TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI PEKA KIMIA
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SAINS DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR.
LING YIN YIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TAHAP PENGUASAAN PENULISAN LAPORAN AMALI PEKA KIMIA
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SAINS DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH JOHOR.
LING YIN YIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
4 April 2007
i
DEDIKASI
untuk
Ibu dan bapa yang tersayang dan tercinta,
Ling Eng Huah & Yeom Keng Tin
Adik-beradik yang disayangi,
Ling Chin Chin
Ling Lay Hoon
ii
PENGHARGAAN
Dalam menyiapkan projek sarjana muda pertama ini, saya tlah mendapat
bantuan daripada pelbagai pihak. Pertama, saya ingin kirimkan ribuan terima kasih
kepada penyelia projek sarjana muda iaitu P. M. Tuan Haji Aziz bin Nordin yang
telah membimbing kami dengan penuh sabar dan tunjuk ajar. Segala budi beliau akan
saya kenangkan dan semoga lebih penuntut-penuntut dapat menimba lebih banyak
pengalaman daripada beliau.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pengetua Sekolah Mengah
Kebangsaan Skudai yang membenarkan saya menjalankan kaji soal selidik di
sekolah tersebut. Seterusnya ialah guru Kimia Pn Zaharah binti Abu Salleh yang
telah membantu memberi arahan dan bimbingan kepada pelajar-pelajarnya dalam
menjawab soalan soal selidik. Selain itu ialah pelajar-pelajar 4SN1 dan 4SN2 yang
telah menjawab soalan soal selidik dengan jujur.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kawan-kawan
yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada saya agar saya dapat
menyiapkan projek ini. Mereka ialah Chua Pei Kung, Low Woan Hsia, Thian Siew
Chu, Yau Sui Feng dan Cynthia Kho Mei Ying.
iii
ABSTRAK
Kajian diskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan penulisan
laporan amali PEKA Kimia bagi 64 orang pelajar-pelajar Tahun empat aliran Sains di
Sekolah Menengah Skudai, Johor. Satu set soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu
bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A merangkumi kemahiran merancang
penyiasatan atau eksperimen iaitu pelajar dikehendaki menyatakan objektif eksperimen,
hipotesis, pembolehubah-pembolehubah, bahan, alat radas, dan prosedur. Manakala
bahagian B merangkumi kemahiran mengumpulkan data dan merekod data iaitu pelajar
dikehendaki membina satu jadual serta graf yang sesuai daripada data yang diberikan.
Dalam bahagian C pula merangkumi kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan
iaitu menjawab empat soalan berstruktur dan membuat kesimpulan. Data-data yang
diperolehi dianalisis secara manual dan perisian komputer SPSS VERSI 10.0 dengan
mengira kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan
tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia berada pada tahap yang tinggi.
Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan min skor keseluruhan penguasaan
yang signifikan dalam kalangan pelajar lelaki yang diberi arahan guru dan tanpa arahan
guru dalam penulisan laporan amali PEKA Kimia. Perbandingan antara kumpulan pelajar
yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru serta perbandingan jantina pelajar juga
turut dilakukan dalam kajian ini. Akhir sekali, implikasi kajian dan cadangan kajian
lanjutan juga dibincangkan.
iv
ABSTRACT
The purpose of this descriptive study is to look at the mastering level of PEKA
Kimia practical report writing among 64 Form Four Science students in Sekolah
Menengah Skudai, Johor. A set of questionnaires comprises of three parts was distributed.
Part A is to test the students’ experiment organization skill. They are required to state the
objective of the experiment, hypothesis, variables, chemicals, apparatus, and procedure of
the experiment. While part B is to test the students’ data collecting and recording skills
by drawing a table and a suitable graph themselves from the given data. In part C is to
test students’ data interpreting and conclusion making skills. Analysis data had been done
by using SPSS software version 10.0 to obtain the frequency, percentage and mean. The
result of the research showed high mastering level of PEKA Kimia practical report
writing. Besides, the research also showed that there have significant differences for
mean score among male students with teacher’s direction and without teacher’s direction
in PEKA Kimia practical report writing. Comparisons between two groups of the student
and gender also have been done in this study. Finally, implication and suggestion for
further study also discussed in this research.
