PENDARAHAN
Darah dipam oleh jantung keseluruh tubuh badan kita membawa bersama-sama oksijen dan makanan berkhasiat.
Hasil daripada denyutan jantung, darah dihantar keseluruh badan dan menghasilkan denyutan nadi. Nadi boleh dirasai dalam salur nadi kerana salur nadi terletak hampir dengan lapisan kulit.
Tempat mudah untuk merasai nadi iaitu ;
a)Pergelangan tangan
Radius/Ulna
b)Pangkal Lengan
Brakial
c)Leher
Karotid
Kadar Denyutan Nadi
Dewasa Normal
( 60 80 kali seminit )
Bayi
( 120 140 kali seminit )
Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai Sistem Peredaran Darah dalam Pelajaran Pertolongan Cemas Asas
Pendarahan boleh berlaku melalui :
a)Pendarahan Arteri ( Nadi )
Darah keluar berwarna merah cerah atau terang kerana mengandungi Oksijen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung
b)Pendarahan Vena ( Pembuluh )
Darahnya berwarna merah tua kerana mengandungi gas Karbon Dioksida dan mengalir keluar secara perlahan-lahan
c)Pendarahan Kapilari ( Rerambut )
Darahnya keluar secara meleleh
Pendarahan diklasifikasikan kepada dua iaitu :
1.Pendarahan Internal ( Dalaman )
Ianya tidak boleh dilihat dan boleh dikenalpasti melalui tanda & gejala :
a)Muka kelihatan pucat dan gelisah
b)Denyut nadi cepat
c)Nafas Panjang
d)Ada tanda-tanda renjatan
e)Adanya tanda-tanda bengkak pada permukaan kulit
f)Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka.
2)Pendarahan External ( Luaran )
Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit.
Disamping itu terdapat juga pendarahan yang BUKAN LUKA seperti berdarah hidung, telinga, faraj, dubur & ureter
Tanda Dan Gejala :
a)Sesak nafas
b)Kadar pernafasan meningkat
c)Pernafasan berbunyi ( berdengkur )
d)Kebiruan pada muka, bibir, cuping telinga dan kuku
e)Mulut Berbuih
f)Resah Gelisah
g)Boleh tak sedarkan diri
h)Boleh terhenti pernafasan