabutan
b) Dresing dan pengubatan
c) Rawatan bengkak
d) Surgeri minor dan x-ray
e) Tampalan amalgam
f) Pengskelaran dan pengilapan
g) Pembedahan minor gusi dan tulang
h) Tampalan komposit
i) Rawatan saluran akar
j) Episektomi
(iv) JM hanya akan membayar balik kos rawatan yang diterima oleh Pekerja sekiranya
tuntutan yang dibuat disokong dengan resit.
31
(v) Sebarang baki dari faedah maksimum RM300.00 akan secara automatik terlupus
pada setiap hujung tahun kalendar dan tidak boleh di bawa ke tahun kalendar yang
kehadapan.
FASAL 11 : FAEDAH RAWATAN HOSPITAL PANEL
(i) Apabila disahkan oleh Doktor panel JM atau mana-mana Doktor Kerajaan bahawa
kemasukan ke hospital adalah perlu, JM akan menanggung caj penginapan dan wad
sebagaimana berikut termasuk kos rawatan atau pembedahan di Hospital Panel:
Kumpulan M9 M2 : Kelas Satu Bilik Seorang.
Kumpulan E2 T1 : Kelas Satu Bilik Berdua.
Kumpulan S4 S1 : Kelas Dua.
(ii) Rawatan Doktor Pakar hanya dibenarkan atas rujukan dan arahan doktor JM atas
kes-kes tertentu sahaja dengan kelulusan Pihak Pengurusan Atasan terlebih dahulu.
(vii) Untuk apa-apa kes perubatan yang dirujuk sama ada oleh Doktor JM atau Hospital
Kerajaan, Pekerja layak menerima tuntutan perjalanan tertakluk kepada kebenaran
terlebih dahulu oleh JM.
FASAL 12 : SKIM INSURAN PEMBEDAHAN DAN HOSPITAL BERKELOMPOK
(i) Semua Pekerja dan keluarga akan diberikan perlindungan di bawah Skim Insuran
Pembedahan dan Hospital Berkelompok (Hospital and Surgical Insurance) yang
meliputi kos rawatan dan penginapan di hospital dan kos rawatan sebelum
dimasukkan ke hospital. Jumlah faedah yang dilindungi adalah mengikut kumpulan
Pekerja:-
Kumpulan Pengkelasan Pelan Had/Tahun
M2 M1 Ahli Lembaga Pengarah, Timbalan
Pengerusi Eksekutif, Pengarah Eksekutif,
Pengurus Besar
Pelan 1 50,000
M9 M3 Timbalan Pengurus Besar, Penolong
Pengurus Besar, Pengurus Kanan,
Pengurus dan Penolong Pengurus
Pelan 2 40,000
E2 T1 Eksekutif Kanan, Eksekutif Pelan 3 30,000
S4 S1 Bukan Eksekutif Pelan 4 25,000
(ii) Kemasukan ke hospital panel memerlukan:-
a. Pihak insuran akan mengeluarkan Surat Jaminan (Guarantee Letter) kepada hospital yang mempunyai kredit atas nama Pekerja atau keluarga yang
dimasukkan ke hospital.
32
b. Sekiranya pihak Insuran gagal untuk mengeluarkan surat jaminan, JM akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat terbabit.
c. Selepas keluar dari hospital, kos sebenar rawatan akan di tuntut kembali daripada Skim Insuran Pembedahan dan Hospital Berkelompok.
d. Sekiranya kos rawatan melebihi had yang dibenarkan, Pekerja akan dikehendaki agar membayar kembali nilai perbezaan tersebut kepada JM.
FASAL 13 : FAEDAH BERSALIN
(i) Semua Pekerja wanita dan lelaki (isteri pertama sahaja) dan bayi mereka yang baru
dilahirkan, layak mendapat peruntukan bagi rawatan bersalin yang berkaitan dengan
pre-natal, post natal dan kos bilik rawatan sahaja.
