TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR BAGI PASUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH TUN FATIMAH
JOHOR BAHRU
MASTURA BINTI YAHYA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat suami tercinta
Mohd Saifulazman B. Ismail
Senantiasa memberi semangat dan galakan serta doa kepadaku sepanjang tempoh
pengajian agar terus berusaha sehingga cemerlang.
Buat Ayahanda
Yahya Yaacob
Bonda
Sharipah bt Mohd Napiah
Adinda - adinda Tersayang
Mohd Ashwad, Irwan, Masliana
Segala doa dan pengorbanan kalian cukup bernilai dan memberi seribu erti dalam
kehidupanku ini. Tiada kata seindah bahasa yang dapat ku ucapkan kepada kalian
semua, semoga kejayaanku ini dapat kita nikmati bersama. Ku doakan semoga
kebahagiaan akan terus menyinari keluarga kita.
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
yang banyak Membantu
Terutamanya kepada Puan Halijah Bt Ibrahim
dan En Muhamad Hafiz Bin Ismail
Rakan-rakan seperjuangan
Ummi, Ou,Valli, Alin, Ernie, Masmurni, Imah
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…………………….
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat
penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir
kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat
pensyarah pembimbing Puan Halijah Bt Ibrahim dan En Muhamad Hafiz Bin Ismail di
atas bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan
penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Sekolah Tun Fatimah yang
banyak membantu dalam kajian ini. Selain itu, kepada pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM
yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik terutamanya kepada
rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2005/2006. Terima kasih kawan....
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa yang disanjungi, suami tercinta
dan adik beradik tersayang yang sentiasa memberikan sokongan kepada penyelidik.
Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima
kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi Kecergasan
Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor bagi Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun
Fatimah. Seramai 10 orang pemain bola keranjang dipilih untuk menjadi sampel dalam
penyelidikan ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan enam
komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor iaitu ketangkasan,
kepantasan, keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi. Ujian - ujian yang
digunakan adalah Ujian Menggelecek Bola Keranjang bagi komponen koordinasi, Ujian
Lari Pecut 30 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau bagi komponen
keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik bagi komponen ketangkasan, Ujian Tindak Balas
Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi dan Ujian Lompat Menegak bagi komponen
kuasa. Subjek menjalani Ujian Pra, program latihan khusus Bola Keranjang selama 6
minggu dan diikuti dengan Ujian Pos. Semua data yang diperolehi daripada ujian yang
dilakukan oleh sampel direkodkan di dalam borang skor dan ditetapkan pencapaian
berdasarkan norma yang telah ditetapkan. Program SPSS 15 (Statistical Packages for
Social Science) dan Microsoft Office Excel 2003 digunakan untuk menganalisis prestasi
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun
Fatimah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara
Ujian Pra dan Ujian Pos untuk kesemua ujian kecergasan fizikal berasaskan kemahiran
motor, Ujian Menggelecek Bola Keranjang memperolehi (t = 6.68, p = 0.00), Ujian Lari
Pecut 30meter (t = 2.70, p = 0.024), Ujian Dirian Bangau (t = -3.72, p = 0.005), Ujian
Lari Ulang Alik (t = 7.72, p = 0.000), Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson (t = 2.88, p =
0.018) dan Ujian Lompat Menegak (t = -3.69, p = 0.005). Kesimpulannya, program
latihan selama 6 minggu dapat mempengaruhi prestasi kemahiran motor bagi Pasukan
Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.
vii
ABSTRACT
The objective of this study is to identify the level of skill-related physical
fitness of Tun Fatimah School Basketball Team. Ten players were involved in this study.