v
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
DEDIKASI i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
TAJUK
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Guru Kimia 8
1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8
vi
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Format Laporan Amali 10
1.9.2 Eksperimen Kimia 11
1.9.3 Penulisan Laporan Kimia 12
1.9.4 Kemahiran Saintifik 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Penulisan Laporan Amali Kimia 17
2.3 Kepentingan Amali Kimia 24
2.4 Penilaian PEKA Kimia
2.4.1 Konstruk-konstruk yang Ditaksir 25
dalam PEKA Kimia
2.5 Kemahiran Saintifik 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka bentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Subjek Kajian Kajian 34
3.4.1 Populasi 34
3.4.2 Sampel Kajian 34
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 37
3.7 Analisis Data 38
3.7.1 Min 38
3.7.2 Ujian-t 38
3.8 Penskoran 39
vii
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Bahagian Pertama: 42
Analisis Penulisan Laporan Amali PEKA Kimia
Pelajar yang Diberi Arahan Guru
4.2.1 Kemahiran Merancang Eksperimen 42
4.2.2 Kemahiran Mengumpul dan Merekod Data 43
4.2.3 Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat 44
Kesimpulan
4.2.4 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali 45
Pelajar yang Diberi Arahan Guru secara
Keseluruhan
4.3 Bahagian Kedua: 47
Analisis Penulisan Laporan Amali PEKA Kimia
Pelajar Tanpa Arahan Guru
4.3.1 Kemahiran Merancang Eksperimen 48
4.3.2 Kemahiran Mengumpul dan Merekod Data 49
4.3.3 Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat 50
Kesimpulan
4.3.4 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali 51
Pelajar Tanpa Guru secara Keseluruhan
4.4 Format laporan amali kimia 52
4.4.1 Bagi Pelajar Menulis Laporan Amali Kimia 52
dengan Arahan Guru
4.4.2 Bagi Pelajar Menulis Laporan Amali Kimia 53
Tanpa Arahan Guru
4.5 Perbandingan Tahap Penulisan Laporan Amali 55
PEKA Kimia Bagi Pelajar dengan Arahan
daripada Guru dan Tanpa Arahan Guru Dan
Jantina bagi Ketiga-Tiga Kemahiran Saintifik
4.5.1 Hipotesis: Tidak Terdapat Perbezaan antara 55
Tahap Penulisan Laporan Amali PEKA
Kimia dalam Kalangan Pelajar dengan Arahan
Guru dan Tanpa Arahan Guru bagi Tiga
viii
Kemahiran Saintifik
4.5.2 Hipotesis: Tidak Terdapat Perbezaan 56
antara Tahap Penulisan Laporan Amali
Kimia dalam Kalangan Pelajar Lelaki
dengan Arahan Guru dan Tanpa Arahan
Guru bagi Tiga Kemahiran Saintifik
4.5.3 Hipotesis: Tidak Terdapat Perbezaan 58
antara Tahap Penulisan Laporan Amali
Kimia dalam Kalangan Pelajar Perempuan
dengan Arahan Guru dan Tanpa
Arahan Guru bagi Tiga Kemahiran Saintifik
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Ringkasan Kajian 60
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 62
5.3.1 Mengenal Pasti Penguasaan Penulisan 62
Format Laporan Amali PEKA Kimia dalam
Kalangan Pelajar
5.3.2 Menganalisis Penulisan Laporan Amali
PEKA Kimia Berdasarkan Tiga Kemahiran 66
Saintifik
5.3.3 Membandingkan Tahap Penguasaan Penulisan 66
Laporan Amali PEKA Kimia antara Pelajar
yang Diberi Arahan Guru dan Tanpa Arahan Guru
5.3.4 Membandingkan Tahap Penguasaan 67
Penulisan Laporan Amali PEKA Kimia
antara Pelajar yang Diberi Arahan Guru
dan Tanpa Arahan Guru Mengikut Jantina
5.4 Cadangan Tindakan 67
5.4.1 Pelajar 67
5.4.2 Guru 68
5.4.3 Kementerian Pendidikan 69
ix
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.6 Penutup 71
x
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
1.0 Penerangan tentang Kemahiran Proses Sains 13
2.1 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi
Konstruk 1 - Merancang eksperimen
25
2.2 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi
Konstruk 2 - Menjalankan penyiasatan atau
eksperimen
26
2.3 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi
Konstruk 3 - Kemahiran mengumpul dan merekod
data
27
2.4 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi
Konstruk 4 - Kemahiran mentafsir data dan membuat
kesimpulan
28
2.5 Instrumen dan pentaksiran dan petunjuk prestasi
Konstruk 5 - Sikap Saintifik dan nilai murni
29
3.1 Taburan Sampel bagi Setiap Sekolah 34
