TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM
MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH
DI DAERAH JOHOR BAHRU
SITI ZULIANA BINTI HAJI ABDUL HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM
MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU
SITI ZULIANA BINTI HAJI ABDUL HAMID
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Kupersembahkan buat tatapan ibunda yang disayangi,
Puan Hajjah Sopiaton binti Haji Yusof.
Berkat doa, didikan dan pengorbanan ibunda
Membuahkan hasil yang tidak ternilai di dunia dan akhirat…
Dikaulah permata hatiku..
Dikaulah ibu, dikaulah ayah...
Semoga keramat kasih sayang yang dicurahkan akan menjadi pendorong dan penyokong setia kejayaan
anak-anakmu, setiap ketika dan waktu
Sekalung doa Al Fatihah buat Allahyarham Ayahanda,
Haji Abdul Hamid bin Ali.
dan Allahyarham Adinda
Muhammad Alif Akmal
Semoga kita akan bersama semula di Jannah..InsyaAllah
Buat adik-adik tersayang….
Saiful, Nurul, Izzat, Amirul dan Afiq….
Terima kasih atas sokongan dan doa yang kalian hulurkan..akan kanda titipkan ia menjadi bekalan
perjuangan hidup di kemudian hari..
Untuk insan yang teristimewa…
Dirimu sebahagian dari pendorong hinggaku ke tahap ini,
Sesungguhnya, kasih dirimu mutiara hatiku
Terima kasih atas segala-galanya…
Tidak dilupakan juga pada semua pendidik yang pernah memberi ilmu kepadaku…syukran jazilan…jasa
kalian tetap ku kenang hingga ke akhir hayat..
Buat teman-teman seperjuangan…
Harapanku agar..kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat…
Semoga kita mendapat keredhaan dan rahmat dariNYA…InsyaAllah
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T dengan penuh ikhlas
kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan penyelidikan tesis
saya ini dengan sebaiknya.
Justeru, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada penyelia saya iaitu Puan Khadijah binti Daud yang telah banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan
penyelidikan tesis ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak Fakulti Pendidikan, EPRD, Jabatan
Pelajaran Negeri Johor dan warga sekolah yang terlibat di atas kebenaran dan
maklumat yang diperlukan dalam menjalankan kajian.
Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana saling memahami dan
banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.
Wassalam,
Siti Zuliana binti Haji Abdul Hamid
v
ABSTRAK
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu
elemen yang penting dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, penguasaan
kemahiran berfikir ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pemikiran pelajar
kepada lebih bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Memandangkan
pentingnya penguasaan KBKK ini, maka kajian ini dijalankan untuk mengesan tahap
penguasaan KBKK pelajar khususnya dalam mata pelajaran Kimia tingkatan empat.
Sejumlah 270 orang pelajar tingkatan lima dari 6 buah sekolah telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik
yang mengandungi 50 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat
kajian ini ialah α=0.9019. Data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan
perisian SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Selain daripada itu,
penyelidik menggunakan ujian-t untuk melihat perbezaan tahap penguasaan KBKK
di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ujian ANOVA juga digunakan
untuk melihat perbezaan tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar merentasi
bangsa. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan KBKK pelajar dalam mata
pelajaran Kimia tingkatan empat berada pada tahap yang sederhana. Kajian juga
menunjukkan tidak wujud perbezaan min yang signifikan merentasi jantina dan
merentasi bangsa, yang mana kedua-duanya berada pada tahap yang sederhana.
