Download - TABURAN PENDUDUK (2)

Transcript

FAKTORFAKTOR

ALAM SEKITAR FIZIKAL

EKONOMI

SOSIAL

GOVERNAN (DASAR KERAJAAN)

Tanah pamah

Tanah tinggi

Peluang pekerjaan

Kemudahan pembandaran Kemudahan pendidikan Kemudahan pengangkutan

Kemudahan sosial

Pembangunan wilayahPembangunan tanah baru

Rajah - Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Malaysia

Faktor fizikal

Faktor fizikal yang dimaksudkan ialah keadaan bentuk muka bumi kawasan sama ada dari jenis :Tanah Tinggi. Tanah beralun atau Tanah Pamah.

Tanah pamah

Di Malaysia, faktor fizikal tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi taburan dan kepadatan penduduk. Petempatan tertumpu di kawasan tanah pamah di lembah-lembah sungai dan juga delta.

Tanah pamah bukan sahaja memudahkan pembinaan tempat kediaman, tetapi juga memudahkan perhubungan kerana sebelum adanya jalan berturap, sungai merupakan jalan perhubungan utama.Tanah pamah yang luas menggalakkan kegiatan pertanian. Contohnya di kawasan tanaman padi utama seperti:Delta Kelantan. Delta Terengganu. Dataran Kedah-Perlis. Di Sabah dan Sarawak pula, tanah pamah terdapat di lembah Sungai Rajang dan Sungai Baram. Selain tanah pamah, penduduk di pantai barat Semenanjug Malaysia juga tertumpu di kawasan kaki-kaki bukit. Ini kerana

Tanah tinggi

Kawasan pergunungan, berbukit-bukau dan berhutan tebal tidak menggalakkan petempatan kerana kawasan-kawasan ini sukar diterokai. Ia juga tidak sesuai untuk kegiatan pertanian dan pembinaan petempatan kerana terletak jauh di pedalaman dan terpencil dari segala kemudahan infrastruktur. Kawasan seperti ini didiami oleh orang Asli yg menjalankan kegiatan pertanian pindah. Contohnya:- Banjaran Titiwangsa, Banjaran Gunung Tahan, Banjaran Iran, Banjaran Crocker dan juga kawasan berpaya bakau. Kawasan berpaya juga dijauhi penduduk kerana kawasan ini tidak sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan. Tambahan pula, kawasan yang bersaliran buruk boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk dan boleh membawa penyakit yang mungkin mendatangkan maut. Hal yang serupa juga dapat dilihat di Sabah dan Sarawak, iaitu

FAKTOR SOSIAL

Kemudahan pembandaran Bandar-bandar besar dan moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di jaluran pantai barat Semenanjung Malaysia adalah seperti bandar raya Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Seremban, Ipoh dan Johor Bahru. Kemudahan pendidikan Bandar-bandar juga menjadi pusat-pusat pengajian tinggi.

Contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Tenaga Nasional(UNITEN) di Bandar Baru Bangi dan Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) di Tanjung Malim,Perak.

Kemudahan pengangkutan Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak amat jarang penduduk kerana mempunyai darjah ketersampaian yang amat rendah.

PELUANG PEKERJAAN

Pemusatan aktiviti perindustrian mendorong perkembangan sektor ekonomi. Perusahan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Hal ini menggalakkan berlakunya penghijrahan penduduk dari luar bandar seperti dari Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman dan Pahang Darul Makmur menuju ke kawasan-kawasan perusahaan di pantai barat seperti Lembah Klang dan Lembah Kinta, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bagi negeri-negeri di pantai Timur, migrasi keluar berterusan berlaku dan sukar dibendung kerana sektor pertanian menjadi sektor ekonomi yang tidak menjanjikan pendapatan lumayan serta peluang pekerjaan yang terhad kepada penduduk. Sejak zaman penjajah lagi, negeri-negeri pantai barat menjadi tumpuan pembangunan ekonomi contohnya Lembah Klang, Selangor, dan Lembah Kinta Perak yang amat kaya dengan

Governan (dasar kerajaan)Melalui rancangan lima tahun, kerajaan telah menempatkan mereka yg tidak bertanah ke tanah-tanah rancangan di kawasan pertanian baharu spt di Segitiga Jengka, KEJORA, DARA, KETENGAH, KESEDAR dan sebagainya. Perpindahan peneroka ke tanah-tanah rancangan ini telah menyebabkan perubahan dalam kepadatan penduduk. Pada masa kini, kerajaan Malaysia melalui Plan Induk Perindustian Negara(PIP) mewujudkan kawasan perindustrian baru seperti di Semambu dan Gebeng Kuantan, Pahang, kawasan industri Paka dan Kertih di Terengganu, kawasan perindustrian Nilai, di Negeri Sembilan dan lain-lain. Pembinaan bandar baru oleh kerajaan dan kewujudan

KESAN NEGATIF

Tekanan terhadap sumber-sumber alam

Khususnya sunber tanah Perebutan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pengangkutan dan perniagaan di bandar bandar besar menyebabkan fenomena saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin berkurangan dan berlaku peningkatan pada harga tanah.

Estet perumahan dan perindstrian

Ditukarkan daripada sesetengah tanah pertanian seperti kawasan perladangan getah dan kelapa sawit yang diambil alih oleh sektor industri dan perumahan bagi menampung keperluan penduduk yang ramai di kawasan berkenaan. Contohnya , di Perak dan Selangor

Kepupusan dan kemerosotan sumber alam

Sumber sumber alam seperti sumber hutan, sumber air bersih, sumber tanah, sumber mineral dan sebagainya diancam kepupusan dan semakin berkurangan akibat eksploitasi yang

Pencemaran dan kerosakan sumber alam

Pencemaran udara dan air berlaku akibat daripada pembuangan sisa domestik dan industri Pencemaran air -Sungai Gombak dan Sungai Klang, Selangor Pencemaran udara - Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Ipoh, Johor Bahru dan lain-lain. Kes kes kerosakan sumber seperti kejadian tanah runtuh dan tanah mendap, banjir kilat dan banjir lumpur semakin kerap berlaku di kawasan penduduk berpadat

Pembaziran sumber alam

Kawasan yang jarang penduduk khususnya di luar bandar menyebabkan sumber sumber yang ada tidak dapat dibangunkan, terbiar dan membazir akibat kekurangan tenaga kerja untuk mengusahakannya. Contohnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang

KESAN POSITIF

Pembangunan sumber alam akan meningkat

Di kawasan padat penduduk, sumber- sumber alam yang ada dapat dibangunkan dengan cekap dan cepat kerana mempunyai bekalan buruh yang mencukupi. Contohnya, sumber bijih timah di pantai barat Semenanjung Malaysia pada zaman dahulu dapat dimajukan kerana adanya migrasi masuk orang-orang Cina pada masa itu.

Mengurangkan tekanan dan kemerosotan produktiviti terhadap sumber alam

Khususnya di kawasan luar bandar Tanah- tanah pertanian yang mengalami tekanan yang menyebabkan produktiviti per individu menurun pada masa penduduk berpadat akan meningkat apabila migrasi dari luar bandar ke bandar berlaku. Hal ini menyebabkan pendapatan boleh guna, kuasa beli dan simpanan penduduk luar bandar juga bertambah yan secara

PENGENALANLembangan St.Lawrence terletak di bahagian tenggera negara Kanada iaitu di sepanjang kedua-dua belah tebing Sungai St.Lawrence. Kawasan- kawasan yang padat penduduk di lembangan St.Lawrence ialah di bandar-bandar utamanya seperti Quebec, Montreal, Ottawa dan Kingston yang terletak di sepanjang tebing sungai St.Lawrence.

FAKTOR FIZIKAL

Bentuk muka bumi yang beralun, luas dan rata yang memudahkan pembinaan petempatan, jaringan pengangkutan dan telekomunikasi, tapak bina bandar, kemudahan asas dan sebagainya. Tanah pamah yang subur menggalakkan penanaman pelbagai tanaman seperti gandum, ubi kentang, lobak bit, buah-buahan sitrus, dan sayur sayuran. Sungai - jalan pengangkutan air semula jadi yang murah kepada pengangkutan perkapalan yang menyebabkan wujudnya bandar-bandar pelabuhan di sepanjang jalan air tersebut seperti bandar Quebec, Montreal dan Ottawa. Turut membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik dan sumber tenaga elektrik kepada penduduk dan sektor perindustrian di sekitarnya melaluin empangan Iroquios dan Barnhatt.

FAKTOR EKONOMI

Kegiatan ekonomi moden seperti industri pembuatan (Ottawa), perniagaan (Quebec dan Montreal) dan perkhidmatan yang menawarkan peluang pekerjaan dan pendapatan yang tinggi kepada penduduknya. Sektor pertanian yang moden dan berdaya maju seperti pertanian pasar dan pertanian campur telah dijalankan secara intensif

FAKTOR SOSIAL

Faktor yang utama ialah fungsi Sungai St.Lawrence sebagai jalan air semula jadi yang utama dan murah yang menyebabkan sistem pengangkutan air khususnya perkapalan berkembang dengan pesat seiringan dengan perkembangan bandar- bandar pelabuhan. Faktor seterusnya ialah perkembangan pesat sistem pengangkutan kereta api dan jalan raya. Contohnya, Landasan Keretapi Kebangsaan Kanada dan Landasan Keretapi Pasifik Kanada yang menghubungan lembangan St.Lawrence dengan Vancouver. Faktor yang lain ialah kemudahan sosial yang canggih seperti hospital, kemudahan pendidikan tinggi, pusatpusat hiburan, pusat membeli-belah dan sebagainya.

FAKTOR GOVERNAN

Tumpuan penduduk tertumpu di sini kerana terdapat bandar-bandar yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan Kanada (ibu negara). Kerajaan Kanada juga telah mengadakan program bantuan awam kepada penduduknya untuk memiliki rumah.