3.2 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 39
3.3 Skor dan Penerangan Skor yang Diberikan 39
3.4 Skor dan Pengelasan Tahap Penguasaan 40
4.2.1 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Merancang
Eksperimen
42
4.2.2 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mengumpul dan
Merekod Data
43
4.2.3 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mentafsir Data dan
Membuat Kesimpulan
44
4.2.4 Penguasaan Penulisan Laporan Amali dengan Arahan 45
xi
Guru
4.2.5 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali dengan
Arahan Guru
46
4.3.1 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Merancang
Eksperimen
47
4.3.2 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mengumpul Dan
Merekod Data
48
4.3.3 Petunjuk Prestasi bagi Kemahiran Mentafsir Data
Dan Membuat Kesimpulan
49
4.3.4 Penguasaan Penulisan Laporan Amali Tanpa Arahan
Guru
50
4.3.5 Tahap Penguasaan Penulisan Laporan Amali Tanpa
Arahan Guru
51
4.4.1 Perkara yang Perlu Terkandung dalam Laporan
Amali PEKA Kimia
52
4.4.2 Perkara yang Perlu Terkandung dalam Laporan
Amali PEKA Kimia
53
4.5.1 Perbezaan antara Tahap Penulisan Laporan Amali
PEKA Kimia dalam Kalangan Pelajar dengan Arahan
Guru dan Tanpa Arahan Guru.
55
4.5.2 Perbezaan antara Tahap Penulisan Laporan Amali
PEKA Kimia dalam Kalangan Pelajar Lelaki dengan
Arahan Guru dan Tanpa Arahan Guru.
56
4.5.3 Perbezaan antara Tahap Penulisan Laporan Amali
PEKA Kimia dalam Kalangan Pelajar Perempuan
dengan Arahan Guru dan Tanpa Arahan Guru.
58
xii
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
1 Carta aliran: Prosedur kajian 52
2 Gambarajah yang Ditunjukkan dalam Laporan Amali 62
3 Gambarjah yang Menunjukkan Kesalahan Graf yang
Tidak Seragam
62
4 Gambarajah yang Menunjukkan Kesalahan Pelajar
dalam Mengumpul dan Merekod Data
63
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Pengesahan Pelajar untuk Menjalankan
Kajian daripada Fakulti Pendidikan UTM
C Surat Kebenaran untuk Menjalankan Kajian Di IPTA daripada
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Dalam Wawasan 2020
menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dalam semua
aspek iaitu bidang sains dan teknologi, ekonomi, sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Dalam cabaran keenam dalam Wawasan 2020 iaitu cabaran untuk mewujudkan
masyarakat saintifik yang progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan
tinggi dan berpandangan ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi
juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Biro
Tatanegara, 1991).
Bagi membangunkan bidang sains dan teknologi, pendidikan memainkan
peranan penting sebagai agen perubahan untuk mendorong kejayaan Wawasan 2020.
Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, pendidikan sains di Malaysia memupuk
budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai
ilmu sains dan ketrampilan teknologi (Abu Hassan, 2004).
Kurikulum Sains telah digubal berlandaskan keperluan negara. Kurikulum
Sains terdiri daripada dua subjek teras dan empat mata pelajaran elektif. Dua mata
pelajaran teras ialah Sains sekolah rendah dan Sains sekolah menengah. Mata
pelajaran Kimia merupakan salah satu cabang elektif daripada mata pelajaran Sains.
Tiga cabangan elektif lain ialah Biologi, Fizik dan Sains Tambahan (Pusat
2
2
Perkembangan Kurikulum, 2005). Mata pelajaran Kimia hanya ditawarkan kepada
pelajar aliran Sains iaitu pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia mengutamakan kaedah
inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik
merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut
kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan
aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2005)
Semenjak mata pelajaran Kimia diperkenalkan dalam peperiksaan SPM,
pencapaian pelajar ditaksir melalui tiga kertas iaitu kertas Kimia 1 (4541/1) yang
melibatkan soalan objektif; kertas Kimia 2 (4541/2) yang melibatkan soalan subjektif
dan kertas Kimia 3 (4541/3) pada tahun 1989. Dalam kertas ini, kriteria kemahiran
proses sains sahaja diukur manakala kemahiran manipulatif dan nilai murni tidak
diberi penekanan.