vi
ABSTRACT
Critical and Creative Thinking Skill (CCTS) is an important element in
Malaysian educational system. So, mastery in Critical and Creative Thinking is
expected to enhance student’s abilities to be more innovative, imaginative and
creative. Thus, this study was conducted to identify mastery levels in Critical and
Creative Thinking among students in form four Chemistry subject. A total of 270
form five student from six school in Johor Bahru have been chosen. The instrument
used in this research is the questionaire that contains 50 item in the form of objective
questions. Realibility value for this study was 0.9019. Raw data were analyzed
using SPSS software to obtain frequencies, percentages and means. Other than that,
t-test was applied to find the differences in Critical and Creative Thinking mastery
between male and female student. ANOVA test was also applied to find the
different between mean across race. Results yielded from the research that the
mastery level in KBKK among student is in mediocre level. This study also showed
no significance difference between mean across gender and mean across races. Both
of them showed a mediocre level in the mastery of Critical and Creative Thinking.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Kerangka Kajian 12
viii
1.10 Definisi Istilah 12
1.10.1 Kemahiran berfikir 13
1.10.2 Pemikiran kritis 13
1.10.2.1 Mencirikan 14
1.10.2.2 Membanding dan membezakan 14
1.10.2.3 Mengumpul dan mengelaskan 14
1.10.2.4 Menganalisis 14
1.10.2.5 Membuat kesimpulan 14
1.10.3 Pemikiran kreatif 14
1.10.3.1 Menjana idea 15
1.10.3.2 Menghubungkaitkan 15
1.10.3.3 Membuat inferens 15
1.10.3.4 Meramal 15
1.10.3.5 Mensintesis 15
1.11 Penutup 16
2 SOROTAN PENULISAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Berfikir 17
2.3 Kemahiran Berfikir 19
2.3.1 Kemahiran Berfikir Kritis 21
2.3.2 Kemahiran Berfikir Kreatif 26
2.4 Tujuan KBKK 31
2.5 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif 31
2.5.1 Peringkat Kanak-kanak 32
2.5.2 Peringkat Maktab Dan Institusi Pengajian Tinggi 33
2.6 Kajian-kajian Lepas 34
2.7 Penutup 37
3 METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka bentuk Kajian 38
ix
3.3 Pembolehubah 39
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Prosedur Kajian 43
3.8 Penganalisisan Data 44
3.9 Penutup 45
4 ANALISIS DATA 46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Bahagian A 46
4.2.1 Sekolah 47
4.2.2 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi 48
Mata Pelajaran Kimia
4.2.3 Umur Responden 49
4.2.4 Jantina Responden 49
4.2.5 Bangsa Responden 50
4.3 Analisis Bahagian B 50
4.3.1 Persoalan Kajian 1 51
4.3.2 Persoalan Kajian 2 58
4.3.3 Persoalan Kajian 3 66
4.3.4 Persoalan Kajian 4 67
4.3.5 Persoalan Kajian 5 69
4.4 Penutup 72
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan 73
5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 74
Secara Kritis Dikalangan Pelajar Tingkatan Lima
Dalam Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat
5.2.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 76
x
Secara Kreatif Dikalangan Pelajar Tingkatan Lima
Dalam Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat
5.2.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 77
Secara Kritis dan Kreatif Dikalangan Pelajar
Tingkatan Lima Dalam Mata Pelajaran Kimia
Tingkatan Empat
5.2.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 79
Secara Kritis Dan Kreatif Dikalangan Pelajar
Tingkatan Lima Dalam Mata Pelajaran Kimia
Tingkatan Empat Merentasi Jantina
5.2.5 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 81
Secara Kritis Dan Kreatif Dikalangan Pelajar
Tingkatan Lima Dalam Mata Pelajaran Kimia
Tingkatan Empat Merentasi Bangsa
5.3 Rumusan 82
5.4 Cadangan 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.6 Penutup 86
BIBLIOGRAFI 87
LAMPIRAN 92
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rajah Konseptual Kajian 12
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Petunjuk Pemikiran Kritis 23
2.2. Petunjuk Pemikiran Kreatif 28
2.3 Perbezaan Di Antara Pemikiran Kreatif Dan 30
Pemikiran Kritis.
3.1 Komponen Kemahiran Berfikir Yang Diuji Serta 42
Nombor Soalan
3.2 Analisis Skor Min 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan 48
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat Bagi
Mata Pelajaran Kimia
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur Pelajar 49
4.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 50
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 51
dan Min Bagi Komponen Menciri
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 52
dan Min Bagi Komponen Membanding dan
Membezakan
4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 54
dan Min Bagi Komponen Mengumpul dan Mengelas
4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 55
dan Min Bagi Komponen Menganalisis.
4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 56
xiii
dan Min Bagi Komponen Membuat Kesimpulan.
4.11 Min Keseluruhan Bagi Komponen-Komponen 57
Kemahiran Berfikir secara Kreatif.
4.12 Tahap Penguasaan Dan Peratus Responden Bagi 58
Komponen-Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis.
4.13 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 59
dan Min Bagi Komponen Menjana Idea.
4.14 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 60
dan Min Bagi Komponen Menghubungkait.
4.15 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 61
dan Min Bagi Komponen Membuat Inferens.
4.16 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 62
dan Min Bagi Komponen Meramal.
4.17 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 64
dan Min Bagi Komponen Mensintesis.
4.18 Min Keseluruhan Bagi Komponen-Komponen 65
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
4.19 Tahap Penguasaan Dan Peratus Responden Bagi 66
Komponen-Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
4.20 Tahap Penguasaan KBKK Responden 67
4.21 Analisis Ujian-T Terhadap Perbezaan Antara 68
Pembolehubah Bebas Dengan Jantina.
4.22 Min Keseluruhan Bagi Komponen Kemahiran Berfikir 69
Kritis, Komponen Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Min
Bagi Komponen-Komponen KBKK Berdasarkan Jantina.
4.23 Analisis Ujian ANOVA Terhadap Perbezaan Antara 70
Pembolehubah Bebas Dengan Bangsa.
4.24 Min Keseluruhan Bagi Komponen Kemahiran Berfikir 71
Kritis, Komponen Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Min
Bagi Komponen-Komponen KBKK Berdasarkan Bangsa
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
IQ Intelligence Quotient
KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPN Falsafah Pendidikan Negara
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
CCTS Critical and Creative Thinking Skill
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package for Social Science
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
MRSM Maktab Rendah Sains Mara
PADI Peningkatan Asuhan Daya Intelek.
KPS Kemahiran Proses Sains
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Borang Soal Selidik 92
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan UTM 103
C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 104
D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 105
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Khalid M.Noor (1993), untuk merealisasikan Wawasan 2020,
Malaysia sebagai negara maju memerlukan pemindahan paradigma daripada berfikir
secara tradisional kepada aspek yang lebih kreatif, membangun, meneroka dan
proaktif.
Pembangunan modal insan memerlukan beberapa kemahiran yang asasi bagi
membolehkan kualiti diri memberi kesan perubahan terhadap yang lain. Proses
pengilmuan dan pendidikan menjadi asas penting bagaimana kualiti insan
dibangunkan dan kualiti kemanusiaan disuburkan. Aspek lain yang dianggap
penting dalam kehidupan kita adalah kemahiran berfikir. Ia perlu ada supaya modal
insan sentiasa mampu memberikan idea bernas dan strategik bagi menghadapi
kerenah zaman dan cabaran lingkungan semasa.
Pada hari ini, Malaysia membangun dengan memberi tumpuan yang
sepenuhnya kepada bidang pendidikan. Matlamat yang amat dititikberatkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah untuk melahirkan individu yang
mempunyai perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Kurikulum sekolah pada masa kini, dikaji, dirancang dan
diubahsuai mengikut keperluan semasa.
2
Aspek yang ditekankan dalam perkembangan pendidikan negara ialah aspek
pembangunan minda dan intelek iaitu sebagai unsur secara bersepadu. Unsur intelek
ini ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif serta
kemahiran dalam memperkembangkan daya pemikiran supaya individu mampu
menghurai, menganalisis, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea baru
yang bernas. Pembangunan minda dan intelek boleh dicetuskan melalui proses yang
dikenali sebagai kemahiran berfikir.
Objektif kemahiran berfikir telah diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Ia bukan merupakan satu mata pelajaran yang
berasingan tetapi satu elemen yang akan diajar secara penyebatian yang merentasi
kurikulum. Ini bermakna, semasa pengajaran aspek-aspek kemahiran berfikir seperti
membuat inferens, ramalan dan lain-lain, perlu disebatikan secara tidak langsung.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dijadikan landasan bagi
proses pemerolehan ilmu dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.
