Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga Haba (Ulang Kaji Tahun 5)
NOTA
Tenaga Haba
1. Haba adalah suatu bentuk tenaga.
2. Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas. 3. Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk. 4. Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari. 5. Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan
tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan. 6. Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran
bahan dan tenaga elektrik. 7. Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan. 8. Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akan mengembang dan
bertambah saiznya. 9. Apabila sesuatu bahan disejukkan, bahan itu akan mengecut dan
berkurang saiznya.
Kesan Haba ke atas Bahan
(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal
1. Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
2. Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.
3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal i. Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian
penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.
ii. Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.
(b) Pengembangan dan Pengecutan Cecair
1. Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
2. Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.
3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer
membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.
(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas
1. Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
2. Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyak berbanding pepejal dan cecair.
3. Aplikasi pengembangan gas Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada
penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.
LAMPIRAN 1
Lembaran Kerja
Stesen 1 dan 2
1. (a) Apa yang berlaku kepada ketulan ais apabila dipanaskan?
_______________________________________________________ (b) Apa yang menyebabkan kejadian ini?
_______________________________________________________ (c) Bagaimanakah cara untuk menukarkan air menjadi ais semula?
_______________________________________________________ (d) Namakan proses perubahan rupa bentuk bahan yang berlaku di (a).
_______________________________________________________
Stesen 3 dan 4
2. (a) Masukkan bebola besi ke dalam gelang. Adakah bebolabesi itu
dapat masuk melalui gelang?
_______________________________________________________ (b) Panaskan bebola besi selama beberapa minit. Cuba masukkan
bebolabesi ke dalam gelang sekali lagi.
Adakah bebola besi itu dapat masuk melalui gelang? Mengapa?
_______________________________________________________ (c) Biarkan bebola besi menjadi sejuk. Cuba masukkan bebola besi
melalui gelang sekali lagi. Catatkan pemerhatian anda.
_______________________________________________________
(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti ini?
_______________________________________________________ (e) Bagaimana anda dapat mengaplikasikan konsep berkaitan tenaga
haba ini dalam kehidupan seharian?
_______________________________________________________
Stesen 5 dan 6
3. (a) Masukkan kelalang ke dalam air panas. Apa yang berlaku kepada
aras air dalam tiub kaca?
_______________________________________________________ (b) Terangkan fenomena ini.
_______________________________________________________
(c) Ramalkan apa yang akan berlaku apabila kelalang dimasukkan ke dalam air sejuk.
_______________________________________________________
Stesen 7 dan 8
4. (a) Masukkan botol dalam air panas. Perhatikan apa yang berlaku
kepada belon.
_______________________________________________________ (b) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada aktiviti di(a)?
_______________________________________________________
(c) Bagaimana konsep yang terlibat dalam aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam industri atau kehidupan seharian?
_______________________________________________________ (d)
_______________________________________________________ (e)
_______________________________________________________
LAMPIRAN 2
Latihan
A. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai daripada senarai perkataan berikut.
panas tenaga haba sejuk
mengembang tenaga elektrik mengecut
1. Haba merupakan suatu bentuk bentuk ____________________ .
2. Antara sumber-sumber haba ialah Matahari, pembakaran bahan dan ____________________ .
3. Bahan ____________________ apabila dipanaskan dan ____________________ apabila disejukkan.
4. Objek yang panas akan membebaskan ____________________ . 5. Haba mengalir dari objek yang ____________________ ke objek yang
____________________ .
B. Jawab soalan yang berikut.
1. Kaji jadual di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Masa (minit) 0 2 4 6 8 10
Suhu air (C) 80 65 52 42 37 35
Jadual di atas diperoleh dalam satu eksperimen. Dalam eksperimen ini, suhu air panas dalam sebuah bikar yang terdedah disukat pada sela masa tertentu.
(a) Namakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat suhu seperti dalam eskperimen ini.
_______________________________________________________ (b) Berdasarkan keputusan dalam jadual di atas, apakah inferens yang
boleh dibuat?
_______________________________________________________ (c) Namakan: (d) i. pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
___________________________________________________ ii. pemboleh ubah yang bergerak balas.
___________________________________________________ (d) Cadangkan dua cara untuk memperlahankan penurunan suhu.
i. ____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
JAWAPAN
A: 1. tenaga 4. haba
2. tenaga elektrik 5. panas, sejuk 3. mengembang, mengecut B: (a) termometer (b) Suhu air menurun kerana tenaga haba daripada air panas terbebas
ke persekitaran menyebabkan air itu semakin sejuk. (c) i. masa (minit) ii. suhu air (0 C) (d) i. Menutup bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu/kapas ii. Melapik bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu