TAJUK
HUMANITARIAN AID TO
ROHINGYA
TARIKH
TAHUN 2018
TEMPAT
KEM PELARIAN ROHINGYA, COX’S BAZAR –
TEKNAF (KUTUPALONG, BALUKHALI,
GUNDHUM DAN JAMTOLI)
TUJUAN
Projek ‘Humanitarian Aid For Rohingya’ ini bertujuan untuk mengumpulkan
dana dan membina rangkaian kerjasama bagi disalurkan terus ke kem pelarian
Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar.
Yayasan Ikhlas merancang bantuan diberikan dalam 3 skop bantuan iaitu :
1. Bantuan Keperluan Asas seperti makanan & selimut
2. Pembangunan Pendidikan melalui pembinaan madrasah dan menyusun sistem
pembelajaran
3. Membina perkampungan yang terancang
PENGENALAN
‘Humanitarian Aid For Rohingya’ di Cox’s Bazar, Bangladesh, anjuran Yayasan
Ikhlas adalah satu inisiatif yang dirancang khas bagi membantu mengurangkan
keperitan dan kesusahan yang dialami etnik rohingya yang melarikan diri dari
Myanmar.
Kebelakangan ini, negara kita kembali dikejutkan dengan isu pelarian Rohingya
yang terkandas di dalam bot dan dibiarkan hanyut tanpa bekalan air dan makanan
yang mencukupi. Ramai tertanya-tanya mengenai cerita sebenar di sebalik isu
Rohingnya di Myanmar ini. Pelarian Rohingnya yang tidur dalam keadaan
bersesak-sesak sekarang berada di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.
Misi ini dijalankan dengan gabungan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal
Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), memfokuskan bantuan di
kem Balukhali 1, Balukhali 2, Gundhum 2, Gundhum 3, Jamtoli dan Kutupalong.
Doktor-doktor dari Malaysia yang bergabung dalam I Medik telah membina
kerjasama bersama Chittagram International Medical College (CIMC) yang
berpusat di Chittagong. Sebanyak enam buah klinik dibuka di semua kem
berkenaan, yang menempatkan seramai 13 orang doktor yang dihantar dari
CIMC.
Dato’ Mohd Rosli Ramli, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan
Ikhlas berkata, “ setakat hari ini, jumlah yang telah disampaikan ialah RM
227,500.00:
Sumbangan selimut ketika musim sejuk kepada 510 keluarga
Pembinaan telaga tiub (tubewell) sebanyak 52 unit
Pembinaan satu bangunan madrasah anak-anak Rohingya
Pembinaan satu masjid Al Ikhlas 01 di kem Balukhali 1
Sumbangan makanan iftar dan sahur 29 hari dalam Ramadhan di lima
kawasan
Sumbangan baju kepada 100 anak-anak Rohingya dan 200 orang dewasa
Ibadah korban sebanyak 10 ekor pada Aidiladha 2017
Sumbangan pek makanan RM 50 kepada lebih 2000 keluarga
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Yayasan Ikhlas,
8600 601 366 (CIMB Islamic),
5628 3463 6228 (Maybank Islamic)
1108 0100 1514 (Bank Rakyat)
Orang ramai juga boleh menyumbang melalui dalam talian di
https://www.billplz.com/saverohingya atau menghubungi terus 012-9790211,
atau melalui emel di [email protected].
OBJEKTIF
Mengumpul dana untuk disalurkan kepada pelarian Rohingya di Cox’s
Bazar, Bangladesh.
Menjadi satu inisiatif kepada kerjasama Yayasan Ikhlas dan rakan
kerjasama untuk aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di masa akan datang.
LOKASI BANTUAN
Bantuan yang disampaikan dari Yayasan Ikhlas akan disalurkan ke empat kem
pelarian Rohingya yang berada di antara Cox’s Bazar dan Teknaf iaitu di
Kem Kutupalong
Kem Balukhali
Kem Gundhum
Kem Jamtoli
Bantuan Rohingya
Bantuan Keperluan Asas
Pembangunan Pendidikan Rohingya
Pembinaan Kampung Terancang
SKOP BANTUAN YAYASAN IKHLAS
1. BANTUAN KEPERLUAN ASAS
Bantuan keperluan asas dan harian kepada pelarian Rohingya adalah keperluan
yang diperlukan setiap hari seperti makanan, tandas, telaga air, selimut dan lain-
lain.
Makanan adalah sangat-sangat penting di dalam kem kerana pelarian Rohingya
tiada lagi sumber untuk mendapatkan makanan kerana tidak dibenarkan bekerja
di luar kawasan kem. Dengan bilangan yang sangat ramai, hal ini membawa
kepada persaingan kerja jika ada kekosongan seperti berniaga barangan yang
disediakan orang Bangladesh.
Ketika kami berada di dalam kem, kami menyaksikan sendiri tandas yang dibina
oleh pelbagai NGO tetapi tidak lengkap dengan sistem air yang menyebabkan
najis ditinggalkan di dalam tandas tanpa dibersihkan. Suasana busuk menusuk di
kawasan tandas kerana tiada sumber air untuk digunakan bagi pembersihan.
Justeru itu, ia akan membawa juga kepada penyakit.
Balukhali
Refugee Camp
Hujung tahun bermula bulan 10 sehingga bulan 3 di tahun baru merupakan musim
sejuk di selatan Bangladesh. Waktu malam boleh mencecah ke 8 darjah celcius,
dengan rumah mereka bertutupkan plastik dan berlantaikan tanah, bagaimana
mereka mengharungi penderitaan cuaca sejuk demikian. Selimut adalah
keperluan asas yang mereka gunakan untuk tidur dan sebagai tilam buat mereka.
Yayasan Ikhlas bercadang pada tahun ini dalam skop Bantuan Keperluan Asas
untuk membantu menyalurkan bantuan setiap bulan selama setahun :
Bil Perkara
(Sumbangan) Tempoh
Harga
(RM) /
Kuantiti
Kuantiti Jumlah (RM)
1 Sumbangan selimut 10 bulan 30.00 5,000
keluarga
150,000.00
2 Pemberian Makanan 10 bulan 50.00 250,000.00
Jumlah Keseluruhan RM
400,000.00
2. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Mendapatkan pendidikan yang baik merupakan hak setiap manusia. Dan dalam
pelaksanaannya bukan hanya kewajipan pada pemimpin negara saja namun ia
melibatkan seluruh elemen yang ada. Dimana ketika ada orang terhambat dalam
belajar ataupun sekolah, maka yang lain memiliki kewajipan untuk membantu.
Kanak-kanak dan pelarian Rohingya telah dinafikan hak mereka untuk belajar
sejak berada di Myanmar lagi. Polisi kerajaan Myanmar yang terus
meminggirkan umat Islam Rohingya terus dilaksanakan sama ada tentera dan
penduduk Myanmar yang beragama Buddha.
Setibanya mereka di Kem Pelarian Bangladesh, tanpa ada bantahan mana-mana,
sewajarnya peluang ini diambil oleh kita untuk mendidik mereka agar berilmu
dan mempunyai sudut pandang yang lebih luas.
Yayasan Ikhlas selepas perbincangan bersama rakan NGO di kem pelarian
Rohingya bercadang membina sebanyak 12 pusat pendidikan di 4 buah kem
pelarian, di mana setiap pusat pendidikan atau madrasah ini akan digunakan bagi
mendidik 100 orang pelajar mengikut perancangan.
Setiap pelajar akan dididik dengan ilmu
1. Subjek Matematik
2. Bahasa Arab
3. Bahasa English
4. Sejarah
5. Fiqah dan Aqidah
6. Tauhid
Setiap pembinaan pusat pembangunan pendidikan ini akan dilengkapi dengan
panel solar bagi tujuan pencahayaan, pembinaan tandas dan 'tubewell'.
Buku-buku bacaan bagi setiap mata pelajaran akan disediakan oleh Yayasan
Ikhlas dan rakan NGO. Pengajar akan dipilih sendiri oleh rakan NGO kami di
kem pelarian Rohingya dan diberi elaun bulanan. Setiap pengajar akan
membimbing kanak-kanak Rohingya 2 mata pelajaran.
Elaun yang dicadangkan kepada kami untuk dibayar kepada pengajar sebanyak
RM 1,000 sebulan seorang. Untuk 12 pusat pendidikan, memerlukan seramai 36
orang pengajar.
Bil Perkara (Sumbangan) Kuantiti
Harga
(RM) /
Kuantiti
Jumlah
(RM)
1 Pembinaan Madrasah 12 buah 10,000.00 120,000.00
2 Panel Solar (Satu buah
Madrasah, 3 panel solar) 36 unit 900.00 32,400.00
3
Pembinaan tandas (Satu
buah madrasah, 4 unit
tandas)
48 unit 900.00 43,200.00
4
Telaga Tiub / Pam Air
(Satu buah madrasah, 2
telaga tiub)
24 unit 1,000.00 24,000.00
5 Buku mata pelajaran 1,200 pelajar 140.00 168,000.00
Jumlah Keseluruhan RM
236,400.00
Bil Perkara Kuantiti Bulan
Jumlah (RM)
/ Kuantiti /
Bulan
Jumlah
(RM)
1 Elaun Pengajar 36 Orang 12
Bulan 1,000.00 432,000.00
Jumlah Keseluruhan RM
432,000.00
3. MEMBINA PERKAMPUNGAN TERANCANG
Yayasan Ikhlas melalui pengalaman lepas berada lebih dari 6 buah kem pelarian,
melihat akan bolehnya Yayasan Ikhlas membina sebuah kampung terancang di
sebuah kawasan baru. Ketika kami berada di sana, terdapat pelarian Rohingya
yang baru tiba di kem selepas meredah hutan berminggu-minggu, dan mereka
ditempatkan di kawasan baru yang masih lagi kosong.