Pelajar seharusnya dilatih menggunakan kemahiran berfikir ini untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan bijak dan tidak
bergantung kepada orang lain. Mahir berfikir adalah antara potensi minda yang
berperanan penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Menurut Profesor Dr. Sidek Baba (2005), berfikir adalah satu kegiatan dan
kemahiran yang digalakkan Islam. Daripada berfikir, manusia menjadi lebih tahu
dan seterusnya akan menghasilkan pengetahuan. Daripada pengetahuan, datangnya
maklumat dan seterusnya terbina ilmu. Al-Quran amat memberi tumpuan kepada
kelompok ulul albab iaitu orang yang tajam dan kreatif fikirannya. Kelompok ulul
albab adalah orang yang mempunyai kekuatan berfikir, berilmu dan beramal.
Mereka tidak sahaja mengkaji ayat Allah, malah hasil pemikiran dan kajian
mendekatkan mereka dengan kebesaran dan keagungan Allah. Oleh yang demikian,
adalah wajar untuk para pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir ini dalam
menuntut ilmu sebagaimana yang telah disarankan dalam Islam.
3
Kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses
minda bagi mencapai sesuatu tujuan. Pelbagai takrifan berkenaan kemahiran
berfikir sudah diterbitkan. Setiap takrifan memberi penekanan yang berbeza.
Dewey (1933) mengaitkan berfikir dengan perilaku individu. Beliau berpendapat,
kemahiran berfikir adalah suatu aktiviti mengawal, menguasai dan menyesuaikan
diri pada persekitaran yang sukar. Meyer (1983) menyifatkan kemahiran berfikir
sebagai pengolahan operasi mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan
penghasilan sesuatu. Ia adalah suatu aktiviti yang terarah kepada penyelesaian
sesuatu masalah. Costa (1985) contohnya, mengaitkan kemahiran berfikir dengan
proses penerimaan rangsangan-rangsangan luar oleh minda melalui deria-deria.
Bagi Ainon dan Abdullah (1994), kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan
maklumat bagi pelbagai kegiatan aktif. Pakar psikologi dari Amerika pula
menyamakan berfikir dengan penyelesaian masalah.
Perkembangan daya intelek individu amat ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Salah satu objektif penting dalam KBSM ialah
mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan
kreatif. Demi mencapai Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan Kebangsaan,
sistem pendidikan perlu mampu untuk mendidik dan melahirkan rakyat yang
berpengetahuan dan berketrampilan serta dapat membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak.(Ibrahim Mohd Ali, 2000).
Oleh yang demikian, adalah amat penting kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK) ini diserapkan dalam sistem pendidikan kita supaya dapat
dikuasai oleh setiap pelajar. Ini perlu kerana dengan adanya penyebatian elemen ini
merentasi kurikulum, ia dapat merealisasikan harapan negara bagi menghasilkan
sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebolehan berfikir dengan berkesan sangat penting dalam dunia yang kian
komplek dan canggih ini. Menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seharian tidak
hanya memerlukan pengetahuan yang cukup tetapi juga kemahiran mengaplikasi
pengetahuan itu dalam pelbagai situasi. Modenisasi dan perubahan yang pesat
mendedahkan individu kepada pelbagai pilihan dan opsyen yang memerlukan
kemahiran dan kepakaran membuat keputusan dengan berkesan. Kerap-kali
individu-individu dikehendaki membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
mengenai pelbagai perkara dan isu.
Lankard (1990) dalam kajiannya berkenaan employability mendapati, para
majikan memerlukan pekerja yang kreatif, fleksibel dan memiliki kemahiran
interpersonal dan pengurusan yang baik. Kajian masalah pengangguran dikalangan
siswazah yang dikendalikan oleh penyelidik-penyelidik dari Institut Penyelidikan
Pendidikan Tinggi Negara menunjukkan, ramai siswazah mendapat keputusan yang
cemerlang, tapi gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka.