(ii) Had bagi kos rawatan yang dibenarkan adalah seperti berikut:-
Kumpulan Pengkelasan Had Rawatan
Setahun (RM)
M6 dan ke atas
Ahli Lembaga Pengarah, Timbalan
Pengerusi Eksekutif, Pengarah Eksekutif,
Pengurus Besar, Timbalan Pengurus
Besar, Penolong Pengurus Besar,
Pengurus Kanan
4,000
M9 - M7 Pengurus dan Penolong Pengurus 3,500
E2 - T1 Eksekutif Kanan, Eksekutif 3,000
S4 - S1 Bukan Eksekutif 2,500
Para pekerja dinasihatkan agar mendapatkan perkhidmatan dan rawatan daripada
Hospital Kerajaan dimana kos rawatan adalah di dalam lingkungan had yang
dibenarkan.
FASAL 14 : SKIM INSURAN KEMALANGAN DIRI (PERKESO)
(i) Pekerja yang bergaji lebih daripada RM3,000.00 sebulan dan tidak dilindungi di
bawah Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969, (PERKESO) atau mana-mana
undang-undang yang digubal semula selepasnya adalah dilindungi di bawah Skim
Insuran Keselamatan Diri Kakitangan. Taksiran "gaji" untuk tujuan ini adalah
mengikut istilah yang terdapat dalam Syarat-Syarat Akta Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO).
33
FASAL 15 : SKIM KEMALANGAN BERKELOMPOK
(i) Pekerja juga akan diberikan perlindungan di bawah Skim Kemalangan Berkelompok
(Group Personal Accident) yang meliputi kemalangan/kematian akibat kemalangan
yang berlaku semasa bekerja. Jumlah faedah yang diinsurankan adalah seperti
berikut:-
Semua Pekerja = 60 kali gaji pokok
FASAL 16 : SKIM INSURAN BERKELOMPOK
(i) Pekerja akan diberikan perlindungan di bawah Skim Insuran Berkelompok (Group
Term Life) yang meliputi kematian, kecacatan tegar dan sakit yang kritikal. Jumlah
faedah yang dilindungi adalah mengikut kumpulan Pekerja.
Pelan Kumpulan
Kematian /
Kecacatan
Tegar (RM)
Penyakit
Kritikal
(RM)
I
Ahli Lembaga Pengarah / Pengerusi /
Timbalan Pengerusi Eksekutif /
Pengarah Eksekutif
500,000.00 125,000.00
II M2 300,000.00 75,000.00
III M6 M3 250,000.00 62,500.00
IV M9 M7 200,000.00 50,000.00
V E2 T1 150,000.00 37,500.00
VI S2 S1 100,000.00 25,000.00
VII S4 S3 75,000.00 18,750.00
34
BAHAGIAN VI
FASAL 1 : KONFLIK KEPENTINGAN
(i) Pekerja mesti mengelakkan situasi konflik kepentingan yang akan menjejaskan nilai
ketulusan, kesetiaan, ketekunan dan integriti seseorang Pekerja dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya sebagaimana yang diharapkan oleh JM.
FASAL 2 : MEMINTA ATAU MENERIMA RASUAH
(i) Pekerja dilarang sama sekali, sama ada secara langsung atau tidak langsung,
meminta, menerima atau mendapatkan daripada mana-mana pihak untuk dirinya
atau untuk mana-mana pihak lain, apa-apa sogokan, rasuah atau suapan sebagai upah
bagi melaksanakan sesuatu kerja, atau bagi menunjukkan atau menahan diri daripada
menunjukkan sokongan atau sebaliknya terhadap mana-mana pihak berhubung
dengan urusan atau urusniaga JM.
(ii) Dalam fasal ini, sogokan atau suapan ialah apa-apa hadiah, bayaran, faedah atau
kelebihan lain, dalam bentuk wang atau sebaliknya, yang ditawarkan, diberikan, atau
diterima untuk mendapatkan apa-apa jenis hasil, hadiah, keputusan, faedah atau
kelebihan tak wajar.
FASAL 3 : LARANGAN TERHADAP KOMISEN DAN KEUNTUNGAN RAHSIA
(i) Pekerja tidak dibenarkan secara langsung atau tidak langsung, menerima atau
mendapatkan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dijual atau dibeli bagi pihak
JM, apa-apa diskaun, rebat, komisen, perkhidmatan, faedah, balasan nilai atau
faedah lain atau apa jua jenis bayaran (sama ada dengan tunai ataupun bukan dalam
bentuk wang) yang tidak diiktiraf oleh peraturan, dasar dan garis panduan JM.
FASAL 4 : HADIAH
(i) Pekerja tidak seharusnya menerima sebarang bentuk hadiah atau perkhidmatan
percuma daripada para kontraktor, pembekal, bank, atau peniaga atau pelanggan JM
untuk kepentingan diri Pekerja dimana penerimaan hadiah tersebut boleh
menjejaskan pertimbangan urusan Pekerja terbabit.
FASAL 5 : TANGGUNGJAWAB TERHADAP ASET DAN KEMUDAHAN
(i) Pekerja memiliki dan diberikan akses kepada aset, kemudahan dan sumber yang
dimiliki oleh JM atas dasar kepercayaan dan keyakinan bahawa ia perlu digunakan
untuk kepentingan perniagaan JM.
35
(ii) Pekerja hendaklah memberikan perhatian dan mematuhi sepenuhnya polisi dan
prosedur yang dipinda dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa berhubung
dengan penggunaan semua aset, kemudahan dan sumber yang dikeluarkan oleh JM.
(iii) Pekerja hendaklah selanjutnya mengambil langkah yang perlu untuk mencegah
kecurian, kerugian, kerosakan, atau penyalahgunaan aset, kemudahan dan sumber
milik JM dan kejadian yang sedemikian seharusnya dilaporkan dengan serta merta
kepada JM.
(iv) Tanpa mengira keadaan atau nilai, aset, kemudahan dan sumber milik JM tidak
harus disalahgunakan, diambil atau dijual, diberi pinjam, diberi secara percuma atau
digunakan untuk tujuan peribadi, kecuali dengan kebenaran khusus daripada JM.
(v) Pekerja akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian atau kerosakan aset,
kemudahan dan sumber yang timbul daripada kecuaian atau kelalaian atau akibat
tindakan yang diambil tanpa kebenaran JM. Kerugian kewangan boleh didapatkan
kembali daripada Pekerja melalui potongan gajinya dan JM atas budi bicaranya
boleh mengambil apa-apa tindakan wajar yang lain terhadap Pekerja tersebut.
FASAL 6 : OBLIGASI OBLIGASI KERAHSIAAN
(i) Pekerja adalah dilarang, sama ada semasa atau setelah tamat perkhidmatannya,
mendedahkan, membincangkan, membuka rahsia atau menggunakan mana-mana
maklumat sulit yang mungkin telah sampai ke pengetahuannya, semasa bekerja di
JM kepada orang dalam atau luar JM, kecuali oleh Pekerja yang diberi kuasa untuk
melakukannya. Semua langkah berjaga-jaga yang perlu mesti diambil oleh Pekerja
berhubung dengan kerahsiaan maklumat sulit sedemikian.
FASAL 7 : GANGGUAN SEKSUAL
(i) JM mengiktiraf hak Pekerja untuk dilindungi daripada semua bentuk gangguan
seksual dan percubaan untuk mendekati atau cubaan untuk bermesra yang tidak
wajar atau tidak diminta yang disifatkan sebagai salah laku.
(ii) Gangguan seksual di tempat kerja termasuklah apa-apa gangguan seksual yang
berlaku di luar tempat kerja yang timbul dari tanggungjawab atau hubungan yang
berkaitan dengan pekerjaan seperti:-
a. semasa di majlis sosial yang ada kaitan dengan tempat kerja b. di persidangan atau sesi latihan yang ada kaitan dengan kerja c. semasa perjalanan yang berkaitan dengan kerja d. semasa bercakap di telefon e. melalui media elektronik
36
FASAL 8 : DADAH DAN ALKOHOL
(i) Pekerja yang menyalahgunakan dadah dan alkohol dan yang didapati berada di
bawah pengaruh dadah dan alkohol di tempat kerja, adalah dianggap telah
melalukan perbuatan salah laku yang boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil
terhadap mereka.