Pada tahun 1999, Lembaga Pendidikan Malaysia telah menggantikan kertas
Kimia 3 dengan Pentaksiran Kerja Amali Kimia (PEKA). Dalam reka bentuk
pentaksiran ini, penilaian tahap penguasaan elemen-elemen seperti kemahiran
saintifik, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan nilai murni dijalankan
sepanjang pengajaran dan pembelajaran. PEKA dihapuskan pada tahun 2002 dengan
menggantikan kertas Kimia 3 yang hanya menguji kandungan teori sahaja. Akan
tetapi, PEKA Kimia dinilai dan dilaksanakan semula sebagai kertas Kimia 4 (4541/4)
pada tahun 2004 (Abu Hassan, 2004).
Tidak dapat dipertikaikan, penekanan dan perkembangan aspek kognitif
terhadap proses dalam sains semakin dipertingkatkan. Dalam pembelajaran mata
pelajaran Kimia, eksperimen merupakan satu aktiviti yang biasa dilakukan oleh
pelajar untuk lebih memahami dan menguasai konsep kimia. Penulisan laporan amali
PEKA Kimia juga merupakan sebahagian daripada eksperimen.
3
3
Semasa menulis laporan amali Kimia, pelajar diberi peluang untuk
mengorganisasi, mengembang, dan menjelaskan jawapan mereka dari pandangan
saintifik. Pelajar juga perlu menggunakan persamaan kimia, data atau maklumat
kimia untuk menjelaskan pemerhatian yang dicatatkan semasa eksperimen
(Herrington, 1997). Di samping itu, pelajar juga perlu merujuk laporan sebelumnya
yang dilakukan oleh saintis untuk mendalami pemahaman mereka terhadap sesuatu
konsep dalam amali Kimia (Gratz, 1990; Key, 1994; Melhado, 1981).
Bagi pelajar yang kurang menguasai atau memahami konsep kimia, mereka
akan mengalami kesukaran untuk menulis hipotesis, menjelaskan konsep yang
terlibat dalam eksperimen dan membuat inferens (Brillhart & Debs, 1981). Oleh
yang demikian, pendedahan penulisan laporan amali Kimia yang sistematik dan betul
terhadap pelajar perlu ditingkatkan agar pelajar bukan sahaja menjalankan
eksperimen secara disuruh atau dipaksa tetapi mereka dapat mengaitkan fakta sains
yang dipelajari dalam kelas dengan eksperimen yang dilakukan. Seterusnya, guru
juga dapat membimbing pelajar menulis hipotesis, menjelaskan konsep yang terlibat
dalam eksperimen dan membuat inferens.
1.2 Latar Belakang Masalah
Eksperimen memberi pengalaman pertama (first hand knowledge) kepada
pelajar semasa menjalankan eksperimen (Abu Hassan, 2004). Menurut Armstrong,
pelajar perlu melakukan eksperimen dengan sendiri, sebagaimana yang dilakukan
oleh ahli sains atau penyelidik asal. Maka, tanpa penglibatan sebenar pelajar dalam
aktiviti makmal, pelajar tidak akan dapat mengembangkan kemahiran saintifik
mereka (Armstrong, 1896). Ini adalah disebabkan melalui aktiviti eksperimen,
pelajar akan terlibat secara “hands on, minds on” yang akan memberi peluang kepada
mereka untuk mengalami perubahan sesuatu tindak balas kimia dan seterusnya
mengembangkan kemahiran saintifik mereka.
4
4
Eksperimen telah menggabungkan ketiga-tiga domain iaitu kognitif,
psikomotor dan afektif. Dalam proses menjalankan eksperimen dan merekod proses
eksperimen, kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh pelajar termasuklah
merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, menguji hipotesis, merekod data,
mentafsir data dan membuat kesimpulan. Terdapat lima aspek kriteria yang ditafsir
semasa menjalankan PEKA Kimia iaitu merancang eksperimen, menjalankan
eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan
serta sikap saintifik dan nilai murni (Abu Hassan, 2004). Penulisan laporan amali
Kimia hanya melibatkan tiga aspek iaitu kemahiran merancang penyiasatan atau
mengeksperimen, mengumpul dan merekod data dan mentafsir data dan membuat
kesimpulan.