Yayasan Ikhlas memandang ini sebagai satu peluang untuk kita membina
kampung terancang dengan sistem elektrik yang didapatkan melalui generator
dan disalurkan ke setiap rumah, sistem air yang membolehkan semua
menggunakannya untuk kebersihan diri, keperluan asas dan untuk ibadah.
Di dalam sebuah masjid, akan dibina lebih kurang 40 hingga 50 penempatan,
masjid di tengah kawasan kem, madrasah di sebelah masjid digunakan sebagai
pusat pembangunan pendidikan, tandas dibina sebanyak 30 bagi kegunaan orang
ramai, sumber air bawah tanah yang disalurkan ke tandas menggunakan generator
yang digerakkan melalui tenaga solar, elektrik di setiap rumah menggunakan
tenaga generator juga di sambungkan ke setiap rumah.
Bil Perkara (Sumbangan) Kuantiti
Harga
(RM) /
Kuantiti
Jumlah
(RM)
1 Pembinaan Telaga Tiub
(Tube Well) 30 unit 1,000.00 30,000.00
2 Pembinaan Masjid 1 buah masjid 10,000.00 10,000.00
3 Pembinaan Khemah
Penempatan 50 950.00 47,500.00
4 Panel Solar 60 900.00 10,000.00
5 Pembinaan tandas 30 900.00 27,000.00
7 Pembinaan Madrasah 1 10,000.00 10,000.00
8 Tilam Rumah 100 100.00 10,000.00
Jumlah Keseluruhan RM
144,500.00
JUMLAH SUMBANGAN HUMANITARIAN AID TO ROHINGYA
BIL PERKARA JUMLAH
1 Bantuan keperluan asas selama 10 bulan RM 400,000.00
2 Pembangunan Pendidikan Kanak-Kanak
Rohingya RM 236,400.00
3 Pembinaan perkampungan terancang RM 144,500.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 780,900.00
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk LAMPIRAN 1
GAMBAR PROJEK ‘HUMANITARIAN AID FOR ROHINGYA’
Rujuk LAMPIRAN 2
PENUTUP
Projek ‘Humanitarian Aid For Rohingya’ ini diharapkan dapat membantu saudara
islam kita yang sedang dalam kesulitan dan memberi iktibar kepada umat Islam
akan serangan musuh-musuh yang sentiasa ingin membunuh Islam. Kerana itu,
pentingnya umat ini berganding bahu, bersepakat dan bersatu hati menyatakan
kebenaran dan keadilan demi mempertahankan hak dan maruah kita.
PERTANYAAN
Sila hubungi nombor yang tertera jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai
Projek ‘Humanitarian Aid For Rohingya’ :
Ir. Hj. KAMARUDDIN KASSIM
Pengurus Besar Yayasan Ikhlas
012-2345061
EN SYAFIQ SYAHMI SAZALI
Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas
012-9790211
PEJABAT YAYASAN IKHLAS
Tel : 03-8926 5954
Faks : 03-8926 1520
Email : [email protected]
LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Dato’ Mohd Rosli bin Ramli
Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas
Jawatankuasa Pelaksana
Pengarah : Ir. Hj. Kamaruddin Kassim
Pengurus Cawangan Kelantan : Ustaz Abdul Rahman Iskandar
Pengurus Cawangan Sabah : Ustaz Sarip Bin Adul
Pengurus Cawangan Sarawak : Dr Mohd Khairol Bin Jambli
Pengurus Cawangan Terengganu : Tn Hj Ahmad Komarolaili Abu
Pengurus Cawangan Perlis : Cikgu Noorzamri Bin Ibrahim
Pengurus Cawangan Johor : Tn Noranizan Abu
Pengurus Cawangan Kedah : Dr Zulkiflee Yusof
Pengurus Cawangan Perak : Ustaz Agus Lokman Bin Sulam
Petugas Yayasan Ikhlas
Syafiq Syahmi Sazali : 012-9790211
Kelantan : Ustaz Abdul Rahman Iskandar : 011-32219377
Sarawak : Hafeez Bin Morni : 019-4511346
Melaka : Wan Mohd Amir : 013-4051385
Johor : Khairul Ahmad : 013-7157407
Top Related