(ii) Bagi memastikan tempat kerja bebas daripada dadah dan alkohol, JM boleh
melakukan ujian rawak ke atas semua Pekerja yang disyaki menyalahgunakan bahan
tersebut. Dalam hal ini, Pekerja dikehendaki untuk membenarkan ujian tersebut
dijalankan ke atas dirinya dengan menandatangani dokumen berkaitan yang
dikeluarkan oleh JM dan seterusnya, memberikan kebenaran kepada pengamal
perubatan berdaftar seperti yang dinyatakan itu untuk menyerahkan hasil ujian yang
dijalankan itu kepada JM.
FASAL 9 : KETIDAKHADIRAN TANPA KEBENARAN ATAU SEBAB MUNASABAH
(i) Pekerja yang tidak dapat hadir bekerja hendaklah memberitahu Ketua Bahagiannya
dengan segera tentang ketidakhadirannya dan sebab ketidakhadirannya.
(ii) Dalam hal ketidakhadiran tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah selama dua
(2) hari bekerja berturut-turut, Pekerja adalah dianggap telah melanggar kontrak
perkhidmatannya dengan JM.
(iii) Dalam hal Pekerja tidak hadir lebih daripada dua (2) hari bekerja, surat berdaftar
akan dikeluarkan dan dihantar ke alamat terakhir Pekerja yang diketahui, yang
memerlukan Pekerja menyediakan penjelasan tentang ketidakhadirannya. Selepas
tujuh (7) hari dari tarikh surat berdaftar tersebut dipos, jika tidak ada apa-apa berita
daripadanya atau tidak ada penjelasan yang memuaskan yang diberikan, Pekerja
tersebut telah dianggap melanggar kontrak perkhidmatannya dan dalam keadaan
demikian, JM berhak untuk menamatkan perkhidmatannya. Di samping itu, JM
berhak untuk mendapatkan semula semua jumlah yang perlu dibayar oleh Pekerja
terbabit kepada JM.
FASAL 10 : DISIPLIN, PROSES TINDAKAN TATATERTIB DAN HUKUMAN
(i) Tindakan disiplin akan diambil terhadap mana-mana Pekerja yang tidak mematuhi
peraturan dan tatacara JM, undang-undang statutori dan peraturan yang berkaitan
dengan perniagaan dan operasi yang telah ditetapkan oleh JM.
(ii) Perbuatan berikut akan disifatkan sebagai salah laku dan Pekerja boleh dikenakan
tindakan disiplin:-
a. kelewatan b. ketidakhadiran tanpa kebenaran c. membuang masa atau dengan sengaja berlambat-lambat menjalankan tugas d. membuat tuntutan yang salah bagi tujuan bayaran balik e. kelakuan ganas (termasuk serangan atau pergaduhan) f. mencuri, penipuan, penggelapan harta benda JM
37
g. mengingkari arahan pegawai atasan h. tidak jujur i. menggalak atau membantu sesiapa mencuri harta benda JM j. tidur ketika bertugas k. menganiayai/mencaci pekerja lain l. cuai dalam melaksanakan tugas m. penyalahgunaan dana syarikat n. kegagalan untuk melaporkan sebarang penyakit berjangkit o. tidak mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh JM p. berpakaian tidak sesuai ke tempat kerja q. merokok di tempat larangan merokok r. mengancam untuk menganiayai atau mencederakan pekerja lain s. penggunaan telefon pejabat untuk kegunaan peribadi t. menipu sijil sakit (MC) u. tidak mematuhi syarat dan peraturan JM v. merosakkan harta benda JM dengan sengaja w. meninggalkan tempat kerja semasa waktu bekerja tanpa kebenaran x. melakukan gangguan seksual y. penyalahgunaan dadah atau alkohol z. merakam waktu keluar/masuk kad kedatangan Pekerja lain aa. berjudi di tempat kerja bb. menghalang Pekerja lain daripada menjalankan tugas cc. melibatkan diri dalam apa-apa amalan yang menyalahi undang-undang atau
tidak beretika seperti memberi atau menerima rasuah
dd. melibatkan diri dalam pekerjaan/perniagaan lain ketika masih berada dalam perkhidmatan JM
ee. apa-apa perbuatan yang boleh memberi kesan buruk terhadap imej dan reputasi JM
ff. merosakkan atau memusnahkan rekod-rekod penting JM gg. membiarkan kawasan kerja Pekerja kotor dan tidak teratur hh. pulang kerja sebelum tamat waktu bekerja ii. mendedahkan rahsia syarikat kepada pihak luar
FASAL 11 : TINDAKAN DISIPLIN
(i) Dalam hal yang mewajarkan, JM boleh menggantung perkhidmatan Pekerja dengan
gaji penuh atau separuh gaji sementara menunggu penyiasatan dan / atau siasatan
terhadap perbuatan salah laku yang dilakukan oleh Pekerja tersebut.