Eksperimen juga lazim dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Kimia untuk membolehkan pelajar memahami konsep sains. Namun
pelajar perlu memahami bahawa mata pelajaran Kimia mempunyai kaedah tertentu
seperti menggunakan bahasa yang spesifik dan sistem tertentu untuk menghuraikan
atau menyampaikan fakta. Justeru, pelajar perlu mengubah cara berfikir, menerang
dan menulis laporan amali Kimia mereka supaya selaras dengan kaedah yang
digunakan dalam mata pelajaran Kimia (Glynn and Muth, 1994; Penrose & Kath,
1998; Roth, 1993).
Selain itu, melalui proses mengeksperimen untuk menguji hipotesis dapat
menimbulkan minat, keseronokan dan semangat ingin tahu pelajar. Namun
malangnya dalam sekolah, guru menentukan kandungan pelajaran yang perlu
dilakukan atau tidak boleh dilakukan di semasa eksperimen dijalankan. Selepas
melakukan eksperimen, guru akan memberitahu pelajar jawapan yang betul dan
meminta pelajar memperbaiki sebarang jawapan atau pemerhatian yang salah
direkodkan (Abu Hassan, 2004). Maka, guru haruslah memberi peluang kepada
pelajar menjalankan eksperimen dan menulis laporan walaupun pelajar melakukan
kesalahan atau tidak dapat menjawap dengan jawapan yang betul.
Guru sepatutnya hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing untuk
membantu pelajar. Oleh yang demikian, guru perlulah membimbing pelajar semasa
5
5
menulis laporan tetapi bukannya menyuap pelajar dengan maklumat atau jawapan
yang betul sahaja supaya pelajar tidak kehilangan minat, keseronokan dan semangat
ingin tahu. Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran saintifik iaitu kemahiran
merancang eksperimen, kemahiran mengumpul dan merekod data, kemahiran
mentafsir data dan membuat kesimpulan serta sikap saintifik pelajar.
Arahan yang bersesuaian diberikan kepada pelajar dapat membantu mereka
memahami perkaitan antara menulis laporan amali Kimia dapat memanfaatkan
penguasaan konsep Kimia. Namun begitu, masalah yang sering berlaku ialah pelajar
salah dibimbing oleh guru semasa menulis laporan amali. Pelajar sering menerima
maklumat yang terhad daripada guru tentang bagaimana menulis laporan amali dan
tujuan menulis laporan amali tersebut (krest & Carle, 1999; Zinsser, 1988). Oleh
yang demikian, pelajar tidak dapat menguasai kemahiran penulisan laporan amali
Kimia secara saintifik dan melihat penulisan laporan hanya sebagai satu alat atau
cara untuk memperoleh gred yang baik dalam mata pelajaran Kimia.
Penulisan laporan amali Kimia juga memberi peluang kepada pelajar untuk
mengulang kaji atau imbas kembali terhadap isi kandungan yang disampaikan
semasa dalam kelas (Ferzli, 2003). Dengan ini, pelajar perlu melibatkan tahap
pemikiran yang lebih tinggi kerana pelajar perlu menganalisis, sintesis iaitu
mengubah atau menyusun semula maklumat yang diterima kepada bentuk yang baru
dan membuat penilaian terhadap data atau maklumat yang diperoleh (Bloom dan
rakan-rakannya, 1956).
Menulis adalah satu proses yang akan memberikan ingatan yang lebih kekal
berbanding dengan menyatakan secara lisan kerana ia membenarkan refleksi yang
aktif terhadap isi kandungan yang telah dipelajari. Walaupun pelajar yang keras
kepala dalam salah konsep Kimia sukar untuk diubah, tetapi melalui pemerhatian dan
proses menghasilkan laporan, pelajar tersebut akan diarah ke konsep yang betul.
(Ferzli, 2003). Manakala, pelajar yang telah memahami konsep tersebut, pelajar akan
lebih yakin terhadap pemahaman mereka dan pengukuhan konsep tersebut berlaku.