The instrument used for this study was based on 6 components which are coordination,
power, reaction time, balance, speed and agility. The test included Dribbling Basketball
(coordination), 30m Run (speed), Blind Stork (balance), Shuttle Run (agility), Nelson
Reaction (time reaction), and Standing Broad Jump (power). The subjects had
undergone a pre test, a basketball training program for six weeks and a post test. All the
data gathered from the test that the subjects had undergone, were recorded in the score
form. The subjects performances were determined based on the specific norms. The data
were analyzed using SPSS 15 (Statistical Packages for Social Science) and Microsoft
Office Excel 2003 softwares. The findings of the study revealed that there were
significant differences between the result of the pre test and the post test for all the
motor skill based physical tests which were Dribbling Basketball (t = 6.68, p = 0.00),
30m Run (t = 2.70, p = 0.024), Blind Stork (t = -3.72, p = 0.005), Shuttle Run (t = 7.72,
p = 0.000), Nelson Reaction (t = 2.88, p = 0.018), and Standing Broad Jump (t = -3.69, p
= 0.005). In conclusion, the six weeks training program increased the skill-related
physical fitness performance for the Basketball Team of Tun Fatimah School.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Hipotesis Kajian 6
1.8 Skop Kajian 6
1.9 Batasan Kajian 6
1.10 Definisi Operasional 7
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kajian – kajian Berkaitan 10
2.3 Ujian Kemahiran Asas Motor 13
2.4 Kesimpulan 14
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 15
3.2 Reka Bentuk Kajian 16
3.3 Populasi dan Persampelan 16
3.4 Tempat Kajian 16
3.5 Instrumen Kajian 17
3.6 Pentadbiran Kajian 17
3.7 Prosedur Kajian 19
3.8 Pengumpulan Data 20
3.3 Penganalisisan Data 20
3.10 Penutup dan Kesimpulan 20
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 21
4.2 Analisis Diskriptif 21
4.3 Analisis Inferensi 33
4.4 Penutup 36
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 37
5.2 Perbincangan 37
5.3 Kesimpulan 41
5.4 Cadangan 44
5.5 Penutup 45
x
BIBILIOGRAFI 47-49
LAMPIRAN 50-77
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Lantikan 50
B Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 52
C Surat Kebenaran Menggunakan Subjek Ujian 53
D Borang Rekod Kesihatan 55
E Borang Skor Ujian Pra 57
F Borang Skor Ujian Pos 58
G Norma Ujian Menggelecek Bola Keranjang, 59
Ujian Lari Pecut 30 Meter, Ujian Dirian Bangau,
Ujian Lari Ulang Alik, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson
Ujian Lompat Menegak
H Prosedur Ujian Menggelecek Bola Keranjang, 62
Ujian Lari Pecut 30 Meter, Ujian Dirian Bangau,
Ujian Lari Ulang Alik, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson,
Ujian Lompat Menegak
xii
I Aktiviti Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun 73
Fatimah Johor Bahru 2009
J Rekod Pencapaian Aktiviti Pasukan Bola Keranjang 75
Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru 2008 – 2005
K Surat Pengesahan Pelajar 78
L Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 79
M Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan 80-81
Malaysia N Skala Nilai Genting Ujian – t 82
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Masa Ujian Menggelecek Bola Keranjang 23
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
4.2 Masa Ujian Lari Pecut 30 meter 25
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
4.3 Masa Ujian Dirian Bangau 27
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
4.4 Masa Ujian Lari Ulang Alik 29
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
4.5 Masa Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson 31
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
4.6 Jarak Ujian Lompat Dirian Menegak 33
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
4.7 Ujian Menggelecek Bola Keranjang 63
4.8 Ujian Lari Pecut 30 meter 65
xiv
4.9 Ujian Dirian Bangau 67
5.0 Ujian Lari Ulang Alik 68
5.1 Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson 70
5.2 Ujian Ujian Lompat Dirian Menegak 72
xv
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data kumpulan Pemain Bola Keranjang, 22
bilangan subjek, umur subjek,
skor mentah, pencapaian, purata, dan sisihan piawai
Ujian Menggelecek Bola Keranjang
4.2 Skor mentah, pencapaian, purata, dan sisihan piawai 24
Ujian Lari Pecut 30 meter
4.3 Skor mentah, pencapaian, purata, dan sisihan piawai 26
Ujian Dirian Bangau
4.4 ` Skor mentah, pencapaian, purata, dan sisihan piawai 28
Ujian Lari Ulang Alik
4.5 Skor mentah, pencapaian, purata, dan sisihan piawai 30
Tindak Balas Pilihan Nelson
4.6 Skor mentah, pencapaian, purata, dan sisihan piawai 32
Ujian Lompat Menegak
4.7 Hasil Ujian t untuk enam item ujian kemahiran motor 34
BAB I
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Kecergasan fizikal menurut de Vries & Housh (1994) ialah keupayaan seluruh
organ manusia berfungsi secara efisyen dan berkesan di mana ia bergantung kepada satu
program senaman, corak kehidupan yang aktif dan pemakanan yang seimbang.
Kecergasan berasaskan fizikal dan kemahiran motor melalui bersukan yang sistematik
dan teratur sangat penting kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental.
Menurut Muhammad Amran Kamsi (2005), kecergasan tidak akan diperolehi
melalui kerja seharian oleh itu, seseorang hendaklah menggunakan masa lapang untuk
menjalankan aktiviti – aktiviti fizikal. Corbin (1994), merumuskan bahawa kecergasan
motor terbahagi kepada kemahiran motor asas seperti kelembutan, imbangan,
ketangkasan, daya tahan otot dan kuasa. Manakala Menurut Greenberg, Dintiman dan
M. Oakes (1995), komponen kecergasan terbahagi kepada lima iaitu daya tahan
kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, kelenturan dan komposisi badan. Tetapi
menurut American Alliance for Health, Physical Education, Recreation dan Dance
(AAHPERD -1961) komponen kecergasan terbahagi kepada dua kategori yang berbeza
iaitu kesihatan dan kemahiran motor. Komponen kesihatan merujuk kepada daya tahan
kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, flexibiliti otot, dan komposisi badan
manakala komponen kemahiran motor ialah kuasa, ketangkasan, kelajuan, imbangan dan
koordinasi.
Kemahiran asas motor ialah kemahiran untuk menguasai pergerakan asas yang
melibatkan aktiviti seperti berlari, melompat, memukul, membaling dan menangkap
dengan baik (Teng Boon Tong, 2001). Pergerakan asas tersebut boleh dilakukan dengan
sempurna samada secara berasingan atau digabungkan mengikut keperluan pergerakan.