(ii) Jika penyiasatan mendedahkan bukti kukuh dan meyakinkan bagi menyokong salah
laku yang dikatakan itu, JM boleh memulakan tindakan disiplin terhadap Pekerja
berkenaan.
38
FASAL 12 : HUKUMAN TATATERTIB
(i) Selepas penyiasatan yang sewajarnya, JM berhak menjatuhkan mana-mana atau
gabungan hukuman berikut terhadap Pekerja:-
a. amaran bertulis b. penggantungan kerja sama ada dengan dibayar atau tidak gajinya bagi tempoh
yang akan ditentukan
c. menahan kenaikan gaji Pekerja bagi tempoh yang akan ditentukan d. tidak ada kenaikan gaji bagi Pekerja tersebut bagi tempoh yang ditentukan e. tidak ada bayaran bonus f. menurunkan gred atau menurunkan pangkat Pekerja g. apa-apa jenis hukuman lain yang difikirkan sesuai h. pemecatan kerja
FASAL 13 : TATACARA RAYUAN
(i) Pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan tindakan disiplin berhak untuk
merayu secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat
pemberitahuan diserah atau dipos.
(ii) JM hendaklah mempertimbangkan dasar rayuan yang disediakan berdasarkan
penghujahan bertulis oleh pekerja dalam surat rayuan dan diperlukan untuk
membuat keputusan sama ada untuk menolak rayuan atau membenarkan rayuan
sama ada dengan:-
a. mengubah keputusan bersalah kepada tidak bersalah; atau b. meringankan hukuman
FASAL 14 : ETIKA BERPAKAIAN DI TEMPAT KERJA
(i) PANDUAN PAKAIAN PEKERJA WANITA:
Berpakaian bersih, kemas yang sesuai serta tidak menjolok mata, ketat dan jarang
Jika memakai kain atau skirt, hendaklah labuh sehingga bawah paras buku lali
Make-up, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana
Berkasut jenis biasa atau bersepatu
Baju kurung, kebaya, blaus, seluar slack, kemeja
Digalakkan pemakaian kemeja JM
Berseluar jeans (hari Khamis sahaja)
(ii) PANDUAN PAKAIAN PEKERJA LELAKI:
Berpakaian bersih dan kemas dengan berseluar panjang dengan kemeja
Coverall
Berkasut jenis biasa / safety shoes
Berambut pendek dan kemas
Digalakkan pemakaian kemeja JM
39
T-shirt berkolar (plain colour) dan berseluar jeans (hari Khamis sahaja) kecuali bahagian operasi
(iii) TIDAK DIBENARKAN:
T-shirt leher bulat (round neck)
Berseluar jeans lusuh / koyak
Skirt pendek / seluar pendek
Legging / tights
Berambut panjang (bagi lelaki)
Selipar
Baju Hawaiian / bercorak / banyak warna (colourful)
Top Related