Maka, tercapailah matlamat pengajaran dan pembelajaran.
6
6
Penulisan laporan amali Kimia juga merupakan satu latihan yang berguna
pada masa depan. Ahli-ahli sains, ahli teknologi atau pengamal persendirian perlu
menghasilkan laporan amali untuk mewartakan penemuan mereka supaya idea
mereka tidak terkubur dan tersebar kepada umum (Halimantan, 1995).
Oleh yang demikian, peranan penulisan laporan amali Kimia dalam
eksperimen yang dijalankan adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian yang
sepenuhnya supaya pelajar dapat manfaat daripada penulisan laporan amali Kimia
dan menghasilkan laporan amali yang memenuhi keperluan pentaksiran PEKA kimia.
1.3 Pernyataan Masalah
Cara penulisan laporan amali bukan sahaja memerlukan laporan yang jelas
dan tepat, malah perlu dipersembahkan dengan kemas, tepat dan mudah difahami
(Ahmad Hassan, 1986). Selain itu, dalam buku teks Tingkatan Empat Kimia KBSM
juga menunjukkan format dan contoh-contoh eksperimen. Maka, apakah sebab
pelajar masih melakukan kesalahan semasa menulis format sedangkan contoh
diberikan dalam buku teks atau buku rujukan?
Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan
penulisan laporan amali PEKA Kimia di kalangan pelajar Tingkatan Empat untuk
membantu meningkatkan tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia.
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini dijalankan ialah:
1. Mengenal pasti penguasaan penulisan format laporan amali PEKA Kimia
dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains di sekolah menengah.
2. Menganalisis penulisan laporan amali berdasarkan kemahiran :
(a) merancang eksperimen.
7
7
(b) mengumpul dan merekod data.
(c) mentafsir data dan membuat kesimpulan.
3. Membandingkan tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia
bagi pelajar yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru.
4. Membandingkan tahap penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia
bagi pelajar yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru mengikut jantina.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah pelajar dapat menulis format laporan amali PEKA kimia dengan
betul dan tepat berdasarkan eksperimen kimia yang telah dijalankan?
2. Adakah pelajar dapat menulis penulisan laporan amali berdasarkan
kemahiran :
(a) merancang eksperimen,
(b) mengumpul dan merekod data, dan
(c) mentafsir data dan membuat kesimpulan ?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penguasaan penulisan
laporan amali PEKA Kimia bagi pelajar yang diberi arahan dan tanpa arahan
daripada guru?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signfikan bagi tahap penguasaan penulisan
laporan amali bagi pelajar yang diberi arahan guru dan tanpa arahan guru
mengikut jantina?
1.6 Kepentingan Kajian
Salah satu pengalaman penting yang perlu dipelajari dalam makmal atau
menjalankan satu eksperimen ialah menguji hipotesis, memahami konsep Kimia dan
menghasilkan satu laporan eksperimen yang sempurna. Kajian ini dijalankan oleh
penyelidik untuk:
8
8
1.6.1 Pelajar
Melalui kajian ini, pelajar dapat menyedari kelemahan mereka dalam
penulisan laporan amali Kimia. Selain itu, kajian ini juga dapat mermbantu pelajar
menulis format laporan amali Kimia dengan betul dan tepat. Di samping itu, pelajar
dapat mempertingkatkan prestasi menulis dan mencatatkan data laporan amali PEKA
Kimia dengan bahasa yang spesifik, format yang mengikut pentaksiran PEKA Kimia
serta dapat menyusun data secara sistematik bagi eksperimen yang dijalankan. Oleh
yang demikian, pelajar dapat mengurangkan dari mengulangi kesalahan yang sering
dilakukan oleh pelajar semasa menulis laporan makmal.
1.6.2 Guru
Para guru dapat mengetahui kesalahan umum yang dilakukan oleh pelajar
semasa menulis laporan makmal. Dengan ini, kajian ini penting bagi memberi satu
tanggapan yang jelas kepada guru tentang format penulisan laporan amali PEKA
Kimia. Selain itu, guru turut dapat memahami kepentingan penulisan laporan amali
PEKA Kimia bukan sahaja untuk mendapat jawapan yang betul, malahan pelajar
dapat mengembangkan kemahiran saintifik. Maka semasa pengajaran, guru dapat
menunjukkan memberikan satu contoh yang baik dalam penulisan laporan amali
PEKA Kimia. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kajian ini sebagai rujukan
semasa menilai laporan makmal dan mengenalpasti kesalahan yang sering dilakukan
oleh pelajar.