Antara puncanya, mereka lemah dalam aspek penyelesaian masalah dan penjanaan
keputusan (Dr. Azimah Sazalie, 2004)
Menurut Munir Shuib (2004), kelemahan berfikir secara analitikal dan
kreatif dilaporkan antara punca utama kira-kira 37 000 orang graduan universiti-
universiti awam di Malaysia sukar mendapat pekerjaan. Menurut Ketua Eksekutif
Proton Berhad, Tan Sri Mahalel Tengku Arif (2003) pula, pemikiran kreatif dan
analitikal adalah antara kualiti utama bagi membentuk individu yang dapat bersaing
dalam pasaran global. Ini menunjukan kemahiran berfikir boleh memberi kelebihan
kepada graduan dalam mencari pekerjaan.
5
Pada 50 tahun yang lampau, ramai ahli-ahli psikologi telah menumpukan
penyiasatan mereka kepada memahami bagaimana manusia berfikir. Satu
pertanyaan iaitu sama ada kita boleh menggunakan apa yang diketahui tentang
perjalanan minda manusia untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir terutama di
sekolah-sekolah atau sebaliknya. Tiada seorang pendidik menafikan bahawa
matlamat penting sistem persekolahan ialah untuk memperkembangkan daya
pemikiran pelajar. Malangnya, matlamat ini tidak diberi perhatian sewajarnya dan
sering diketepikan sama sekali. Pelajar didedahkan kepada fakta sesuatu mata
pelajaran tetapi tidak diajar berfikir tentang isi yang dipelajari.
Pengajaran guru selalunya terlalu menekankan kepada penyampaian ‘fakta'
atau maklumat, iaitu untuk "mengetahui apa"; tetapi mengabaikan cara
menggunakan atau mencari maklumat sendiri, iaitu untuk "mengetahui bagaimana".
Mengikut Raths (1971), oleh kerana pengajaran pemikiran diabaikan, kemahiran
berfikir pelajar didapati sangat bergantung kepada guru dan bertingkahlaku impulsif,
dogmatik dan malas memberi pendapat (John Arul Phillips, 1997). Lantaran itu,
dewasa ini kita sering mendengar rungutan daripada guru Sains dan guru-guru mata
pelajaran lain bahawa pelajar kita tidak boleh berfikir, tidak mahu berfikir, tidak
mampu berfikir dan malas berfikir (Suriyana,2004)
Oleh itu, pendekatan bersepadu yang disarankan dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah merupakan satu perancangan untuk
memperkembangkan kemahiran berfikir dan mempertingkatkan daya intelek pelajar.
Pendidikan yang berkualiti perlu dalam membangunkan minda masyarakat yang
matang fikirannya. Ia adalah sebagai alat peningkatan dan pembangunan minda
individu dan sebagai asas penting ke arah negara maju (Abd. Rahim, 1999).
Melihat betapa pentingnya perkembangan daya intelek dan berfikir, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK,1987) telah direncanakan untuk memperkembangkan
dan mempertingkatkan pemikiran kritis dan kreatif individu pelajar merentasi
6
kurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990, 1992). Ini kerana, tanpa
KBKK dikhuatiri rakyat Malaysia tidak mampu mengatasi pelbagai masalah dan
cabaran dari dalam dan luar negara.
1.3 Penyataan Masalah
Reformasi pendidikan Sains secara tradisi kepada pendidikan Sains secara
moden bermula dengan Kurikulum Kimia Tradisi berubah kepada Kurikulum Kimia
Moden (1972), seterusnya Kimia KBSM (1989) dan yang terkini ialah Kimia KBSM
(yang disemak semula,2002). Perubahan kurikulum Kimia ini turut mencadangkan
beberapa pendekatan pengajaran yang dapat membantu meningkatkan pemahaman
pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Sains Negara. Tujuan proses penyemakan ini adalah bagi menyahut
cabaran terkini dan akan datang serta perkembangan Sains dan Teknologi yang
canggih, ledakan maklumat tanpa sempadan serta ke arah merealisasikan Wawasan
2020 (Abu Hassan Kassim,2003).
