TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT
HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)
RUGAYAH BINTI AZIZ
Universiti Teknologi Malaysia
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya: RUGAYAH BINTI AZIZ
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________ ______ _________ _____________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO 4, JLN KMP 1/7, PM. DR. SETH BIN SULAIMAN KOTA MALIM PRIMA, TG MALIM, PERAK. Tarikh :___24.8.2008_________ Tarikh:____24.8.2008_________________
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :.........................................................
Nama Penyelia :PM. DR. SETH BIN SULAIMAN
Tarikh :...................28.4.2008......................
i
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT
HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)
RUGAYAH BINTI AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
” Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan :........... ............
Nama Penulis :RUGAYAH BINTI AZIZ
Tarikh :.........28.4.2008...................
iii
DEDIKASI
Buat suami, anak-anak, mak dan abah
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan...
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu PM. Dr. Seth
Sulaiman atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan Projek Sarjana
Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan buat Fakulti Pendidikan dan pihak perpustakaan kerana
telah menyediakan sumber-sumber yang dapat membantu saya mendapatkan bahan-
bahan berkaitan untuk menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak dilupakan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar 4 SPN Ijazah
Sarjana Muda sains serta Pendidikan (Sains) kerana telah menjadi responden dalam
kajian saya ini.
Juga yang terakhir buat pihak yang terlibat membantu saya sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
v
ABSTRAK
Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan satu kemahiran penting dalam
mempelajari Sains. KPS membantu pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik.
Jadi kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar
Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) (SPN) Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dalam kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan
mentafsir data. Responden kajian terdiri daripada 55 orang pelajar Perdana dan pelajar
PKPG Tahun Empat SPN UTM. Instrumen kajian dinamakan Ujian Pencapaian Tahap
Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPTPKPS) yang mengandungi 35 item berbentuk
soalan objektif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian statistical
Packages For social science for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis
dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratusan.
Kebolehpercayaan instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach (α) adalah memuaskan
iaitu bernilai .83. Tahap kemahiran proses sains yang dipilih pada keseluruhannya adalah
baik dengan min ialah 24.7 dari markah maksimum 35 dan peratusan min sebanyak
70.66%. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penguasaan pelajar
merentasi program pengajian.
vi
ABSTRACT
Science Process Skills are important skills required in the learning of science.
The skills help students understand science better. The study was carried out to
determine the level of science process skills of undergraduate science education students
at UTM. Only three SPS were selected namely making inference, making hypothesis
and interpreting data. The population consists of 55 final year science education students
(4 SPN) both for mainstream and for PKPG. The instrument consist of 35 objective
questions and is named UPTPKPS which tested three aspect of SPS namely Making
inference, Making Hypothesis and Interpreting Data. The data was analyzed using SPSS
PC version 11.5. The reliability coefficient was find to be α = .83. The level of SPS was
find to be ”good” with the mean score is 24.7 out of maximum mark 35 and the
percentage of mean is 70.66%. There was no significant difference in the level of SPS
between the mainstreem students and PKPG students.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 5
viii
1.6 Skop Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Tahap Penguasaan 7
1.8.2 Kemahiran Membuat Inferens 7
1.8.3 Kemahiran Mentafsir Data 8
1.8.4 Kemahiran Membuat Hipotesis 8
1.8.5 Kemahiran Proses Sains 8
1.9 Rumusan 9
2 SOROTAN PENULISAN 10
2.0 Pendahuluan 10
2.1 Teori-Teori Berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains 10
2.1.1 Kemahiran Membina Hipotesis 11
2.1.2 Kemahiran Membuat Inferens 11
2.1.3 Kemahiran Mentafsir Data 12
2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Kemahiran Proses Sains 13
2.3 Rumusan 22
3 METODOLOGI KAJIAN 24
3.0 Pendahuluan 24
3.1 Rekabentuk Kajian 24
3.2 Sampel Kajian 25
ix
3.3 Alat Kajian 25
34 Tatacara Kajian 26
3.4.1 Kajian Rintis 27
3.4.2 Kajian Sebenar 27
3.5 Analisis Data 28
3.6 Rumusan 30
4 DAPATAN KAJIAN 32
4.0 Pendahuluan 32
4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat inferens,
Membuat Hipotesis dan Mentafsir Data 32
4.2 Tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis,
Membuat Inferens dan Kemahiran Mentafsir Data
Merentas program pengajian 33
4.3 Perbezaan min dalam kemahiran proses sains antara
Pelajar Perdana dengan Pelajar PKPG 35
4.4 Rumusan 36
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 37
5.0 Pendahuluan 37
5.1 Ringkasan dan Perbincangan 37
5.1.1 Tahap Penguasaan Kemahiran membuat Inferens,
Membuat Hipotesis dan mentafsir Data 38
5.1.2 Tahap Penguasaan kemahiran Membuat Hipotesis,
Membuat inferens dan mentafsir Data Merentas
Program Pengajian 41
x
5.1.3 Perbezaan yang Signifikan dalam Kemahiran
proses sains antara pelajar Perdana dengan pelajar
PKPG 43
5.2 Kesimpulan 43
5.3 Implikasi 44
5.3.1 Fakulti Pendidkan 45
5.3.2 UTM 46
5.3.3 Institusi Perguruan 46
5.3.4 Negara 47
5.4 Cadangan 47
5.5 Cadangan kajian Masa Depan 49
5.6 Rumusan 50
RUJUKAN 51
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA
JADUAL SURAT
3.1 Item kemahiran membuat inferens, kemahiran
membuat hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data 26
3.2 Jadual Pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan
Kemahiran Membuat Inferens, Membuat Hipotesis 29
dan Mentafsir Data
xi
3.3 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran
Membuat Inferens 29
3.4 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran
Membuat Hipotesis 30
3.5 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran
Mentafsir Data 30
4.1 Analisis Statistik Deskriftif Tahap Penguasaan Kemahiran
Membuat inferens, Membuat Hipotesis dan Mentafsir Data 33
4.2 Analisis statistic Deskriftif Tahap Penguasaan Kemahiran
Membuat Hipotesis, membuat Inferens dan Mentafsir Data
merentas Program Pengajian 34
xii
SENARAI SINGKATAN
DBP Dewan Bahasa Pustaka
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPS Kemahiran Proses Sains
KPSS Kemahiran Proses Sains Bersepadu
MPTI Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
PKPG Program Khas Pengsiswazahan Guru
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPSS Statistical Package for Social Science
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A 53
Lampiran B 70
Lampiran C 72
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status
negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta
berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang
jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan
teknologi di masa hadapan.
Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk menguruskan alam dan
sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu
membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya
sains dan teknologi.
Dalam konteks pengajaran-pembelajaran sains, pengetahuan mengenai isi
pelajaran mata pelajaran merujuk kepada pengetahuan tentang konsep sains dan
kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif) yang
terkandung dalam sukatan pelajaran sains sekolah rendah manakala pengetahuan isi
pelajaran pedagogi pula merujuk kepada pengetahuan dan penghayatan tentang strategi
2
pengajaran-pembelajaran sains yang berasaskan Model Konstruktivisme
(Constructivism).
Di samping itu, proses pengajaran-pembelajaran merujuk kepada jenis aktiviti
pengajaran-pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan, pendekatan dan strategi
pengajaran-pembelajaran sains yang digunakan semasa menyampaikan pengetahuan
konsep sains dan memupuk kemahiran saintifik, penggunaan bahan bantu mengajar,
teknik penyoalan, ketepatan isi pelajaran yang disampaikan, tahap keyakinan guru
semasa menyampaikan pengetahuan konsep sains dan aspek-aspek lain yang berkaitan.
1.1 Latarbelakang Masalah
Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah
hingga sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berdasarkan penguasaan kemahiran
dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains
berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara objektif kurikulum sains
sekolah rendah adalah menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. (Pusat Perkembangan
Kurikulum Sains, 2003) Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang
mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melalui aktiviti seperti
eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru
kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri
penemuan tersebut. Jadi di sini sangat penting dan perlunya bagi seorang guru sains
tersebut memahami dengan sejelasnya sesuatu konsep sains sebelum mengajar kepada
murid.
Inilah perkara yang cuba dikaji oleh penyelidik. Masalah guru-guru yang akan
mengajar mata pelajaran sains ini. Responden yang akan dikaji oleh penyelidik
merupakan bekas guru yang pernah mengajar di sekolah rendah dan menyambung
pengajian dalam bidang sains di UTM dan juga pelajar perdana yang tidak mempunyai
pengalaman mengajar. Sebahagian daripada responden ini tidak pernah mengajar mata
3
pelajaran sains sebelum ini. Terdapat juga responden yang tidak pernah mengambil mata
pelajaran sains tulen semasa mereka belajar dahulu. Ada juga sebahagiannya yang
bukan dari opsyen sains semasa di mereka belajar di maktab. Pengalaman guru ini
mungkin memberikan mereka keyakinan untuk menangani persoalan-persoalan yang
dikemukakan oleh murid secara umum tetapi bukan soalan spesifik yang berkaitan
dengan konsep-konsep sains. . Adalah agak sukar bagi mereka memikirkan alternatif
untuk mengajar konsep-konsep sains jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang
cukup dalam bidang sains. Begitu juga dengan pelajar perdana yang tiada pengalaman
mengajar langsung, hanya berasas pengalaman ketika mereka belajar.
Dalam kemhiran proses sains, murid dibolehkan mempersoalkan sesuatu dan
mencari jawapan secara bersistem. Kemahirannya merupakan kemahiran yang mudah
kepada yang kompleks. Jadi sangat jelaslah bahawa guru sangat berperanan untuk
membimbing dan menunjuk ajar pelajar dalam menguasai kemahiran proses sains
tersebut.
1.2 Pernyataan Masalah
Berhubung dengan masalah yang dinyatakan di atas, penyelidik memfokuskan
kajian ini kepada tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat
hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data dalam kalangan pelajar tahun empat program
pendidikan sains UTM. Ini adalah kerana pelajar biasanya menghadapi masalah untuk
membezakan antara kemahiran membuat inferens dan membuat hipotesis. Begitu juga
soalan yang melibatkan data sukar untuk ditafsirkan oleh pelajar. Manakala pelajar
tahun empat dipilih kerana pelajar-pelajar SPN tahun empat sahaja yang mempunyai dua
kategori pelajar iaitu pelajar Perdana dan Pelajar PKPG.
4
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
a. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,
membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat
program pendidikan sains UTM
b. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,
membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat
program pendidikan sains UTM merentas program pengajian
c. Untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan dalam
kemahiran proses sains di antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:
a. Apakah tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,membuat hipotesis dan
mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat program pendidikan sains
UTM?
b. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis,
membuat inferens dan kemahiran mentafsir data pelajar tahun empat program
pendidikan sains UTM merentas program pengajian?
c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran proses sains di
antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG?
Top Related