1.6.3 Kementerian Pendidikan
Pihak Kementerian Pendidikan dapat memberi perhatian terhadap masalah
yang sering ditemui oleh pelajar semasa menulis laporan amali Kimia. Dengan ini,
pihak Kementerian Pendidikan dapat mengkaji dan menemui satu penyelesaian yang
lebih sesuai dan efektif untuk membantu pelajar semasa menulis laporan amali
PEKA Kimia. Dengan ini, prestasi pelajar dalam mata pelajaran Kimia turut akan
ditingkatkan.
9
9
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan Empat aliran Sains yang
mengambil subjek Kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Sebanyak dua
kelas iaitu sebanyak 64 orang pelajar yang terlibat dalam kajian tahap penguasaan
penulisan laporan amali. Eksperimen yang dipilih untuk dikaji ialah satu set
eksperimen yang telah dijalankan oleh pelajar dalam PEKA yang bertajuk “To
determine the freezing point of naphthalene, C10H8”.
Terdapat dua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian penulisan laporan
amali Kimia iaitu sebanyak 31 orang pelajar menulis laporan amali PEKA Kimia
dengan arahan guru dan sebanyak 33 orang pelajar tanpa arahan daripada guru.
Kedua-dua kumpulan pelajar menulis laporan mengikut kemahiran merancang
eksperimen, mentafsir data, merekod data dan membuat kesimpulan secara
bersendirian. Penyelidik hanya mengkaji terhadap laporan amali yang ditulis oleh
pelajar dalam kedua-dua eksperimen yang diberikan.
Pemerhatian semasa melakukan eksperimen dan arahan semasa menulis
laporan amali PEKA Kimia dilaksanakan oleh guru Kimia Tingkatan Empat Sains
Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai iaitu Puan Zaharah binti Abu Salleh selepas
berbincang dengan penyelidik. Arahan yang diberi kepada pelajar adalah tentang
format penulisan laporan amali PEKA Kimia sahaja. Pelajar adalah bebas merujuk
bahan bacaan atau buku rujukan yang sedia ada untuk menjawab soalan soal selidik.
1.8 Skop Kajian
Terdapat tiga fokus yang dikaji dalam penyelidikan ini. Pertama ialah
penyelidik akan meninjau penguasaan format penulisan laporan amali PEKA Kimia
dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sains di Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai.
10
10
Selain itu, penyelidik menganalisis penulisan laporan amali berdasarkan
kemahiran merancang eksperimen, kemahiran mengumpul dan merekod data,
kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan untuk mengetahui tahap
penguasaan penulisan laporan amali PEKA Kimia di kalangan pelajar Tingkatan
Empat Sains.
Seterusnya, penyelidik juga membandingkan tahap penulisan laporan amali
PEKA Kimia antara pelajar dengan arahan guru dan tanpa arahan guru bagi
menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua teknik
mengajar. Akhir sekali, perbandingan antara jantina juga dilakukan untuk lihat sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua teknik pengajaran.
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Format Laporan Amali
Menurut Lehman (2002), terdapat beberapa cara penulisan laporan makmal.
Format atau cara menulis laporan amali adalah mengikuti guru yang menjalankan
penilaian. Menurut Yeap Tok Kheng (2007), penulis buku teks dalam bab 1
Tingkatan 4, menyatakan bahawa format laporan makmal perlu mempunyai
komponen-komponen tersebut iaitu tujuan, pernyataan masalah, hipotesis, bahan,
radas, prosedur, pemerhatian atau keputusan, analisis, kesimpulan dan perbincangan.
Menurut Abu Hassan (2004), laporan amali perlu mengandungi perkara
berikut iaitu tujuan eksperimen, pernyataan masalah, hipotesis (jika ada), pemboleh
ubah (dimalar, dimanipulasi, bergerak balas), radas, bahan, prosedur, data, mentafsir
data, kesimpulan.
Dalam Kajian ini, format penulisan laporan amali adalah berdasarkan format
yang ditentukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dalam PEKA Kimia.
Top Related