Pendekatan pengajaran pembelajaran dalam Kimia KBSM baru melibatkan
proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara bersepadu
dengan mengambilkira serta memanfaatkan kecerdasan pelajar yang pelbagai.
Pendekatan ini merangkumi pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar secara
aktif, penggunaan kemahiran berfikir, pengoperasian dan aplikasi kemahiran
saintifik, disamping pembentukan sikap saintifik dan nilai murni.
Matlamat utama perubahan kurikulum Kimia KBSM adalah bagi mencapai
status negara maju sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Demi
mencapai hasrat murni ini, Malaysia perlu melahirkan masyarakat yang berfikiran
kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya Sains dan Teknologi
dalam kehidupan seharian. Berdasarkan ujian berfikir yang dijalankan oleh Ainon
7
dan Abdullah (1994), menunjukkan bahawa lebih 75 peratus manusia memiliki
pemikiran kritis.
Berdasarkan artikel dalam surat khabar The Star yang bertarikh 5 Januari
1994 dalam Poh Swee Hiang (2002) yang bertajuk Major Exam To Be “Critical
Thinking” Ones, menyatakan adalah dijangkakan pada tahun 2000, 60 peratus
daripada soalan peperiksaan melibatkan unsur-unsur pemikiran kritis. Ini adalah
merupakan salah satu Sasaran Kerja Utama Kementerian Pendidikan Malaysia
(1994). Bagi penilaian pada tahun 1994, minima 15 peratus daripada unsur ini akan
dimasukkan ke dalam semua mata pelajaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
dan ini tidak terkecuali bagi mata pelajaran Kimia.
Dan kini, setelah 5 tahun berlalu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
berjaya merealisasikan matlamat tersebut. Namun sejauhmanakah para pelajar dapat
menjawab soalan kritis tersebut dengan baik sedangkan tahap KBKK masih berada
pada peringkat rendah (Suriyana binti Daud,2004). Oleh yang demikian, penyelidik
ingin menyelidik sejauhmanakah tahap penguasaan pelajar terhadap Kemahiran
Berfikir secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) ini dalam mata pelajaran Kimia yang
diajar di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan menjawab persoalan sejauhmana tahap penguasaan
pelajar terhadap Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif dalam mata pelajaran
Kimia tingkatan empat. Objektif kajian ini adalah untuk:-
1.4.1 Meninjau sejauhmana tahap penguasaan pelajar tingkatan lima terhadap
kemahiran berfikir secara kritis dalam mata pelajaran Kimia tingkatan empat.
1.4.2 Meninjau sejauhmana tahap penguasaan pelajar tingkatan lima terhadap
kemahiran berfikir secara kreatif dalam mata pelajaran Kimia tingkatan empat.
8
1.4.3 Menentukan sejauhmana tahap penguasaan komponen-komponen Kemahiran
Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) di kalangan pelajar dalam mata pelajaran
Kimia.
1.4.4 Menentukan samaada terdapat perbezaan tahap penguasaan di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam penyebatian KBKK dalam mata pelajaran Kimia
1.4.5 Menentukan samaada terdapat perbezaan tahap penguasaan KBKK dalam
mata pelajaran Kimia di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kumpulan
etnik
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini secara khususnya akan menjawab soalan-soalan berikut:
1.5.1 Apakah tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan lima terhadap kemahiran
berfikir secara kritis dalam mata pelajaran Kimia tingkatan empat?
1.5.2 Apakah tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan lima terhadap kemahiran
secara kreatif dalam mata pelajaran Kimia tingkatan empat?
1.5.3 Apakah tahap penguasaan komponen-komponen Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif(KBKK) di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Kimia tingkatan
empat?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan tingkatan 5 dalam penyebatian KBKK dalam Kimia tingkatan
empat?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan KBKK dalam mata pelajaran
Kimia di kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima yang terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik?
Top Related