Penilaian prestasi kemahiran asas motor boleh dinilai dengan objektif dan berkesan
melalui proses pengukuran dan penilaian perubahan tingkah laku yang mantap (Wuest,
1991).
Permainan bola keranjang adalah sukan yang dimainkan oleh lelaki dan wanita di
seluruh dunia termasuk di negara kita. Ia merupakan sukan kedua yang mempunyai
jumlah peserta atau pemain paling ramai di dunia, selepas olahraga. Sejarah permainan
bola keranjang bermula pada tahun 1891. Ia mula dimainkan di dalam sebuah
gimnasium di bandar Springfields Massachusetts di Amerika Syarikat. Orang yang
bertanggungjawab terhadap kemunculan permainan ini ialah seorang guru pendidikan
jasmani yang bernama Dr James Naismith. Permainan bola keranjang merupakan aktiviti
sukan yang dapat memberikan keseronokan dan kepuasan malahan dapat meningkatkan
kecergasan fizikal individu (Ahmad Wafi, 1995). Di dalam kajian ini, kita dapat melihat
prestasi kemahiran motor bagi Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah.
1.2 Latar Belakang Masalah Melalui kajian ini, pengkaji akan melihat sejauhmana tahap kecergasan fizikal
sebelum dan selepas latihan bagi pemain Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah,
Johor Bahru. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengetahui tahap prestasi subjek
mengikut standard yang telah ditentukan. Selain itu, keberkesanan latihan dapat
ditentukan melalui ujian-ujian kemahiran motor yang dilakukan pada Pasukan Bola
Keranjang Sekolah Tun Fatimah. Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada jurulatih,
guru dan sebagainya. Seterusnya keputusan ujian akan digunakan untuk menentukan
kelemahan atau kekurangan pelajar dalam sesuatu ujian kemahiran motor. Tahap
prestasi pencapaian pelajar dapat ditentukan dengan keputusan ujian di mana boleh
diguna untuk jangkaan dalam pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan yang mempunyai
potensi pada masa hadapan. Ia merujuk kepada norma - norma yang telah ditentukan
oleh Norma Skor berdasarkan 670 pelajar perempuan Sekolah Menengah di
Semenanjung Malaysia (Ahmad Hashim, 2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umumnya, permainan bola keranjang merupakan satu permainan yang
memerlukan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, ketangkasan dan
ketahanan mental serta fizikal yang kuat daripada setiap ahli pasukan (Ahmad Wafi,
1995). Selain itu, kemahiran individu, fokus, semangat berpasukan serta keinginan untuk
cemerlang adalah antara aspek penting yang perlu dikonsistenkan untuk permainan yang
berkualiti. Prestasi atlet bagi permainan berpasukan seperti bola keranjang, bola sepak,
hoki, bola jaring dan sebagainya sering diperkatakan di sekolah, jurulatih – jurulatih
mengenai keupayaan untuk terlibat dengan sesuatu perlawanan bertaraf tinggi
sehinggalah ke peringkat dunia .
Dengan itu, sukan permainan ini telah diusahakan untuk menjadi ‘niche area’ di
Sekolah Tun Fatimah. Pembukaan tahun millenium telah menyaksikan kecemerlangan
Pasukan Bola Keranjang STF. Menyedari hakikat itu, maka kecemerlangan pasukan ini
perlu dilonjakkan lagi demi mencapai kejayaan diperingkat tertinggi. Bagi memantapkan
lagi prestasi pasukan ini, pihak pengurusan Pasukan Bola Keranjang STF telah
merangka program-program yang bersesuaian untuk cemerlang diperingkat antarabangsa
pula. Oleh yang demikian, Pasukan Bola Keranjang STF telah diberi kepercayaan oleh
pihak sekolah untuk mendapat manfaat sebagai salah satu bidang kebitaraan yang perlu
diperkasakan untuk meningkatkan tahap prestasi yang lebih tinggi dan kecergasan
fizikal yang mantap latihan dan ujian kecergasan fizikal harus dititikberatkan.Oleh yang
demikian kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauhmanakah keberkesanan
latihan fizikal terhadap tahap kecergasan fizikal subjek – subjek sebelum dan selepas
latihan, sebelum ini pihak pengurusan Pasukan Bola Keranjang tiada pengujian
dilakukan terhadap prestasi Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor,
memberi kesedaran untuk meningkatkan tahap kecergasan, mempromosikan gaya hidup
sihat, dan mengekalkan kecemerlangan Pasukan Bola Keranjang sehingga ke peringkat
tertinggi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-
1.4.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi Pasukan
Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.
1.4.2 Menilai prestasi atau pencapaian Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah
Johor Bahru sebelum dan selepas latihan.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan berikut:-
1.5.1 Sejauhmanakah kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi Pasukan
Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru?
1.5.2 Adakah ujian kecergasan fizikal dapat menilai prestasi atau pencapaian Pasukan
Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru sebelum dan selepas latihan?